Mengejutkan apabila mengetahui ada cubaan disyaki anggota
Daesh.untuk melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada polis kerana
berjaya menggagalkan rancangan Daesh itu apabila tiga rakyat tempatan ditahan.
Mereka ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas
Bukit Aman di sini, Selangor dan Pahang antara 27 dan 29 Ogos.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hari
ini ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun ditahan di ibu
negara, Selangor dan Pahang menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Counter
Terrorism Cawangan Khas.
Khalid mengesahkan ketiga-tiga mereka adalah warga negara Malaysia yang menganggotai sel
yang sama.
Menurut polis, mereka menerima arahan daripada Mohamad
Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Kuala
Lumpur, Kuil Hindu di Batu Caves, Selangor serta balai polis atau mana-mana
anggota polis.
Serangan akan dilakukan dengan menggunakan bom tangan
atau senjata api pada malam Ambang Merdeka 2016.
Menurut kenyataan oleh Khalid hari ini, polis turut
merampas sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI serta
24 butir peluru berukuran 9mm daripada suspek yang ditahan di Selangor.
"Tangkapan pertama 27 Ogos lalu membabitkan seorang
pemandu lori berusia 20 tahun di Selangor.
Sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ
2075 RAMI dan 24 butir peluru berukuran 9 milimeter (MM) turut dirampas
daripadanya.
"Senjata api itu dipercayai dihantar oleh orang
perantaraan (kurier) Mohamad Wanndy di negara ini," katanya menerusi satu
kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, tadi.
Katanya, suspek kedua yang juga penjual daging berusia 27
tahun ditangkap dalam operasi di Pahang, manakala suspek ketiga berusia 20
tahun yang bekerja sebagai penjual air ditangkap di Selangor.
Kedua-duanya ditahan pada 29 Ogos lalu.
Menurut Khalid, ketiga-tiga suspek didapati merancang
pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas IS di bawah pimpinan Mohamad
Wanndy di sana selepas berjaya melancarkan serangan itu.
Semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan
di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574)
dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
No comments:
Post a Comment