Daripada Malaysia-HariIni
MODUS operandi mereka sama. Sama seperti mereka mengkhianati sistem kehakiman Negara, mencabul demokrasi berperlembagaan, mereka mengkhianati undang-undang,mereka mengkhianati seluruh jabatan Polis Di Raja Malaysia dan kali ini mereka sedang cuba untuk mengkhianati, mempersenda dan memburukkan kredibiliti Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tujuan kumpulan pengkhianat negara yang diketuai oleh bekas banduan dari Penjara Sungai Buluh ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memesong fikiran, meracuni dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan negara ini supaya rakyat melihat imej semua institusi yang disebutkan di atas tadi kotor, jijik, tidak berperikemanusiaan dan menyakinkan rakyat dengan mengelirukan fakta bahawa pembangkang sedang ditindas dengan penyalahgunaan kuasa. Niat jahat kumpulan ini adalah mahu merosakkan rakyat dan negara .
Kita bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa mereka cuba memainkan isu ini untuk menutup segala kelemahan, kebusukan, perbalahan dalam pakatan pembangkang dan terutama sekali mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu liwat yang bakal dihadapi oleh pengkhinat Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.
Selain isu rasuah yang yang membabitkan beberapa orang exco dari DAP dan PAS serta KeADILan, isu liwat ini sebenarnya menakutkan mereka dan sebab itulah Anwar Ibrahim sedang menggunakan berbagai-bagai helah supaya mahkamah menggugurkan kes liwat tersebut. Anwar sedang mempermainkan mahkamah dan undang-undang, Anwar sedang mengkhinati bangsanya Melayu, Anwar sedang mempersendakan agamanya.
Kita bersetuju dengan pendirian tegas Syed Ali, Ketua UMNO Bahagian Ceras dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bahawa Anwar sebenranya adalah pengkhinat Melayu dan pengesahan kepada pengkhianatan ini disah setrta dinobatlkan oleh Muhyidin Yassin dalam majlis di Pagoh. Oleh itu sebarang gerakan yangf mereka lakukan hari ini adalah mengikut telunjuk serta membaca skrip yang digrapkan oleh pengkhianat melayu ini.
Kemuncak kepada pengkhinatan yang mereka lakukan adalah demonstrasi anti-ISA yang diadakan di ibu Negara baru-baru ini dan terbaru mereka sedang cuba mengheret rakyat untuk tidak mempercayai serta hilang keyakinan terhadap SPRM dengan menjadikan kes bunuh diri Teoh Beng Hock sebagai angkara penyalahgunaan kuasa dan prosedur siasatan SPRM.
Kumpulan ini yang berselindung dengan berbagai-bagai alasan dilihat cuba menyembunyikan ataupun takut terhadap siasatan serta tindakan suruhanjaya ini apabila tembelang rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka yang melibatkan Ronnie Liu yang digambarkan sebagai exco bertaraf ganster di Selangor, Rodziah Ismail dan beberapa orang exco dari DAP termasuklah Khalid Ibrahim.
Meskipun penubuhan SPRM ini sebahagian besarnya adalah atas desakan pihak pembangkang namun apabila SPRM menjalankan fungsi sebagaimana termaktub seperti yang digariskan namun pembangkang mula merasakan bahang kepanasan kerana SPRM bukan sahaja menyiasat pihak-pihak lain tetapi turut mendapati bahawa kumpulan pengkhianat bangsa dan Negara ini juga menjalankan kerja dan menggerakkan kuasa dengan penuh rasuah dan kegilaan yang bermaharajalela.
Pembangkang seperti biasa apabila siasatan baik daripada polis ataupun SPRM ataupun keputusan mahklamah yang tidak menyebelahi atau memihak kepada mereka akan menuding jari kepada kerajaan kononnya kerajaan campurtangan menentukan keputusan, siasatan kononnya berat sebelah, kononnya wujud penyalahgunaan kuasa dan berbagai-bagai lagi alasan yang mereka rekacipta.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini akan mengheret sama rakyat untuk menuding jari kepada pihak terbabit dan rakyat yang semakin hari semakin songsang pemikiran mereka terpedaya dan menerima bulat-bulat pembohongan yang dilakukan oleh kumpulan ini terutama sekali daripada Anwar Ibrahim.
Sebagai contoh, penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat kematian mengejut Teoh Beng Hock ini adalah atas desakan pakatan pengkhinat ini tetapi mereka sebenarnya mahu dalam menyiasat kes kematian supaya SPRM menangguhkan ataupun membatalkan siasatan penglibatan mereka dalam kes-kes rasuah yang sedang berlaku di Selangor tetapi malangnya suruhanjaya dipersetujui untuk mencari punca kematian sahaja dan SPRM terus menyiasat kes-kes rasuah seperti yang sedang mereka siasat ketika ini.
Inilah yang sukar diterima oleh pembangkang terutama sekali Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim termasuklah Anwar Ibrahim. Mereka cuba untuk menjadikan SPRM dan Suruhanjara Siasatan mengikut telunjuk dan membuat keputusan seperti yang mereka mahu dan pastinya memihak kepada mereka namun semua system ini mempunyai maruah serta kredibiliti dan intergriti tersendiri dan mereka tahu bahawa pembangkang sebenarnya cuba mengalih isu dengan mahu menunjukkan kononya mereka telus, tidak rasuah dan tidak berkepentingan apa-apa.
Oleh itu mereka tidak ada pilihan. Pilihan yang mereka ada hanya satu iaitu memburukan kerajaan, SPRM, PDRM, Institusi Kehakiman dan semua institusi dalam Negara ini dan inilah yang mereka sedang lakukan. Mereka sedang perbodohkan rakyat yang mereka yakin sudah hilang kercerdikan untuk berfikir.
Rakyat yang taksub akan menerima apa sahaja dan usaha mereka memburuk serta mencemarkan imej SPRM ini dipercayai akan berterusan mereka lakukan sehinggalah rakyat akan melihat SPRM ini menjadi tidak relevan dan paling penting pada mereka, mereka mahu SPRM tidak dihormati.
Itulah niat sebenar mereka dan sekiranya SPRM tidak lagi dipercayai, mereka akan bebas untuk melakukan rasuah serta penyelewengan.