Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berkaitan kes penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pemulangan kertas siasatan itu dibuat setelah pihaknya meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati keperluan untuk beberapa tindakan yang lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.
"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa tindakan yang perlu di siasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.
"Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan.
Pada 25 Mei lalu, SPRM berkata ia telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau dan kertas siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara.
Dalam kenyataan itu, SPRM berkata ia terpulang kepada Mohamed Apandi membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.
"Sekiranya Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.
Sbuah portal berita pro-UMNO baru-baru ini telah
mempersoalkan perkembangan kes yang membabitkan pembelian banglo pada harga
RM2.8 juta oleh Lim yang didakwa di bawah harga pasaran.
MyKMU dalam catatan menyatakan telah lebih sebulan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan
kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
“Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai
kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya
perkembangan kes ini?
"Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan
dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes
ini belum ada apa-apa lagi," katanya.
Mengulas lanjut, Apandi berkata, pihaknya juga telah
memberi arahan kepada SPRM untuk menyegerakan siasatan terbabit dan
mengembalikan hasil kertas siasatan itu secepat mungkin.
"Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas
siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat," ujar Mohamed Apandi
lagi.