Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah
menahan dua lagi suspek termasuk seorang bergelar ''Datuk'' bagi membantu
siasatan kes rasuah lebih RM20 juta membabitkan permit kerja ekspatriat dan
profesional warga asing.
Sumber memaklumkan, kontraktor bergelar Datuk berusia 53
tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira
pukul 11 malam manakala seorang lagi berusia 37 tahun di sebuah rumah di
Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam, Selasa.
Kedua-dua suspek adalah kontraktor pembinaan serta
pemilik pusat cuci kereta di Pulau Pinang dan Kedah yang dipercayai berperanan sebagai
penjaga aset kepada suspek utama yang juga seorang pegawai kanan Imigresen
Padang Besar berusia 37 tahun yang ditahan Isnin lalu.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan
penahanan kedua-dua suspek.
Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula
semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPRM memperoleh kebenaran tahanan reman ke atas kedua-dua
suspek tersebut selama seminggu bermula semalam. Perintah tahanan reman itu
dikeluarkan oleh Majistret Naziah Mohd. Alias di Mahkamah Majistret di Putrajaya
semalam.
.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009.
.
Mohd. Fauzi menjlaskan, siasatan lanjut mendapati dalang utama kes itu
menggunakan proksi atau penjaga aset dalam kalangan rakannya untuk menyimpan
sejumlah wang rasuah yang diperoleh secara tunai bagi mengelak kegiatannya
dihidu pihak berkuasa.
“SPRM menjalankan risikan ke atas suspek sejak setahun lalu sebelum
membuat tangkapan terhadap semua suspek. Sejumlah wang tunai bernilai jutaan
ringgit ditemukan di rumah salah seorang suspek yang ditahan dipercayai milik
suspek utama,” katanya.
Tambah Mohd. Fauzi, kes ini bermula dengan maklumat perisikan yang
diperolehi SPRM dan tiada kaitan dengan maklumat daripada Jabatan Imigresen.
“Kita juga ada menerima maklumat lain berhubung kehidupan mewah pegawai-pegawai
penguat kuasa sempadan termasuk imigresen dan memohon agar ketua-ketua jabatan
memainkan peranan dalam memantau pegawai-pegawai mereka agar tidak terus
terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya.
Berikutan penahanan terbaharu itu, suspek yang ditangkap setakat ini
berjumlah lima orang.
Isnin lalu, tiga lelaki termasuk dua pegawai kanan
Imigresen Padang Besar ditahan ya SPRM Kedah bagi kesalahan rasuah membabitkan lebih
RM20 juta.
Ketiga-tiga suspek itu ditahan di dua lokasi di sekitar Alor Setar dan di
Perlis pada kira-kira 10 hingga 11 pagi Isnin hasil risikan pihaknya.
Mereka yang ditahan adalah seorang pegawai kanan Imigresen Padang Besar
yang berusia 37 tahun, seorang pegawai penguat kuasa Imigresen Padang Besar
berusia 34 tahun dan seorang kontraktor berusia 48 tahun.
"Kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kerana menerima rasuah daripada
kontraktor berkenaan bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir
dan profesional. Setakat ini, sebanyak 339 permohonan yang melibatkan 18,626
pas telah diluluskan.
"Setiap individu membayar kira-kira RM1,500 seorang untuk mendapat
kelulusan pas berkenaan," katanya.
SPRM Kedah turut merampas barangan dan wang bernilai RM1.9 juta yang
merangkumi lima kenderaan mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam
tangan dan beg tangan wanita berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.
No comments:
Post a Comment