Kegiatan mengutip wang
rasuah dan perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di
beberapa negeri sudah diperkatakan sejak lama.
Malah ia bukan suatu
perkara rahsia lagi. Malah antara punca masyarakat memandang serong kepada
polis ialah gara-gara perbuatan ini.
Namun ia sukar dibuktikan,
apalagi kegiatan ini sangat licik dilakukan oleh mereka yang terlibat.
Namun semalam, di Melaka tiga
pegawai polis lelaki ditahan pada 10 pagi itu terdiri daripada dua berpangkat
Asisten Superintendan dan seorang Inspektor kerana kegiatan mengutip wang
rasuah..
Orang awam pula dipercayai
merupakan orang tengah kepada ketiga-tiga pegawai polis tersebut untuk mengutip
wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut
tersebut.
Manakala seorang lagi
merupakan pengusaha pusat judi haram yang telah dipantau oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa bulan yang lalu.
Hari ini, dilaporkan tiga
lagi pegawai kanan polis Melaka termasuk dua berpangkat ketua polis daerah,
akan direman atas kesalahan rasuah.
Antara suspek yang ditahan
adalah ketua polis daerah Melaka Tengah yang berpangkat Asisten Komisioner dan
ketua polis daerah Jasin yang berpangkat Timbalan Supritenden.
Kedua-dua pegawai kanan
polis itu ditahan di rumah masing-masing awal hari ini,
Seorang lagi anggota
berpangkat inspektor, turut ditahan dalam operasi awal pagi yang sama.
Ketiga-tiga suspek akan
dibawa ke mahkamah di Putrajaya pada 2.30 petang ini untuk mendapatkan perintah
reman.
Mereka dipercayai menerima
suapan dan memberi perlindungan kepada sindiket perjudian dan rumah urut di
negeri itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan
penahanan tiga pegawai polis itu.
Tiga pegawai polis lelaki
yang ditahan pada 10 pagi itu terdiri daripada dua berpangkat asisten
superintendan dan seorang inspektor.
Ketiga-tiga mereka direman
selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, wang rasuah
itu dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram
yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut.
Menurut sumber, operasi
yang dilancarkan itu adalah hasil daripada maklumat yang diperolehi SPRM
daripada orang ramai berhubung paksaan oleh beberapa pegawai polis untuk
membayar wang rasuah.
SPRM dikatakan masih
sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan itu
termasuk pegawai-pegawai polis di Melaka.
Menurut sumber, SPRM turut
menyiasat hubungan dua orang awam yang ditangkap dengan pengurusan tertinggi
Polis Diraja Malaysia.
Ini adalah kerana, jika
terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dengan aktiviti tersebut,
mereka akan ditukarkan dengan serta-merta.
SPRM juga dikatakan sedang
menyiasat seorang Ketua Polis Daerah di Negeri Melaka yang pernah ditukarkan
sebelum ini kerana keengganannya bersekongkol dengan aktiviti-aktiviti tersebut
ini.
Azam berkata kemungkinan
beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Kes tersebut disiasat
mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram 2001.
No comments:
Post a Comment