Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

BARISAN NASIONAL - ANTARA KEMELUT & KESTABILAN

Utusan Malaysia 14 November 2010

Nik Aziz - liabiliti kepada PAS?

UNTUK seketika selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan arena politik negara.

Ia berikutan pencapaian terburuknya dalam sejarah pilihan raya apabila kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan terlepas genggaman kekuasaan di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah sementara Pas terus memerintah di Kelantan.

Kedudukan BN dikatakan semakin tergugat apabila dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan beberapa bulan selepas pilihan raya umum 2008, parti itu tewas.

Antaranya termasuklah di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) BN kecundang di Bukit Selambau, Permatang Pasir dan Manek Urai. Semua itu menyebabkan pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR, DAP dan Pas mula bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya.

Mereka menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sasaran kononnya untuk 'mentalkinkan' BN. Pembangkang juga menguar-uarkan sejarah politik dunia menunjukkan sebuah parti yang memerintah terlalu lama tidak akan bertahan dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Jepun dan India.

Berikutan itu maka ramailah yang resah apakah benar hala tuju politik negara akan berubah pada pilihan raya umum akan datang. Ada ketika seolah-olah kita semua sudah dibelenggu kebimbangan BN tidak akan berkuasa lagi selepas pilihan raya berkenaan. Tetapi senario sejak kebelakangan ini seharusnya memberikan isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat negara ini tidaklah selama-lamanya akan terperangkap dengan agenda politik sempit mereka.

Kegigihan dan kesungguhan kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakukan transformasi kepada pemerintahan negara mula dilihat menarik hati rakyat.

Isyarat diterima di DUN Bagan Pinang dan Galas, Parlimen Hulu Selangor dan Batu Sapi. Jangan lupa DUN Batang Ai sebelumnya.

Walaupun terlalu awal untuk dijadikan ukuran namun ia sekurang-kurangnya menyuntik semangat kepada BN untuk terus berusaha mengembalikan sepenuhnya sokongan rakyat kepada mereka.

Apa yang berlaku di dalam pakatan pembangkang sekarang termasuklah cara mereka memerintah di negeri-negeri yang dikuasai sudah membuktikan kestabilan negara dalam pelbagai bidang akan tergugat.

Masa depan rakyat tidak boleh dipertaruhkan kepada satu pakatan yang dianggotai tiga buah parti yang ibarat biarpun tidur setilam dan sebantal tetapi selimut berbeza dan mimpi lain-lain.

Tindakan-tindakan mereka bagaikan 'kera mendapat bunga' setelah diberi kuasa akibat protes rakyat kepada BN pada tahun 2008 telah membuktikan pakatan berkenaan masih belum layak disandarkan harapan memerintah negara ini.

Lihatlah bagaimana sebuah parti yang mengaku demokratik tetapi dilihat memerintah penuh rasis di Pulau Pinang, sekutunya pula menggunakan nama keadilan tetapi tindakan mereka sendiri tidak adil hatta dalam parti sendiri manakala teman mereka, sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi tindak-tanduk tidak mencerminkan keadaan itu.

Mengulas perkara ini seorang penganalisis politik terkenal di utara tanah air berkata, rakyat sudah melihat bagaimana situasi dalam pakatan pembangkang dan ia seharusnya memberikan mereka ruang untuk menilai.

''Memang dulu BN ada masalah, namun kepimpinan Najib telah memperlihatkan kesungguhan untuk atasi semua isu-isu besar yang membelenggu UMNO dan BN.

''BN khususnya UMNO kini tampil jauh lebih bertenaga dan dinamik serta kukuh berbanding pakatan pembangkang yang semakin berkecamuk,'' katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana Pas kini dibelenggu pemikiran yang berkecamuk dan hala tuju tidak jelas sehingga menimbulkan persoalan apakah mereka kini berada di landasan yang betul atau tidak.

''Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata menjadi liabiliti besar kepada Pas.

''Oleh itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden mesti berani menguasai Pas dan melebarkan pengaruh beliau seperti era 80-an dulu,'' katanya.

Mengenai PKR, beliau berkata parti sudah menjadi parti yang semakin hari semakin hilang taring dan kredibilitinya.

''Pakatan pembangkang nyata sebuah marriage of convenience yang cacamarba. Negara akan lebih berkecamuk jika mereka berpeluang memerintah. Keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara akan hancur berkecai di tangan mereka,'' katanya.

Dalam situasi dunia yang semakin mencabar kini, negara sememangnya tidak boleh lagi terjebak dengan ketidakstabilan atau ketidaktentuan politik seperti mana dialami pada tahun 2008.

Sikap marah, protes dan benci sehingga sanggup menggadaikan masa depan negara dengan mengundi pakatan pembangkang yang berjaya mengabui mata rakyat melalui mainan politik persepsi harus dihentikan.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat, di tangan mereka penentu sama ada mereka hendak memilih kestabilan atau kekacauan. Kestabilan politik negara perlu dipertahankan, mereka sudah melihat apa yang terjadi apabila pembangkang mempunyai secebis kuasa.

Ketika diminta mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, perbezaan teras perjuangan menjadi satu petanda utama bahawa tidak wujud satu persefahaman yang jelas akan hala tuju sebenar pembangkang untuk membawa negara ini jika ditakdirkan mereka berjaya membentuk kerajaan pada suatu masa nanti.

''Pelbagai polemik telah berlaku dari semasa ke semasa yang menjadi tontonan rakyat. DAP dilihat semakin ketara tidak kasihnya kepada orang Melayu sebagaimana yang banyak didedahkan di Pulau Pinang. Manakala di Perak pula, pemimpin-pemimpin parti itu mula bergaduh sesama sendiri. Semua kerana kuasa dan pengaruh.

''Pas pula, walaupun mempunyai kapasiti untuk mempengaruhi orang Melayu dengan kekuatan falsafah politik dan teras perjuangan mulai dilihat oleh masyarakat Melayu akhir-akhir sebagai parti yang hanya menjadi pak turut semata-mata dalam pakatan.

''PKR sebagaimana yang semua ketahui sudah pun berada di ambang kehancuran yang berlaku bukan diakibatkan oleh pihak luar tetapi adalah kerana faktor dalaman mereka sendiri,'' katanya.

Oleh itu, kata beliau, rakyat perlu melihat kesungguhan Perdana Menteri yang menunjukkan kualiti kepimpinan dan kebijaksanaan beliau dalam merancang strategi-strategi untuk negara baik dari segi ekonomi, politik dan pembangunan masyarakat

''Pembaharuan yang cuba diketengahkan dalam bentuk Pelan Transformasi Negara yang mencakupi dimensi ekonomi, sosial dan terakhir politik telah membuka mata banyak pihak akan keseriusan kerajaan untuk mengembalikan semula kehebatan negara sebagaimana yang pernah kita kecapi suatu masa dahulu terutamanya di era Tun Dr. Mahathir Mohamad,'' kata Ahmad Masrizal.

Sememangnya rakyat sudah melihat kesungguhan kerajaan BN untuk membawa negara ke arah lebih berjaya bersandarkan kepada gagasan 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.' Mereka tidak boleh lagi terpedaya dengan perjuangan pakatan pembangkang yang berteraskan kepada prinsip untuk merebut kekuasaan semata-mata. Tindakan pembangkang yang tidak mengotakan segala janji seperti mana diuar-uarkan ketika pilihan raya umum lalu membuktikan masa depan negara tidak boleh digadaikan kepada kelompok seumpama ini.

Bagaimanapun BN terutamanya pemimpin serta ahli UMNO perlu konsisten dalam memenuhi agenda perubahan yang sedang diusahakan oleh Najib bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Rakyat sedar UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Keutuhan UMNO adalah kunci kejayaan BN. Oleh itu pemahaman ahli UMNO terhadap aspirasi Najib dan Muhyiddin yang dilihat masih lagi pada tahap sederhana haruslah dipertingkatkan demi untuk kelangsungan kepimpinan BN,'' kata Ahmad Masrizal.

Apa pun segalanya terserah kepada rakyat untuk menilai dan membuat keputusan. Mereka mempunyai dua pilihan sama ada ingin terus menyaksikan kemelut di pembangkang yang haru-biru kerana mendapat kuasa atau bersama-sama kerajaan BN meneruskan agenda kesejahteraan untuk rakyat dan negara.

Pokoknya, rakyat tidak boleh lagi bergantung atau menaruh harapan kepada 'roket' yang rakus bila ditambah kuasanya atau 'mata' yang sentiasa buta untuk menunaikan janji atau kepada bulan yang tidak akan dominan cahayanya kerana sekadar menurut.

Cukup-cukuplah arena politik negara dilihat berada dalam ketidakstabilan akibat mainan politik pembangkang. Senario ini perlu diubah dengan menjadikan kesungguhan BN untuk membawa kesejahteraan rakyat sebagai sandaran. Adalah sesuatu yang malang apabila negara ini terus berada dalam suasana politik tidak menentu sedangkan negara-negara lain sedang berlumba-lumba untuk menjadi negara maju.

Kestabilan politik, kemakmuran yang diusahakan dan kesejahteraan yang hendak dicapai melalui agenda kerajaan BN tidak harus disia-siakan. Mereka perlu mengingati pesanan Najib ketika menghadiri majlis kesyukuran di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin antara lain beliau berpesan,''

''Dalam banyak perkara, manusia mengambil mudah perkara tertentu dan hanya akan merasakan ia sangat bernilai sekiranya ia tiada lagi di sisi mereka. Banyak perkara dalam kehidupan kita yang kita anggap perkara biasa. Tetapi sebenarnya apabila Tuhan menarik balik nikmat itu daripada kita, pada masa itulah kita rasa perkara itu bernilai.''

Hakikatnya, apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sudah dirasai oleh sebahagian besar rakyat yang melontarkan undi mereka kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Semoga mereka menginsafi kesilapan berkenaan dan mengembalikan nikmat yang hilang itu demi masa depan negara serta rakyat keseluruhannya.

Tuesday, November 9, 2010

ZAID IBRAHIM - PKR IALAH PARTI HIPOKRIT

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap...Sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa.." - Zaid Ibrahim

Kesian dengan kawan kita Datuk Zaid Ibrahim.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.Apa malang nasib badan.

Gara-gara menyertai PKR dengan harapan tinggi melambung beliau yang berkerat rotan dengan UMNO akhirnya bukan sahaja 'tidak dapat apa-apa' tetapi dilondehkan cukup-cukup ketika bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor tempoh hari.

Apapun, kepada Zaid, tahniah kerana cepat sedar dan selamat maju jaya untuk perjuangan seterusnya!

Baguslah kalau beliau sedar bahawa usahanya untuk membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sampai bila-bila pun tidak akan berjaya.

Zaid mengakui beliau silap langkah kerana PKR adalah parti yang kepimpinannya sanggup membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Objektif apa Zaid?

Bukankah PKR itu parti yang didominasikan oleh sekumpulan pemimpin yang berasaskan keluarga dan kroni Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Beliau berharap dengan pengundurannya peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggapnya sebagai pengacau yang menghalang perarakan mereka ke Putrajaya.

Kata Zaid: “Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap.”

Dala kenyataannya, Zaid berkata, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Sudah pasti keputusan Zaid itu mengejutkan banyak pihak – kawan dan lawan – kerana calon timbalan presiden PKR itu tiba-tiba sahaja membuat pengumuman mengejut.

Zaid menyatakan hasratnya bukan sahaja menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan tetapi beliau turut meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Sebelum ini Zaid ialah pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan.

Tegas Zaid: “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Apapun, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Apa kata orang PAS khususnya Datuk Nik Aziz mengenai komen Zaid terhadap PKR ini?

Zaid tak betul? Fitnah terhadap kepimpinan PKR?

hambali1

Tuesday, September 7, 2010

ZAID IBRAHIM TERSEDAR DARI MIMPI SIANGNYA....KESIAN

http://hambali1.blogspot.com/
(Tajuk asal - Zaid Ibrahim Baru Tengadah)


"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini, semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan." - Zaid Ibrahim

Orang sebijak Datuk Zaid Ibrahim tidak seharusnya membuat keputusan silap.

Orang yang sebijak Zaid Ibrahim seharusnya tahu tendang terajang politik.

Dan orang yang sebijak Zaid Ibrahim sewajarnya lebih awal sedar bahawa dalam politik pepatah Melayu “ habis manis, sepah dibuang” adalah amalan yang bukan luar biasa!

Kesian, Zaid tidak sepatutnya melepaskan jawatan Menteri di-Jabatan Perdana Menteri begitu mudah. Beliau lakukannya kononnya kerana prinsip.

Ada yang ‘lambung’ Zaid kononnya beliau seseorang yang tidak kisah dengan jawatan tetapi prinsip pejuangan lebih utama.

Zaid seharusnya menilai anugerah Allah kepadanya yang jarang didapati orang lain. Dia dilantik menjadi Menteri pada ketika beliau ditolak menjadi calon dan kedudukannya dalam Bahagian UMNO Kota Bharu tidak stabil.

Jarang - malah hanya kadang-kadang sahaja - orang UMNO yang memperolehi atau dianugerahkan kedudukan sedemikian. Ia hanya berlaku pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi! Yang lain sanggup bertanding, berhabis duit dan tenaga dan apabila memang tidak pun dilantik sebagai Menteri.

Zaid yang di Bahagian UMNO pun digugat kedudukannya dan menghadapi masalah mempertahankan kerusinya di Parlimen Kota Bharu melepaskan jawatan Menteri (melalui Senator) dengan begitu mudah.

Zahid mungkin mendapat nasihat tidak betul dan tukang ‘lambung’ melalui blog dan sebagainya hanya melihat kepentingan membangkang dan mahukan Zahid berpindah di sebelah mereka.

Zahid yang termakan ‘lambung’ tidak melihat bahawa dalam politik – ketika orang sukakan kita mereka puja dan sebagainya – tetapi apabila sudah nampak melawan atau menggugat seseorang lain, seseorang itu dipijak selumat-lumatnya.

Zaid yang kini Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat semalam mendakwa menerima ugutan bahawa karier politiknya akan dikuburkan sekiranya meneruskan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau mendakwa menerima amaran akan menerima nasib yang sama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba daripada pihak yang tidak selesa dengan keputusannya untuk bertanding pada pemilihan parti itu akan datang.

"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri," katanya.

Kenapa Zaid tidak sebutkan siapa belasah Ghafar?

Bukankah Anwar Ibrahim yang melakukan segala-galanya. Zaid bukan tidak tahu perangai Anwar.

Tan Sri Mohd Rahmat sudah meninggal untuk bertanya benar atau tidak perkara ini. Tetapi Tan Sri Sanusi Junid masih ada. Tanyalah beliau.

Zaid yang sebelum ini pernah menolak untuk bertanding pada pemilihan PKR kali ini bagaimanapun mengubah pendiriannya minggu lalu. Selain Zaid, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut dilaporkan berminat untuk merebut jawatan yang bakal dikosongkan oleh penyandang, Dr Syed Husin Ali.

Kenyataan Zaid bahawa beliau akur sekiranya bakal menerima nasib yang sama seperti Ghafar adalah salah. Kenapa mesti xepat mengalah? Zaid mahu melakukan kesilapannya sekali lagi.

"Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah... kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah," katanya.

Selain itu katanya, sejak mengumumkan hasrat untuk bertanding, beliau menerima banyak tohmahan.

"Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. Ada yang cuba memberi upah kepada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR," dakwanya.

Sekarang Zaid merasanya. Sebenarnya sepak terajang politik bukan berlaku dalam UMNO sahaja. Ia berlaku dalam PAS dan tidak terkecuali PKR.

Rupa-rupanya ketika dalam UMNO, Zaid begitu selesa. Dia tidak merasai sepak terajang poliitk yang sebenarnya.

Hakikatnya beliau tidak pernah merasa apa-apa tekanan di peringkat nasional, cumanya di Kota Bharu beliau merasa sedikit tergugat apabila beliau menghadapi saingan Datuk Mohd Fatmi Salleh yang kebetulan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri.

Mungkin kecewa tidak ada pembelaan untuknya di bahagian, apalagi digantung, beliau merasakan UMNO menghukumnya.

Tetapi kini dalam PKR, apa bezanya? Politik bukan sahaja siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Juga, politik bukan sahaja kuasa tetapi politik adalah sepak terajang dan hanya yang kuat dan mampu menahan badai serangan sahaja yang boleh bertahan.

Jika jenis mengalah, merajuk atau tidak bermaya seperti Zaid, mereka akan menjadi ‘sampah politik’ yang akan dihanyutkan arus pemilihan, pilihan raya atau juga persaingan di luar pertandingan termasuk tanggapan dan populariti.

Zahid merungut kononnya kesetiaan beliau dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR. Kekecewaan Zahid terserlah apabila ada sokongan kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali.

Baru tergadah - Zaid, kini sedar beliau bukan sahaja 'diserang' oleh Umno malah turut menjadi sasaran ahli parti yang baru disertainya sejak setahun yang lalu.

Kata Zaid: “Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini, semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya," katanya.

Itulah yang saya katakana di atas bahawa dalam politik yang biasa berlaku ialah habis manis sepah dibuang.

Zaid kini tidak lagi dilihat sebagai seseorang yang berprinsip dan pejuang politik. Zaid adalah pengacau dan boleh merosakkan PKR.

Itulah nasib yang menimpa Zaid gara-gara terpengaruh dengan puji-pujian dan ‘jek atau lambungan politik ‘ daripada mereka yang tidak ikhlas.

Jelas sudah Zaid bukannya berada pada kedudukan peribadi yang semakin baik dalam PKR.

Jika sebelum ini pada pilihan raya Hulu Selangor Zaid dikatakan ‘ditelanjangkan peribadinya’ oleh UMNO dan Barisan Nasional, dalam menghadapi pemilihan PKR November ini, Zahid ‘ditelanjangkan politiknya’ oleh PKR sendiri apabila dia dicop sebagai pengacau dan cuba menjual parti kepada UMNO.

Apakah ada jalan keluar lagi untuk Zaid?

Atau Zaid akan dikuburkan melalui PKR dan selepas November ini akan turut menjadi ‘sampah politik’ kerana tidak boleh ke mana-mana lagi.

Mengharapkan PAS? Zaid tidak layak menyertai parti itu kerana pendapatnya sebelum ini banyak bercanggah dengan PAS.

Mungkin di hati kecil Zaid ketika ini ada sedikit kekesalan apabila beliau ‘meludah UMNO’ sedangkan UMNOlah yang menjadikannya kaya dan terkenal dalam politik.

Oleh kerana Zaid orang berprinsip, dia tidak akan menjilat kembali ludahnya!

Monday, July 12, 2010

KERAJAAN SELANGOR GAGAL TURUNKAN KADAR CUKAI PINTU

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional membidas tindakan kerajaan Selangor yang belum mengotakan janji untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus, berkata walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir Selangor, kerajaan pakatan pembangkang masih tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai itu.


"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat membuat janji ini dan itu dalam manifesto pilihan raya, tetapi tidak beritahu bila ia akan dilaksanakan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Di Shah Alam.

Terdahulu, pada persidangan DUN itu, Ronnie Liu Tian Kiew (DAP-Pandamaran), berkata kerajaan negeri masih mengkaji sama ada akan menurunkan kadar cukai pintu kerana kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) belum kukuh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang menurunkan kadar cukai pintu seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Ronnie berkata, berdasarkan Penyata Kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, analisis terhadap baki tunai berbanding purata perbelanjaan bulanan PBT Selangor mendapati hanya lima PBT yang mampu beroperasi jika cukai pintu tidak dikutip iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada cukai dikutip dalam tempoh setahun," kata ahli EXCO itu yang bertanggungjawab terhadap PBT di Selangor.
Beliau berkata, kerajaan negeri kini sedang mengambil langkah memastikan kutipan cukai pintu semasa mencapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukai dikutip sehingga 70 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai seperti yang dijanjikan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri.

Wednesday, March 3, 2010

INNALILLAH, BLOGGER PAS YANG BAKAL MASUK NERAKA JAHANAM BERSAMA NIZAR KKK!



http://parpukari.blogspot.com

Ini adalah keratan yang telah diambil dari sebuah blog yang dipanggil Ajijoi, sekali pandang memang nampak ok la kan, sebab si bloggers PAS dan penyokong kuat Nizar KKK ni ibarat macam nak tolong si adik yang bernasib malang!





Tetapi apa yang orang tidak tahu ialah si bloggers ini telah melakukan sesuatu yang sangat luarbiasa, tahukah pembaca sekalian bahawa si adik malang yang bernama Adiranna Alysya sudah meninggal lebih setahun yang lalu?





Kalau dilihat pada posting blogger haprak PAS ni diletaknya posting ini pada tarikh 13hb Februari, kenapa dia melakukan sedemikian ya? Takkan la dia tak tahu yang si adik malang yang comel ini sudah meninggal?

Inikah info yang dikatakan benar oleh PAS?

Saya mendapat tahu mengenai perkara ini melalui kiriman email oleh salah sorang pembaca saya yang telah menghubungi keluarga arwah adik Adiranna, hamba Allah ini berniat untuk menolong arwah tersebut, semasa hendak memasukkan wang tersebut ke dalam akaun arwah, didapati akaun ini telah pun ditutup.

Pembaca ini kemudian telah menelefon nombor yang tertera di blog tersebut dan berjaya menghubungi mak si arwah berkenaan, alangkah terkejutnya Hamba Allah ini apabila diberitahu kepadanya bahawa adik Adiranna telah meninggal dunia setahun yang lepas! Ibu arwah ini pun tidak tahu yang ada blogger yang meletakkan artikel ini.

Segala hutang piutang keluarga arwah dengan pihak Hospital sudah pun dilangsaikan, lepas itu hamba Allah ini mencari tempat untuk diadu maka dia ternampak email saya di blog dan terus sahaja dia mengirimkan berita ini! Apa motif Ajijoi sebenarnya? Pelik kan?

Kalau perkara ini dilakukan oleh bloggers pro kerajaan maka akan dihebohkan la seantero dunia bahawa bloggers pro kerajaan penipu dan nak makan duit haram la, masuk neraka jahanam la, saja nak menganiaya arwah ini la!

Jadi sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, saya nak mintak penjelasan dari saudara Ajijoi sebelum perkara ini dipanjangkan kepada pihak berkuasa, kenapa dia meletakkan artikel ini tanpa keizinan dari orang tua Arwah Adik Adiranna?

Inikah diajar Nizar Laknatullah kepada pengikiut-pengikutnya? Saya cukup sedih dan pilu bila terkenangkan seorang blogger dari parti PAS yang berlandaskan Islam sanggup membuat perkara sebegini, Nau'zubillah!

Kepada keluarga arwah adik Adiranna ini saya ingin mohon maaf kerana terpaksa mengutarakan kisah anak mereka ini ke ruang maya, bukan apa saya tidak mahu melihat nama arwah dan keluarga arwah diburukkan oleh bloggers yang tidak bertanggungjawab seperti Ajijoi ini!

Saya minta jasa baik rakan-rakan bloggers yang lain supaya sebarkan berita ini supaya tidak ada lagi penipuan sebegini dilakukan di masa hadapan terutama sekali blogger dari sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam! Kepada Nizar dan Najis, sesungguhnya inilah bukti anda telah menyesatkan pengikut anda!

Inilah dikatakan matlamat menghalalkan cara! Inilah pertama kali sungguh berat hati dan perasaan saya dan saya merasa begitu sayu setiap kali terpandang gambar arwah adik Adiranna ini, astagfirullahalladzim!

Marilah kita semua sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adik Adiranna! Al Fatihah!

Wednesday, January 6, 2010

ANWAR IBRAHIM - GRAND DESIGN MENGHANCURKAN DOMINASI BN, PERGUNAKAN SENTIMEN BANGSA DAN NAMA ALLAH

Daripada : www.pisau.net

Negara heboh selepas makhamah memutuskan bahawa kes pengunaan nama Allah dibenarkan kepada Herald Tribune.Hari ini menjadi persoalan kenapa selepas lebih 50 tahun negara merdeka isu ini baru di bangkitkan.

Sedarkah anda isu ini berbangkit sejak bermulanya pembebasan Anwar Ibrahim,sebelum ini negara aman damai,persefahaman antara kaum cukup utuh dan bertolenransi,tiba tiba dalam sedar tak sedar hampir kesemua kita terperangkap didalam sentimen perkauman apabila ada jendalu yang menyucuk segelintir pemimpin pemimpin politik .Sebelum ini kita juga sedia maklum tidak pernah timbul persoalan akan hak istimewa orang melayu,kesultanan melayu dan agama islam.

Sejak Anwar Ibrahim mempromosi liberalisme dan pluralisme,ramai kalangan politic animal terpalit secara bersama terikut rentak Anwarisme.Keterbukaan kononnya menjadi tanda aras baru yang harus di terima oleh majmuk Malaysia,walhal rakyat sudah mempunyai persefahaman antara kaum sejak dulu lagi.Dalam bahasa mudah ialah kontrak sosial.Sejak pembebasan Anwar,beliau menampakkan keterbukaan tidak bertempat didalam semua segi,jika sebarang pihak tidak dapat menerima fahaman beliau maka akan dituduh sebagai jumud,rasis dan tidak berlaku adil.

Kala ini begitu heboh memperkatakan isu pengunaan nama Allah oleh pihak bukan Islam.Malah tujuan dan niat asal pihak kristian boleh dipertikaikan.Umat Islam sedia maklum kegiatan mubaligh kristian bergerak aktif siang dan malam memurtadkan ramai umat Islam dinegara ini.Begitu banyak kes berlaku di seluruh negara dan di IPTA.

Terpalitnya kalangan politic animal terutamanya segolongan PAS Liberal seperti Pisau katakan tadi apabila mereka turut sama bersetuju saranan dan agenda Anwar Ibrahim agar nama Allah adalah hak semua penganut agama.Pisau cukup pasti mereka tidak akan terlepas pandang isu murtad,masakan tidak sebelum ini mereka cukup menjuarai perjuangan ke arah negara islam dan pimpinan Ulamak.Malah menuduh Umnolah puncanya ramai umat Islam murtad kononnya tidak mengamalkan kepimpinan ulamak dan tidak islamik.

Tindakan beberapa kerat pimpinan PAS mengeluarkan hujah berupa dalil tanpa takwil yang mendalam memberi kesan yang cukup besar.Mereka langsung tidak memikirkan coleteral damage yang bakal dihadapi oleh umat Islam di Malaysia.

Anwar Ibrahim bersama sekumpulan think tank pakatan haprak telah mengenal pasti titik lemah dan kelompangan sosio budaya dan agama di negara ini.Beliau tahu, Umno cukup kuat melayunya,jika disentuh isu melayu,hak keistimewaan bumiputra dan Islam, maka pasti akan di lawan habis habisan oleh Umno.Justeru beliau memainkan jarum dengan menyebarkan fahaman kesama-rataan. Peluang untuk mendapat sama rata oleh kaum minoriti adalah mustahil sama sekali,Garapan menu sudah disediakan,jenis lauk sudah dikenal pasti maka dengan hanya mengambil bau,mereka yang lapar sudah pasti dapat membayangkan keenakan juadah yang bakal disediakan oleh Anwar Ibrahim dan pakatan haprak nanti.Peluang cukup mustahil jika tidak kerana muslihat skrip Anwar Ibrahim.

Di sinilah bermulanya timbul sifat jalangan oleh parti PAS,mereka menyahut saranan Anwar Ibrahim,maka keluarlah kenyataan Nik Aziz mengenai politik suku atau kebangsaan.Perkara ini berlarutan sehinggalah episod mengadai ayat quran dan kemuncaknya pengunaan nama Allah oleh pihak kristian.

Anwar Ibrahim tahu, jika kerusi yang dimenangi di semenanjung masih tidak cukup untuk membantu beliau memenangi 2/3 kerusi diparlimen,maka beliau memainkan sentimen pluralisme dan islam liberal dikalangan bukan Islam. Sasaran beliau adalah Sabah dan Sarawak.Di sana penganut kristian adalah lebih ramai dan dikatakan pengundi tegar BN. Dengan memainkan sentimen nama Allah,beliau percaya satu ombak penentangan akan berlaku jika kerajaan pusat pimpinan BN tidak membenarkan pengunaan nama Allah oleh golongan penganut katolik.

Video anwar berkempen membuktikan segalanya,beliau berkempen semasa pilihanraya Batang Ai menjanjikan pengunaan nama Allah oleh pihak gereja dan ternyata cukup banyak berbohong kepada rakyat.

Video ini juga membuktikan Anwar Ibrahim mempolitikkan isu pengunaan nama Allah.

Pisau yakin anda pembaca pasti berasa hairan,kenapa pihak katolik begitu bersungguh sungguh untuk mengunakan nama Allah,kenapa isu ini baru timbul? Terdesak sangatkah penganut Kristian untuk mengunakan nama Allah, terasa kurang imankah penganut kristian jika tidak mengunakan nama Allah? Pisau ada bertanyakan kepada rakan yang menganut kristian katolik,beliau sendiri tidak mahu mengunakan nama Allah,katanya mengapa beliau harus mengunakan nama tuhan Islam,beliau tidak diajar untuk menyebut nama Allah sejak dari kecil lagi,malah keturunan beliau langsung tidak pernah menyebut nama Allah dalam anutan mereka.

Yang lebih menghairankan yang bukan kristian pula lebih 'sudu dari kuah''(melampau keterlaluan baik hati mereka). Ini diperlihatkan dengan hujah Nik Aziz ,Khalid Samad dan sekumpulan PAS Liberal.Mereka bersama sama Anwar dan liberalist cukup kuat mempromosi pengunaan nama Allah.

Cuba anda fikirkan negara Belanda yang majoritinya beragama kristian,umat Islam hanya dalam lingkungan sejuta orang. Terdapat saranan agar nama Allah digunakan disana.Tetapi yang menariknya dalam pungutan suara yang dijalankan pada tahun 2007 telah menolak untuk mengunakan nama Allah.
A survey in the Netherlands' biggest-selling newspaper De Telegraaf on Wednesday found 92 percent of the more than 4,000 people polled disagreed with the bishop's view, which also drew ridicule.
"Sure. Lets call God Allah. Lets then call a church a mosque and pray five times a day. Ramadan sounds like fun," Welmoet Koppenhol wrote in a letter to the newspaper.

Live Vote
* Do you think people of all faiths should call God "Allah" to help religious relations? - 37809 responses

Yes. It means the same thing and could help ease tensions - 6.7%

No. We should stick to the English word for God - 85%

I don't know or don't care - 8.2%

Apa relevennya pihak Herald Tribune di Malaysia begitu mahukan mengunakan nama Allah,walhal dinegara kristian dan majoriti 98% penduduk penganut kristian sendiri menolak mengunakan nama Allah.

Sudah pasti tujuan dan niat boleh dipersoalkan.Apa sebabnya PAS dan PKR begitu mahukan nama Allah digunakan oleh Herald Tribune jika tidak bermotifkan politik semata mata dan disamping itu matlamat pihak gereja jelas mempunyai matlamat tersembunyi.

Apabila timbulnya desakan dan bantahan oleh umat Islam,kerajaan dilihat sebagai tidak adil dan sudah ada timbul desakan kepada PM agar lebih menghayati semangat 1Malaysia semata mata mahukan pengunaan nama Allah.Di sini kita dapat melihat kedudukan PM sebagai pemimpin nombor satu negara di gambarkan seolah olah tidak berlaku adil dan tidak 'walk the talk' walhal anasir yang memulakan jarum dan persepsi sentimen perkauman dan agama dilihat menjuarai suara di satu pihak yang kononnya tertindas akibat artikel 11 dan keputusan makhamah.

Malah hujah paling dangkal yang dibuat oleh kalangan pakatan haprak kononnya keputusan makhamah dibuat oleh hakim adalah permainan Umno. Umno tidak sama sekali mempunyai kuasa terhadap makhamah, jika benarlah Umno menguasai hakim,mengapa hakim yang sama iaitu Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan membuat keputusan memihak kepada pakatan rakyat berkenaan isu kerajaan negeri Perak?Adakah hakim ini yang dikawal oleh Umno?

Pisau perhatikan ada satu gerakan yang cuba menghancurkan BN dari dalam,sudah pasti mereka yang beragama kristian akan membuat tuntutan didalam kabinet agar PM lebih bersifat 'adil'. Taruhan nama Allah antara perbezaan agama bakal meruntuhkan persefahaman sesama pemimpin BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Jika mereka benar benar memperhalusi perkara ini dan sedar,sudah pasti akan ada suara pemimpin BN beragama Kristian akan bangkit menentang pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune. Tetapi sehingga saat ini,adakah dikalangan mereka turut sama membantah senada dengan pemimpin BN yang beragama Islam?

Rakyat Malaysia harus faham secara mendalam permainan politik Anwar Ibrahim yang cukup halus dan jelas mengkucar kacirkan semangat perpaduan antara kaum dan agama,dengan hanya mengunakan sentimen sebegini Anwar Ibrahim dan PAS berjaya mengaut keuntungan political mileage yang cukup banyak walaupun bersifat gampangan .

Pecah dan perintah bersama matlamat menghalalkan cara. Itulah cara politik Anwar Ibrahim bersama PKR ,PAS & DAP.

Pisau menyarankan agar PM mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar perkara ini di selesaikan secepat mungkin.

Pisau kata " Allah hanya menjadi permainan politik buat Anwar dan PAS,Umat Islam dan Kristian dilagakan habuan pemuas nafsu demi kuasa" .

Saturday, October 31, 2009

SATU DEMI SATU TINGGALKAN PKR KERANA CURIGA

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(pengarang@utusan.com.my)


UMPAMA retak menanti belah. Peletakan jawatan bersiri pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiyakan cakap-cakap tentang keretakan dalam parti itu.

Bukan saja PKR yang dilanda masalah. Rakannya Pas turut dijangkiti sindrom perpecahan. Semuanya itu kononnya berkaitan dengan agenda 'membersihkan' parti.

PKR tidak mahu pemimpin yang tidak mendokong agenda parti itu. Lantas tugas wakil rakyat yang dipilih untuk berbakti kepada pengundi dialih kepada orang lain.

Tindakan itu terbukti dalam kes wakil rakyat PKR bagi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang. Badrul Hisham Abdullah keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR.

Apakan tidak, ketika mencalonkan Badrul Hisham tidak berbangkit soal masalah kekuatan otak. Namun selepas membantu PKR mendapatkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.

Adakah calon PKR semasa pilihan raya umum lalu hanya tangkap muat? Adakah mereka tidak perlu diberi mandat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat?

Sebab itu selepas menjadi wakil rakyat, pemimpin tertinggi tidak peduli. Malah mendapat khabar anak buahnya meninggalkan parti, tiada rasa kesal sebaliknya segala kelemahan yang 'dipadamkan' daripada rekod menjelang pilihan raya lalu diungkit semula.

Itu sebahagian daripada masalah di Pelabuhan Klang. Sebahagian lagi punca, kata Badrul Hisham kerana tidak gemar dengan sikap berdolak-dalik penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwatnya.

Itu sandiwara dalam PKR. Sandiwara yang bermula dengan keyakinan mahu membentuk kerajaan pada 16 September tahun lalu nampaknya bertukar plot.

Sandiwara mahu menawan wakil-wakil rakyat dari negeri di bawah bayu itu kini melalui jalan cerita berbeza. Di negeri itu, krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR terserlah.

Siapa sangka Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu. Dan bukankah gerakan yang bermula secara perlahan dan kini tidak dapat diselindungkan lagi menunjukkan bahawa PKR sememangnya bermasalah.

Sebab itu alasan mahu membersihkan parti semacam tidak mendapat tempat di kalangan ahli-ahli PKR yang kini semakin berani menoktahkan perjuangan yang masih hijau.

Keengganan mengakui kelemahan serta cubaan mahu menunjukkan bahawa parti itu kukuh dengan sokongan dua lagi rakan - Pas dan DAP, menyebabkan ada yang muak.

Apatah lagi dalam keadaan ada wakil rakyatnya mula mempersoalkan isu moral pemimpinnya, sedangkan sebelum ini istilah tersebut tidak lut dalam parti itu.

Mana pernah ahli-ahli parti itu mencurigai moral pemimpin mereka, biar pun yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan menyanggah moral. Sebaliknya pemimpin itulah yang disanjung, dijunjung dan dilambung umpama 'malaikat' yang bersih daripada dosa dan noda.

Tetapi trend itu mula terhakis. Kecurigaan mula mengatasi kesetiaan kepada parti dan pemimpin menyebabkan mereka mula berani bertindak; salah satu caranya dengan meninggalkan parti.

Bukan soal kekeliruan dan kejutan berikutan perubahan yang disusun dalam kepimpinan PKR mendorong tindakan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan.

Tetapi hakikatnya soal ketidakpercayaan orang kuat parti terhadap pemimpin yang diberi mandat sebelum ini menyebabkan ada rajuk yang tidak mungkin dapat dipujuk.

Lantas perubahan yang dikatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam kononnya dipersetujui sebulat suara amat diragui.

Bukankah sepakat membawa berkat. Tetapi dalam kes perubahan dalam PKR, kesepakatan itu membawa kepada siri perpecahan. Pastinya ada punca tunggal kepada perkembangan terbaru itu dan mungkin juga membawa kepada berita seterusnya yang akan diledakkan tidak lama lagi.

Sepatutnya agenda mahu membersihkan parti daripada golongan 'bermasalah' dalam PKR dimulakan di peringkat nama-nama besar dalam parti itu.

Ini kerana nama-nama besar itu semakin tidak mendapat tempat, hilang kepercayaan malah tidak lagi diyakini untuk menjadikan PKR terus relevan.

Siapakah nama-nama itu, semua orang tahu jawapannya.

Wednesday, October 28, 2009

TEORI DOMINO LANDA PKR

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mStar)

NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.

Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.

Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.

Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.

Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.

Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.

Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.

Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.

Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.

Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.

Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.

Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

Saturday, September 12, 2009

PEMBANGKANG PERDAYA PENDUDUK SHAH ALAM

NASIR SUKIMAN (1 September 2009)

Setiap kali ada bantahan penduduk mengenai sesuatu isu seperti di Shah Alam, pemimpin Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terburu-buru menuduh UMNO sebagai dalang sebagaimana perarakan dari Masjid Alam Shah ke Bangunan Sekretariat selepas solat Jumaat lalu.

Perkara yang dibantah oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah rancangan kerajaan PKR-DAP-Pas Selangor untuk memindahkan kuil Hindu Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke kawasan mereka.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar tanpa usul periksa menuduh pemimpin Umno Selangor sebagai dalang bukan saja perarakan itu malah penganjur ajaran sesat (menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu) yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam.

Tanpa usul periksa Mahfuz mengaitkan isu itu dengan politik walaupun yang terlibat kebanyakannya adalah penduduk yang dimamah kerisauan, rasa benci meluap-luap terhadap PKR, Pas dan DAP.

Mahfuz bertempik berdasarkan sepanduk-sepanduk bantahan dibawa penunjuk perasaan, kononnya mereka adalah penyokong UMNO kerana melaungkan slogan yang sama dengan dilaungkan oleh pemimpin parti itu.

Tetapi hakikatnya adalah pengerusi kumpulan penduduk yang berarak itu ialah Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Lelaki yang membaca doa pada masa perarakan itu pun adalah ahli Pas yang dipanggil Amin.

Fakta ini amat sukar disangkal kerana mereka ini dirakam dan dipaparkan dalam beberapa blog sejak beberapa hari lalu.

Memang benar jika mahu menuduh UMNO terlibat, kita harus sedar ramai juga penduduk menjadi ahli parti itu yang tinggal di Seksyen 23 seperti yang lain yang sudah beralih selera kepada Pas dan PKR.

Masalah yang tercetus ini sebenarnya bukanlah satu isu politik kepartian, tetapi isu penduduk setempat yang kini sudah pun dipolitikkan dengan terbaru Lim Kit Siang turut sama mengocak lumpur dan cuba menyemarakkan api kebencian.

Tinjauan penulis ke kawasan berkenaan mendapati dinding kawasan dikepung yang dirancang bagi pembinaan kuil itu diconteng dengan cogankata penghinaan terhadap kerajaan PKR-DAP-Pas.

“Kami menentang pembinaan kuil” , “Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai” dan “Rodziah babi” jelas menggambarkan betapa pengundi sudah meluat dengan tindak-tanduk kerajaan pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim dan parti pimpinan Anwar Ibrahim, Kit Siang serta Hadi Awang dan Nik Aziz ini.

Selain hanya 160 meter dari kawasan perumahan mereka, kuil itu akan dibina 50 meter dari kawasan padang permainan dan lebih menggusarkan ia hanya 150 meter dari Surau Al-Janah.

Mereka mahu isu ini dibincangkan secara terbuka, tetapi Adun Batu Tiga Rodziah Ismail menjawab itu tidak perlu kerana tanah diperuntukkan adalah untuk industri.

Ramai pengundi kini sedar betapa mereka sudah ditipu oleh Rodziah dan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad. Tidak kurang juga pengundi yang memangkah pembangkang kini menyesal kerana terpedaya dengan apa mereka dakwa sebagai pembohongan dan tipu-helah pembangkang terutama pemimpin Melayu yang tidak lagi mempedulikan isu sensitif melibatkan penduduk Islam.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan betapa kerajaan Khalid Ibrahim tidak memahami aspirasi pengundi dan lemah menghadapi isu sensitif. Mereka dikatakan terlalu gopoh, degil dan mahu memaksa penduduk Islam menerima apa saja keputusan Exco kerajaan negeri.

Penduduk juga mendapati sudah banyak kali Khalid Samad dan Rodziah berbohong dan enggan menemui golongan yang menghantar surat bantahan begitu juga Exco Dr Xavier Jeyakumar.

Isu perarakan dengan kepala lembu itu kini cuba diketengahkan ke peringkat antarabangsa apabila pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy yang menuduh UMNO mendalanginya dan mengugut untuk melaporkan perkara ini kepada beberapa organisasi antarabangsa.

Turut serta melemparkan tuduhan melulu terhadap UMNO adalah laman sesawang seperti Malaysia Today, The Malaysian Insider yang senada dengan pemimpin Pas, DAP dan PKR.

Kerajaan BN sebelum ini merancang memindahkan kuil yang berstatus haram itu ke Seksyen 22 setelah didapati sesuai tetapi sebahagian penganut Hindu menolaknya dengan alasan kedudukkannya agak jauh.

Sebelum menawarkan kawasan Seksyen 22, kerajaan BN dahulu menawarkan kawasan di Seksyen 18 yang ada kuil Hindu lain. Rumah Rodziah, dikatakan berdekatan dengan kuil ini.

Setelah dipersetujui, penganut Hindu minta ia dilakukan selepas Pilihanraya Umum 2008. Namun kekalahan BN memberi mereka peluang untuk mengemukakan pelbagai macam tuntutan.

Shah Alam, ibu negeri Selangor telah dibina sebagai sebuah bandar raya moden dan tersusun berkonsepkan Melayu. Sejak pakatan pembangkang memerintah semakin banyak rumah urut dibiarkan dibuka, arak boleh dijual dengan mudah, kuil-kuil berselerak di kawasan perumahan Melayu.

Apa agaknya janji manis ditabur Khalid Samad, Rodziah, Anwar, Kit Siang serta Hadi Awang sehingga pengundi Melayu memilih mereka? - malaysiaaktif.com

Sunday, July 19, 2009

CHUA ANGGAP SERTAI PKR LANGKAH YANG BETUL

Barisan Nasional tidak memerlukan pemimpin lidah bercabang.

Kalaupun menganggap menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai langkah yang betul, Datuk Chua Jui Meng tidak wajar bersandiwara.

Umum saja semalam, kenapa takut?

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi BN yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama. Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau.

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri. Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005. Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin juga Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Ternyata Chua yang cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang tidak tamak sebenarnya melakukan sandiwara dan tidak gentlemen langsung.

Selepas menafikan dua hari lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh beliau pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam majlis itu.

Turut menyertai PKR adalah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media selepas itu, Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.

"Saya telah keluarkan manifesto pada 2005 dan 2008 dan saya membandingkannya dengan visi dan agenda Datuk Seri Anwar serta manifesto PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Saya lihat ada banyak perkara yang kami punya persamaan dan itulah yang betul-betul meyakinkan saya bahawa PKR adalah parti yang tepat untuk saya sertai.

"Saya lihat semangat dalam diri Datuk Seri Anwar. Kita berbincang tentang agendanya, bertanya soalan dan saya memberikannya manifesto saya.

"Justeru, kita faham apa yang patut saya lakukan untuk membantunya dalam agenda Malaysia," katanya.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada MCA secara rasmi memandangkan beliau telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menukar parti, Chua berkata, beliau sebelum ini berhasrat untuk melakukan reformasi dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung keputusannnya keluar parti dan menyertai PKR, Chua berkata: "Beliau sahabat saya. Beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip."

"Saya menghormatinya dan saya percaya beliau juga menghormati saya. Hubungan kami akan berterusan sebagai kawan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Chua adalah aset penting kepada PKR dan beliau akan mempelawa Chua untuk menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

"Hal itu memerlukan kelulusan biro politik parti dan seterusnya oleh Majlis Tertinggi," katanya.

Friday, July 17, 2009

ANTARA DUA CHUA...

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng malam semalam meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tetapi nafi akan sertai Parti Keadilan Rakyat.

Walaupun ada khabar angin mengatakan beliau akan berbuat demikian tetapi sehingga ini kekal dalam MCA.

Tidak dipastikan apakah beliau akan mengubah pendiriannya. Beliau menyerahkan tugas memimpin bahagian yang dipimpinnya sejak 1988 kepada timbalan pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Sementara Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula dipanggil untuk disiasat oleh jawatankuasa disiplin MCA berhubung video seksnya.

Beliau mengesahkan telah dipanggil untuk menghadap jawatankuasa tersebut pada 4 Ogos depan.

Dr Chua menerima surat tunjuk sebab berhubung perkara itu minggu lepas.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, kes berkenaan berlaku 20 bulan lalu. "Tetapi sekarang baru mereka hendak ambil tindakan... terpulang kepada ahli dan rakyat untuk membuat tafsiran," katanya kepada pemberita di Kulim, Kedah.

Inilah kali pertama beliau mengadakan sidang akhbar selepas menerima surat tunjuk sebab itu.

Dr Chua berjanji akan membuat pendedahan satu demi satu, secara perlahan-lahan "supaya ia menjadi lebih menarik".

Chua pula berkata, desas desus kononya beliau menyertai pembangkang bukan kali pertama. "Dalam pilihanraya umum lalu saya ditawarkan bertanding sebagai calon parti pembangkang, tetapi saya menolaknya," katanya.

Beliau kemudiannya tidak dipilih sebagai calon BN untuk kawasan Parlimen Bakri pada pilihanraya umum lalu, dan kerusi parlimen yang sebelum ini disandangnya, kemudiannya jatuh kepada parti pembangkang.

Katanya dalam pertemuan dengan anggota jawatankuasa MCA bahagian, beliau meminta mereka supaya menyokong Tee Keat yang pernah dijemputnya dua kali datang ke bahagian Bakri sebelum ini.

"Dengan ini, saya sudah melakukan yang termampu untuk menyatukan kembali anggota parti," katanya katanya sambil menegaskan perletakkan jawatan beliau itu tidak bermakna beliau akan berdiam diri selepas ini.

Dalam pemilihan MCA tahun lalu, Chua tewas kali kedua dalam cubaannya untuk merebut jawatan presiden parti selepas gagal pada kali pertama pada tahun 2005 lalu.Bagi Chua pula, beliau meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, lapor Bernama.

Bercakap mengenai masa depannya Chua berkata beliau akan meneruskan visi perjuangannya iaitu mahukan supaya kepimpinan kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membela rakyat semua kaum dalam negara.

Beliau berkata matlamat perjuangannya yang terkandung dalam manifesto semasa bertanding untuk jawatan presiden MCA pada tahun 2005 dan 2008 lalu akan terus diperjuangkan sekalipun beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

"Saya percaya Malaysia boleh menjadi negara terkaya, lebih kaya daripada Singapura dan saya mahu kekayaan negara ini dikembalikan kepada rakyat semua kaum dalam negara," tambahnya.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA bahagian Bakri malam ini.

Katanya beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya dalam pemilihan tahun lalu, dan kini beliau hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan penyokongnya selama sejam di dewan bangunan ibu pejabat itu.

Sunday, June 28, 2009

KEMUNCULAN SULUNG DI PJS - EZAM DISAMBUT 'MERIAH' KAWAN DAN LAWAN

Sumber: mStar (Ahad Jun 28, 2009)

Mohamad Ezam Mohd. Nor muncul pada majlis umum anjuran Umno Petaling Jaya Selatan semalam - buat julung kali sejak kembali ke pangkuan Umno setahun lalu - disambut dengan 'meriah' bukan sahaja oleh bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat.

Ezam menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Ceramah itu diadakan selepas cawangan itu mengadakan mesyuarat tahunannya malam tadi.
Ezam yang merupakan Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Selatan ketika dipecat pada 1998, memulakan ceramahnya lebih sejam pada pukul 10 malam dengan menerima sorakan ahli-ahli Umno cawangan Makmur Setia seperti yang lazimnya diberikan kepada tetamu jemputan.

Pun begitu, Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan jeritan sekumpulan kecil penyokong Pakatan Rakyat yang berdiri di luar kawasan Dewan Masyarakat Taman Sri Manja sepanjang ceramahnya.

Hadirin yang pada awalnya dipercayai sekitar 1,000 orang pada pukul 9.30 malam meningkat sekali ganda menjelang 11 malam.

Kumpulan kecil itu, dipercayai ahli PKR dan PAS, menjerit setiap kali Ezam menyentuh tentang masalah dan isu yang menyelubungi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

"Saya tidak kisah jeritan-jeritan di sana (di luar kawasan Dewan Masyarakat)... saya sudah lama di sini (di Bahagian Petaling Jaya Selatan)... Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan tempat saya memulakan perjuangan politik (dalam Umno)," kata Ezam yang berulang kali menegaskan, perjuangan beliau adalah kerana "prinsip" dan "kebenaran".

"Saya lawan, latih selama 10 tahun... kita pegang pada prinsip, perjuangan harus ada kebenaran, mesti ada kebenaran moral.

"Saya berjuang kerana prinsip, kerana kebenaran. Sebab itu saya berani bercakap," katanya yang menjelaskan sebab beliau keluar PKR setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara pada 2004.

Katanya, beliau mendapati Anwar sudah terkeluar daripada matlamat asas penubuhan PKR yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Beliau juga menyentuh kes liwat kali kedua Anwar yang akan didengar di mahkamah bulan depan.

"Dua minggu lagi kita akan tengok kebenaran... dengar (perbicaraan) dan anda buat keadilan sendiri," kata Ezam yang turut menjawab apabila ada penyokong Pakatan Rakyat yang menjerit "mana kotak rahsia?."

Ezam yang telah menyentuh isu berkenaan banyak kali sebelum ini mengulangi bahawa "isu kotka kena tanya Anwar."

"Saya dah cakap di Bukit Gantang, di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu (pilihan raya kecil sejak Ogos 2008) dan dalam program Hujah pasal isu kotak ini," katanya.

Oleh itu, tegas Ezam, soal kotak rahsia berkenaan perlu diajukan kepada Anwar yang didakwa menyimpannya.

Menyentuh tentang isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, PAS perlu menerima hakikat bahawa ia sebenarnya merupakan parti Melayu yang jumlah perwakilannya di Parlimen jauh lebih kecil berbanding dengan Umno.

Oleh itu, kata beliau, "mengambil kira perkiraan matematik biasa" adalah jelas Umno lebih kuat berbanding PAS.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar Dewan Masyarakat menjawab "PAS lebih kuat".

"Ya, PAS kuat, ya PAS kuat, kena ditunggang DAP," katanya lagi.

Justeru katanya, PAS tidak seharusnya mengenakan syarat bahawa Umno perlu mengikut apa kehendaknya dalam membincangkan isu perpaduan orang Melayu.

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional.

"Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Semasa ditemui selepas berceramah, Ezam berkata, tindakan penyokong Pakatan Rakyat itu menjerit dan mengejek "memperlihatkan sikap tidak matang mereka."

"Ini kali pertama saya berucap di sini (selepas kembali ke Umno). Memang mereka hendak menakut-nakutkan saya, mereka nak menghalang saya daripada bercakap... ia menunjukkan sikap tidak matang mereka," katanya.

Malam tadi, Umno Cawangan Makmur Setia melantik Ezam sebagai Ketua Penerangannya.
"Kemasukan saya disahkan dan saya dilantik sebagai Ketua Penerangan," katanya.

Ketika dipecat pada 1998, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Umno yang akan meminda perlembagaannya Oktober ini perlu mengadakan pemilihan baru sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi meyakinkan orang ramai bahawa ia benar-benar serius dalam usaha menangani amalan politik wang.

Umno sudah mula mengambil langkah drastik ke arah itu, tetapi "tidak cukup setakat meminda perlembagaan" bagi memperkemaskan parti bagi mencapai matlamat menghapuskan gejala politik wang, kata Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Ezam yang ditemu bual mStar Online sempena setahun selepas menyertai kembali Umno mengakui, Perhimpunan Agung Tahunan Khas akhir tahun ini "satu perkara drastik, yang signifikan diambil untuk melawan politik wang dalam parti."

"Ini mesti diperlihatkan (dalam bentuk pelaksanaan)," kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan itu.

"Kita mesti beri keyakinan, Umno mesti membuktikan bahawa sudah cukup masa untuk bercakap, sudah cukup masa untuk keluar dengan macam-macam slogan, macam-macam komitmen dan mungkin selepas ini pindaan (perlembagaan) akan dibuat.

"Itu bagi saya masih belum cukup dan ini waktu rakyat mahu melihat Umno benar-benar berubah dengan tindakan.

"Ia mesti dilakukan dengan perhimpunan yang bersih, dengan sistem yang baru (ditunjukkan) kepada rakyat," katanya lagi.

Tuesday, June 16, 2009

ZAID IBRAHIM: SEMOGA BERBAHAGIALAH DIA DENGAN PKR

Oleh Zamzuri Damanhuri

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim ke dalam parti itu sebagai sesuatu yang mengangkat imej parti tetapi bagi Umno, ia adalah sesuatu yang memang diharap-harapkan.

Walaupun PKR menyifatkan Zaid sebagai bekas Menteri Kabinet, tetapi Umno pula mungkin menganggap perlantikan Zaid menganggotai kabinet sebagai suatu kesilapan besar.

Bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah diserang hebat oleh Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Umno Bahagian dalam satu pertemuan sulit dengannya isu perlantikan Zaid ini.

Zaid mungkin tidak tahu isu dia ditolak di kalangan pemimpin-pemimpin Umno tetapi dia mungkin akan menjawab “siapa mereka jika nak dibandingkan dengan dia”. Zaid pernah bercita-cita mahu menjadi Naib Presiden Umno. Ada satu atau dua bahagian mencalonkannya.

Akhir sekali, bukan sahaja dia tidak berjaya menjadi Naib Presiden, dia juga tidak pernah duduk sebagai anggota MT dan akhir sekali, gagal untuk merebut semula jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Dia pasti mempunyai pelbagai alasan, mengapa dia kalah di Kota Bharu tetapi sebelum dia menjdi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, bukan sedikit cerita bagaimana dia boleh menjadi ketua bahagian, mengalahkan Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher.

Zaid mungkin mahu melupakannya tetapi mana mungkin ahli-ahli Umno boleh melupakannya? Hari ini, apabila dia membuat keputusan menyertai PKR, pasti ramai yang bersedekah pisang ke masjid.

Sudah ramai yang meluat melihat gelagatnya dan memang ramai yang mengharapkan dia meninggalkan Umno. Hari ini, apabila dia mengesahkan sudah bersama PKR dengan sambutan besar-besar dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai yang berkata; “semoga berbahagialah dia”

Maklumlah dalam Umno mana ada budaya yang PKR amalkan! Faham tak apa yang dimaksudkan? Kalau tak faham, lain kalilah saya ceritakan. Maklumlah, mereka yang duduk dalam PKR, ehm…ehem…ehm tahu-tahu sahajalah. Ia sangat sesuai dengan Zaid dan Anwar.

Penyokong Pas pasti seronok. Ini kerana mereka nampak, dalam PKR selain ada Anwar Ibrahim, kini sudah ada Zaid Ibrahim. Jika Anwar sebelum ini dikenali sebagai seorang pejuang Islam, kini dia sudah mula merestui usaha membawa pulang Chin Peng kerana Anwar yakin, langkahnya itu akan mendapat sokongan Mursyidur Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dulu, penyokong Pas tidak tahu ‘melawan’ pemimpin. Kini, mereka sudah mula menyatakan tentangannya kerana ada orang yang mengajar mereka dari luar Pas, supaya jangan terlalu akur dengan kehendak pemimpin. Berjaya Anwar ‘mengujudkan suasana’ ini di dalam Pas.

Dalam PKR, ada sesiapa yang berani menentang Anwar? Kalau berani, bersedialah untuk keluar. Di mana sekarang Datuk Nallakarupan? Mana dia Mohd Ezam Md Nor? Mana dia Roslan Kassim dan mana dia Marina Yusoff?

Mereka yang boleh bersama PKR ialah Azmin Ali dan tentunya Johari Abdul dan Saifuddin Nasution Ismail. Kerana apa? Kerana mereka sahaja yang tahu kenapa mereka mesti berada dalam PKR.

Dalam sejarah Umno, Zaid mungkin merupakan menteri kabinet yang paling singkat berkhidmat. Dalam sejarah Umno, barangkali Zaid jugalah satu-satunya ahli parti yang kena tindakan kerana kesalahan mengkritik Lembaga Disiplin yang mengenakan hukuman teguran terhadapnya, atas kesalahan politik wang.

Disebabkan Zaid tidak berpuashati dengan keputusan Lembaga Disiplin itu, dia mengkritik keputusan itu.

Zaid mungkin menyangka dia antara orang yang terpandai pernah berada dalam Umno. Itulah sebabnya dia tidak hairan dengan kritikan yang dia pernah terima selama dia berada di dalam kabinet.

Malahan, beberapa kenyataannya seolah-olah dia tidak faham yang mana prinsip yang perlu dia utamakan. Adakah prinsip dirinya atau prinsip parti yang dia wakili. Dia tidak pernah mahu menghargai, tanpa bertanding dalam pilihan raya dia dilantik menjadi Senator dan kemudiannya Menteri di JPM sedangkan sebelum itu, ketika dia menang kerusi Parlimen Kota Bharu, dia hanyalah seorang Ahli Parlimen biasa tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Ketika namanya diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukan sedikit orang-orang Umno yang terkejut. Bukan terkejut biasa, tetapi terkejut luar biasa. Terkejut luar biasa ini menyebabkan ada seorang Ahli Parllimen Umno memberitahu Perdana Menteri, macam mana Perdana Menteri boleh melantik seorang yang ‘#@?$%& #^*% boleh dilantik menganggotai kabinet.
Namun, Perdana Menteri tidak menjawab kritikan Ahli Parlimen mewakili Umno itu hanya kerana Perdana Menteri ketika itu yakin, Zaid akan berubah sikap dan dapat membezakan antara prinsip peribadi dengan prinsip parti yang diwakilinya apabila menganggotai kabinet.

Zaid pasti akan dapat membantu Anwar memperkuatkan PKR. Jika Anwar berusaha membawa Chin Peng balik ke Malaysia, Zaid mungkin boleh membantu Anwar membawa Chin Peng. Jika perlu, Zaid boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia.

Kebetulan kes liwat Anwar akan dibicarakan Julai ini, maka Zaid yang mempunyai pasukan peguam yang ramai pastinya dapat membantu Anwar. Zaid juga akan lebih selesa jika berada dengan PKR daripada bertahan dalam Umno yang sudah tidak dapat menerimanya.

Saturday, June 13, 2009

PARTI KACAU-BILAU RAKYAT JOLOKAN TERBARU PKR

Nasir Sukiman
11 Jun 2009

KRISIS dalaman melibatkan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah di kalangan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang rupa-rupanya tidak berakhir dengan pelantikan Dr Mansor Osman sebagai TKM 1 yang baru.

Mansor yang dicabar membuktikan beliau mampu membela nasib Melayu berbanding Fairus Khairuddin, terpaksa akur dengan hakikat bahawa kira-kira satu pertiga saja pengundi memilih beliau pada Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti pada 31 Mei lalu.Namun apa yang lebih memalukan adalah percakaran di kalangan pemimpin PKR berterusan sebaik saja episod ‘pemecatan’ Fairus selesai.
Sebelum ini pengumuman Mansor sebagai calon TKM 1 dipertikaikan berikutan laporan Zahrain cuba melobi agar Exco Negeri, Abdul Malik Abul Kassim diberikan peluang memegang jawatan itu.Dalam semua isu nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dikaitkan sebagai pengacau atau dalang.Sejajar inilah, kini PKR diberikan jolokan baru – Parti Kacau-Bilau Rakyat atau Kekacauan atau Parti Kacau Rakyat.

Perbalahan sesama sendiri itu pula berpunca daripada anggapan sesetengah pemimpin bahawa kuasa adalah lubuk membawa kepada kekayaan. Berikutan anggapan sedemikian, perebutan kuasa itu melimpah melibatkan bukan saja sesama pemimpin PKR malah mengaitkan juga Pas dan DAP.

Terbaru, PKR menafikan dakwaan pemimpin dan ahli parti itu mendapat habuan lebih lumayan daripada kontrak pembersihan Alam Flora di Selangor berbanding lagi 60 peratus yang harus dikongsi di antara DAP dan PAS.

Kalangan yang membongkar kegiatan itu juga mendakwa ada pakatan sulit berkaitan pembahagian itu.

Sebelum ini, tidak syak lagi adalah tindakan memboikot upacara angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang baru, Mokhtar Jait dikatakan berpunca daripada keinginan Ketua Wip PKR, Johari Kassim untuk menyandang jawatan itu.

Ini diakui Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang mendedahkan beliau dimaklumkan Pengerusi PKR Negeri, Zahrain Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati dengan pelantikan Mokhtar kerana 'mengidam' jawatan itu.

Mengikut jangkaan awal, Johari sepatutnya memegang jawatan itu jika YDP MPSP dilantik daripada kalangan ahli majlis PKR lantas memperkuatkan kuasanya bagi menghadapi kerenah Zahrain.

Di majlis itu, lapan daripada sembilan ahli majlis MPSP dari PKR memboikot upacara berkenaan kerana membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu berhubung pelantikan Mokhtar sebagai YDP MPSP.

MPSP, sebuah majlis perbandaran terbesar di Semenanjung mempunyai 24 ahli majlis dengan 10 diwakili pemimpin DAP, PKR (9), Pas (2) manakala pertubuhan bukan kerajaan (tiga).

Di tengah-tengah kemelut dan kekacauan itu, Anwar semakin giat mengejar mimpinya dengan terbaru, untuk menakluk Perlis, satu-satunya negeri di utara tanah air yang terlepas daripada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Impian itu, dakwa Anwar, diterjemahkan apabila PKR menerima 630 borang keahlian daripada ahli UMNO untuk menyertai pembangkang. Namun kerajaan Perlis, yang menjalankan siasatan mendapati cuma 30 ahli Umno menyertai PKR.

Mereka yang menyertai pembangkang disebabkan dasar kecewa kepada UMNO selepas kalah dalam pemilihan dan ada yang tidak dilantik sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Anwar jelas cuba mencari pengaruh di negeri-negeri utara sedang krisis dalaman di Selangor dan Pulau Pinang semakin parah melibatkan ramai pemimpin atasan yang saling tuduh menuduh sebagaimana didedahkan golongan anti-PKR dan anti-Anwar pada ceramah menjelang PRK Penanti, hujung Mei lalu.

Bekas ketua wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, pernah mendakwa sesiapa dalam PKR yang cuba mendapatkan makumat sahih melibatkan kegiatan rasuah atau menyiasat pemberian habuan kontrak, akan dipinggirkan dan dibuli sedang penyokong mereka dipecat.

Kalangan pemimpin yang dicap membuat angkara pula dipindahkan ke kawasan lain hingga menghilangkan pengaruh mereka. - malaysiaaktif.com

Wednesday, May 20, 2009

DAP TAWAR MB KEPADA SAYA...

Oleh: HANAFIAH MAN (agendadaily.com)

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009