“Suspek dipercayai menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa sebarang pembayaran pendahuluan...suspek dipercayai akan menjual semula setiap rumah dan mendapat untung atas angin.”
Kesemua unit kondominium yang terletak di ibu negara itu
dikatakan telah ‘dibeli’ daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan
dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Memetik sumber, Utusan Malaysia menyebut, siasatan SPRM
mendapati suspek telah ‘membeli’ kesemua unit kondominium tersebut yang harga
asalnya RM200,000 sehingga RM300,000 tanpa membuat bayaran pendahuluan
menggunakan nama sendiri dan orang terdekat.
Azam Baki...sahkan. |
“Suspek ini dipercayai telah menandatangani perjanjian
jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa membuat sebarang pembayaran
pendahuluan.
“Apabila rumah siap, suspek dipercayai akan menjual
semula setiap rumah pada harga semasa dengan anggaran RM500,000 setiap satu dan
mendapat untung atas angin,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.
Ahad lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan terdapat salah
guna kuasa segelintir pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di
Lembah Klang bagi memperoleh kondominium dan apartmen terutama di lokasi
strategik.
Perkara itu berlaku berikutan terdapat pakatan antara
pegawai tinggi dan pemaju projek perumahan apabila mereka dikatakan telah
membuat tempahan tanpa membuat pembayaran pendahuluan.
Sebaik sahaja projek itu siap dan mendapat sijil layak
menduduki (CF) daripada PBT, pemaju akan mengambil semula unit yang ‘dibeli’
oleh pegawai PBT terlibat dan menjual kepada pembeli sebenar dengar kadar yang
lebih tinggi bagi mengaut keuntungan.
Tambah sumber lagi, siasatan juga tidak menolak
kemungkinan terdapat beberapa lagi pegawai dan kakitangan DBKL terlibat
melakukan perkara yang sama bagi mendapat keuntungan mudah.
“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kita
masih lagi mencari orang kanan suspek terbabit bagi membantu siasatan,”
ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam baki
ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.
Pada 16 Ogos, SPRM menahan reman Datuk Seri berkenaan
bersama dua lagi penjawat awam berpangkat Datuk dari jabatan berbeza di Melaka
dan Kelantan. Semua yang ditahan masih dalam tahan reman.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan dalam kes rasuah
dan pengubahan wang haram, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Azam sebelum ini berkata mereka ditahan dalam operasi
serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang. Susulan penahanan itu, akaun
bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita
kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan
Audi.
SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang
asing dan beberapa jam tangan mewah.
Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan wujud salah guna
kuasa segelintir pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah
Klang bagi memperoleh kondominium dan apartmen di lokasi strategik.
Perkara itu berlaku berikutan terdapat pakatan antara
pegawai tinggi dan pemaju projek perumahan apabila mereka dikatakan membuat
tempahan tanpa membuat bayaran pendahuluan.
Sebaik saja projek itu siap dan mendapat sijil layak
menduduki (CF) daripada PBT, pemaju akan mengambil semula unit yang ‘dibeli’
pegawai PBT terlibat dan menjual kepada pembeli sebenar dengar kadar lebih
tinggi bagi mengaut keuntungan.