Saturday, February 22, 2014

Nor Mohamed Yackop Nafi Tahu Tentang 'Dana Politik'

Hasbie Satar minta dibicarakan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak tahu menahu tentang 'dana politik' kerana "saya bukan ahli politik".

Nor Mohamed, yang juga bekas ahli parlimen Tasik Gelugor itu memberikan keterangan sebagai saksi pendakwa dalam kes penggubahan wang haram melibatkan bekas setiausaha politik beliau, Hasbie Satar, hsemalam.

Hasbie, 41, yang didakwa menggubah wang berjumlah RM2,134,656, ditangkap pada 11 Februari 2010 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah apartmen dan menjumpai wang itu.

Bekas menteri kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yackop (kanan) hadir di mahkamah di Butterworth hari ini sebagai saksi dalam perbicaraan melibatkan bekas setiausaha politiknya Hasbi Sattar.
Pegawai yang berasal dari Sarawak itu didakwa memperolehi wang itu dari sumber tidak baik di apartmen di Teluk Air Tawar, Butterworth.

Dia minta dibicarakan pada Februari 2011 lalu.

Nor Mohamed, yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, ditanya oleh timbalan pendakwaraya Anselm Charles Fernandis sekiranya beliau tahu tentang dana politik yang disimpan di apartmen, di mana kesalahan itu didakwa berlaku.

Ahli ekonomi yang pernah menjadi Menteri Kewangan Kedua dari 2004 hingga 2009, berkata dia tidak tahu menahu mengenainya. Hasbie, bekas setiausaha politik kepada Nor Mohamed, di mahkamah di Butterworth, semalam.

Nor Mohamed mengaku dia pernah ke apartmen itu yang dijadikan tempat mesyuarat ahli-ahli politik di kawasan itu.

"Hasbie kadang-kadang tinggal di apartmen itu. Dia biasanya memberitahu saya jika dia ke Pulau Pinang. "Saya tidak pernah memberikan beliau kebenaran untuk menyimpan wang di situ," katanya.

Nor Mohamed berkata, apartmen itu bukan pusat khidmat beliau kerana pejabatnya terletak di Sungai Dua ketika beliau menjadi ahli parlimen semasa kesalahan itu didakwa dilakukan.

Dia juga berkata, Hasbie tidak pernah memberitahunya tentang sebarang dana politik, dan oleh itu tidak tahu apa-apa tentang dana sebegitu kerana dia secara peribadi tidak biasa dengan prosedur bagaimana menguruskan wang untuk kepentingan politik.

"Saya tidak berapa tahu. Saya bukan ahli politik. "Pada pendapat saya, jika ada apa-apa sumbangan (wang), ia seharusnya dimasukkan ke dalam akaun yang betul," katanya.

Nor Mohamed merupakan ahli parlimen satu penggal. Beliau dipilih sebagai senator pada tahun 2004 apabila dilantik menjadi menteri kewangan kedua.


Semasa soal balas oleh peguambela Badrul Munir Bukhari kemudiannya, Nor Mohamed berkata beliau tidak tahu bagaimana wang sebegitu diperolehi dan bagaimana ia digunakan.

Katanya, beliau tidak ingat samada sumber wang itu adalah dari duit lebihan yang diperuntukkan oleh Umno untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir yang diadakan sebelum itu.

Sebelum itu, dia memberitahu mahkamah yang dipimpin oleh hakim Ikmal Hisham Mohd Tajuddin, dia mula mengenali Hasbie pada Mei 2000.

Hasbie kemudiannya dilantik sebagai pegawai khas beliau apabila dia menjadi penasihat khas ekonomi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu.

Mahkamah akan bersambung perbicaraan pada 10 Mac ini, dengan 15 lagi saksi pendakwaraya dipanggil. Hasbie berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM5 juta atau lima tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 4 (1) Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Wang untuk Keganasan 2001.

Dia juga menghadapi 28 pendakwaan penggubahan wang haram di Shah Alam. Dia didakwa pada tahun 2012 selepas menggubah RM935,000 yang dimasukkan ke dalam pelbagai akaun termasuk keluarganya.

The Malaysian Insider

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.