Pembelian banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan
penjualan tanah Taman Manggis dijangka dibangkitkan oleh anggota pembangkang
dan penyokong kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau
Pinang, yang bermula hari ini (Selasa).
Walaupun usul pindaan Perlembagaan Undang-undang Negeri
Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal
ditolak, persidangan dewan kali ini dijangka tetap hangat dengan dua isu yang
kini ‘membelenggu’ ketua menteri, selain isu tambakan laut
Anggota Dewan
Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Cheu mengemukakan notis
usul pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri itu
kepada Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang pada 31 Mac lepas dan beliau dimaklumkan
usul itu ditolak melalui surat bertarikh 3 Mei.
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang ke-13 akan bermula pada 10 Mei dan disambung pada 13 Mei hingga 19Mei ini.
Law dalam surat memaklumkan usul itu ditolak dengan
alasan usul yang dicadang dengan merujuk kepada peraturan 31, 54, 86, 93 dan
109E Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang
untuk meminda Fasal (9) Perkara 7 Perlembagaan negeri adalah tidak tepat.
Lim Guan Eng |
Sehubungan itu, Law berharap semua anggota DUN, sama ada
daripada pihak kerajaan negeri mahupun pembangkang dapat berhujah dalam suasana
yang profesional.
“Semua anggota dewan perlu ikut peraturan Mesyuarat
supaya perjalanan sidang dewan lancar, kurangkan emosi demi kesihatan sendiri
dan berhujahlah dengan profesional dan rasional,” katanya.
Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh ketua menteri
Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor
Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac
lepas bahawa ia dibeli pada harga di bawah nilai pasaran.
Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah
Pulau Pinang, turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah
termasuk tanah Taman Manggis di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya
diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata
pada 1 Mei lalu, pada setiap sesi sidang DUN sebelum ini, kerajaan negeri
diterajui DAP itu sering membangkitkan mengenai ketelusan, kecekapan serta
akauntabiliti dalam tadbir urus negeri.
"Tetapi isu yang timbul kebelakangan ini menampakkan apa yang mereka ceritakan dalam DUN sebelum ini adalah satu sandiwara atau wayang semata-mata.
"Pada sidang dewan kali ini mereka (kerajaan negeri) akan hadapi kesukaran untuk melindungi pembohongan yang mereka hidangkan kepada rakyat Pulau Pinang sejak bertahun-tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Malaysia peringkat negeri di sini, Ahad.
Beliau berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) juga telah bersiap sedia dengan fakta serta ulasan tentang pelbagai isu untuk dibahaskan nanti.
"Kita sudah buat pelbagai sesi taklimat, carian fakta dan mengkaji beberapa perkara secara mendalam dengan pertolongan pelbagai pihak, agensi serta pertubuhan yang memberi input supaya kita siap sedia dalam DUN," katanya.
Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga harus bersedia dengan jawapan yang berlandaskan fakta kerana rakyat sudah lama menunggu penjelasan daripada mereka berhubung pelbagai isu.
Selain itu katanya, ancaman terhadap alam sekitar seperti cadangan tambakan laut, penggondolan bukit dan perkara berkaitan sosioekonomi akan turut dibangkitkan terutama mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong
daripada Barisan Nasional (BN) Muhammad Farid Saad lega apabila usul beliau
berhubung projek tambakan laut di selatan pulau negeri ini diterima oleh dewan.
“Satu-satunya usul yang diterima untuk dibahaskan kali
ini, saya berasa lega kerana dapat membawa harapan besar rakyat ini,” katanya.
Wakil Rakyat BN itu berkata projek tambakan laut untuk
mewujudkan tiga pulau buatan manusia itu terus mendapat bantahan dan
mencetuskan keresahan penduduk di kawasan berkenaan.
Beliau berharap usul berkenaan dapat dibahas dengan bijak
dan mengambil kira semua aspek terutama melibatkan kepentingan dan
kesejahteraan rakyat negeri ini.
Dalam pada itu ketua pembangkang DUN yang juga wakil
rakyat Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi Bernama, mengambil
sikap ‘kunci mulut’ dan tidak mahu mendedahkan apakah antara perkara yang bakal
dibawa anggota dewan daripada pihak pembangkang.