Benarkan beberapa projek kerajaan yang gagal disiapkan
kontraktor dalam tempoh ditetapkan dapat diteruskan selepas terima suapan?
Itu antara salah guna kuasa yang dipercayai dilakukan
seorang pengurus besar sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sehingga mampu
hidup mewah luar biasa.
Menurut sumber, demi wang, pengurus besar itu juga
dipercayai sanggup memecat pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengannya.
“Bagaimanapun, salah laku lelaki itu berjaya dihidu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil maklumat awam.
“Siasatan awal mendapati dia yang telah memegang jawatan
berkenaan sejak beberapa tahun memang hidup mewah di luar kemampuan,” katanya di
Kuala Lumpur, semalam.
SPRM dilaporkan sedang menyiasat dengan teliti dakwaan
berhubung pegawai tersebut.
“Inilah bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah
sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat
menghalalkan cara.
“Mereka yang berintegriti sudah tentu tidak akan
berkompromi dengan pegawai sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi di sini.
SPRM memandang serius perkara seperti
itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.
Berikutan itu SPRM meminta pegawai-pegawai yang memegang jawatan
penting untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri
sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.
Sementara itu mStar melaporkan dalam kes yang dilihatberkaitan, seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
ditahan SPRM kerana salah guna kuasa dan rasuah.
Menurut sumber, pasukan siasatan SPRM menahan suspek berusia 56 tahun itu di
kediamannya di Seremban kira-kira pukul 9.35 pagi Khamis.
"SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis Audi TT, Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya.
"SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah," kata sumber itu.
Suspek mempunyai tiga anak.
Suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2010 juga disyaki bertindak menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengan perbuatannya.
"Pegawai tersebut juga dipercayai telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarkan mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan," kata sumber itu lagi.
Selain itu suspek turut memiliki sembilan rumah yang dipercayai dibeli secara tunai.
"Kesemua rumah itu dibeli di Putrajaya (3), pusat bandar Kuala Lumpur (1), Cyberjaya (1) dan Negeri Sembilan (4) bernilai lebih kurang RM 8 juta," katanya.
Difahamkan suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Penahanan pegawai kanan GLC itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Beliau tidak menolak beberapa lagi tangkapan susulan akan
dibuat terhadap mereka yang memegang jawatan penting yang dipercayai menerima
wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa mereka.
Beliau berkata, suspek yang ditahan dipercayai telah
menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga
menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.
Semalam, ketika mengulas berhubung kes ini kepada media
Azam berkata, ia merupakan satu perkara yang bahaya apabila seseorang yang
mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti
asalkan matlamat menghalalkan cara.
No comments:
Post a Comment