Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas
untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng peruntukan disalurkan kerajaan
kepada rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata,
mereka terlibat tidak sesekali terlepas daripada siasatan serta tangkapan SPRM.
Menurutnya, negara dan negeri perlu dipastikan ditadbir
mengikut proses undang-undang tanpa adanya gejala rasuah dan salah guna
kuasa.
"Apa-apa peruntukan yang sepatutnya diterima rakyat
bawahan perlu sampai dan kami akan melaksanakan tugas itu. Kita akan pastikan
bahawa seluruh peruntukan bagi pembangunan negara dapat dilaksanakan.
"Jika ada aduan dan laporan daripada orang kampung
kita akan jalankan siasatan serta tindakan undang-undang,"katanya dalam
ucapan majlis perasmian surau An-Najah di Kampung Carok Kapas di Baling.
Menurutnya, SPRM akan menjalankan tugas sebaik mungkin
bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.
"Bila pihak kami melaksanakan tugas dan
tanggungjawab ini, dengan izin Allah negara kita akan aman dan lebih makmur.
Rakyat juga akan menikmati segala bentuk pembangunan yang sepatutnya mereka
terima.
"Tolong doakan supaya ALLAH memberikan kekuatan
petunjuk, hidayah kepada kami. Tolong doakan Allah berikan perlindungan
kepada SPRM dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas agar negara ini bebas
rasuah,"katanya.
Terdahulu, Dzulkifli mengimamkan penduduk dan kakitangan
SPRM dalam solat Zohor di Surau An-Najah Kampung Charok Kapas.
Beliau yang berucap di hadapan ratusan penduduk turut
mengingatkan wakil rakyat di Baling bahawa tindakan tegas turut menanti mereka
sekiranya terbukti terlibat dengan salah guna kuasa.
"Kita datang sini juga untuk beritahu sesuatu kepada
wakil rakyat, "senyum-senyum juga, kawan pun kawan juga",
tetapi jika salah kami akan ambil tindakan,"katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Adun Kupang,
Datuk Harun Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), Zulkiflee Abd Rahman serta kakitangan Pejabat Parlimen Baling.
Menurut laman FB beliau, Program #ZiarahKasih SPRM itu dimulakan dengan lawatan
saya ke Madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali, Baling pada sebelah pagi.
Seterusnya, beliau dan pegawai-pegawai SPRM ke Kg. Charok
Kapas untuk meraikan kenduri bersama-sama penduduk kampung serta menyampaikan
sumbangan.
Beliau turut merasmikan surau angkat SPRM iaitu Surau
An-Najah di kampung tersebut. Di akhir program, beliau menziarah anak-anak yatim
dan miskin di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa.
Malah, Dzulkifli amat teruja apabila dapat melihat suasana akrab warga
SPRM dan rakyat.
No comments:
Post a Comment