Friday, April 21, 2017

SPRM Bimbang Ramai Belia, IPTA Terbabit Rasuah

Shamsun Baharin Mohd Jamil (kiri) dan Yaacop Angah (dua dari kiri) menyaksikan Zul Azhar Zahid Jamal menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Unimap di Kampus Pauh Putra, Arau, Perlis kelmarin.
Sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kebimbangannya terhadap kejadian rasuah di kalangan belia di Malaysia.

Selain itu SPRM turut bimbang  kerana  statistik SPRM juga mendapati 70 kertas siasatan yang dibuka berhubung rasuah adalah melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari 2014 hingga Mac 2017.

Daripada jumlah itu sebanyak 50 kertas siasatan telah dibuka pada tahun 2016 di mana sebanyak 23 tangkapan telah dilakukan dari 2014 hingga Mac 2017 dengan tahun 2016 sahaja melibatkan 18 tangkapan.

SPRM mengenal pasti puncanya dan berusaha mengatasi fenomena  ini walaupun ketika ini kesan benar belum menampakkan hasilnya,

SPRM sewajarnya bimbang kejadian rasuah di kaalangan golongan muda kerana  54 peratus daripada 1,267 orang yang ditahan kerana dipercayai terbabit jenayah rasuah dari tahun 2014 hingga 2016 merupakan golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.

Pada 22 Julai 2016, media melaaporkan sebanyak 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah di negara ini dalam tempoh tiga tahun sejak 2013 terdiri daripada golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.

Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata jumlah berkenaan menunjukkan penglibatan rasuah dalam kalangan belia agak tinggi dan ia perlu ditangani dengan efektif agar tidak menjadi 'barah' dalam masyarakat.

"Kita memandang serius tentang penglibatan belia dalam isu rasuah kerana mereka merupakan tonggak negara yang akan meneraju pembangunan dan masa hadapan negara.

"Justeru kita telah merangka pelbagai program di peringkat negeri dan ibu pejabat dengan sekolah, institusi pengajuan tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan bagi memberi pendedahan kepada belia berhubung isu rasuah," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Melaka.

Shamshun Baharin berkata kajian persepsi rasuah dalam kalangan pelajar di negara ini yang menyatakan kesanggupan mereka menerima rasuah apabila bekerja mencatatkan penurunan daripada 30.5 peratus pada 2002 berbanding 10.7 peratus tahun 2015.

Penurunan berkenaan ekoran langkah efektif SPRM melaksanakan pelbagai program di semua peringkat masyarakat di negara ini termasuk menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini sejak 2007 dan peringkat sekolah melalui program 'Wira Antirasuah'.

Sehingga 2016, SPRM menubuhkan sebanyak 103 Sekretariat Pencegahan Rasuah di negara ini termasuk di institusi pengajian swasta dan kita lihat kesedaran golongan masyarakat terutama golongan belia di negara ini, semakin meningkat.

Pendidikan pencegahan rasuah juga turut melibatkan sektor awam menerusi unit integriti yang diwujudkan bagi memberi penerangan dan pendidikan berhubung isu dan cara menangani rasuah.

Antara aspek yang ditekankan isu pencegahan rasuah dalam kalangan belia termasuk sistem keadilan jenayah supaya mereka memahami fungsi dan tugas SPRM serta membantu SPRM dalam usaha mencegah segala bentuk ativiti jenayah.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, statistik terbaru mengenai rasuah di kalangan beliau menuntut fenomena tersebut perlu diberikan perhatian serius kera­na belia adalah tonggak negara.

“SPRM mengesan kes rasuah yang melibatkan belia meningkat dalam tempoh tiga tahun ini kerana sikap anak muda yang gemar dengan gaya hidup mewah termasuk mahu memiliki kereta berjenama sehingga berharga ratusan ribu ringgit sedangkan di luar kemampuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Kecemerlangan, Kampus Tetap Unimap di Pauh Putra dekat Arau, Perlis.
Yang turut hadir, Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah.

Unimap merupakan universiti awam kedua selepas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) serta jabatan keempat di Perlis melakukan IBR.

No comments: