Datuk Seri direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. |
Tiga pegawai kanan kerajaan hari ini ditahan secara
berasingan di Melaka, Putrajaya dan Kota Baru, berikutan rampasan aset bernilai
berjuta-juta ringgit dalam satu serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) semalam.
Mereka direman sehingga 22 Ogos ini untuk membantu
siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM atas dakwaan
menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Siasatan ke atas ketiga-tiga suspek berusia lingkungan
50-an itu dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta
Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki (gambar kanan) semalam berkata, pihaknya membekukan akaun bank milik ketiga-tiga individu berkenaan yang melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang daripada mereka.
Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini memerintahkan
seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri
ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan
permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan reman
lelaki berusia 54 tahun itu selama tujuh hari sehingga 22 Ogos ini.
Lelaki itu yang dibawa ke pekarangan mahkamah pukul 9.30
pagi diiringi beberapa pegawai SPRM dan dibawa keluar kira-kira pukul 10.15
pagi.
Di Melaka, seorang pengarah sebuah jabatan bergelar Datuk
direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan
kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu
dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Majistret Melaka, Syarina Shaarani di bawah
Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan
seluar hitam tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh kira-kira pukul
9.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.
Pegawai kanan TNB Kelantan dibawa keluar selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. |
Sementara seorang
pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan ditahan reman tujuh hari di
Kota Bharu, bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri mengeluarkan
perintah reman tersebut terhadap suspek yang berusia 46 tahun itu bermula hari
ini sehingga 22 Ogos depan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju kemeja biru dan
seluar hitam tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta
SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Hari ini media melaporkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membeku akaun simpanan berjumlah
lebih RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripada mereka
berpangkat Datuk dan Datuk Seri selepas ditahan atas kesalahan menyalahgunakan
kuasa, rasuah serta pengubahan wang haram di tiga negeri.
Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu
ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan
Kelantan antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang semalam.
SPRM bertindak membeku akaun simpanan berjumlah lebih
RM13 juta milik tiga penjawat awam termasuk dua daripada mereka berpangkat
Datuk dan Datuk Seri selepas ditahan atas semalam bagi membantu siasatan.
Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk
unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya termasuk
Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram
Azam juga berkata wang bernilai lebih kurang RM400,000,
termasuk mata wang asing, serta beberapa utas jam tangan mewah dijumpai dalam
operasi berkenaan.
No comments:
Post a Comment