Thursday, July 29, 2010

ADUN DAP CUBA MASUK DUN MELAKA WALAUPUN DIGANTUNG

Lihatlah kesombongan DAP.

Mereka tidak menghiraukan peraturan apa pun.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tetap muncul pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, di Melaka, walaupun beliau digantung selama sehari.

Beliau yang tiba empat ahli pembangkang lain termasuk ketuanya, Goh Leong San, untuk masuk ke dewan persidangan terpaksa dihalang anggota polis yang berkawal dipintu utama.
Keadaan itu menyebabkan berlaku sedikit kekecohan susulan pertikaman lidah antara semua ADUN terbabit dengan anggota polis hingga menyebabkan Setiausaha DUN, Mariam Ilyas, terpaksa campur tangan untuk menyelesaikannya.

Berikutan itu, persidangan yang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi terpaksa ditangguhkan sehingga beberapa minit bagi membolehkan masalah itu diselesaikan.

Sejurus persidangan bermula, Datuk Yaakub Md Amin (BN-Sungai Udang), bangun mengemukakan usul tergempar supaya Khoo digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan dan disokong 23 daripada 28 ahli dewan.

Keputusan berkenaan menyebabkan Goh (DAP-Kesidang) bangun membantah usul berkenaan.

Namun Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad memaklumkan keputusan itu sudah dikemukakan dan disokong oleh majoriti ahli dewan.

Goh bersama tiga wakil DAP lain iaitu, Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) bertindak keluar dewan.

Friday, July 23, 2010

ANWAR IBRAHIM: DARIPADA PRESIDEN ABIM, KINI SUJUD DI KAKI YAHUDI

Daripada www.anwaraidc.com

Nampaknya Anwar Ibrahim hanyalah kuda tunggangan bos-bos Freemasonnya walaupun dia mungkin merasakan dirinya seorang yang sangat penting di sisi mereka. Bagaimanapun, kita mungkin tertanya-tanya sama ada dia tergoda oleh hanya wang dana para penajanya itu hingga sanggup 'kowtow' dan melutut kepada mereka ataupun kerana ada faktor-faktor lain.

Untuk lebih memahami mengapa Anwar bagai longlai dari segi spiritual dan fizikal di tangan tok-tok dalang anti-Islam ini, kita juga kena selongkar unsur-unsur lain pergerakan Zionis global termasuk Skull & Bones, Bahomeian Grove, Bilderberg Group dan Club of Rome.

'Kuasa' politik dan ekonomi Zionis ke atas AS dan juga dunia mungkin dapat kita ukur dengan melihat sendiri betapa lambang 'mata Dajjal (hanya satu mata)' yang bertenggek di atas piramid sejak awal hingga kini tidak pernah diubah pada mata wang dolar AS dan bagaimana kuasa-kuasa tawaran dan permintaan dalam ekonomi dunia banyak ditentukan oleh AS dan negara-negara satelitnya.

Kemudian, kita juga kena dalami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata bekas Presiden AS Richard Nixon, yang antara lain berbunyi "Hampir semua bekas Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat adalah anggota kumpulan sulit Skull & Bones dan Bahomeian Grove" [(sedutan daripada novel oleh Zainur Ridwan berjudul 'Novus Ordo Seclorum' atau Tatacara Dunia Baru (hal. 235)].

Ketiga, kajian yang dibuat oleh Profesor Dr Ahmad Zidan di dalam bukunya yang berjudul 'World Arrogance' (Keangkuhan Dunia) ada menyebut tentang buku Taurat 'Old Testament' (Perjanjian Lama), Genesis Bab 38, yang melakarkan sejarah Judah, iaitu bapa kepada bangsa Yahudi, yang mana istilah 'Judea' (Yahudi) diambil sempena namanya.

Judah dipercayai melakukan perbuatan sumbang qadim/mahram dengan menantunya, Tamar' hingga melahirkan dua orang anak haram yang diberi nama Pharez dan Zarah (nama itu diubah
menjadi Pares dan Zara dlm buku 'Perjanjian Baru').

Dalam buku 'Book of God' kedua-duanya disifatkan sebagai datuk dan nenek 'Jesus'.

Sekali baca agak kabur, tetapi apakah kaitan tiga faktor ini pula dgn Anwar?

Di mata Anwar ia memaparkan Yahudi-Zionis/CIA sebagai kuasa terkuat di dunia sejak dari zaman penubuhan negara Israel menyusuli Perisytiharan Balfour (1917) hingga sekarang, yang mungkin dapat melindunginya terus daripada pelbagai masalah dan ancaman selain memudahkannya mencapai cita-cita politiknya.

Kedua, ada semacam kesesuaian antara pendiriannya dalam soal seks songsang dengan pengasas Yahudi-Zionisnya, jadi tidak akan timbul sebarang percanggahan dengan dirinya dalam soal ini.

Tidak juga menghairankan jika laporan-laporan yang dimuatkan oleh para penyelidik AIDC turu
t membuktikan bahawa rakan-rakan dan tokoh-tokoh hebat yang menaja Anwar tidak kekang daripada isu-isu panas yang hampir serupa termasuk Ismail Al-Faruqi, Gus Dur, Al-Gore dan George Soros.

Maksudnya, mereka 'senasib' dan pasti saling menyokong dan melindungi antara satu dengan lain.

Anwar mungkin boleh menafikan adanya sebarang kaitan antara dirinya dgn Yahudi-Zionis/CIA, namun semakin banyak pendedahan terbaharu dibuat sama ada dari sumber dalam atau luar negeri semakin lemah pula penafiannya.

Jika Anwar lebih 'bersimpati' dengan golongan-golongan yang diagung-agungkannya itu, adakah dia akan lebih bersimpati terhadap agama, bangsa dan negaranya?

Apa pun, penglibatan Anwar dgn musuh-musuh Islam ini, tidak boleh dipandang ringan kerana s
ebarang bentuk kelalaian dan kealpaan di pihak kita bukan sahaja boleh merugikan malah membahayakan agama, bangsa dan negara.

Hakikatnya, seseorang pemimpin Islam yang benar-benar berciri pemimpin ialah orang yang berpegang pada prinsip-perinsip perjuangan warisan Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang kegoyahan takwa dan iman, iaitu tidak ada sebarang tolak ansur dalam soal yang diharamkan dan dihalalkan oleh Yang Khalik, yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah dari awal hingga akhir. Jika tidak, dia tidak layak langsung menggunakan label 'ulama warisatul anbiya'.

Untuk ini bolehkah Anwar melabelkan dirinya atau dilabelkan oleh para pengikut taksubnya sebagai seorang pemimpin agama dan ummah?

Sebenarnya bukan senang untuk mengenal pasti dan memahami 'isi' hati dan naluri Anwar walaupun pada kulitnya Anwar cuba memaparkan dirinya sebagai seorang pemimpin agama dan umat Islam, mentelah lagi dia telah diberikan gelaran istimewa oleh penaja-penaja Zionis-Jesuit-CIAnya sebagai 'Tokoh Islam Moderat' 2005.

Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI. Memahami pemikiran kontroversi Muslim Moderat, Radwan Masmoudi (Presiden CSID). Pemikiran Radwan adalah cerminan kepada pemikiran Anwar, sebab itu Radwan memilih Anwar sebagai "Tokoh Muslim Moderat 2005"

Mereka seolah-olah melantiknya sebagai antara calon pilihan untuk pelbagai misi 'pemurnian' Islam sesuai dengan selera dan agenda untuk melemahkan Islam dan penganutnya.

Apakah pemilihan Anwar ini bererti dia memang sebenarnya layak menyanggah fatwa dan pendirian para ulama muktabar dalam isu-isu yang menyentuh pelbagai isu penting dan sensitif termasuk isu 'mengliberalkan agama', 'mempluralkan agama" dan 'menyamatarakan agama'?

Buku berjudul 'Islamphobia and anti-Americanism: Causes and remedies' suntingan Mohamed Nimer (2007) turut memuatkan satu rencana sumbangan Anwar.

Rencana bertajuk 'America and the Muslim World must change their love-hate relationship' itu menarik, kerana ia memaparkan pendirian dan prinsip kepercayaan Anwar yang benar-benar pro-musuh-musuh Islam.

Antara pengakuan Anwar dalam tulisannya itu, pertama berbunyi ".... Democracy liberates humanity and gives people freedom, equality, and the solutions of civil society" (maksudnya..... Demokrasi membebaskan kemanusiaan dan memberikan manusia kebebasan, kesamaan, dan huraian-huraian kepada masyarakat sivil).

Apakah Islam tidak memberikan kebebasan, keadilan dan huraian kepada pelbagai penyakit sosial?

Atas nama pertubuhan Islam Anwar bersekongkol dengan Zionis merancang untuk merosakkan Islam. Seorang aktivis Zionis, Carl Gershman, no 2 dari kanan (Presiden NED) sedang mendengar penerangan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sedang membentangkan ideanya dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006, bertajuk "Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies". Dalam ucapannya, Anwar mengkritik reaksi umat Islam yang emosional dan keterlaluan dalam memprotes isu Kartun Menghina Nabi Muhamad SAW.

Apakah bagi Anwar demokrasi ala-Barat lebih baik daripada Islam? Tidak sedarkah Anwar bahawa penyakit sosial yang semakin merebak di Amerika dan Dunia Barat ketika ini beransur-ansur meruntuhkan peradaban Barat sendiri?

Kedua, frasa yang berbunyi "..... But I believe, God willing, that if we talk through this storm together, there will be a tomorrow to wake up for: a tomorrow in which our minds will be free of shackels of historical influence and cultural conditions; in which Islam and democracy can converge; in which terorism and extremism will have no place; and in which we will embrace freedom, human rights, and civil society." (maksudnya .... Tetapi saya percaya, dengan izin Tuhan, bahawa jika kita bersama-sama mengharungi cabaran ini, akan muncul hari esok untuk bangkit semula: hari esok di mana minda kita akan bebas daripada cengkaman pengaruh sejarah dan tuntutan budaya; di mana Islam dan demokrasi dapat bergabung; di mana pengganasan dan ekstremisme tidak lagi bertempat; dan di mana kita dapat menikmati kebebasan, hak asasi dan kehidupan masyarakat sivil".

Hakikatnya, inilah intipati pengajaran Islam Liberal yang dipropagandakan oleh golongan anti-Islam kesayangan Anwar. Anwar sempat juga menyamakan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. = pengganasan = ekstremisme iaitu Islam yg kononnya menyusahkan banyak pihak dan sudah pasti tidak sesuai serta tidak direstui oleh Zionis-Jesuit-CIA.

Rumusannya, apakah bezanya Anwar dgn Zionis-Jesuit-CIA? Jika demikian, layakkah dia diterima terus untuk menjadi pemimpin agama, bangsa dan negara Malaysia?
Tepuk dada, tanya selera.

Wallahhualambissawab


Monday, July 19, 2010

TRANSAKSI MINYAK HANYA DI BANK 'ADIK NAJIB'?

Dakwaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Adakah kerana CEOnya (ketua pengarah eksekutif) adalah adik perdana menteri, maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB?" soalnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut Harkahdaily, difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Menurut Salahuddin Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.

Menurut Salahuddin, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.

Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.


Malaysiakini

DAPAT KEMBAR 4 SELEPAS 7 TAHUN MENUNGGU

Mohd Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu. - Foto Berita Harian

Mohd Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.
Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.

Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata mereka terharu dan bersyukur dengan anugerah Allah itu kerana sudah lama berusaha untuk mendapat cahaya mata, lebih manis lagi dikurniakan empat bayi sekali gus.

Katanya, mereka terkejut dikurniakan kembar empat kerana doktor yang melakukan pemeriksaan peringkat awal kehamilan Norhayu memaklumkan kembar tiga.

Beliau berkata, mereka membuat persiapan untuk menyambut kembar tiga.

“Semua bayi tidak cukup bulan dan ditahan sementara di HPP dengan dua daripada mereka dibenar pulang pada 28 Jun lalu, manakala dua lagi pada 1 Julai lalu.

“Kami bersyukur kerana semua bayi sihat dan kini tidak menang tangan melayan kerenah mereka, terutama ketika menangis. Namun, ia amat menyeronokkan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga,” katanya di sini, semalam.

Mohd Rizal, juruteknik kilang plastik di Pulau Pinang berkata, kembar empat itu seiras dan diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (satu kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu yang juga suri rumah berkata, mereka puas berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuk menggunakan rawatan moden dan tradisional, selain banyak berdoa.

“Peringkat awal hamil saya amat risaukan keadaan kandungan kerana mengalami alahan serius, termasuk kerap muntah,” katanya.

Monday, July 12, 2010

KERAJAAN SELANGOR ABAI KEBAJIKAN BELIA

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap kerajaan Selangor yang dikatakan tidak memberi sokongan kepada persatuan dan pertubuhan belia di negeri itu melaksanakan aktiviti mereka.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan daripada persatuan belia bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kemudahan seperti bangunan dan dewan dan turut dikenakan sewa yang lebih tinggi berbanding ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.


"Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh diskriminasi kerana bukan mereka yang bina kemudahan itu...sekarang dia rasa dia ada kuasa dan tidak memberi kemudahan kepada persatuan belia dengan mengenakan caj lebih mahal.

"Kerajaan Persekutuan dah buat stadium baru, padang baru tetapi kita tidak nampak mereka buat perkara yang sama," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Selangor dan melancarkan Kempen 1Belia 1Malaysia di Kuala Selangor, malam semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian akan mengumpul maklumat untuk mencari aternatif lain bagi membolehkan persatuan belia di negeri itu menjalankan program mereka tanpa kekangan daripada kerajaan Selangor.

Noh ketika mengenai perkara itu berkata, pertubuhan belia seperti Majlis Belia Selangor (MBS) ditubuhkan ketika BN memerintah dan pada masa itu MBS diberi peruntukan RM1 juta untuk melaksanakan aktiviti belia serta diberi kebenaran menggunakan kemudahan secara percuma.
"Sekarang ini, saya difahamkan MBS terpaksa bayar sewa di bangunan kompleks belia sebanyak RM4,000 sebulan dan setakat ini kerajaan negeri tidak beri apa-apa peruntukan pun kepada MBS," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan perhimpunan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian merancang mengadakan sambutan hari belia tahun depan lebih awal bagi membolehkan setiap negeri mengadakan sambutan hari belia masing-masing sebelum kemuncak sambutan peringkat kebangsaan diadakan.

"Perancangan ini bagi membolehkan kita mengumpul seramai satu juta belia untuk meraikan sambutan hari belia peringkat kebangsaan di Putrajaya tahun depan.

"Kita nak golongan belia faham bahawa ada satu tempat yang begitu tepat untuk mereka berkumpul dan melakukan aktiviti," katanya.

KERAJAAN SELANGOR GAGAL TURUNKAN KADAR CUKAI PINTU

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional membidas tindakan kerajaan Selangor yang belum mengotakan janji untuk mengurangkan kadar cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.

ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus, berkata walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir Selangor, kerajaan pakatan pembangkang masih tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai itu.


"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat membuat janji ini dan itu dalam manifesto pilihan raya, tetapi tidak beritahu bila ia akan dilaksanakan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Di Shah Alam.

Terdahulu, pada persidangan DUN itu, Ronnie Liu Tian Kiew (DAP-Pandamaran), berkata kerajaan negeri masih mengkaji sama ada akan menurunkan kadar cukai pintu kerana kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) belum kukuh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang menurunkan kadar cukai pintu seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Ronnie berkata, berdasarkan Penyata Kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, analisis terhadap baki tunai berbanding purata perbelanjaan bulanan PBT Selangor mendapati hanya lima PBT yang mampu beroperasi jika cukai pintu tidak dikutip iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada cukai dikutip dalam tempoh setahun," kata ahli EXCO itu yang bertanggungjawab terhadap PBT di Selangor.
Beliau berkata, kerajaan negeri kini sedang mengambil langkah memastikan kutipan cukai pintu semasa mencapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukai dikutip sehingga 70 peratus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai seperti yang dijanjikan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri.

Thursday, July 8, 2010

DUALISME ANWAR IBRAHIM

Oleh Emang, AIDCclub (8 Julai 2010)

Falsafah Dualisme adalah orang yang menggunakan dua saluran yang sama dalam satu tujuan. Ini dapat disimpulkan kepada orang yang menggunakan kedua-dua saluran untuk kepentingan nafsu sendiri. Penulis tidak bermaksud menafsirkan falsafah dualisme dalam kontek falsafah kuno, metafizik dan sains, mahupun pendidikan tetapi lebih kepada membawa pengertian yang luas dalam konteks perilaku manusia.

Dualisme yang dimaksudkan penulis di sini adalah :

1.Bisexual (Termasuk homoseksual)
2.Munafik
3.Talam dua muka
4.Agent dan spy

Sehubungan dengan itu, tindakan dan pemikiran Anwar Ibrahim selari dengan falsafah Dualisme. Ini dapat dilihat dari aspek :
1. Seksiology
2. Keagamaan
3. Budaya
4. Politik Kenegaraan

Dari sudut sexiology, Dualisme merujuk kepada "Biseksual". Biseksual adalah tabiat segolongan manusia yang menjadikan lelaki dan perempuan sebagai pemuas nafsu. Begitu jugalah Anwar yang mempunyai isteri namun masih bermain dengan isteri orang dan juga dengan lelaki-lelaki muda. Bukankah ini dipanggil Biseksual?? Ini dapat dibuktikan dengan cara Anwar menggunakan ayat-ayat cintanya, melihat bagaimana dia mengayat adik angkatnya sendiri. Anwar mengacau isteri orang dan beliau meliwat Saifu. Hehehe....

Dari sudut keagamaan pula, Dualisme dapat diertikan sebagai "Munafik". Dari satu sudut, orang munafik ini akan menyebelahi orang Islam dan dari sudut yang lain pula akan menyebelahi orang bukan Islam. Orang ini selalu bermuka-muka dengan siapa sahaja. Ini dapat dilihat daripada tindakan dan cara Anwar berpolitik. Dia akan bercakap dan berkawan dengan pimpinan parti PAS kononnya dia juga berjuang untuk memartabatkan Islam, tetapi bila berjumpa dengan pemimpin parti DAP, dia akan katakan bahawa beliau tidak berniat untuk memartabatkan Islam dalam negara. "Negara Islam" bukanlah satu agenda utamanya. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Ezam yang merupakan bekas orang paling rapat dengan Anwar. Manusia apa ini?? Bukankah ini Munafik??.

Dari sudut budaya melayu, dualisme dikatakan sebagai "talam dua muka". Sepertimana fizikalnya bentuk talam yang mempunyai dua muka, demikian jugalah Anwar. Anwar bercakap pada rakyat mahu membantu rakyat, tetapi bila berhadapan dengan tokoh korporat asing, beliau menggadaikan rakyat. Pembela rakyat apa ni???

Dari sumber yang dipercayai bahawa Anwar menggadaikan Petronas dan TNB kepada barat jikalau beliau berjaya menjadi Perdana Menteri semasa krisis kewangan 1998 yang melanda Asia Tenggara. Beliau berani melakukan sedemikian semata-mata mahu disupport oleh barat untuk menjatuhkan Dr.Mahathir suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jikalau kita melihat dia beriya-iya mahu menurunkan harga minyak agar syarikat Islam Petronas ini ini terus lumpuh dan tidak mampu bersaing dalam arena globalisasi. Anwar merupakan Talam Dua Muka yang pernah dikatakan oleh bekas pemimpin PKR.

Dari sudut kenegaraan pula, dualisme dikatakan "agent @ spy". Di dalam negara, dia sebagai pemimpin pembangkang berkolaborasi dengan dua parti yang mempunyai ideology berbeza. Beliau akan bertukar warna dengan paparan imej Islamnya jikalau berkawan dengan PAS, sebaliknya akan bertukar warna dengan imej liberal dan hak asasi manusianya dengan berkawan dengan DAP. I

mej Islamnya sukar terhakis kerana beliau telah memotretkan dirinya sebagai pejuang Islam kerana pernah memegang ABIM gerakan Islam dulu. Tetapi imej keislaman itu hilang apabila dia bersekongkol dengan barat dalam menjahanamkan dunia Islam. Ini kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam IMF satu bank dunia yang menjahanamkan negara Islam dalam ekonomi kapitalismenya. Anwar juga mempunyai kaitan dengan ICG, IIIT, CSID yang merupakan institusi penting Amerika untuk menguasai dunia Islam. Bukankah kaitan semua ini merupakan bukti yang kuat untuk kita katakan bahawa Anwar Ibrahim itu sebagai spy atau agent Amerika???.Inilah yang dinamakan sesumpah politik.

Secara kesimpulan dan konotasinya, Falsafah Anwar berdasarkan falsafah Dualisme. Bukan Idealisme yang selalu dia perkatakan tetapi Dualisme yang meliputi Biseksual, Munafiq, Talam Dua Muka & Agent yang sebenarnya dia perjuangkan...Untuk melihat anwar mempunyai pelbagai wajah pula. Ini yang menyebabkan Zulkifli Nordin menyuruh untuk Anwar bertaubat. Malah bukan setakat orang islam yang suruh Anwar bertaubat tetapi orang kafir pun suruh, Karpal Singh juga menyuruh Anwar supaya bertaubat.

Faham-Faham Laaaaaa.....

Monday, July 5, 2010

NIK AZIZ AKUI WUJUD PERPECAHAN PAS

Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam Muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang yang sudah lama di dalam PAS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung di Kota Bharu kelmarin.

Pada Muktamar PAS Jun lepas tiada pemilihan diadakan di peringkat kepimpinan kerana ia diadakan sekali dalam dua tahun dan pemilihan kepimpinan akan diadakan pada persidangan Muktamar PAS tahun depan.

Persidangan PAS lepas, lebih memfokuskan untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan membenarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, iaitu anggotanya terdiri daripada golongan bukan Islam yang menyokong parti itu, menggunakan logo PAS untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada Muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menentang keras kerjasama kerajaan perpaduan itu dengan menuduh Umno cuba memecah-belahkan parti sedangkan cadangan asalnya dicanangkan oleh Abdul Hadi pada persidangan Muktamar PAS.

Akibatnya Nik Abdul Aziz menerusi blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah supaya dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Sunday, July 4, 2010

AWANG SELAMAT & NAPOLEON

Mingguan Malaysia (4 Julai 2010)

Tulisan Awang bertajuk KSU paling berkuasa... dalam ruangan ini minggu lalu mengundang perhatian banyak pihak. Ramai yang ingin tahu siapakah KSU yang dimaksudkan. Ada yang meminta agar didedahkan nama KSU itu dalam tulisan kali ini.

Seperti yang dinyatakan minggu lalu, Awang tidak berhasrat menamakan KSU berkenaan. Itu bukanlah tujuan sebenar. Awang tidak mahu mengaibkan sesiapa. Ia sekadar mahu membuka mata semua pihak tentang adanya seorang KSU yang kelihatan begitu berkuasa dan membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Kepada kebanyakan KSU, usahlah gundah kerana mereka diakui menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, cekap dan profesional.

Pada Awang, yang dilihat menjadi maharaja atau Napoleon kecil cuma seorang.

Pejabat Awang turut menerima panggilan daripada seorang pegawai yang mewakili pihak atasan (bukan menteri atau pemimpin politik). Pegawai itu yang mendapat arahan daripada bosnya mahu tahu siapakah KSU yang dimaksudkan.
Pegawai yang sama membayangkan bahawa bosnya tidak senang dengan tulisan itu. Katanya lagi, kesemua KSU kecewa. Sama ada ia benar atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Di Malaysia, ternyata kita mudah melatah apabila ada aduan dan maklum balas sedemikian. Malah kita lebih cenderung mengambil sikap tidak berpuas hati.

Lain keadaannya dengan budaya perkhidmatan awam di beberapa negara maju. Di Jepun misalnya, para pemimpin perkhidmatan dan jabatan awam akan merasa tidak gembira jika mereka kurang menerima kritikan dan aduan.

Mereka bukan sahaja sentiasa positif bahkan mahu menjadi lebih relevan dengan mengurus banyak kritikan demi kepentingan rakyat dan pengguna. Apakah pimpinan perkhidmatan awam hanya mengharapkan pujian semata-mata, yang Awang harap tidak begitu. Kalau pegawai peringkat sederhana, rendah dan kakitangan awam diasak untuk berubah dan mendokong integriti serta profesionalisme, bagaimana pula mereka?

Dalam pada itu, Awang berharap sesiapa yang berkenaan dapat memantau pegawai kanan seperti KSU yang bermasalah dengan pendekatan lebih pro aktif dan menerusi mekanisme tertentu. Janganlah hanya menunggu keluhan dan maklum balas menerusi media baru mahu bertindak.

Dalam kes KSU berkenaan, cakap-cakap negatif mengenainya sudah lama kedengaran tetapi seolah-olah tidak diberi perhatian. Siasat dan nilailah. Jika tidak benar, Awang yang sekadar membawa keluhan banyak pihak, sedia memohon maaf. Tetapi jika benar, buatlah apa yang wajar. Awang sudah tolong lontarkan isu tersebut, carilah sendiri jawapannya dengan hati yang lapang dan dada terbuka.

Baca tulisan asal Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia 27 Jun 2010:

KSU paling berkuasa...

SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Itulah maklum balas yang Awang terima sejak tahun lepas lagi. Cakap-cakap dan desas-desus mengenai beliau makin banyak, sebahagiannya agak panas. Malah ada yang mendakwa KSU berkenaan dikatakan bijak memanipulasi keadaan agar segala keputusan sentiasa memihak kepada percaturan beliau.

Tetapi adalah tidak adil untuk menjatuhkan rumusan apatah lagi hukuman tanpa memberi beliau peluang membuat penjelasan dan membela diri. Mungkin ia lebih kepada persepsi dan salah tanggapan. Namun dalam kita mendokong integriti, segala maklum balas berkaitan beliau tidak harus diambil ringan.

Apakah motif Awang bangkitkan hal ini? Awang hanya menyalurkan suara keluh kesah dan aduan banyak pihak selain mahu melihat sistem penyampaian yang berkesan seperti yang sentiasa ditekankan oleh Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Mana-mana KSU tidak seharusnya menjadi maharaja atau Napoleon kecil, yang hanya akan menjejaskan lagi imej pentadbiran kerajaan. Mereka harus tahu batas kuasa dan benar-benar menerapkan akauntabiliti.
Siapakah KSU yang dimaksudkan? Awang tidak bercadang untuk mendedahkan namanya. Awang percaya dengan secebis kisah kecil ini, mungkin ada yang boleh bayangkan siapakah KSU berkenaan? Terserah kepada tafsiran masing-masing.