Bekas pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) Selangor, Mohd Adnan Md Daud dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah
Alam kelmarin (19 Jun) atas pertuduhan menggunakan cek bernilai RM100,000 hasil aktiviti
haram bagi tujuan pembayaran deposit rumah, 2 tahun lepas.
Mohd Adnan, 54, yang kini pengarah Bahagian Pembangunan
Komuniti KEMAS Putrajaya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas
pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd
Zain.
Sehari sebelum itu (Ahad, 18 Jun), beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen
di Alor Setar atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM159,053.22
membabitkan dua pertuduhan.
Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan kepadanya
dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh melakukan kesalahan itu
ketika bertugas sebagai Pegawai Pembangunan KEMAS Selangor, didakwa menerima
suapan RM73,000 daripada Sah Hizam Halim bagi melantik syarikat milik Sah Hizam
iaitu Perniagaan Naluri Pertama menjalankan kerja membekal susu tepung kepada
Tabika dan Taska PERMATA.
Tertuduh juga melantik syarikat Alpha Elite Resource yang
juga milik Sah Hizam untuk menjalankan kerja membekal serbuk malt coklat kepada
Tabika dan Taska PERMATA.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan
Alor Setar pada 14 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Adnan didakwa menerima rasuah
berjumlah RM86,053.22 daripada Sah Hizam bagi melantik lima syarikatnya, iaitu
Perniagaan Naluri Utama, One Blue Diamond Enterprise, Golden North Enterprise,
Malbery Enterprise dan LD Dinamik Enterprise bagi kontrak pembekalan pelbagai
barangan untuk Tabika.
Iaitu syarikat Perniagaan Naluri Utama mendapat kontrak
membekalkan biskut jenama Jacob dan susu tepung ke Tabika.
Syarikat LD Dinamik pula mendapat kontrak membekalkan
Koko Krunch dan makanan tambahan untuk Tabika.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 7
Januari 2015 di Maybank Alor Setar
Di Mahkamah Shah Alam kelmarin, Mohd Adnan didakwa
menggunakan cek Malayan Banking Bhd (Maybank) bernilai RM100,000 bagi tujuan pembayaran
deposit rumah berkembar 2 tingkat di Seksyen U13, Setia Alam di mana sejumlah
RM86,053.22 daripada jumlah asal diperoleh daripada hasil aktiviti haram.
Mohd Adnan didakwa melakukan kesalahan itu di Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 2 & 3, Kompleks PKNS pada 8 Januari
2015.
Dia didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail mencadangkan supaya Mohd Adnan
dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin.
Peguam Lissa Sukri yang mewakili Mohd Adnan bagaimanapun
memohon mahkamah menetapkan ikat jamin paling minimum atas alasan anak guamnya
dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, semalam atas tuduhan menerima
rasuah RM159,053.22 yang melibatkan transaksi sama.
“Semalam pihak pendakwaan juga cadangkan jaminan
RM100,000 dan mahkamah benarkan anak guam saya dijamin RM80,000. Mohon mahkamah
ambil kira anak guam saya adalah seorang penjawat awam berjawatan pengarah dan
tiada sebab untuk dia melarikan diri.
“Anak guam saya juga perlu menanggung 6 anak di mana 4
masih kecil iaitu yang bongsu berumur 2 bulan sementara 2 masih menuntut di
institusi pengajian tinggi. Selain itu, beliau perlu menanggung ibu yang
menghidap sakit tulang belakang,” katanya.
Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan ikat jamin ke
atas Mohd Adnan sebanyak RM90,000 serta seorang penjamin.
Hakim turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan
supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar untuk dibicarakan
bersama kes rasuah yang dihadapi tertuduh selain menetapkan tarikh sebutan yang
sama iaitu pada 31 Julai depan.
Di Alor Setar, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum penjara
tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar
menawarkan jaminan RM100,000 dan seorang penjamin, bagaimanapun wakil kepada
peguam tertuduh Abdul Hadi Ahmad memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan
tertuduh perlu menyara lapan anak, seorang daripadanya bayi berusia 55 hari.
Malah akaun bank tertuduh juga sudah dibekukan sejak lima
bulan lalu.
No comments:
Post a Comment