Apakah keputusan hasil penahanan reman Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin kerana tuduhan penyelewengan?
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas dakwaan menerima suapan melibatkan RM40 juta daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian itu.
Ia berhubung penyelewengan wang peruntukan disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan dana berkenaan dikatakan bertujuan untuk disalurkan kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam program latihan kemahiran
Ke manakah kes ini akan berakhir?
Yang pasti ia memberikan kesan kepada tujuan program latihan kemahiran dan sewajarnya kes seperti ini diberikan hukuman setimpal.
Bukan Setiausaha Politik itu sahaja ditahan, malah kes ini turut dikaitkan dengan penangkapan empat individu termasuk Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk, Perak, yang juga ketua pegawai eksekutif GLC tersebut.
Yang lain melibatkan seorang 'Datuk' yang berusia 58 tahun, seorang setiausaha korporat, 34, seorang pembantu pembantu kewangan, 32 dan seorang pengarah syarikat, 38.
Setiausaha Politik berkenaan dibebaskan semalam (5 Oktober 2017) daripada tahanan reman lapan hari oleh SPRM bagi membantu siasatan.
Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan lelaki
berusia 61 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM30,000.
Beliau merupakan individu kelima ditahan SPRM bagi
membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan berkenaan.
Perintah reman Runin sepatutnya berakhir pada 7 Oktober,
bagaimanapun siasatan terhadapnya telah selesai.
Beliau dilaporkan ditahan selepas hadir memberi keterangan
di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari 27 September lepas dan siasatan
terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 13 September lepas, SPRM menahan 4 individu kerana
disyaki menyeleweng dana kerajaan hampir RM40 juta sepatutnya disalurkan kepada
sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.
Mereka yang ditahan adalah seorang ketua eksekutif
bergelar Datuk berumur 58 tahun, setiausaha perbadanan berumur 34 tahun,
penolong pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang
bergelar doktor berumur 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi
khas SPRM.
Bagaimanapun, kesemua individu terbabit yang direman 6
hari bermula 14 September lalu dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Pada 27 September lalu, media melaporkan SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada
seorang menteri persekutuan selepas kenyataannya dirakamkan di ibu pejabat
suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.
Suspek berusia 61 tahun itu dengan gelaran
"Datuk" dipercayai adalah anggota SUPP. Beliau dikatakan telah
berkhidmat sebagai pembantu menteri sejak 1 Jun 2013.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad (kanan) mengesahkan
tahanan itu semasa beliau menghadiri satu program anti-rasuah di Bertam, Pulau
Pinang.
"Ada tahanan besar di Putrajaya hari ini,"
katanya pada sidang akhbar.
Dzulkifli berkata penahanan itu dilakukan pada jam 12.30
tengah hari di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM atas dakwaan menerima suapan
melibatkan RM40 juta daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah
kementerian itu.
Kes itu berkaitan dengan penangkapan empat individu
termasuk Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, Perak, yang adalah ketua pegawai
eksekutif GLC tersebut.
Menurut sumber SPRM, mereka yang ditangkap termasuk
seorang 'Datuk' yang berusia 58 tahun, seorang setiausaha korporat, 34, seorang
pembantu pembantu kewangan, 32 dan seorang pengarah syarikat, 38.
Dana berkenaan dikatakan bertujuan untuk disalurkan
kepada sebuah syarikat yang terlibat dalam program latihan kemahiran.
Sementara itu, Dzulkifli juga tidak menolak kemungkinan
lebih ramai akan ditahan berhubung kes tersebut.
Ditanya mengenai perkara itu, beliau menjawab,
"Tunggu dan lihat."
Katanya, setiausaha politik itu dibawa ke mahkamah
di Putrajaya pada 29 September untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.