Azam Baki...ada lagi individu akan didakwa. |
Mahkamah Majistret di Putrajaya semalam membebaskan seorang pengarah urusan syarikat
penerbitan daripada tahanan reman berhubung siasatan penyelewengan dana
bernilai hampir RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan
lelaki berusia 40 tahun itu dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) tidak mengemukakan permohonan melanjutkan reman.
Menurut jurucakap SPRM, pengarah urusan syarikat
berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman ke atas
lelaki itu bagi tempoh tujuh hari bermula 28 Ogos lepas dan disambung lima hari
lagi sehingga semalam.
Kelmarin, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha
Abd. Razak (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas
tuduhan melakukan pecah amanah terhadap Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan
Pemasaran berjumlah hampir RM15 juta, Mac lalu.
Pengerusi bank tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, 65,
turut membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Mustafha,
48, untuk melakukan pecah amanah terhadap harta yang sama.
Mustafha didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan
sebatan serta boleh didenda sementara Abdul Aziz menghadapi tuduhan di bawah
Seksyen 109 akta sama dibaca dengan Seksyen 409 akta tersebut yang membawa
hukuman serupa.
Hakim Madihah Harullah membenarkan setiap tertuduh
diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan
semula kes pada 10 Oktober ini bagi penyerahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Bahagian
Pendakwaan SPRM, Masri Mohd. Daud dan
Timbalan Pendakwa Raya agensi tersebut, Anas Mahadzir.
Mustafha diwakili peguam, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin
manakala Abdul Aziz yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera ke-16 diwakili
peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Terdahulu, Masri mencadangkan ikat jamin RM2 juta bagi
setiap tertuduh dengan seorang penjamin kerana kes itu membabitkan kesalahan
serius dan pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes
selesai.
Tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap penyerahan
pasport, Kamarul Hisham bagaimanapun membantah jumlah jaminan yang
dicadangkan kerana disifatkan sebagai keterlaluan.
“Anak guam saya tidak mampu untuk mengemukakan wang ikat
jamin sebegitu tinggi memandangkan kesemua akaun simpanannya di ASB (Amanah
Saham Bumiputera), ASN (Amanah Saham Nasional), Bank Rakyat dan CIMB telah
dibekukan, malah akaun milik isterinya di Bank Rakyat juga telah dibekukan.
“Tertuduh telah menerima pelbagai anugerah atas
pencapaiannya sepanjang kerjayanya dan ini menunjukkan anak guam saya adalah
seorang yang sangat profesional, mempunyai latar belakang yang baik dan tidak
mempunyai alasan untuk melarikan diri,” katanya.
Atas tujuan sama, Muhammad Shafee turut menyenaraikan
pelbagai penghargaan dan penganugerahan yang diterima oleh Abdul Aziz (kanan)sepanjang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Darat selain menyatakan bahawa
jawatan anak guamnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat telah digantung sejak ditahan
untuk siasatan sehingga kini.
Membalas hujah tersebut, Masri menyatakan, latar belakang
yang baik, pelbagai penganugerahan dan penghargaan yang diterima tidak boleh
dijadikan asas untuk mengenakan kadar jamin yang rendah atau dijadikan jaminan
bahawa kedua-dua tertuduh tidak akan melarikan diri atau akan terus hadir pada
setiap kali kes dibicarakan.
Sebaik sahaja mahkamah menetapkan jumlah jaminan itu,
Muhammad Shafee bangkit sekali lagi dan memohon mahkamah merekodkan bahawa pada
sesi soal jawab oleh tiga pegawai SPRM dengan dua daripadanya dikenali dengan
nama Azrul dan Buya, anak guamnya telah ‘dipujuk’ untuk memberikan keterangan
yang tidak wajar.
Peguam itu juga secara tiba-tiba memohon agar Abdul Aziz
diberikan pelepasan sehingga pukul 3 petang semalam untuk membuat bayaran wang jaminan menyebabkan
Masri membantah keras permohonan ad hoc tersebut dan menyatakan bekas Duta
Malaysia ke Perancis itu perlu ditahan sehingga wang ikat jamin dilunaskan.
Madihah bagaimanapun membenarkan penangguhan pembayaran
jaminan bagi Abdul Aziz tetapi memerintahkan agar segala urusan jamin
diselesaikan sebelum pukul 3 petang semalam.
Sementara itu, SPRM tidak menolak kemungkinan ada lagi
individu yang akan didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku
bernilai hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata kesemua
butiran pihak yang terlibat telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya
untuk tindakan lanjut.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak yang
akan dituduh dalam tempoh terdekat tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran
mengenai bila dan siapa individu terbabit," katanya semalam.
Azam berkata individu yang akan dikenakan tuduhan itu
bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.
Beliau berkata pihaknya telah mengumpulkan bukti-bukti
sedia ada dan hanya menunggu keputusan dibuat oleh timbalan pendakwa raya.
Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan lapan orang termasuk
Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak bagi membantu siasatan kes
itu, manakala Pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan pada 29
Ogos, ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM.
1 comment:
Assalamualaikum Wr. Wb.
WhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Post a Comment