Jumlah kereta klon yang sudah disita di negara ini kini sebanyak
1,708 sementara menganggarkan sekitar
3,000 hingga 5,000 kereta klon telah berada di negara.
Pengklonan kereta juga dilakukan oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.
Berikutan itu Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sedang
dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bakal menyelesaikan
masalah kereta klon dan saman melibatkan kenderaan dari luar negara.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sistem itu mendaftarkan kereta asing di pintu masuk negara bagi mengelakkan kenderaan berkenaan diklonkan sebelum dijual dengan harga murah di negara ini.
"Hampir 90 peratus kereta klon yang disita sekarang datangnya dari Singapura kerana negara itu melaksanakan dasar pelupusan kenderaan setiap lima tahun sekali dan sindiket mengambil kesempatan untuk dijadikan kereta klon.
"Melalui sistem ini juga, sebarang kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan luar, pemandu terlibat perlu menyelesaikan saman dan kompaun sebelum dibenarkan keluar dari negara ini," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Hari JPJ Ke-70 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), 28 April lalu.

Turut hadir, Pengarah JPJ WPKL Datuk Md Ziki A.Rahman.
Mengulas lanjut, Ismail berkata sistem itu dijangka dilancarkan Jun nanti meliputi fasa pertama bagi Malaysia-Singapura.
"Fasa kedua Malaysia-Thailand dan fasa ketiga melibatkan Sabah, Sarawak, Indonesia dan Brunei akan dijalankan secara berperingkat," katanya.
Menyentuh mengenai penubuhan pasukan petugas khas JPJ sejak awal tahun ini, Ismail berkata 26 anggota JPJ diberi latihan teknikal dan taktikal bagi menangani isu berkaitan kereta klon, lesen terbang dan tonto serta kes lain membabitkan jabatan itu.
"Bilangan anggota pasukan ini akan ditambah, pasukan elit ini juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Untuk kita memahami sedikit sebanyak tentang apa itu kereta klon, dan bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, berikut ada empat soalan yang perlu kita tahu dan faham:
APA ITU PENGKLONAN KERETA?

Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan
pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan
kesalahan trafik dan enggan membayar saman.
BAGAIMANA PENGKLONAN KERETA DIBUAT?
Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor
casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total
lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.
Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan
segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan
jual beli.
BAGAIMANA MAHU MENGENAL PASTI JIKA ANDA MENJADI MANGSA?
Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda
tidak pernah lakukan.
Anda diminta memberi keterangan atas 'pembabitan' kereta
itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu
kereta anda adalah kereta klon.
CARA ELAK DARIPADA JADI MANGSA?
Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli
jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.
Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa
ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan periksa kesahihannya.
Sumber - Bernama & Astro Awani