Kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW berjaya disekat memasuki negara ini.
Dia dikehendaki oleh kerajaan Arab Saudi tetapi menghairankan bagaimana dia memilih Malaysia untuk lari.
Siapa menunggunya di sini? Pasti ada sebabnya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahaannya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu.
Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.