Belum pun isu Datuk yang mengepalai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan
kerana rasuah reda, hari ini bekas Pengarah Urusan sebuah GLC lain dilaporkan akan ditahan berkaitan penyelewengan.
Kali ini ia membabitkan seorang bekas CEO yang di disyaki terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan projek bernilai
RM50 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata suspek lelaki yang
berumur 50-an itu akan akan ditahan dalam masa
terdekat.
terdekat.
Ia bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaaan. "Mungkin
akan ditahan dalam sehari dua lagi," katanya ringkas hari
ini.
Media hari ini melaporkan suspek disyaki memberikan
projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat berkepentingan atau atau ‘kroni’.
Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek turut menerima
wang suapan sebagai balasan.
“Bagaimanapun, suspek yang menjalani kehidupan mewah luar
biasa itu telah meletakkan jawatannya pada tahun lalu.
SPRM masih menyiasat jumlah wang suapan yang telah diterima
suspek selama memegang jawatan tersebut dan aset yang dimilikinya.
Suspek kini memegang jawatan sebagai Pengarah di sebuah
syarikat GLC lain.
Kegiatan rasuah itu berlaku ketika dia memegang jawatan
CEO selama lima tahun bermula tahun 2010.
Pada 11 November lalu, CEO sebuah GLC ditahan SPRM kerana
salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM menahan suspek berusia 56 tahun itu di kediamannya
di Seremban kira-kira pukul 9.35 pagi hari berkenaan.
SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis Audi TT, Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya.
SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah.

Jumlah kesemua harta yang dimiliki CEO itu dikatakan
berjumlah RM10 juta.
No comments:
Post a Comment