Sunday, June 7, 2009

YANG MENANTI : SELEPAS 31 MEI 2009 … TELAH TIBA

jaranganakmelayu1.blogspot.com (Sabtu,6 Jun 2009)

Blogger yang dikatakan sedang sakit setelah lama berehat tiba-tiba menulis “ Tanggal 31 Mei yang hanya tinggal dua hari lagi dinantikan penuh debar. Mungkinkah sesuatu yang mengejutkan akan berlaku selepas tarikh itu? Memang tepat apa yang diteka oleh penulis blog tersebut. Dia ni ahli nujum ke ape? Ilmu ‘impian menjadi realiti’ ni. Moto mantan MB. Apa yang berlaku ialah

1. Stadium Runtuh pada 2 Jun 2009














2. Bekas SU Politik DS Idris akhirnya didakwa di mahkamah pada 4 Jun 2009


Semua ini berlaku selepas 31 Mei 2009. Tahniah kepada blogger itu kerana telah berjaya membuat ramalan mengenai apa yang akan berlaku selepas 31 Mei 2009.

Banyak artikel dikeluarkan mengenai 2 kejadian high profile ini. Banyak blog mengupas dan mengulas dan ada juga blog-blog bodoh lagi tolol mengatakan perihal stadium runtuh ini adalah perkara yang TIDAK NAMPAK. BUTE ke ape penulis tu. Ada ke kata tak nampak. Ni la kesan daripada terlalu banyak bermimpi. Taksub sangat dengan slogan ‘impian menjadi realiti’. Banyak sangat bermimpi sampai tidak lagi mampu untuk membezakan apa yang nampak dan apa yang tak nampak.

Mari kita tengok artikel yang pertama mengenai Stadium Runtuh ini. Di dalam laman web tranungkite.net pautan mengeluarkan artikel di pautan(http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=214) sebagai mengulas “Runtuhnya sebuah tamaddun yang dicpta oleh bekas menteri besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusuh yang cukup pupolaris dengan motto "IMPIAN MENJADI KENYATAAN", "MENCIPTA TAMADDUN MEMAHAT SEJARAH", "TIADA HALANGAN HANYA PELUANG", "TERENGGANU BISTARI ISLAM HADARI" dengan membangun Terengganu yang tidak terfikir oleh rakyat Terengganu menjadi wirid wajib oleh pemimpin umno Terenggnau dibawah Idris Jusoh.Namun wirid yang diwar-warkan oleh Idis Jusoh dan kuncu-kuncunya tersungkur rebah menyembah bumi bagaikan "RUNTUH NYA BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN YANG BERUMUR 367 HARI". Hari Selesa 02.June 2009 negeri Terenggnu mencipta dan memahat sejarah yang sukar dilupakan.”

Seterusnya blogger ini mendakwa “Saya menerima tidak kurang 10 panggilan dan SMS semasa ‘runtuhnya’ bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak pagi itu. ……….Pun demikian saya tidaklah berniat untuk memberi komen tentang kecelakaan itu, apa lagi untuk cepat melatah kalaupun saya berada di Terengganu. Kerana bagi saya sudah ada pihak bertanggungjawab yang sewajarnya memberi ulasan, komen atau apa-apa tindakan selanjutnya. Cuma saya sekadar berkata dan bertanya kepada teman-teman yang menghubungi saya:

Seperti biasa lazimnya blogger ini secara zahirnya menambah lagi timbangan dosanya (sekiranya beliau menulis dalam keadaan normal/waras) terhadap sesama makhluk dengan meneruskan lagi fitnah bersirinya dengan ungkapan “ ……...‘Bumbung’ apa pula yang akan runtuh untuk yang ketiganya dalam tempoh pemerintahan MB Mat Said ini selepas dua runtuhan yakni runtuhnya bumbung Dewan Besar SMK Wakaf Tapai, Marang pertengahan tahun 2008 lalu dan terbaru bumbung Stadium Gong Badak itu.

Dewan Sekolah Wakaf Tapai

Jawapan telah diberi oleh, MB dan sebahagiannya telah dilapor secara professional oleh Utusan Online dalam utusanterengganu@utusan.com.my ……..”( Bimbang dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam berulang, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan kerja Raya (JKR) memberi perhatian ke atas tahap keselamatan beberapa projek mega (projek zaman bermimpi) yang baru siap di negeri ini.

Tiga projek (yang dibina di zaman impian [mimpi sokmo] menjadi realiti) yang tahap keselamatannya menjadi persoalan sekarang adalah terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Ahmad memberi contoh, ada kepingan atap bangunan LTSM (zaman impian [mimpi sokmo]) yang sudah tercabut menyebabkan berlaku kebocoran yang memerlukan tindakan dilakukan.
''Tidak tahulah sama ada bumbung tercabut dipukul ribut, tapi kita kena tengok takut ada masalah lain. Kita bimbang juga sebab semua bangunan ini baru belaka.


''Mungkin buatannya kasar sangat atau ada perkara yang tidak betul. Arkitek sepatutnya mengambil kira faktor cuaca. Terengganu berada di tepi pantai, angin monsun bertiup kuat dan ini akan membebankan struktur bangunan. Sepatutnya binaan mesti lebih kukuh," ujarnya.
MB menolak anggapan bahawa arahan serta kebimbangan itu disebabkan faktor pembinaan bangunan-bangunan itu disegerakan untuk penganjuran kejohanan tertentu di negeri ini.

Menurutnya, pembinaan semua bangunan itu mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), malah ada yang mengambil lebih masa untuk disiapkan.
MB menjelaskan, kerajaan negeri tidak menetapkan tempoh masa untuk pemeriksaan tersebut agar supaya kajian terperinci dapat dilakukan dan hasilnya tidak akan dipersoalkan kelak

Pusat Akuatik (Kolam Renang)

Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2008 pada 31 Mei hingga 9 Jun tahun lepas.

Bangunan terminal LTSM bernilai RM123 juta yang pembinaannya bermula tahun 2004 sepatutnya siap pada Ogos 2007, namun tertangguh hingga April 2008.)

Berita Harian Online pula melaporkan….”Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, yang runtuh kelmarin dengan meneliti pelbagai aspek berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdull, berkata siasatan kejadian yang dianggarkan kerugian yang mencecah RM25 juta itu bermula petang kelmarin, sebaik ibu pejabat suruhanjaya berkenaan mengeluarkan arahan rasmi kepada SPRM Terengganu.

“Siasatan rapi akan dijalankan pelbagai sudut membabitkan sebarang kemungkinan berlaku kegiatan rasuah kerana ia membabitkan projek berkait rapat dengan kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu Merah Tinta MSO di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/ pada
TUESDAY, JUNE 2, 2009 DALAM TAJUK PENYU PUN MENANGIS LAGI BUMBUNG STADIUM DULU YANG JATUH MENULIS ……..” SEBELUM INI ORANG POLITIK TERNANTI-NANTI BILAKAH AHMAD SAID (FOTO) AKAN JATUH DARI KERUSI MENTERI BESAR TERENGGANU. BERBAGAI OMBAK DAN KOCAKAN DILAKUKAN KE ATAS MAT SAID, NAMUN BELIAU BELUM JATUH-JATUH JUGA.

TETAPI USAHA TIDAK PERNAH BERAKHIR DAN KEDUDUKAN MAT SAID TERUS DIGOYANG. KEADAAN MAT SAID MACAM KERA ATAS POKOK, MAKIN KUAT ANGIN MENERPANYA MAKIN KUAT TANGANNYA MEMELUK DAHAN. KHABAR TERBARU SULTAN MIZAN JUGA MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA DATO' MENTERI BESARNYA ITU.

Kuasa Tuhan itu adil. Dalam orang menanti kejatuhan Mat Said, tiba-tiba bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak (yang di bina zaman siapa jadi MB?) yang merudum. Hampir 60 peratuas bumbung yang bernilai RM270 juta itu ranap menyebah bumi.

Kejadian itu benar-benar mengejutkan kita. Ia bukan mengejutkan, tetapi memalukan! Tidak profesionl. Bagaimana bangunan yang baru dibina tidak sampai setahun boleh runtuh begitu mudah sekali macam atap dangau di tepi
Laut. Apa yang sudah terjadi?

Katanya satu upacara akan diadakan di stadium itu dalam tempoh terdekat ini. Bayangkan betapa kalau bumbung bertulang besi itu roboh ketika berlangsungnya upacara berkenaan, tidak ke naas? Tentu ramai yang maut dan luka-luka atau pun benjol kepada.

Perasmian SUKMA 2008

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung kejadian itu. Menyiasat untuk mencari punca dan masalahnya. Apakah ia berpunca dari kontraktor atau pun pihak mana. Keruntuhan bumbung itu adalah kes pertama yang perlu ditangani Muhyiddin sejak menjadi TPM. Najib Razak kini berada di China selepas bermesyuarat di Korea.

Pembinaan bumbung stadium itu katanya dilakukan oleh kontraktor dari Korea. Satu konsultan yang dilantik oleh kerajaan dan JKR telah bertindak menjadi penyelia dan bertanggungjawab menjaga dan mengawal pembinaan itu. Konsutlan itu pula akan bertanggungjawab kepada JKR mengenagi apa-apa perkembangan tentang stadium itu. Ertinya projek itu dibawah tanggungjawab JKR seratus peratus.

Sehubungan dengan kejadian itu ada berbagai maklumat yang kedengaran di sebalik kejadian itu. Khabarnya kontraktor dari Korea itu sudah memberi amaran awal-awal berhubung ketahanan bumbung berkerangka besi berkenaan. Pakar perunding kontrektor berkenaan katanya melarang membina bumbung itu mengikut struktur yang disiapkan oleh pihak konsutlan itu. Katanya struktur itu tidak kukuh.


Tetapi ada pihak yang memaksa agar dibinakan juga kerana untuk keperluan Sukan Malaysia. Katanya menurut pakar perundingan kontrekor berkenaan, design yang dibentuk itu tidak tahan dan kemungkinan akan runtuh. Walaupun Korea adalah pakar dalam pembinaan bangunan berstruktur besi begitu, namun ia tidak sesuai di Terengganu kerana iklim dan cuacanya berbeza dengan Korea.

Kalaulah perkara ini benar kenapa dipaksa juga kontraktor itu membina sedangkan ia tidak selamat? Inilah menunjukkan soal nyawa dan keselamatan alam sekitar dipandang remeh oleh orang kita. Atau pun pembinaan itu diperlukan kerana mahukan duit?

Kemungkinan apa yang berlaku ketahanan besi struktur itu tidak ampuh kerana cuaca dan iklim di Terengganu. Mungkin sturktur itu menjadi lemah bila dimakan karat angina laut.

Selain itu ada juga kemungkinan-kemungkinan lain. Apakah berlaku penyelewengan dalam pembinaan itu seperti mana berlaku kepada ratusan makmal sekolah di seluruh negara yang runtuh disebabkan bahan binaannya tidak mengikut spesikasi kerana hendak menjimatkan wang. Apakah keadaan ini berlaku dalam pembinaan stadum itu? Wang untuk membeli bahan mentah dikurang kerana nak agihkan kepada pemugut tol?

Kita berharap sebuah jawatan kuasa yang dibentuk oleh MB Terengganu itu akan membuat siasatan secara menyeluruh, telus dan berani. Jawatankuasa itu biarlah bebas dan jangan dihalang dan disekat. Serahkan kuasa sepenuhnya kepadanya. Dedahkan hasil siasatan itu tidak kira ianya melibatkan sesiapa pun.

Kita tunggu apakah hasil siasatannya nanti. Katanya pada masa ini JKR Terengganu tidak mempunyai Ketua Pengarah? Kenapa begitu? Banyak anak-anak Terengganu berkelulusan juturara dan arkitek takkan tidak boleh dilantik jadi Ketua Pengarah?


Untuk rekod projek pembinaan stadium berkenaan dilakukan semasa Idris bin Jusoh, menjadi MB Terengganu. Kejadian itu tidak boleh disangkutkan langsung ke atas bahu Mat Said yang baru menerajui Terengganu. Tetapi sebagai MB yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat, Mat Said kena siasat punca-punca dan sebab kejadian itu. Siasatan kini menjadi tanggungjawab Mat Said kini. ….."

Kenyataan Media 3 Jun 2009 / Rabu MAMPAT ingin melahirkan keraguan yang sangat tinggi, bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang melebihi RM 250 juta dan dikatakan antara yang tercanggih, boleh runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan. Adalah memeranjatkan dan memalukan bagimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60% struktur banggunan.

MAMPAT juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum Pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja ’ringan’. Namun MAMPAT tidak tahu kenapa dan bagaimana kelulusan ’ mee segera’ boleh dilakukan dan kemanakah duit-duit dibelanjakan kerana tak nampak apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja-kerja’ ringan tersebut.

MAMPAT yakin pasti terdapatnya unsur-unsur penyelewengan di dalam pembinaan Stadium ini. Oleh itu, MAMPAT menyeru kepada Pihak SPRM untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang secepatnya sepertimana tindakan pantas yang dilakukan terhadap keruntuhan pasaraya di Selangor baru-baru ini. MAMPAT tidak mahu kertas siasatan di ”senyapkan” begitu sahaja sebagaimana kertas siasatan SPRM terhadap kehilangan Royalti yang dilakukan MAMPAT sebelum ini. Begitu juga siasatan kes banner ” Kami nak Deris, Natang”, yang sehingga sekarang rakyat tertunggu-tunggu keputusannya.

MAMPAT juga mendesak agar ditubuhkan ’ satu badan bebas ’ bagi menyiasat kes ini. Ini disebabkan MAMPAT yakin dengan penglibatan orang-orang politik, kes ini akan ” disenyap dan didiamkan ” sahaja. Untuk itu, MAMPAT merafak sembah kepada DYMM Tuanku untuk melihat kes ini secara mendalam.

Hambali dalam blognya http://hambali1.blogspot.com melaporkan MB berkata berikutan kebimbangan kejadian runtuhan bumbung berulang, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan kerja Raya (JKR) memberi perhatian ke atas tahap keselamatan beberapa projek mega yang baru siap di negeri ini. Jangan salah anggap. Bukan mahu menyalah sesiapa. Ia tidak ada kena mengena dengan individu tertentu atau kontraktor yang membina projek berkenaan. Jadi adalah silap jika ada pendapat – termasuk melalui blog –yang cuba mempertahan individu tertentu seolah-olah ada pihak yang menuding jari kepada orang itu dan orang ini.
Hanya persoalan – apakah ada kait mengait beberapa individu (orang politik tertentu) dengan tiga syarikat berikut – Gengang Mercu, EMarcom Sdn Bhd dan Bina Struktur Sdn Bhd?

Di dalam ruangan chatting di www.mampat.blogspot.com turut mengaitkan projek ini dengan tiga orang ahli politik yang katanya berkepentingan di dalam projek ini. Sekiranya ini adalah betul maka ianya amat memalukan dan menjatuhkan integriti orang politik tertentu tersebut. Patut la DYMM Tuanku Sultan berkenan untuk melantik Dato’ Ahmad bin Said tempoh hari dan patut la baginda tidak perkenan yang sebaliknya. Kalau tidak? Mesti banyak lagi yang bakal runtuh penggal hadapan. Yang runtuh ni pun pembinaan yang dibuat zaman siapa? Zaman siapa kalau bukan zaman bermimpi? Impian menjadi realiti. Motto molek dah .. tapi mungkin terlebih impian. Banyak sangat bermimpi masa bina dahulu sampai runtuh habis bila tiba masanya sekarang.

Semalam, kehadiran tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin di tempat kejadian menjadi tanda tanya. Apakah langkah mereka seterusnya?

Apapun, Kerajaan Negeri Terengganu mahu pantau balik beberapa projek mega yang selama ini dianggap mercu tanda negeri.

Khabarnya, Yang Dipertuan Agong turut bimbang dengan kejadian yang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin dan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan. Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan meminta gambar-gambar keruntuhan stadium berkenaan sambil mendapatkan jawapan daripada Kerajaan Negeri mengenai kejadian itu.


Agak-agak bas ni ok tak...?


Perihal Bekas Setiausaha Politik Dato Seri Idris yang telah di dakwa di mahkamah pada hari ini … kita akan ulas di dalam artikel berikutnya. Nantikan kemunculan artikel tersebut . .

Apa yang dia fikir time tunjuk sms tu agaknya...?

Oh MAMA….Saya Mahu Kawin!

Oleh: mycronichead (6 Jun 2009)

“Salah satu faktor yang menyumbang kepada kes-kes murtad dan gerakan-gerakan liberalisme adalah apabila umat Islam dihidangkan dengan salah faham terhadap sesuatu hukum atau syariat yang termaktub didalam Islam. Pihak orientalis barat atau yang seangkatan dengannya, memutartbelitkan syariat dan menghidangkannya dengan ’trademark’ yang negatif kepada umat islam.

Diantara isu yang disalahertikan adalah syariat talak. Mereka yang membenci Islam mengatakan Islam tidak meraikan institusi perkahwinan kerana Islam telah memperuntukan talak didalam syariat. Perlu diingatkan disini, segala syariat Islam adalah sentiasa positif dan ia mengandungi hikmah kerana ia adalah agama yang terbaik.

“Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam”

Syariat Islam meraikan fitrah manusia. Talak tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang negatif. Sehingga ada pepatah yang berkata “Apabila talak dijatuhkan, maka bergegarlah arasy Allah”. Apa kaitan antara hubungan manusia dan kekuasaan Allah. Sesunggah Allah tidah berkehendak kepada kita. DIA tidak akan terjejas sedikit pun walaupun semua umat Islam tidak bersyukur padaNYA.

Islam menyarankan umatnya agar menggauli isteri dengan baik ataupun menceraikannya dengan baik. Betapa indahnya Islam. Semuanya dikehendaki dalam keadaan baik. Adakah perkahwinan perlu dipertahankan apabila si suami selalu memukul si isteri? Lantas menceraikan isteri dengan cara yang baik adalah solusi yang paling bijak.

Indahnya Islam, ia telah menyediakan langkah-langkah awal untuk menghindarkan gejala keruntuhan institusi perkahwinan. Ini mwnjadikan bukti bahawa Islam benar-benar meraikan dan menjaga perkahwinan, bukannya ingin meruntuhkan institusi tersebut. Antara langkah-langkah itu salah satunya adalah cara-cara atau petunjuk dalam pemilihan calon isteri.

“Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu kerana kecantikan, harta, nasab(keturunan) dan agama. Pilihlah yang agama kerana itu lebih memberi untung.” - Mafhum hadis.

1. Ada orang yang salah dalam menafsirkan hadis ini. Mereka mengatakan adalah suruhan agama untuk memilih isteri kerana kecantikan, harta, nasab dan agama. Sebenarnya hadis ini merujuk kepada fitrah atau kebiasaan wanita itu dikahwini kerana 4 perkara tersbut. Dan Nabi meyarankan kita agar mementingkan faktor agama.

Betapa indahnya Islam. Ia meraikan fitrah manusia dan ia tahu apa yang terbaik untuk manusia. Umum tahu bahawa manusia sukakan sesuatu yang cantik. Tetapi kecantikan adalah sesuatu yang nisbi (subjektif). Contohnya, perempuan yang berkulit putih tak semestinya cantik. Cantik bergantung kepada kesesuaian mata individu dalam menafsirkannya.

Agama pula adalah seuatu yang tetap. Kita boleh membezakan antara wanita yang solehah dengan yang tidak solehah. Dalam konteks ini, walaupun ayah kita lebih tahu mengenai agama, tetapi jangan kita minta dia mencari jodoh untuk kita. Berbeza mata kita dengan mata ayah. Mungkin pada mata ayah janda pun boleh. Ayah mungkin mencari calon berdasarkan faktor agama, tetapi Islam juga meraikan fitrah manusia yang suka kepada yang cantik. Lebih elok biar kita yang mencari sendiri. Sesuai dengan kita.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ialah penakrifan agama itu. Agama adalah cara hidup. Maka ia diukur secara syumul. Kita jangan menyempitkan takrifan agama itu. Contohnya ramai remaja atau pelajar-pelajar universiti yang memberi takrifan agama yang sempit dalam pemilihan calon isteri. Rata-ratanya bersepakat bahawa calon isteri yang mempunyai pegangan agama yang elok adalah calon yang bertudung bulat. Sebenarnya apakah beza diantara tudung bulat dan tudung tiga segi jika kedua-duanya menutup aurat?

Disini penting untuk sesuatu penilaian itu dibuat berdasarkan ilmu (agama) dan bukannya kepada tangkapan atau penafsiran semata-mata. Perlu diingatkan bahawa ilmu mengatasi fikrah!

Contohnya ramai yang menganggap cuti pada hari Jumaat adalah tanda islamik. Padahal tidak ada nas pun yang menyatakan demikian. Bahkan kita diseru bertebaran diatas muka bumi setelah selesai solat jumaat. Yang salah pada hari Jumaat adalah apabila tidak menunaikan solat! Jual beli sebelum dan selepas solat, kedua-duanya tidak salah.

Fikrah ataupun tafsiran semata-mata adalah hanya menumpu kapada sesuatu yang idealistik. Walhal syariat Islam itu adalah seuatu yang realistik. Sebab itu dikatakan Islam memang meraikan fitrah manusia.

“Lihat kepada wanita itu kerana itu boleh membuatkan kamu rasa lebih mesra (kasih)” - Mafhum hadis

2. Didalam islam lelaki itu perlu melihat kepada wanita yang ingin dikahwininya. Fenomena salah faham yang berlaku di Malaysia, ialah si ibu akan menyuruh anak perempuannya menghantar minuman atau hidangan kemudian disuruhnya anak perempuan itu cepat-cepat masuk semula. Kesian kepada si teruna, dia belum sempat untuk memandang kepada bakal isterinya itu.

Sebenarnya dibolehkan kepada lelaki itu untuk meminta izin untuk berborak-borak dengan bakal isterinya itu. Ia dikatakan proses untuk memahami. Namun janganlah dibawa keluar dari rumah, cukuplah sekadar dirumah wanita itu.

“Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redha akhlak dan agamanya, maka kahwinkan dia dengan anak kamu” - Mafhum hadis

3. Jika diteliti hadis diatas, kemudian dibandingkan dengan fenomena yang berlaku didalam masyarakat kita, adakah ada persamaan atau perbezaan?

Yang jelasnya apabila ada lelaki hendak datang masuk meminang, kedua ibubapa perempuan akan bertanya beberapa soalan cepumas, antaranya:

- Kamu ni kerja apa?

- Berapa gaji kamu?

Mungkin bentuk soalan yang ditanya berlainan, tetapi maksudnya jelas sama seperti soalan diatas. Tan Sri P. Ramlee telah menyedari hal ini dari dulu lagi, maka wujudnya karakter Tok Wan Ahmad Albab.

Apa yang ingin disampaikan disini ialah redha kedua ibu bapa didalam pemilihan calon itu perlu. Dan Islam telah menyediakan cara-cara kepada kedua ibubapa mengenai pemilihan calon itu yakni baik akhlak dan elok agamanya.

4. Disyaratkan persetujuan perempuan sebelum perkahwinan itu boleh dijalankan.

Apabila isu ini diutarakan kita akan teringat kepada cerita tradisi orang Pakistan. Tradisi jumud mereka ialah si bapa boleh menentukan siapa jodoh untuk anaknya. Mereka ini mungkin salah memahami konsep Wali Mujbir didalam Islam. Lantas pihak-pihak yang membenci Islam akan mengambil peluang ini untuk mengutuk dengan mengatakan tidak ada keadilan didalam Islam.

Didalam mazhab Syafiee ada mengenai wali Mujbir. Ia ada. Tetapi ia adalah untuk bapa yang soleh yang bimbangkan anak perempuannya (mungkin teruk dari segi akhlak), dan bapa ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun dalam perkahwinan anaknya itu. Maka bapa itu boleh menjadi Wali Mujbir kerana dia ingin menyelamatkan anak perempuannya itu.

Fenomena yang tidak sihat yang berlaku ialah si bapa mengatakan bahwa dia telah berjanji untuk menikahkan anak perempuannya itu dengan si folan bin si folan. Persoalannya disini ialah apa kuasa si bapa untuk membuat janji itu? Tidak ada! Islam tidak meraikan fenomena ini. Ia jelas tidak adil.

“Redha perempuan adalah dengan diam” - Mafhum hadis

Indahnya syariat. Ia begitu menjaga keadilan. Sehingga para fuqaha membuat perbincangan jika si perempuan itu menangis apabila diajukan tentang persoalan menerima pinangan. Diikutkan didalam mazhab Syafiee sehingga dikatakan jika air mata itu sejuk, itu tanda setuju. Jika panas adalah sebaliknya. Kesimpulannya, agama meraikan fitrah. Salah satu fitrah itu adalah hubungan lelaki dan perempuan. Maka diturunkan syariat perkahwinan.

Dalam islam syariat perkahwinan itu ada syariat talak. Talak tidak berfungsi sebagai pemusnah institusi perkahwinan itu tetapi talak adalah salah satu solusi yang disediakan. Suami disuruh samaada menggauli isterinya dengan baik ataupun menceraikannnya dengan baik.

Islam menjaga institusi perkahwinan. Lantaran itu ia telah menggariskan beberapa panduan sebelum perkahwinan yakni pemilihan calon.

Kriteria yang pertama adalah agama. Yang kedua ialah kecantikan pada mata masing-masing, disini terserlah keindahan islam dalam meraikan fitrah manusia yang sukakan kepada sesuatu yang cantik. Ketiga, mendapat redha dari orang-orang tua. Perlu diingatkan, perkahwninan itu mencantumkan dua buah keluarga maka redha orang-orang tua adalah perlu! Manakala yang keempat dan yang terakhir ialah persetujuan daripada wanita itu. Disini pula terserlah keadilan didalam Islam.

Subhanallah…Begitu sempurna syariat yang diturunkan oleh Allah kepada kita!"