Friday, August 14, 2009

ANWAR GUNA ISLAM UNTUK TONJOLKAN DIRI

Analisis Kumbang..(http://analisisringan.blogspot.com)

Beberapa hari lalu Kumbang bersembang dengan penulis blog Sana Sini Gitu Gini dalam satu majlis yang Kumbang hadiri bersama beliau. Kumbang hamparkan persoalan kepada beliau mengapa dan kenapa peristiwa-peristiwa yang seakan-akan berbau perkauman semakin berani dimainkan pihak pembangkang.

Yang terbaru adalah mengenai kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mana beliau mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Kenyataan yang dibuat Lee adalah dengan menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau dan menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee.

Klik sini untuk melihat kenyataan akhbar Zulkifi Nordin mengenai perkara ini dan Klik sini untuk melihat senarai isu-isu perkauman lain yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang.

Berbalik pada pertanyaan Kumbang kepada penulis blog Sana Sini Gitu Gini iaitu Yeopman. Beliau menjawab semua ini adalah disebabkan oleh seorang pemimpin melayu yang berada di belakang mereka dan menghalalkan segala apa yang dibuat mereka ini walaupun ia melibatkan isu sensitif mengenai bangsa dan agama.

Pemimpin melayu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Menurut beliau Anwar Ibrahim sebenarnya tidak berjuang di atas dasar memperjuangkan Islam. Tetapi menggunakan nama Islam kerana ramai pemimpin pelajar di zaman beliau sudah mengisi kuota perjuangan sosialis dan idealogi lain. Beliau memilih Islam sebagai pilihan terakhir untuk menonjolkan diri dan menaikkan nama beliau.

Langkah ini dituruti kemas dengan Anwar yang turut menjadi anak angkat bekas presiden PAS iaitu Yusof Rawa sebagai tiket dan membantu usaha beliau untuk menjadi pemimpin Islam yang disegani. Hakikatnya Anwar Ibrahim bukanlah benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, tetapi Islam hanyalah alat untuk beliau menonjolkan diri dan menjadi popular.

Kejayaan Demontrasi Baling pada tahun 1974 juga adalah disebabkan faktor pengikut PAS yang turut sama menyertai demontrasi itu pada hari ketiga disebabkan Anwar Ibrahim menggunakan gelaran 'Anak Angkat' Yusof Rawa untuk mempengaruhi mereka menyertai demontrasi Baling. Tidak lebih daripada itu demontrasi Baling bukanlah adalah idea dan hasil usaha Anwar tetapi adalah hasil usaha dan idea Hishammuddin Rais dan rakan-rakan Sosialis yang lain. Anwar pada ketika itu hanyalah sekadar menyelit dan menonjolkan diri ketika ramai yang sedang berhimpun dan berlakon bahawa beliaulah kononnya pejuang rakyat.

Kumbang juga pernah membaca majalah Pesona keluaran tahun 1976, yang mengatakan Anwar tidak akan menyertai mana-mana parti politik, terutamanya UMNO kerana kononnya sistem parti itu yang korup dan tidak boleh diperbetulkan. 6 tahun kemudian pada tahun 1982, beliau telah menjilat kembali ludah beliau dengan menyertai UMNO dan kononnya ingin meng'Islam'kan UMNO.Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Setelah merosakkan UMNO selama 17 tahun beliau keluar daripada parti UMNO dan mengutuk kononnya UMNO dirosakkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain yang korup sedangkan sebenarnya kerosakkan itu dicorakkan beliau.

Sebab itu ramai yang melihat Anwar berjaya sekarang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau berjaya mendedahkan apa yang sebenarnya beliau rosakkan dulu di dalam UMNO.

Disebabkan pendirian Anwar yang hanya menggunakan Islam sebagai alat untuk menonjolkan diri dan beliau sememangnya tidak ikhlas dalam perjuangan serta mementingkan diri diri sendiri.

Kita dapat lihat seorang pemimpin yang dulu sanggup berdemontrasi kerana papan tanda jalan mempunyai tulisan inggeris kini senyap sepi apabila Teresa Kok ingin membuang papan tanda tulisan jawi daripada Bukit Bintang.

Kita juga dapat lihat bagaimana seorang pemimpin yang pernah gah berdiri di mimbar membaca khutbah kononnya sebagai pemimpin Islam dan gerakannya kini senyap sepi apabila ketua Pemuda DAP menggelarkan Islam sebagai 'fucking religion',Ronnie Liu mengatakan beer halal dan Jeff Ooi mengatakan Jemaah Islam Malaysia sebagai pengganas.

Di samping itu kita dapat lihat banyak kaitannya Anwar Ibrahim dengan yahudi dan Amerika dewasa ini. Kerana Anwar sememangnya tidak ikhlas memperjuangkan Islam dan hanya menggunakan Islam sebagai tiket untuk menonjolkan diri dan menaikkan nama beliau.

Adakah ini dikatakan tindakan seorang pejuang agama dan bangsa?
Adakah salah untuk kita gelarkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara?
Berapa ramai lagi pemimpin pembangkang yang berani untuk mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman?

Kumbang tinggalkan persoalan di atas untuk sama-sama kita fikirkan, yang pasti pertemuan Kumbang dan Yeopman tempohari dapat mengesahkan lagi Anwar sememangnya seorang Pengkhianat agama ,bangsa dan negara.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?