Monday, March 3, 2014

Ahli Politik Wanita Ditangkap Khalwat Di Bilik Hotel

Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi ini.

Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.

"Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin.

Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat. "Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips.

Saturday, February 22, 2014

Nor Mohamed Yackop Nafi Tahu Tentang 'Dana Politik'

Hasbie Satar minta dibicarakan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak tahu menahu tentang 'dana politik' kerana "saya bukan ahli politik".

Nor Mohamed, yang juga bekas ahli parlimen Tasik Gelugor itu memberikan keterangan sebagai saksi pendakwa dalam kes penggubahan wang haram melibatkan bekas setiausaha politik beliau, Hasbie Satar, hsemalam.

Hasbie, 41, yang didakwa menggubah wang berjumlah RM2,134,656, ditangkap pada 11 Februari 2010 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah apartmen dan menjumpai wang itu.

Bekas menteri kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yackop (kanan) hadir di mahkamah di Butterworth hari ini sebagai saksi dalam perbicaraan melibatkan bekas setiausaha politiknya Hasbi Sattar.
Pegawai yang berasal dari Sarawak itu didakwa memperolehi wang itu dari sumber tidak baik di apartmen di Teluk Air Tawar, Butterworth.

Dia minta dibicarakan pada Februari 2011 lalu.

Nor Mohamed, yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, ditanya oleh timbalan pendakwaraya Anselm Charles Fernandis sekiranya beliau tahu tentang dana politik yang disimpan di apartmen, di mana kesalahan itu didakwa berlaku.

Ahli ekonomi yang pernah menjadi Menteri Kewangan Kedua dari 2004 hingga 2009, berkata dia tidak tahu menahu mengenainya. Hasbie, bekas setiausaha politik kepada Nor Mohamed, di mahkamah di Butterworth, semalam.

Nor Mohamed mengaku dia pernah ke apartmen itu yang dijadikan tempat mesyuarat ahli-ahli politik di kawasan itu.

"Hasbie kadang-kadang tinggal di apartmen itu. Dia biasanya memberitahu saya jika dia ke Pulau Pinang. "Saya tidak pernah memberikan beliau kebenaran untuk menyimpan wang di situ," katanya.

Nor Mohamed berkata, apartmen itu bukan pusat khidmat beliau kerana pejabatnya terletak di Sungai Dua ketika beliau menjadi ahli parlimen semasa kesalahan itu didakwa dilakukan.

Dia juga berkata, Hasbie tidak pernah memberitahunya tentang sebarang dana politik, dan oleh itu tidak tahu apa-apa tentang dana sebegitu kerana dia secara peribadi tidak biasa dengan prosedur bagaimana menguruskan wang untuk kepentingan politik.

"Saya tidak berapa tahu. Saya bukan ahli politik. "Pada pendapat saya, jika ada apa-apa sumbangan (wang), ia seharusnya dimasukkan ke dalam akaun yang betul," katanya.

Nor Mohamed merupakan ahli parlimen satu penggal. Beliau dipilih sebagai senator pada tahun 2004 apabila dilantik menjadi menteri kewangan kedua.


Semasa soal balas oleh peguambela Badrul Munir Bukhari kemudiannya, Nor Mohamed berkata beliau tidak tahu bagaimana wang sebegitu diperolehi dan bagaimana ia digunakan.

Katanya, beliau tidak ingat samada sumber wang itu adalah dari duit lebihan yang diperuntukkan oleh Umno untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir yang diadakan sebelum itu.

Sebelum itu, dia memberitahu mahkamah yang dipimpin oleh hakim Ikmal Hisham Mohd Tajuddin, dia mula mengenali Hasbie pada Mei 2000.

Hasbie kemudiannya dilantik sebagai pegawai khas beliau apabila dia menjadi penasihat khas ekonomi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu.

Mahkamah akan bersambung perbicaraan pada 10 Mac ini, dengan 15 lagi saksi pendakwaraya dipanggil. Hasbie berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM5 juta atau lima tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 4 (1) Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Wang untuk Keganasan 2001.

Dia juga menghadapi 28 pendakwaan penggubahan wang haram di Shah Alam. Dia didakwa pada tahun 2012 selepas menggubah RM935,000 yang dimasukkan ke dalam pelbagai akaun termasuk keluarganya.

The Malaysian Insider

Tuesday, February 18, 2014

Khatib Pas Kafirkan Allah Dalam Khutbah Jumaat?



Daripada theflyingkick
(Tajuk Asal - KHATIB PAS MENGKAFIRKAN ALLAH TAALA DALAM KHUTBAH JUMAAT DI KULIM, KEDAH!!! - February 16, 2014)

Rupa-rupanya, masih ada orang PAS yang kurang berpengetahuan dalam bidang Usuluddin walaupun sudah bergelar Ustaz malah telah diangkat menjadi Khatib Jemputan.

Rupa-rupanya pengetahuan agama Islam mereka sekadar berserban, berjubah, berjanggut kambing dan menjadi ahli PAS.

Islam yang sebenar-benarnya, sama ada dari segi akidah, pemahaman mahupun amalan, merupakan perkara yang jauh dari diri dan hati mereka. Ini yang berlaku apabila seorang khatib jemputan yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai mempamerkan kecetekan ilmu dan kejahilannya yang amat murakkab dalam bidang usuluddin membabitkan Kalimah ALLAH.

Semuanya bermula apabila Masjid Muttaqin, Tamah Selasih, Kulim yang tereltak dalam PDM Taman Selasih bagi DUN N34 Lunas dan Parlimen P.17 Padang Serai menjemput Mohd Pauzi bin Tahir untuk menyampaikan Khutbah Jumaat.

Khutbah Jumaat yang disampaikannya bertajuk, 'SIAPAKAH ALLAH' dan khutbah tersebut adalah KARANGANNYA SENDIRI. Mohd Pauzi enggan menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mungkin kerana di dalam teks khutbah standard tersebut, tidak terdapat pembelaan untuk golongan munafiqin dan perosak agama.

Dalam khutbahnya, Mohd Pauzi menyatakan Allah SWT adalah Tuhan kepada semua makhluk seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, makhluk halus, mikro organisma dan semua manusia sama ada umat Islam mahupun golongan kafir.

Katanya lagi, Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa memohon agar Allah Taala memberikan rezeki hanya kepada orang-orang yang berfirman. Kemudian Allah Taala berfirman bahawa Dia tetap akan memberikan rezeki kepada orang kafir tetapi di akhir, mereka akan dihumban ke dalam neraka akibat kekufuran mereka. 

Penganut Kristian yang mengikuti ajaran Nabi Isa a.s, katanya, beriman kepada Allah Taala tetapi 300 tahun selepas kewafatan Nabi Isa a.s, Raja Rom bernama Constantine telah mengubah ajaran Kristian dengan mengakui Nabi Isa a.s sebagai Anak Allah namun mereka tetap beriman dengan Allah.

Kata Mohd Pauzi lagi, kita tidak boleh mengatakan Allah bukan Tuhan orang bukan Islam kerana perbuatan tersebut secara tidak langsung menyebabkan kita mengiktiraf ada Tuhan lain selain Allah yang menjurus kepada perbuatan syirik.

Menurutnya lagi, kita tidak boleh terpengaruh dengan golongan yang membuat demo mengatakan Allah bukan Tuhan orang Kristian kerana hanya akan membuat umat Islam kelihatan ganas dan dibenci oleh orang kafir. Menurutnya, kita tidak boleh terlibat dengan demonstrasi kalangan yang mengamalkan politik perkauman, rasis dan mengugut untuk mencetuskan kembali Peristiwa 13 Mei.

Katanya lagi, umat Islam seharusnya menerangkan kepada orang kafir yang mengakui Allah sebagai Tuhan bahawa agama yang diterima Allah hanyalah Islam dan mereka perlu beriman dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Mohd Pauzi yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai ini sebenarnya cuba membela kaum Kristian yang mahu menggunakan Kalimah ALLAH untuk menyebarkan agama mereka. Mohd Pauzi tidak mungkin tidak sedar bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH oleh puak berkenaan tidak ada kena-mengena dengan pengakuan mereka bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam sebaliknya hanya mempergunakan KALIMAH ALLAH untuk menyebarluaskan ajaran Kristian. 

Tidak itu sahaja Mohd Pauzi juga tidak mungkin tidak tahu bahawa demonstrasi dan tentangan terhadap penyalahgunaan KALIMAH ALLAH oleh pihak-pihak tertentu di negara ini, bukanlah kerana mahu menolak hakikat bahawa Allah Taala adalah Tuhan kepada setiap sesuatu dan tidak ada Tuhan melainkan-Nya.

Sebaliknya penentangan tersebut adalah disebabkan niat jahat puak terbabit yang sedang mensasarkan masyarakat Melayu-Islam untuk dimurtadkan. Puak-puak seperti Mohd Pauzi terlalu bergantung kepada Tauhid Al-Rububiyyah yang bagi mereka merupakan penjelasan terbaik untuk menerangkan tentang Allah Taala dan iman kepada-Nya.

Golongan jahilun seperti Mohd Pauzi memang ramai.

Kriteria utama golongan ini ialah apabila mereka menyatakan bahawa TIDAK ADA TAUHID-TAUHID LAINNYA dan TAUHID HANYA SATU. Golongan ini sangat ramai bersarang dalam JAKIM dan apabila mereka menerangkan tentang Tauhid kepada Allah, mereka hanya menerangkan tentang Tauhid Al-Rububiyyah yang mana kaum kafir juga memperakui dan mengikutinya. 

 Malang sekali, golongan seperti Mohd. Pauzi yang cenderung untuk meliberalkan Islam dan mengambil hati kaum kafir serta mencari redha mereka, gagal memahami Tauhid Al-Uluhiyyah yang sepatutnya dilaksanakan oleh setiap yang bergelar Islam dan berharap agar diberikan keimanan dan keihsanan.

Tauhid Al-Uluhiyyah bermaksud, Iktiqad yang jazim bahawa Allah Taala adalah Al-Ilah yang sebenar-benarnya, tiada Ilah selain-Nya dan Dialah yang berhak diserahkan segala ibadat.

Begitu juga dengan Tauhid Asma As-Sifat yang sepatutnya diterangkan sekali seandainya benar seperti kata Mohd. Pauzi dibenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk mendidik hati golongan kafir agar rapat dengan Islam dan akhirnya memeluk Islam.

Malangnya, orang sepreti Mohd Pauzi sebenarnya tidak lebih daripada sekadar tukang kempen yang dibayar upah oleh orang kafir untuk melakukan kesyirikan dan kemudian meletakkan kesalahan syirik kepada orang yang menentangnya.

Taktik menakut-nakutkan orang yang tidak bersetuju dengan kaedah yang mereka gunakan, sudah terlalu lama digunakan sehinggakan ramailah golongan JAHILUN yang terperangkap dan akhirnya menggunakan hujah yang sama untuk MENGKAFIRKAN ALLAH TAALA menurut akal logik mereka.

Semoga kita dijauhkan dari golongan seperti ini... dan sebenarnya, kalau tiada undang-undang di negara ini, kita sudah boleh mengejar, dan merejam mereka ini sehingga mati.

Malangnya, kita tertakluk di bawah undang-undang sivil dan kita mengharapkan hanya Allah Taala yang memberikan balasan yang setimpal kepada perancang-perancang golongan kafir yang mahu memusnahkan umat Islam dan agama Islam di negara ini!

PS: Masjid Muttaqin di Taman Selasih, Kulim dikuasai oleh PAS. Banyak kegiatan yang dijalankan di masjid tersebut, sekalipun kelihatan seperti kegiatan agama, tetapi sebenarnya lebih bersifat untuk mencari perpecahan dan melemahkan Islam bagi kemenangan DAP dan kafir PKR.

Saturday, January 25, 2014

Hina PM: Guan Eng Kena Bertanggungjawab


Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sepatutnya menyelesaikan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebagai ketua menteri, Guan Eng sepatutnya tidak meminta orang lain menyelesaikan isu itu. 

"Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua Adun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah di bawah tanggungjawab Lim walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Mereka sebuah pakatan, mengapa bila Adun dari PKR yang buat perkara itu, yang lain (DAP dan Pas) tidak boleh memberi teguran. Adakah ini sebuah pakatan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di hari ini.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang dilaporkan sebagai berkata bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang harus tampil menyelesaikan isu Adun Machang Bubuk itu.

Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu.

Reputasi Dipertaruh, Mampukah Puteri Reformasi Bertahan?


"Sama ada dilanda krisis peribadi ini ataupun tidak, pengaruh Nurul dalam PKR mampu membolehkannya mempertahankan kedudukannya dengan mudah, tetapi kesan sampingannya kepada PKR merupakan kebimbangan yang lebih besar."

Walaupun ia soal peribadi, namun keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan petisyen untuk membatalkan perkahwinannya mungkin akan mencetuskan kesan politik dan situasi yang rumit.

Menyorot kembali ketika beusia 18 tahun, imej 'Puteri Reformasi' telah berjaya membantunya mencecah garisan penamat sewaktu pemilihan parti pada 2010 dan dua pilihan raya umum.

Tetapi suasana yang menyelebungi isu petisyen tersebut, yang dihebahkan dalam laporan berita dan blog, mungkin boleh mencalarkan reputasinya itu.

Dalam melaporkan mengenai petisyen tersebut, beberapa organisasi berita mengaitkan Nurul dengan lelaki lain, dengan sebuah portal berita mencungkil bahan gosip, tetapi kemudian membuangnya dari artikel asalnya.

Ada yang menyifatkan ibu kepada dua orang anaknya mempunyai potensi menjadi perdana menteri wanita pertama di negara ini.

Tetapi apakah dia dapat mengharungi keributan ini?

Dan sebagai peneraju utama dalam PKR, apakah bentuk kesannya terhadap parti itu?


Satu sumber dalaman parti yang rapat dengan Nurul, yang tidak mahu namanya disebut, bersetuju - sama ada ianya betul atau tidak - bahawa petisyen itu difailkan tidak sesuai langsung dengan masanya.

Dengan pencalonan untuk pemilihan parti dijangka berlangsung Mac ini, Nurul telah menghulurkan "peluru" kepada pengkritiknya - di dalam dan luar PKR - apabila dia memilih untuk memfailkan petisyen tersebut akhir bulan lalu.

"Apabila (rekahan dalam perkahwinannya) muncul, kami telah menjelaskan risikonya kepadanya. Kami memberitahunya: 'Jika anda tidak dapat menyelesaikannya, lambat laun ia akan terbongkar juga'.

"Ya, dia memang mempunyai masalah dalam perkahwinannya, tapi selalunya ada dua pihak...

Dia mungkin perlu membersihkan namanya.

"Kami telah memberitahunya bahawa dia perlu sedar bahawa jika dia memfailkan (pembatalan perkahwinannya), ia akan memberi kesan kepada kerjayanya dan parti," kata seorang pemimpin PKR. 

Menurut pemimpin tersebut, sama ada dilanda krisis peribadi ini ataupun tidak, pengaruh Nurul dalam PKR mampu membolehkannya mempertahankan kedudukannya dengan mudah, tetapi kesan sampingannya kepada PKR merupakan kebimbangan yang lebih besar.

Seorang ahli yang mengkaji sokongan pilihan raya untuk PKR berkata bukan petisyen perceraian itu yang dibimbangi, tetapi dakwaan wujudnya orang ketiga, boleh menjejaskan sokongan terutamanya di kalangan orang Melayu.

Menurutnya, masyarakat Melayu mempunyai standard yang berbeza untuk ahli politik lelaki dan perempuan - dan seorang wanita yang dianggap sedemikian, akan diadili dengan lebih keras.

"Akan berlaku hakisan teruk (sokongan) dan kita bukan hanya bercakap tentang Kerinchi atau Pantai Dalam (kawasan majoriti Melayu berpendapatan rendah dalam kawasan pilihan rayanya Lembah Pantai)," katanya. 

Terdapat juga kekecewaan di kalangan ahli parti kerana selepas begitu banyak serangan terhadap karektor Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul pula satu lagi dakwaan 'skandal' yang perlu diperjelas dan dipertahankan.


Mereka berkata serangan juga boleh datang dari rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat yang menggunakan isu moral sebagai kayu pengukur untuk mengukur kepimpinan.

Mereka juga bimbang perkara itu boleh diseret menjadi tatapan awam melalui proses mahkamah.

"Sama ada kita suka padanya atau tidak, dia adalah simbol parti.

Orang akan kaitkan ini dengan Anwar, dia adalah anak perempuannya. Kita perlu melindungi Anwar," kata seorang pekerja parti.

Malaysiakini