Thursday, December 31, 2009

JANGAN ADA LAGI PENANGGUHAN…

Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap menjelang 25 Januari 2010 ini, tiada lagi penangguhan perbicaraan.

Ini berikutan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimen Mohd Saiful bagi pembelaan kes liwatnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.

Beliau juga berharap tiada lagi permohonan-permohonan yang boleh melengahkan perbicaraan penuh bagi beliau memberi keterangan.

“Saya sudah lama bersedia untuk beri keterangan. Pada pihak berkenaan, cukuplah selama ini 1 1/2 tahun prosiding perbicaraan penuh terpaksa ditangguhan kerana permohonan-permohonan serta dolak-dalih tertuduh,” katanya dalam blognya semalam, Disember 2009.

Kata Saiful: “Alhamdulillah, setelah 2 Bulan menunggu tarikh permohonan rayuan ini didengar, akhirnya Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 6hb Januari 2010 untuk mendengar rayuan bagi permohonan tertuduh tersebut.

Saya amat berharap bahawa prosiding itu nanti tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.
Saya berkeyakinan penuh pada Mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaran penuh/Hari Kebenaran untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Ikut jadual, pada 25hb Januari 2010, 26 hari sahaja lagi.

Menjelang 25 Januari 2010 ini, mohon doakan agar tiada lagi penangguhan perbicaraan. Juga, harap tiada lagi permohonan-permohonan yang boleh melengahkan perbicaraan penuh bagi saya memberi keterangan. Saya sudah lama bersedia untuk beri keterangan.

Pada pihak berkenaan, cukuplah selama ini 1 1/2 tahun prosiding perbicaraan penuh terpaksa ditangguhan kerana permohonan-permohonan serta dolak-dalih tertuduh.”

WEDNESDAY, DECEMBER 30, 2009

6hb Januari: Rayuan permohonan tertuduh di Mahkamah Persekutuan


PUTRAJAYA 29 Dis. - Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimen Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.

Tarikh tersebut dimaklumkan melalui faksimile yang dihantar oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini ke pejabat peguamnya, S.N. Nair hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pendakwa raya dan menolak rayuan balasnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut.

Pada 6 November lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Hasan Lah sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar dia dibekalkan dengan dokumen pendakwaan bagi menyediakan pembelaannya.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud turut menolak rayuan balas pemimpin pembangkang itu supaya dia diberikan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah diuji milik Mohd. Saiful Bukhari, 24, yang juga pengadu kes.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.

Antara dokumen tersebut ialah rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari; Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi; pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain yang gagal diperoleh oleh Anwar termasuk laporan perubatan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), laporan kimia dan senarai saksi pendakwaan.

Ia juga melibatkan rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 dan 27 Jun tahun lalu.

Ketua pembangkang itu menghadapi tuduhan meliwat mangsa di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sunday, December 6, 2009

PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).selanjutnya sini

Petikan dari artikel Datuk Hj. Che Yazid bin Hj. Che Seman menceritakan grand design yang sedang berlaku di Pulau Pinang,malah cukup banyak bukti bukti yang sedang berlaku di negeri ini.Pisau mengharapkan melayu Pulau Pinang agar bangkit dan sedar apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh Khalifah cina melaka ini.

Salah satu contoh terdekat,Yb Malik dari PKR akan menjadi mangsa apabila kesan rezoning berlaku di kawasannya sendiri, justifikasi untuk menolak YB Malik selepas ini kerana jumlah pengundi orang melayu kurang daripada pengundi cina,maka yang layak hanya mereka yang berbangsa cina menjadi calon wakil rakyat.

Satu lagi bukti, DAP sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di pulau sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka,Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar.

Pisau cadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.

Pisau katakan kenapa kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan ini kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari YB YB dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan,jadi melayu akhirnya tidak akan mendapat apa apa .Pegawai kerajaan tidak mampu berbuat apa apa mereka hanya mampu menurut perintah.Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya khalifah cina melaka Lim Guan Eng.

Rayuan Pisau kepada kerajaan pusat, berilah perhatian secara serius dakwaan ini. Perkara ini benar benar berlaku.Buat rakyat Pulau Pinang,bangkitlah,Pisau mohon dengan rendah diri agar bangkit dan bantah tentang polisi ini.

Pisau kata " bangkitlah,tolak perbezaan politik,kita hampir kepada tidak ada apa apa lagi di pulau pinang"

Monday, November 23, 2009

BANJIR POLITIK KELANTAN : UTUSAN TERPERANGKAP, TOK GURU TERJERAT

MACAM-MACAM tanggapan dilemparkan kepada berita utama muka depan yang dikarang dan dikarai oleh Minggu Malaysia semalam. Ceritanya mengenai Husam bin Musa nak letak jawatan? Ada yang kata ia sepekulasi dan ada juga yang kata ia sebuah gimik murahan. Ada yang kata ia permainan Umno, dan ada yang kata berita itu hasil ditulis oleh wartawan yang tidak cukup latihan (ajar).

Apapun berita itu menggemparkan. Ia menjadi perhatian banyak pihak di seluruh pelusuk negara. Dua tiga orang rakan termasuk dua wakil rakyat Pas yang mengerjakan haji yang berada di Makkah turut menghubungi saya bertanyakan perkembangan mengenai berita berkenaan.

Kalau Mingguan bercadang untuk meningkatkan salenya semalam dengan tajuk itu, ia berjaya. Al maklumlah berita mengenai orang paling kontroversi dan Exco paling cerdik di Kelantan, Husam bin Musa. Sapa-sapa pun nak baca berita berkenaan. Saya rasalah, kalau lembu dan kambing tahu mengeja dan membaca mereka juga akan turut membacanya. Apa tidaknya, Husam adalah seorang Exco yang dilahirkan Allah bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sudah semestinya bukan saja lembu-lembu dan kambing di Kelantan, tetapi lembu-lembu di Perak, Kedah, Selangor juga akan turut teringin untuk membaca berita itu. Mereka mungkin kesal dengan apa yang berlaku sekiranya berita itu benar. Mereka juga tentu kesal kalau seorang Exco yang berpandangan jauh ke depan itu berhenti. Bagi Kelantan pula kalau Husam berhenti mungkin bulan purnama pun akan menjadi gerhana dengan tiba-tiba!

Apapun kalau berita itu yang didasarkan kepada 'sumber dalaman' itu satu rekaan dan merupakan startegi untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuannya, saya kira ia sudah mencapai maksdunya. Dalam penelitian saya berita itu merangkap dua pihak, pertama Mingguan Malaysia, dan kedua Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Sumber dalam yang memberi maklumat itu tentu bergembira apa lagi esok atau lusa akan tiba pula hari raya korban.

Mengapa saya berkata begitu, kerana disebabkan berita itu memaksa Nik Aziz bangkit membuat kenyataan menafikan apa yang dilaporkan itu. Dan paling menyeronok dan mengembirakan sumber dalaman yang memberi maklumat itu ialah apabila Nik Aziz mempertahankan Husam secukup-cukupnya.

Apa kata Nik Aziz ketika mempertahankan Husam. Ayat-ayat 'cinta' yang dileraikan samalah yang diucapkan semasa Husam pernah dilaporkan akan meletakkan jawatan pada tahun 2005 dulu. Ketika mengulas berita Husam nak letak jawatan masa itu, Nik Aziz hanya kata dia minat dan suka dengan Husam kerana banyak persamaan antara mereka berdua. Antaranya Husam suka baca buku, dia juga suka baca buku. Begitulah puji Nik Aziz kepada Husam di samping menafi dan mempertahankan Husam berhubung laporan itu.

Tetapi kali ini pujian lebih hebat dan melangit lagi. Ketika membuat kenyataan akhbar semalam, Nik Aziz kata Husam budak bijak. Berpandangan jauh ke depan. Banyak dia beri buah fikiran kepada rakyat Kelantan misalnya skim kifalah, punggut wang premium tanah dari Felcra dan sebagainya. [Barangkali Nik Aziz lupa ada lagi pojek Husam, depu, kambing jamnapari, padi organik, tv internet di Kelantan, dinar emas, dan terbaru khabarnya ternakan burung merpati].

Tegas Nik Aziz dalam sidang akhbar itu, cerita Husam nak letak jawatan tidak berlaku langsung, dan kalau pun ada, dia (Nik Aziz) tidak akan beri langsung Husam letak jawatan.

Penegasan dan pujian-pujian rahmat itu sudah cukup untuk melagakan sumber dalaman yang memberi laporan berkenaan. Pujian dan kenyataan Nik Aziz itu akan melegakan setiap mereka yang bimbang dan walang takut berlaku apa-apa ke atas Husam ekoran pergolakan yang berlaku di Kelantan sehari dua ini. Apa yang dihajati itu sudah tercapai.

Persoalannya kini siapakah sumber dalaman itu? Dia tentulah orang yang bergantung hidup dan bersimpati atau pun mendokong perjuangan Husam.

Sebagai rekod saya telah mendapat makluman siapakah yang dikatakan sumber dalaman yang disebut akhbar berkenaan. Dia ialah seorang wakil rakyat Kelantan di Kelantan. Orang inilah yang menghubungi wartawan akhbar berkenaan dan membawa cerita Husam nak letak semua jawatan. Di sini mengesahkan bahawa berita itu tidak pun bersumberkan dari tuan tubuh sendiri.

Bagi mereka yang tidak berfikiran sejalur (analitis) mudah saja memahaminya kenapa berita itu perlu disiarkan. Sebaliknya kalau berfikiran sejalur ia akan menampakkan penyiaran itu merupakan kerja jahat akhbar berkenaan yang memang terkenal dengan jahatnya. Bila cerita itu disiarkan ia hendak tak hendak memaksa Nik Aziz menjawab dan mengulasnya. Dan inilah yang ditunggu oleh orang bernama 'sumber dalaman' itu.

Nik Aziz tidak tahu menahu mengenangi peranan dan ada sumber dalaman serta strateginya. Baginya mudah saja, apa-apa yang Utusan siarkan adalah berita untuk menjahamkan Pas. Beliau lupa bahawa akhbar berkenaan ada menyebut sumber dalaman. Sumber dalaman bermakna orang-orang Pas sendiri. Jadi di sini orang yang hendak menyusahkan beliau dan menjahamkan Pas dengan berita itu ialah orang Pas sendiri. Adalah tidak adil kalau Nik Aziz hanya menyerang akhbar berkenaan dan tidak sumber dalaman yang disebut itu.

Apakah Nik Aziz perlu menyiasat sumber dalaman itu? Barangkali tidak perlu dan saya tidak pun mengira minda politik Nik Aziz akan terhimbau hingga kes itu.

Apa yang dikehendaki sumber dalaman dengan tujuan tertentu itu kini sudah pun berhasil. Tok Guru telah membuat kenyataan seperti mana diharapkan. Untuk seketika sumber itu perlu merasa lega bahawa orang yang disokongnya tidak terusik, malahan mendapat pujian. Pujian itu diharap akan mendapat markah yang tinggi untuk personaliti berkenaan.

Memerhati bagaimana mudahnya Nik Aziz terjerat dalam perangkap media ini timbul juga rasa kesian. Sepatutnya Nik Aziz bertindak macam Husam, tidak mengulas sesuatu yang tidak ada atau yang hanya menjadi ilusi. Husam ketika diminta mengulas mengenai desas desus beliau akan letak jawatan tidak menjawab dan mengelak. Apakah Husam tidak mengajar kebijaksanaan ini kepada Tok Guru?

Kenyataan Nik Aziz itu ada baiknya bagi meredakan dalam Pas. Tetapi ada sesuatu yang kurang manis dan agak berlebihan bagi saya.
Apabila Nik Aziz membesarkan sangat Husam dan seolah lupa kepada Exco lain, nampak sangat Nik Aziz tidak bersikap adil dan bijaksana. Kalaupun dia nak pertahankan Husam tidak ada masalah itu haknya, tapi bukan dengan memuji kelebihan Husam sehingga nampak memperkecilkan Exco lain. Apa bila beliau berkata, "lama dah saya nak sebut (puji} Husam tetapi takut Exco lain kecil hati," ini membawa konotasi dia hanya sayang Husam saja.

Saya yakin Exco lain itu sudah faham dengan cara dan tindakan dan khilas politik Nik Aziz. Tetapi bagi pemerhati luar yang selama ini melihat dan menanti keadilan, kebenaran akan tersinggung dengan kenyataanitu. Kesian Tok Guru sudahlah tidak dapat menunaikan haji tetapi terpaksa pula menafikan laporan palsu!

Saturday, November 14, 2009

JAWAPAN rbf KEPADA NIK AZIZ YANG SEMAKIN ANGKUH


Sampai bila orang Kelantan harus tertipu dengan air mata lakonan begini ?

Astagfirullhalazim...
Subahanalah....
Allahuakbar...

Terkejut tidak terkata saya bila membaca kenyataan Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh malaysiakini.
Beliau juga menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Subahanalah....

Nik Aziz makin sombong dan songsang nampaknya. Saya akan jawab mengikut perenggan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz di malaysiakini.

Nik Aziz@malaysiakini : Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

RBF : Kalau benar kenapa perlu takut. Teruskan seperti yang dirancang.

Nik Aziz@malaysiakini : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

RBF : Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sudah terang lagi bersuluh, orang yang menaja adalah orang yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Nik Aziz.

Nik Aziz@malaysiakini : Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

RBF : Benar. Tugas kami memusnahkan musuh politik kami, sebagaimana tugas blogger Pas dan Harakah serta pemimpin Pas memusnahkan pemimpin kerajaan Umno dan BN. Itu pun Nik Aziz tak tahu ke ? Kalau tak mahu adengan musnah memusnah berlarutan atau ingin berpelukan sepanjang masa , jom tubuh Kerajaan Perpaduan. Masihkah kau ingat ayat ini ,pergi jahanam dengan Umno.

Nik Aziz@malaysiakini : "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

RBF : Astagfirullhalazim... Nik Aziz telah menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Tidak pernah ada orang yang menghalang Nik Aziz pergi ke Mekah. Cuma orang mempertikaikan pembiayaannya. Nik Aziz memang sudah takbur berlebihan. Orang Quraisy menghalang Nabi SAW ke Mekah kerana tidak mahu ajaran Islam tersebar. Di Malaysia mana ada orang yang menghalang Islam disebarkan jika dilakukan mengikut lunas undang-undang negara dan syarak.

Sebelum ini sudah berapa kali Nik Aziz ke Mekah,adakah pernah 'Quraisy Malaysia' menghalang. Jangan bercakap bodoh dan ikut sedap mulut , kelak merana badan. Tahap riak dan sombong Nik Aziz telah sampai ke tahap maksimum. "Tidak sesekali masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walaupun sebesar zarah sifat takabur"- Hadis Bukhari dan Muslim. Saya berharap rakyat Malaysia dapat menilai sikap seorang yang menggelarkan dirinya ulamak dan tok guru.

Nik Aziz@malaysiakini : Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

RBF : Kalau tidak pelahap kenapa terima. Mungkin tak tahan dengan godaan pakej VVIP yang berharga RM 65 ribu, kerana jika nak keluarkan duit sendiri RM 65 ribu + dengan isteri RM 65 ribu = RM 130 ribu mungkin berpeluh jantan sampai ke seluar dalam. Kalau betul-betul di dada ada iman dan tahan dengan godaan minta saja orang yang memasang niat tersebut menaja orang-orang yang tidak berkemampuan untuk tunai Haji. Yang sebenarnya anda tak tahan godaan....mengaku sajalah. Nak merasa macam Raja Arab ke Mekah,serba serbi VVIP dari mula sampai akhir, mungkin tinggal di Hotel Hilton,selipar pun tidak hilang.

Nik Aziz@malaysiakini : "Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

RBF : Berani kerana benar, takut kerana salah. Dengar saja SPRM masuk siasat menantu,terus muntah berdarah.

Nik Aziz@malaysiakini : Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RBF : Jangan main anggap-anggap saja,pergi jumpa SPRM atau tulis surat kepada mereka,minta nasihat dan pandangan mereka. Itu pun tak boleh buat.MB apa ? Nak royalti boleh pergi jumpa Najib,nak ajak Najib berdebat boleh tulis surat. Yang ini tak boleh buat. Apa punya tur....

Nik Aziz@malaysiakini : Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

RBF : Dulu kata pernah ditawar rasuah berjuta-juta .“Saya pun orang hendak beri berjuta-juta tapi ingat ke neraka buat apa. Duit banyak, masuk neraka di mana cerdiknya kita.” -Nik Aziz. Sekarang dekat-dekat nak berhenti jadi MB nampaknya sudah tidak tahan godaan. Iman sudah nipis Rujuk di sini, dan juga di sini

Apa salah beritahu kepada penaja "demo nak taja ambo boleh,tapi tunggu dulu selepas ambo berhenti menjadi MB,masa la ni tak leh sebab ambo masih MB". " Kalau ambo panjang umur,Insyallah ambo terima tajaan demo pada masa tu"

Nik Aziz@malaysiakini : Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

RBF : Siasat, siasat,jangan tak siasat. Kalau boleh tubuh suruhajaya diraja sebagaimana percutian bekas Ketua Hakim negara dan VK Lingam. PAS selalu berminat dalam bab-bab penubuhan suruhanjaya siasatan diraja. Sikit-sikit minta tubuh suruhanjaya. Nah ! sekarang ambil,minta saja tubuh suruhanjaya diraja.

Nik Aziz@malaysiakini : Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

RBF : Teruskan...Syabas SPRM

Mekah adalah tanah suci,serba serbi suci dan kita pula pergi untuk menyucikan diri. Seharusnya wang yang digunakan juga suci.

Ibarat kita nak ambil air sembahyang. Untuk berwudhu kita mesti menggunakan air mustaqmal. Air mustaqmal adalah air yang bersih yang bebas dari segala kekotoran. Sebab kita nak membersihkan badan sebelum bersolat.

Kita tidak boleh berwudhu menggunakan air nescafe,milo,kopi atau teh,kerana ianya tidak bersih. Sekiranya kita tetap menggunakan air ini untuk berwudhu,badan kita akan belengah.(melekit) .Bila sudah belengah sudah tentu tidak bersih. Air ini, jangan kata kena badan kita,tumpah di atas baju kita pun sudah kotor jadinya.

Begitu juga jika kita hendak menunaikan Haji atau berkorban. Mestilah guna duit yang bersih dan suci serta bebas dari segala kekotoran,barulah Haji atau ibadat korban itu diberkati Allah. Bukannya main ikut saja sesiapa yang taja tanpa usul periksa terlebih dahulu. Ataupun suruh saja PKNS bayar dan hantar lembu kemudian kita datang bagi lembu kepada orang ramai untuk korban atas nama kita , tanpa memberitahu siapa yang bayar lembu tersebut. Tipu dunia bolehlah,di akhirat kelak tak cukup tanah.

Tadi saya sempat menonton Buletin Utama, gambar Nik Aziz selesai memberi kuliah jumaat di Kota Bahru pagi tadi. Orang ramai penuh mengelilingi Nik Aziz untuk bersalaman dengan beliau (ambil berkat). Seorang demi seorang yang bersalaman dengan beliau sambil mencium tangannya. Tetapi,tidak seorang pun diantara mereka yang bersalam itu yang Nik Aziz lihat muka mereka. Semuanya beliau tidak lihat muka. Orang salam sebelah kiri ,dia lihat depan,orang salam sebelah kanan dia lihat depan,orang salam sebelah depan pun dia tidak lihat muka oarang tersebut.

Orang yang bersalam tidak melihat muka orang yang di salamnya adalah orang yang sombong dan kurang ajar .Itulah dia Nik Aziz. Dia dah rasa diri dia hebat,dia alim,dia waruk dan dia saja yang betul. Kepada sesiapa yang kenal YB Jamalluddin Mohd Radzi (Adun Bebas ,Behrang) sila tanya beliau tentang kisah bersalam dengan Nik Aziz. Beliau ada pengalaman. Sampai sekarang pun beliau tidak menghulur tangan untuk bersalam dengan Nik Aziz.

Akhir kata, tanda kejatuhan seseorang semakin hampir,jika dia sudah bersifat takbur,riak dan sombong.

Seseorang tidak kira sewadhuk mana,selebai mana,sealim mana sekali pun jika ada tiga sifat diatas maka mereka tidak akan masuk Syurga sepertimana yang ditegaskan oleh Nabi SAW.
Daripada http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Monday, November 9, 2009

MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!

Oleh Zulkifli Noordin

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

Pertama, apa yang menghairankan saya mengapa YB Ahli Parlimen PAS tersebut memilih membuat pengakuan tersebut dan mendedahkannya kepada umum dan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama? Mengapa beliau tidak membangkitkan isu ini secara dalaman dan mencari jalan penyelesaian secara muzakarah malalui saluran dalaman parti.

Saya sendiri telah dihubungi oleh ramai pihak termasuk para wartawan untuk mendapatkan komen dan ulasan serta pendirian saya dalam isu ini. Memandangkan YB Ahli Parlimen PAS tersebut telah membuat pengakuan terbuka dan mendedahkannya kepada umum, termasuk disiarkan dalam akhbar-akhbar utama, saya tiada pilihan melainkan terpaksa memperjelaskannya secara terbuka dan menyatakan pendirian saya secara umum.

Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!

Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

Saya pada mulanya tidak mempercayai berita tersebut, apatah lagi didedahkan oleh akhbar arus perdana. Maka saya telah meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya. Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahwa mereka sendiri telah pun mengangkat bai'ah tersebut.

Malah ada diantara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat bai'ah tersebut. Yang paling sedih, ada diantara para isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis bai'ah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

Saya pada mulanya tidak bercadang mahu menulis mengenai isu ini, dan berharap ianya dapat diselesaikan cara baik. Namun saya terkejut apabila menghubungi beberapa tokoh parti yang bukan sahaja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah talaq tiga ini, malahan mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan, yang langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran, sunnah Rasulullah mahupun 'amalan para sahabat dan khulafa' rasyidin. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata!

Dan saya makin rasa terpanggil menulis isu ini apabila sahabat-sahabat wakil rakyat yang telah berbai'ah meminta saya membawa isu ini, apatah lagi ianya sudah pun menjadi isu umum setelah didedahkan oleh YB Ahli Parlimen tersebut. Mereka sudah tidak boleh menanggung bebanan yang dipikul, tetapi mereka tidak mampu untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. Namun mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar bagi mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.

Saya sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang dibenarkan syariat. Malah Nabi sendiri pernah mengambil bai'ah daripada para sahabat.

Tetapi dalam isu ini asas bai'ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai'ah politik ini.

Mengapa tidak dibuat bai'ah dalam bentuk lain. Contohnya bai'ah saperti sumpah la'nat; iaitu saperti:
"Wallahi, watallahi, wabillahi. Saya (polan bin polan) calun bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi Ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka saya akan mengosongkan kerusi tersebut sertai-merta, jika tidak la'nat ALLAH ke atas saya".

Saya cukup yakin mana-mana calun akan berfikir banyak kali jika ia bercadang nak melompat parti dengan bai'ah saperti ini.

Saya khuatir dengan isu saperti ini, mereka yang menyokong PAS selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka. Sudah tentu kekhuatiran ini berasas.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

Apakah kelak bila menjadi Kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa berbai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak ta'at kepada Kerajaan?!

Saya lebih terkejut apabila diberitahu bahawa dasar bai'ah talaq tiga keatas isteri ini diluluskan dan direstui oleh kepimpinan sendiri. Apakah ini benar? Beberapa orang kepimpinan yang ditanya mengesahkannya. Saya masih lagi berharap maklumat ini tidak benar, tetapi jika ini benar saya sudah kehilangan ayat dan perkataan untuk menggambarkan perasaan dan pandangan saya.

Sebab itu saya berharap Majlis Syura dan Dewan Ulama' PAS segera memperjelaskan isu bai'ah talaq tiga ini. Dan saya berharap tidak muncul sindrom malaikat bisu dikalangan mereka dalam menangani kemelut ini. Biarlah kita berani menyatakan yang hak walaupun pahit. Lebih baik diperbetulkan segera kemungkaran ini dan berharap mendapat keampunan dan keredhoan ALLAH.

Saya juga menyeru Dewan Muslimat PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas dalam isu ini. Saya berharap Dewan Muslimat akan mengambil langkah yang tegas dan berani untuk mempertahankan hak para isteri dan wanita Islam.

Saya juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya segera bermuzakarah dan membincangkan isu ini,
-apakah bai'ah saperti ini dibenarkan syara'?
-jika ia, apakah sandaran atau nas yang membenarkannya?
-jika tidak, apakah kesan bai'ah ini berkuatkuasa saperti satu ta'liq kepada perkahwninan mereka yang berbai'ah tersebut?
-bolehkah pembai'ah tersebut terikat dengan bai'ah saperti ini dan perlu mematuhinya?
-adakah cara untuk membatalkan sumpah bai'ah saperti ini? Jika ada, bagaimanakah caranya?
-apakah mereka yang membatalkan sumpah bai'ah ini perlu membayar kaffarah sumpah?

Saya juga mendesak supaya kepimpinan PAS segera membatalkan dasar bai'ah talaq tiga ini. Saya khuatir jika kepimpinan PAS lambat bertindak, sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan kepada Pakatan Rakyat umumnya akan hilang. Kita perlu ingat pengundi wanita adalah majoriti dalam negara ini. Jangan sampai kita dibakulsampahkan oleh kaum wanita yang mutakhir ini meletakkan harapan kepada kita kita untuk membawa perubahan, bukan memutar jam kembali ke zaman jahiliah.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa saya mengambil pendirian bermufaraqah dan memisahkan diri daripada dasar ini.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan diletakkan dalam kedudukan amanah kepimpinan ini, saya akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH kelak jika saya mengambil sikap berdiam diri dan kelihatan bersekongkol dengan dasar ini. Sebab itu saya mengambil pendirian menyatakan sikap saya secara terbuka, kerana isu ini sudah menjadi isu umum. Saya tahu saya akan dihentam dan dicemuh oleh segelintir mereka yang taksub dan fanatik dan tidak berfikir menggunakan aqal; namun saya lebih takut dengan celaan dan cemuhan ALLAH.

Allahumma ya ALLAH, persaksikanlah aku telah menyatakan perkara yang haq ini, dan aku cuba memperbetulkan kemungkaran ini mengikut keupayaan dan kedudukan yang telah Engkau berikan kepadaku. Kau berilah keampunan kepada ku, dan ma'afkanlah dan perbetulkanlah kesilapan dan kelemahanku. Berikanlah aku kekuatan iman dan taqwa dalam usaha ku untuk menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran ini. Aku tahu aku adalah hambaMu yang paling lemah, dhoif, penuh dengan kesilapan dan kesalahan, namun aku ingin mendapat keredhoan dan maghfirahMu ya ALLAH. Ampunkanlah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan dosa ini ya ALLAH. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan kembali. Kabulkanlah ya ALLAH.

Amin ya robbal 'alamin.

Wassalam.

Saturday, November 7, 2009

ANWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK

1. Pengumuman Perdana Menteri berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka.

Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan “aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang”.

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui Anwar semasa Anwar Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, Anwar bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada Anwar mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya Anwar sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. Anwar kembali ‘menangguk di air keroh’ serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada Anwar dan undang-undang yang tidak jelas.

5. Anwar boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik Anwar mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah Anwar menyertai UMNO. Anwar berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita Anwar tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. ‘Ayam sakit’ Anwar di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan Anwar dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana ‘tak masuk poket dia’.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah Anwar! Bola yang dikembalikan Anwar untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung!

PAstinya ’smash’ DS Najib akan terkena muka Anwar yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena ’smash’ itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi ’smash’ itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri

Sumber: http://x-pkr.blogspot.com

Saturday, October 31, 2009

SATU DEMI SATU TINGGALKAN PKR KERANA CURIGA

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(pengarang@utusan.com.my)


UMPAMA retak menanti belah. Peletakan jawatan bersiri pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiyakan cakap-cakap tentang keretakan dalam parti itu.

Bukan saja PKR yang dilanda masalah. Rakannya Pas turut dijangkiti sindrom perpecahan. Semuanya itu kononnya berkaitan dengan agenda 'membersihkan' parti.

PKR tidak mahu pemimpin yang tidak mendokong agenda parti itu. Lantas tugas wakil rakyat yang dipilih untuk berbakti kepada pengundi dialih kepada orang lain.

Tindakan itu terbukti dalam kes wakil rakyat PKR bagi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang. Badrul Hisham Abdullah keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR.

Apakan tidak, ketika mencalonkan Badrul Hisham tidak berbangkit soal masalah kekuatan otak. Namun selepas membantu PKR mendapatkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.

Adakah calon PKR semasa pilihan raya umum lalu hanya tangkap muat? Adakah mereka tidak perlu diberi mandat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat?

Sebab itu selepas menjadi wakil rakyat, pemimpin tertinggi tidak peduli. Malah mendapat khabar anak buahnya meninggalkan parti, tiada rasa kesal sebaliknya segala kelemahan yang 'dipadamkan' daripada rekod menjelang pilihan raya lalu diungkit semula.

Itu sebahagian daripada masalah di Pelabuhan Klang. Sebahagian lagi punca, kata Badrul Hisham kerana tidak gemar dengan sikap berdolak-dalik penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwatnya.

Itu sandiwara dalam PKR. Sandiwara yang bermula dengan keyakinan mahu membentuk kerajaan pada 16 September tahun lalu nampaknya bertukar plot.

Sandiwara mahu menawan wakil-wakil rakyat dari negeri di bawah bayu itu kini melalui jalan cerita berbeza. Di negeri itu, krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR terserlah.

Siapa sangka Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu. Dan bukankah gerakan yang bermula secara perlahan dan kini tidak dapat diselindungkan lagi menunjukkan bahawa PKR sememangnya bermasalah.

Sebab itu alasan mahu membersihkan parti semacam tidak mendapat tempat di kalangan ahli-ahli PKR yang kini semakin berani menoktahkan perjuangan yang masih hijau.

Keengganan mengakui kelemahan serta cubaan mahu menunjukkan bahawa parti itu kukuh dengan sokongan dua lagi rakan - Pas dan DAP, menyebabkan ada yang muak.

Apatah lagi dalam keadaan ada wakil rakyatnya mula mempersoalkan isu moral pemimpinnya, sedangkan sebelum ini istilah tersebut tidak lut dalam parti itu.

Mana pernah ahli-ahli parti itu mencurigai moral pemimpin mereka, biar pun yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan menyanggah moral. Sebaliknya pemimpin itulah yang disanjung, dijunjung dan dilambung umpama 'malaikat' yang bersih daripada dosa dan noda.

Tetapi trend itu mula terhakis. Kecurigaan mula mengatasi kesetiaan kepada parti dan pemimpin menyebabkan mereka mula berani bertindak; salah satu caranya dengan meninggalkan parti.

Bukan soal kekeliruan dan kejutan berikutan perubahan yang disusun dalam kepimpinan PKR mendorong tindakan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan.

Tetapi hakikatnya soal ketidakpercayaan orang kuat parti terhadap pemimpin yang diberi mandat sebelum ini menyebabkan ada rajuk yang tidak mungkin dapat dipujuk.

Lantas perubahan yang dikatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam kononnya dipersetujui sebulat suara amat diragui.

Bukankah sepakat membawa berkat. Tetapi dalam kes perubahan dalam PKR, kesepakatan itu membawa kepada siri perpecahan. Pastinya ada punca tunggal kepada perkembangan terbaru itu dan mungkin juga membawa kepada berita seterusnya yang akan diledakkan tidak lama lagi.

Sepatutnya agenda mahu membersihkan parti daripada golongan 'bermasalah' dalam PKR dimulakan di peringkat nama-nama besar dalam parti itu.

Ini kerana nama-nama besar itu semakin tidak mendapat tempat, hilang kepercayaan malah tidak lagi diyakini untuk menjadikan PKR terus relevan.

Siapakah nama-nama itu, semua orang tahu jawapannya.

Wednesday, October 28, 2009

TEORI DOMINO LANDA PKR

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mStar)

NAMPAKNYA momentum teori domino dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak apabila satu demi satu pemimpinnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Perkembangan terkini yang berlaku benar-benar menyerlahkan keadaan sebenar kepincangan yang meledak terutamanya dari aspek kepimpinannya.

Tak ubah seperti permainan domino, bila satu tiang itu dijatuhkan, maka jangkitannya bukan satu atau dua, sebaliknya implikasinya akan menyerang secara berantai.

Pergolakan yang berlaku dalam PKR semakin ketara bermula dengan pengumuman 'cuti politik' oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim selama enam bulan berkuatkuasa serta merta selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.

Malah laporan media sebelum ini juga ada menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun Azmin menafikan mengenai perkara itu dan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dan Zaid.

Lanjutan isu Zaid yang mendakwa beliau dihalang daripada menghadiri program parti itu di Sabah, timbul pula isu konflik kepimpinan yang melanda PKR Sabah yang pada ketika itu diterajui oleh Azmin sebagai Pengerusi PKR negeri.

Kepimpinan Azmin dikatakan ditolak oleh pemimpin negeri itu yang mahukan anak tempatan menerajui PKR Sabah.

Menyedari kesan yang bakal berlaku jika perkara ini berlarutan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera membuat rombakan bagi jawatan pengerusi PKR negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung.

Bagaimanapun kekalutan yang berlaku bukan sekadar 'ribut dalam cawan', apabila Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.

Tindakan Dr Jeffrey jelas sekali memberi satu tamparan hebat kepada PKR dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin dinamakan sebagai pengerusi PKR negeri minggu lepas selepas sekumpulan ketua-ketua bahagian melahirkan rasa tidak percaya terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali menerajui PKR negeri.

Nampak permainan domino ini tidak terhenti begitu sahaja kerana dalam masa kurang 24 jam selepas Dr Jeffrey mengumumkan pendiriannya semalam, Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini.

Liew bagaimanapun berkata beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

Liew sebenarnya kecewa kerana selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah diambil alih oleh Datuk Kong Hong Ming atas sebab yang tidak diketahui.

Belum sempat isu Dr Jeffrey diselesaikan, timbul pula isu Liew.

Perkembangan ini semestinya memberi tamparan hebat kepada PKR kerana pengaruh kedua-dua pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat akar umbi cukup kuat.

Tambahan pula Dr Jeffrey tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Jika Dr Jeffrey mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN), tidak mustahil beberapa ketua bahagian PKR yang lain serta penyokongnya akan mengikut jejak langkahnya.

Saturday, October 24, 2009

TEOH BENG HOCK : 'PEMBUNUH' HARUS DICARI DENGAN SEGERA

Semakin hari nampakya inkues kematian Teoh Beng Hock menjadi semakin rumit. Adakala ianya membosankan. Ianya nampak semakin caca marba dan dipolitikan.

Tambahan pula peguam yang mewakili keluarga Teoh iaitu Gobind Singh juga orang politik. Kehadiran ahli patalogi dari Thailand memberi keterangan semalam,sekali lagi menggemparkan dunia politik tanahair. Ronnie Liu dan Gobind tersenyum lebar semalam.

Malah Ronnie ,kelihatan sentiasa mengekori punggung Doktor berkenaan di mahkamah semalam. Seolah-olah beliau seorang Exco tiada kerja di pejabat. Masa berjam-jam dihabiskan di mahkamah.

Walaupun beberapa sahabat saya termasuk AIDC meragui Doktor berkenaan,kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa ahli politik pembangkang,tetapi saya mengambil sikap sebaliknya.

Saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor berkenaan,iaitu 80 % kemungkinan Teoh dibunuh. Tetapi dengan apa cara untuk dibuktikan dan siapa pembunuhnya ?

Tak lain tak bukan ialah,kubur Teoh harus dikorek kembali dan biarkan Doktor berkenaan membuat bedah siasat sekali lagi. Saya berharap pihak keluarga Teoh,peguam, DAP dan Kerajaan Selangor bersetuju untuk ianya dilakukan, bagi mencari keadilan. Jangan pula mereka,tidak bersetuju. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Oleh yang demikian ,mulai sekarang pihak berkuasa harus mengawasi kubur Teoh 24 jam,untuk memastikan tiada anasir-anasir jahat cuba mensabotajkan mayat atau kubur Teoh.

Selepas semua pihak bersetuju dan perintah mahkamah diperolehi untuk mengorek semula kubur Teoh,biarkan Doktor berkenaan melakukan pemeriksaan, dan sekiranya benar beliau mengatakan Teoh dibunuh,maka beliau harus mencari DNA siapakah yang ada dibadan Teoh.

Dalam masa yang sama sekiranya benar Teoh dibunuh,maka pihak polis haruslah menahan reman semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes Teoh, Ronnie Liu,Ean Yong Wah (majikan Teoh) dan Tan Bon Hwa. Soal siasat mereka habis-habisan. Sekiranya ada antara mereka yang mengaku terlibat,maka inkues harus ditamatkan dan dakwa mereka yang berkenaan. Tiada guna meneruskan inkues,jika ianya menjadi medan politik,bukan lagi menjadi medan mencari kebenaran.

Sekiranya tiada pembunuh yang dapat dikesan,maka tiada jalan lain,inkues harus diteruskan walaupun ianya membosankan.

Falsafah saya senang sahaja, yang benar tetap benar. Kebenaran tetap wujud walaupun memakan masa yang panjang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Keadilan untuk Teoh harus dituntut. Dalam masa yang sama jangan lupa keadilan untuk Saiful Bukhari juga harus dituntut.

Sumber RBF & AIDC

Sunday, October 18, 2009

PETUGAS UMNO LANTAK MAKANAN HARAM?

Sebuah portal berita pro-PAS di Terengganu mendedahkan bagaimana petugas UMNO di Teluk Kemang ketika pilihan raya kecil Bagan Pinang, dikatakan melantak ‘makanan haram’.

Tanpa menyebut siapa tetapi mengaitkannya dengan Setiausaha Kerjaaan Negeri, portal berkenaan memaparkan berita bertajuk “Petugas UMNO Terengganu Tidak Kira ‘Halal Haram’?

Jika benar, ini sedikit memalukan, seolah-olah petugas UMNO tidak kira halal haram.

Namun persoalannya betulkan petugas
UMNO melantak makanan di situ.

Kalau tidak benar bagaimana? Nanti percuma sahaja kena saman!

Baca apa yang ditulis dalam portal berkenaan:

Petugas Umno Terengganu Tidak Kira ’Halal Haram’?

TELUK KEMANG – Para petugas kontinjen Umno Terengganu yang datang untuk berkempen pada pilihanraya kecil DUN Kuala Terengganu di lihat makan makanan dan minuman di kedai yang tidak ada penarafan ’halal’ disini beberapa hari lalu.

Wartawan Buletinonline dalam perjalanan membuat liputan program ’Pentas Pemuda DAP’ yang diadakan di Markaz DAP Batu 9 Jalan Teluk Kemang telah terserempak dengan dua buah kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu.

Kedua-dua buah Mercedes yang dipercayai milik Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bernombor plat TT3 dan TAN111 diyakini di gunakan oleh dua orang Exco kerajaan negeri Terengganu.

Walaupun kelibat kedua-dua Exco berkenaan tidak kelihatan dipersekitaran kawasan Batu 9, namun beberapa orang berbangsa ’Melayu Islam’ yang diyakini hadir bersama kedua-dua kenderaan rasmi negeri Terengganu itu, dilihat sedang makan dan minum dalam sebuah kedai Cina yang tidak ada tanda ’Halal’.

Sepanjang perjalanan lebih 20 km dari bandar Port Dickson menyusuri pantai hingga ke Pasir Panjang terdapat berpuluh-puluh kedai makan milik Melayu Islam yang menjalankan perniagaan.

Di sekitar, ’Waterfront’, Batu 5 dan Batu 6, Jalan Port Dickson ke Pasir Panjang sahaja terdapat lebih 20 puluh buah kedai makan yang menyediakan makanan orang Islam yang tidak mendatangkan syak sama sekali kerana ia dikendalikan dalam premis dan petugas yang jelas.

Namun, entah apa sebabnya, para petugas yang dipercayai datang bersama-sama Exco kerajaan negeri Terengganu itu telah memilih sebuah kedai Cina yang jelas tidak ada penarafan halal serta menjual minuman keras dan minuman ringan secara yang bercampur baur.

Monday, October 12, 2009

TEBUS MARUAH BN, KEYAKINAN KEPADA NAJIB

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.

Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Di samping itu, BN juga menang di semua lapan daerah mengundi - termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada 2008, iaitu Pekan Siliau, Ladang Atherton dan Sua Betong.
Begitu juga dengan undi pos di mana majoriti yang dimenangi BN, iaitu 2,920 undi adalah dua kali ganda berbanding 1,891 undi pada 2008.
Dalam pilihan raya kecil ini, BN mendapat 3,521 undi berbanding 3,080 undi pada 2008. Manakala undi pos yang diperolehi PAS merosot kepada 601 undi berbanding 1,189 undi yang diperolehinya pada pilihanraya umum tahun lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon Isa yang cukup besar menggambarkan sokongan pengundi terhadap kepimpinan perdana menteri.

"Keputusan ini amat bererti. Dengan peningkatan lebih 110 peratus, melebihi keputusan calon sebelum ini menunjukkan peningkatan yang cukup besar.

"Ia menggambarkan pernyataan sikap pengundi di Bagan Pinang dan menggambarkan pernyataan sikap (rakyat) terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak), selaras dengan konsep Satu Malaysia," kata timbalan perdana menteri.

Muhyiddin mengulas kemenangan besar Isa dengan majoriti lebih besar – 5,435 undi – dalam pilihan raya kecil kerusi DUN itu sejurus selepas ia diuumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Port Dickson kira-kira jam 8 malam ini.

Bekas menteri besar itu mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Muhyiddin berkata, sokongan positif masyarakat pelbagai kaum kepada BN kali ini merupakan hasil kerja keras semua pihak yang sentiasa mengambil inisiatif memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.

Ditanya sama ada sokongan tersebut akan berterusan, Muhyiddin berharap ia menjadi titik permulaan baru kepada parti itu.

"Kita tidak boleh hanya sukacita, tanpa berusaha dan mengambil iktibar daripada kemenangan ini," tambahnya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kemenangan Isa itu tanda kepercayaan rakyat supaya BN terus menggiatkan lagi khidmat kepada rakyat.

"Kita tidak janjikan apa-apa tetapi kita mahu lihat kepimpinan Datuk Seri Najib dan konsep Satu Malaysia diterjemahkan kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata kekalahan calonnya itu akibat tindakan BN yang menggunakan taktik menggertak pengundi khususnya di kawasan ladang.

"Hari ini hari yang malang dan gelap bagi Malaysia, kerana ikon rasuah diterima dalam pilihan raya," katanya di bilik gerakan parti di Batu 3 di Port Dickson.

Menerima keputusan pahit tersebut, beliau berkata PAS akan terus memperjuangkan isu yang dibawanya dalam lapan hari berkempen di Bagan Pinang, terutama isu undi pos.

Salahudin, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya PAS kali ini, mengucapkan perhargaan kepada pengundi.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS akan mengadakan bedah siasat yang menyeluruh berhubung kekalahan teruk mereka di lubuk BN ini.

Beliau, ahli jawatankuasa pusat PAS yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu, mengakui bahawa bukan mudah untuk parti itu menang pada pilihan raya kecil ini tetapi Pakatan Rakyat akan sentiasa membuat percubaan terbaik untuk berdepan dengan pelbagai halangan.

Sunday, October 11, 2009

BN ada peluang cerah tawan DUN Bagan Pinang - Penganalisis politik

Sumber: mStar

Proses berkempen sudah tamat. Pagi ini, mulai jam 8.00 pagi akan bermula pengundian.

Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang akan diadakan hari ini.

Beberapa penganalisis politik tempatan berpendapat PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini tidak berjaya menimbulkan keraguan kepada pengundi walaupun menggunakan faktor isu peribadi calon BN dan pembangunan setempat.

Bagi Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein, beliau meramalkan kemenangan bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang akan berpihak kepada BN berdasarkan beberapa faktor.

Pertamanya menurut beliau faktor calon yang popular dan diterima penduduk tempatan memberikan kelebihan kepada BN.

"Secara dasarnya kita menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada BN walaupun calonnya pernah menghadapi masalah dalam laluan politiknya sebelum ini.

"Rakyat Negeri Sembilan khususnya di Bagan Pinang pastinya akan mengenangkan jasa dan sumbangannya kepada penduduk setempat dengan membawa banyak pembangunan," katanya kepada mStar Online.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dan PAS diwakili Pesuruhjaya negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal September lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Tambah Ahmad Atory, berdasarkan hasil kajiannya terhadap trend pengundian bagi pengundi di kawasan Pantai Barat semenanjung Malaysia, rakyat lebih mengutamakan faktor calon yang mampu membawa kemajuan dari segi pembangunan.

Jelasnya keadaan ini berbeza dengan pengundi bagi kawasa Pantai Timur yang lebih mementingkan faktor agama.

"Jadi di sini jelas bahawa Mohd Isa telah terbukti dari segi keupayaan kepimpinannya untuk membangunkan Negeri Sembilan Port Dickson.

"Namun faktor ini masih belum dapat dibuktikan oleh calon PAS... ini mungkin menjadi faktor penyekat untuknya," katanya.

Ditanya sama ada faktor sejarah politik Mohd Isa seperti yang dibangkitkan PAS akan mengubah pendirian pengundi terhadap BN, Ahmad Atory berkata beliau yakin isu tidak tidak begitu memberi kesan kepada BN.

"Mana ada orang yang benar-benar sempurna, memang benar beliau pernah melakukan kesalahan... tapi itu cerita lama.

"Malah kalau kita hitung dari segi sumbangannya kepada rakyat Negeri Sembilan amnya dan penduduk Bagan Pinang khusnya, saya yakin faktor kebaikkan Mohd Isa akan menenggelamkan keburukkannya.

"Inilah kelebihan calon BN kali ini, kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini orang lebih nampak perkara-perkara tidak elok calon BN, tapi kali ini senarionya berbeza... kebaikkan Mohd Isa mengatasi segalanya," katanya.

Selain itu Ahmad Atory juga berkata faktor undi pos di kalangan anggota tentera dan polis juga memberi kelebihan untuk BN.

"Kita tak boleh tolak faktor kelebihan dari segi undi pos ini buat BN, sebab itulah PAS begi memberi perhatian kepada soal ini.

"Saya sangat yakin bahawa secara lazimnya kakitangan kerajaan sudah pasti akan menyokong kerajaan yang memerintah kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata tidak timbul faktor wujudnya penyelewengan dan pecah amanah di pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mempengaruhi undi pos hingga memihak kepada BN seperti yang didakwa PAS.

"Saya yakin soal SPR tak telus itu tidak timbul, SPR dan buat kerja mereka dengan baik dan telah melakukan banyak transformasi dari segi pengendalian pilihan raya.

"Tak perlu timbulkan terlalu banyak keraguan terhadap mereka, dalam hidup ini kalau asyik tak percayakan orang sahaja susah juga... susah nak hidup," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat BN dilihat mempunyai laluan mudah dalam pilihan raya kecil kali ini.

Katanya peluang untuk BN memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang adalah melebihi 50 peratus.

"Ada beberapa faktor yang memberi peluang kepada BN iaitu majoriti penduduk di Bagan Pinang adalah Melayu yang pastinya menyokong Umno.

"Manakala bagi PAS mereka sememangnya mengharapkan undi di kalangan kaum Cina dan India... tapi jumlah itu tidak besar," katanya.

Selain itu, Ahmad Nizamuddin juga berpendapat faktor undi pos akan memihak kepada BN.
"Perkara ini sukar untuk kita sangkal kerana kebiasaannya pengundi pos akan menyokong kerajaan.

"Oleh itu kita tak boleh meletakkan andaian bahawa jika mereka menyokong kerajaan bermakna mereka ini telah ditekan atau menerima ugutan... kebiasaannya kita akan memberi sokongan kepada pemimpin kita," katanya.

Tambah Ahmad Nizamuddin, beliau yang sempat meninjau perjalanan proses berkempen di Bagan Pinang beberapa hari lalu mendapati sokongan penduduk terhadap BN masih kuat.

"Pada zahirnya boleh dikatakan penduduk setempat menyokong BN memandangkan parti itu telah banyak melakukan transformasi mengikut kehendak rakyat.

"Jelas sekali BN telah melalui proses perubahan yang cukup ketara bagi memenangi kembali hati rakyat," katanya.

Saturday, September 26, 2009

3 NOV : ANWAR ATTATURK SEMAKIN 'MATI' ?!

Daripada gerakan-anti-pkr

bulan ini hingga ke tarikh 3 november, anwar attaturk tiada bisa duduk senang dan lenang. tidornya tiada nyenyak, kata-katanya semakin hambar. di pihak lobiyist amarikan dia sudah digelar kameleon, binatang politik malaysia yang senantiasa berobah kata dan iktikad iman bila berbicara.

ini macam manyak celaka, bisik hati anwar. kalau yahudi pun sudah mulai sangsi kataku, mana kan aku pergi membawa diri. meminta nyawa dari dajal lahanat entah bila tiba masanya. najib tiada kepingin melayan karenah aku,bogeyman altantuya retorikal politik ciptaan aku ditepis begitu sahaja oleh pak najib. arrgh anwar menepuk dahi sundalnya.mana haros aku pergi ??!

saiful semakin berani menonjol diri. tonjolan ini memeningkan kepala hotak bapak segala pengkhianat agama dan bangsa.

anwar attaturk tahu 'dia' sudah lama mati. lama mati umpama tamsilan kiasan tongkat nabi sulaiman a.s. segala mergastua dan para jin tiada mengetahui berdirinya nabi sulaiman itu sebenarnya membawa cerita rahasia. nabi sulaiman berdiri mati, dan matinya ini hanya disedari tatkala tongkat yang menampung nya telah hancur dimakan anai-anai.hancur tongkat, maka tombanglah nabi sulaiman jatuh ke bumi.

anwar attaturk bisa membilang hayat diri.saiful bukhari lebih digeruni daripada hadirnya malakatul maut. saiful bukhari bisa membongkar cerita, cerita luar biasa ampuhnya. anak muda ini kabarannya sudah bersedia bertarung nyawa, biarpun banyak bangsat dan talibarut anwar di dalam dan di luar sana, biar pun kabaran wang jutaan bakal dilimpah...namun maruah tetap akan dipertahankan.

insyaallah ada cerita luar biasa bakal tercipta. cerita anwar sundalan akan ketemui ajal politiknya gara-gara hobi bukan normal manusia azali...

sejarah pasti berolang. anwar bukan mani purindan yang bisa membohongi umat melayu di zaman kesoltanan melaka. anwar sekadar bayangan dajal-dajal kecil, dahi suak tapi leper, jahat lebih syaiton daripada syaiton...dia coba merosakkan kisah mistikal 500 tahun 9 naga melayu, naga terakhir di ufuk timur yang belum lagi dapat dihancorkan oleh portugis,belanda,inggeris dan yahudi. apatahlagi cobaan menghancorkan maruah hamba-hamba yang bangsanya bernama melayu, dahulu disebut sebagai malai,sarjana i-tsing menggelarkannya sebagai ma-la-yao.

ini bukan sebarangan bangsa yang bisa anwar attaturk tunjal dan lacurkan. ini bangsa punyai maruah,ini bangsa punyai akidah loar biasa... barang diganggu kalimah syahadah ini bangsa jurus akan bangkit dan pertahankannya walau nyawa jadi tarohan.

ini bangsa melayu namanya. inilah satu-satunya bangsa yang meletakkan agama dan bangsanya mesti sekata,sehati dan sejiwa. melayu itu mesti islam dan islam itu mesti melayu.

ini bangsa sudah bersedia menjadi kiasu , kiasu kerna mempertahankan maruah agama bangsa dan negara. anwar attaturk jangan tersilap jangka, ini bangsa bukan melankolik...tak percaya, tunggu 3 november ! tanggal keramat itu anwar akan bertemu buku dan ruasnya. jadi apa tugas kita ? ya ..aku dan kamu ? tiada lain meletakkan agama sebagai keutamaan..berkata benar dan terus berkata benar...INGAT BANGSAKU..PERTAHANKAN KALIMAH MULIA,PERTAHANKAN BANGSA,PERTAHANKAN 9 NAGA DAN PERTAHANKAN NEGARA ! PAKATAN BANGSAT MESTI DIHAPOSKAN SEGERA...INI MOTO PERJUANGAN KITA !!!
selain itu, ini kabaran baru yang kami terima. datang daripada sumber yang dirahsiakan. sebelum menceritakan dengan lebih dalam tajuk besar ini, harusnya kita memahami situasi rasa dan perasaan yang dialami oleh dua pihak yang terlibat, saiful dan anwar.

menyelongkari permaslahan dan rintihan saiful, di situ tersembunyi indikasi-indikasi yang cukup penting yang telah saiful keluarkan sejak seminggu yang lalu.

video pertama ramadhan daripada saiful punyai maksud yang penuh tersirat. tanggal 14 september itulah buat julung kalinya saiful bukhari 'keluar' daripada persembunyian dan berani melangkah ke masjid wilayah untuk buat pertama kalinya bersolat tarawih .

kenapa saiful berani untuk keluar walhal dia adalah seorang mangsa. seorang mangsa pada dasar normalnya sepatutnya sudah lama keluar dan mempertahankan dirinya di depan public. keadaan sudah menjadi terbalik apabila sebaliknya sang master peliwat pulak yang bertindak lebih. cukup lebih hingga pasukan prosekution pun mahu ditukarnya.

apa maksud dalam saiful pertama kali keluar tanggal 14 september ? saiful ada memberitahu bahawa inilah pertama kali dalam sejarah pasca dia diliwat, dia bertindak berani untuk keluar ? apa yang saiful mahu sampaikan disini ? tiada lain kerna anwar telah memasang konco-konconya untuk mencari saiful. dikabarkan bahawa saiful telah hampir 20 kali berpindah randah demi mengelakkan keselamatan dirinya diganggu atau mungkin di apa-apakan kan.

memahami kata-kata saiful dalam bicara video ocapan idulfitrinya sudah terjawap persoalan keselamatannya. saiful bukahri ada menyebut bahawa 'orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja' ...siapa orang terdesak ? apa yang sanggup dilakukan dengan maksud ayat melakukan apa sahaja ? kenapa saiful menyebut kes teoh beng hock ?ADAKAH NYAWA SAIFUL DIDALAM BAHAYA ?

maklumat bocor atau anwar sudah memasang spy ? kenapa saiful apabila menjawap pertanyaan gap, dia ada menyebut bukan sekadar ada bloger yang menyamar menjadi musang berbulu ayam, bahkan ada vvip,politician,orang kenamaan dan penjaganya juga meropakan talibarut anwar ? buktinya kenapa 4 kali percobaan saiful sebelum 14 september telah bocor dan diketahui anwar !? siapa culprit bangsat yang ada dalam kerajaan ni !?

maklumat yang kami terima ada memberitahu bahawa anwar sanggup memasang beberapa konco untuk mencari bapa saiful dan adik perempuannya ? aku terpaksa mengeluarkan kenyataan ini sebagai langkah pre emptive, kiranya apa-apa berlaku kepada keluarga saiful maka kita tahu mencari pelakunya.

malah sumber telah memecah cerita, bahawa wakil anwar kabarnya telah berjumpa dengan ayah saiful untuk meredakan ketegangan sebelum 3 november. mohon agar saiful menarik segala pertuduhan dan RM20 juta sedia dijadikan barang tukar ganti. perkara yang sama yang berlaku apabila anwar sanggup menggadaikan kerajaan pakatan selangor dengan meminta agar najib 'melepaskannya' dan dia sanggup menetap sampai mati diluar negara.

namun, perkara pertama telah pun dijawap oleh saiful bukhari. YANG HAK PASTI BERDIRI,YANG BATHIL PASTI JATUH !

SESUATU YANG BESAR DIJANGKA AKAN BERLAKU,PASTINYA AKAN MENGEJUTKAN PIHAK ANWAR DAN SELURUH TALIBARUTNYA DALAM KERAJAAN .KEPADA GANI PATAIL DAN HISHAMUDIN, RAKYAT AKAN MELIHAT KEBERANIAN KAMU UNTUK BERANI MENJADI JANTAN MENERUSKAN PERBICARAAN 3 NOV INI. JANGAN KERNA SAIFUL INI BANGSANYA MELAYU, KAMU DIAM DAN TERUS-TERUSAN TIDOR DAN TIDOR ! CUKUPLAH MENJADI HERO BANGSA LAIN WAHAI VVIP !

Isu Selcat boleh menjatuhkan kerajaan Selangor

Daripada mStar

Dewan Pemuda PAS Pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Ketika diminta mengulas lanjut, Nasrudin memberitahu, sekiranya pegawai-pegawai kerajaan negeri merasakan mereka diaibkan dengan sesi soal siasat secara terbuka dan tidak mengikut kesusilaan, ia boleh menyebabkan perasaan membenci terhadap kerajaan negeri.

"Kalau mereka sudah menanam perasaan benci... mereka diperlekeh, dipersenda, saya bimbang mereka yang ada pengaruh ini (kakitangan kerajaan), mereka akan menyebabkan pulangan yang negatif kepada keraajan negeri.

"Tidak keterlaluan saya boleh katakan ia akan mengancam kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Saya minta jangan hanya menuding jari atas konflik yang berlaku ini, tetapi kita perlu mendengar pandangan semua pihak secara terbuka," kata beliau sambil menambah, "kita mahu satu pasukan kerajaan yang mesra pemerintah."

"Walaupun Selcat adalah satu jawatankuasa yang sah dan ada hak untuk memanggil kakitangan tetapi ia perlu dibuat secara adab dan susila yang sesuai supaya tidak aibkan dan memalukan mereka," katanya lagi.

Khalid akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Selcat membabitkan anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia kini menyiasat penggunaan dana oleh wakil-wakil rakyat BN Selangor beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Sebelum 1 Syawal lalu, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Thursday, September 24, 2009

KHAZANAH'S CELCOM AD ON ANTI-NAJIB, OPPOSITION-BIASED PORTAL?

Daripada The Unspinners

Celcom, a subsidiary of Axiata Berhad which was spin-off from Tekelom Malayisa put up an ad on The Malaysian Insider. There is no way of confirming but if what we see is real and nothing is heard from Celcom, then what-we-see-is-what-will-be-believe.

If that is seen as nothing wrong, consider that advertisers' choice of media is dependent on the media organisation's affiliation and editorial philosophy. The media organisation can't be one that is adverserial to the advertiser, their stakeholders and more so their shareholders. In the case of Celcom, it is a subsidary of Khazanah Malaysia and Khazanah is owned by the Government.

The media Malaysian Insiders is a news portal established by Singapore Times-linked Kalimullah and Brenda Pereira. MI emerged after Kalimullah left The New Straits Times. Kalimullah is believed to be the fund provider and have spent considerable amount of money to attract traffic. It is now time to attract advertising dollar as revenue.

The problem is MI's editorial is clearly anti-Najib and heavily biased for the opposition. Those in the know will always be wary with any links to Singapore's Straits Times for the unspoken role beyond the Singapore border.

Nearly all their columnists are opposition and left wingers. Their highly spinned and biased news and articles are dispersed and promoted all over the blogosphere through regular copy and paste on opposition portals like Malaysia Today and oppositions blogs.

It is certainly puzzling why Celcom CEO, Dato Shazzaly Ramli would be giving a lifeline to a media organisation bend on bandishing their controlling shareholder. We have been hearing of Shazally establishing telco service companies that offer services to DAP and PKR. But we haven't got the full picture yet. Now the adverstisement on The Malaysian Insiders.

We are not ruling out the possibility of MI putting out the advert without permission and clearance from Celcom. However, Shazally and the Celcom Corporate Communication people must do something to reprimand MI or we will be shouting.

Tuesday, September 15, 2009

ISU SELIPAR –JANGAN INGAT MELAYU AKAN BERDIAM DIRI

Daripada House PK

Kurang ajar punya MIC, wah sudah makin melampau si keling pari syaitan ini semua ya, korang sudah mau mampos ka? Sial punya bangsa pendatang tak sedar diri! Siapa korang nak hina Tun Dr Mahathir? Petikan Utusan kat bawah ini..

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Letakkan 'kalungan selipar' pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC kerana mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan daripada perwakilan lain.

Kalau korang berani korang buat tengok, jangan ingat kita mau duduk diam dan tengk je tau! Jangan lebih-lebih ya MIC! Dah la orang India sendiri tak suka korang dah!

Aku harap MIC akan musnah! Kalau tak nak musnah suruh Samy Volu Resign dan mintak maaf pada Tun Dr Mahathir!

Tak sedar diri betul bangsat-bangsat ini semua! Lagi satu hal pulak, dalam isu macam ni mana pi ketua pemuda yang gila glamer tu si KJ harami tu? Kenapa senyap seribu bahasa je?

OH aku terlupa KJ, kau kan anti Tun Dr Mahathir kan? Macamana aku nak hormat kau kalau kau sendiri tak hormat Neharawan tu? Dalam isu kepala lembu hari tu kau bukan main lagi belasah penduduk seksyen 23 kan?

At least Dato Razali ada juga bagi kenyataan, baca kat bawah ini:

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kecaman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung MIC semalam adalah melampau dan amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Kau memang tak ada ciri-ciri pemimpin langsung la KJ, sebagai pemimpin, tak kira kita suka orang itu atau pun tak kita mesti kena berkerjasama demi parti tapi lu ni memang jenis badigol tahap bangang punya!

Emosional dan nak semua ikut kepala kau je, mana boleh macam ni brader, lebih baik lu belah je la dari jawatan lu ni, kasi bikin semak je! Elok kau join MIC je KJ oi! Aku sokong, lagipun T.Mohan tu memang budak kau kan?

Inilah sebabnya aku tolak kau KJ, lu jangan salahkan orang lain, salah lu sendiri, semuanya kau nak letakkan Proxy kau je kan? it doesn't work that way la macha! Kau adalah LIABILITI! Kaulah punca Pemuda UMNO berpuak-puak, sebab kau hanya jaga kroni-kroni kau je!

Malas akau nak cerita lagi la, korang nilaikanlah si bahalol ini sendiri!

Kepada Dato Razali, inilah ciri-ciri Pemuda yang aku tunggu selama ini! Hats off to you Dato!