MyKMU dalam catatan menyatakan telah lebih sebulan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan
kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
“Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai
kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya
perkembangan kes ini?
"Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan
dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes
ini belum ada apa-apa lagi," katanya.
Sedangkan dalam masa yang sama, ada banyak lagi kes lain
yang bakal menyusul dengan semuanya membabitkan intergriti dan wang rakyat
dalam jumlah yang banyak.
"Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat, sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya,"
"Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum
tentu buat lagi," dakwa MyKMU, sambil menambah kemungkinan lebih banyak
kes rasuah melibatkan parti-parti Pakatan Harapan yang lain.
Sementara itu, dalam jawapannya kepada dakwaan itu, Pejabat Peguam Negara menafikan sebaran kelewatan dalam pengurusan kes pembelian banglo Lim Guan Eng seperti yang didakwa oleh portal berkenaan.
Menurut sumber, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah pembelian banglo bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng, hanya diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 26 Mei 2016.
Berikutan itu portal berkenaan memohon maaf atas dakwaan
yang tidak tepat mengenai kelewatan tersebut!!!
Baca di sini posting asal mykmu.net:
Baca di sini posting asal mykmu.net:
Banglo Diskaun:
Lama Betul Nak Dakwa Agaknya Ya..
25 Mei yang lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan kes banglo diskaun
membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pejabat Peguam Negara untuk
tindakan lanjut.
Sedangkan dalam masa yang sama, ada bersusun-susun kes
lain yang bakal menyusul selepas ini, semuanya membabitkan intergriti dan wang
rakyat dalam jumlah yang banyak.
Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada
kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat,
sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya.
Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum tentu
buat lagi!!
Itu baru cakap pasal dakwaan rasuah dan penyelewengan
membabitkan orang DAP, belum sebut tentang rasuah, penyelewengan dan perempuan
membabitkan orang PKR lagi. Pendek kata, tahun ini meriah dengan dakwaan
penyelewengan, rasuah, wang dan perempuan membabitkan orang-orang Pakatan saja.
Nasib baik kepala besar Pakatan dah ke dalam, kalau
tidak, tambah satu lagi gamaknya – jantan!!
Ke nak tunggu semua sekali selesai baru nak dakwa
sekaligus? Masuk akal tapi itu sudah pasti akan memakan masa yang panjang
dan boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri kerana telah diwar-warkan
bahawa yang terlibat akan diminta bercuti dari jawatannya jiks kes ini dibawa
ke Mahkamah.
Ramai sangat nak tengok betul ke tak betul cakap tu
(bercuti kalau kes didakwa di Mahkamah)? Hebohnya dah berbulan-bulan dah.
Begitupun, rakyat menerima apa jua keputusan yang bakal
dibuat Peguam Negara dalam hal ini. Intergriti beliau dalam mengendalikan
kes-kes berprofil tinggi seperti ini dengan adil dan bijaksana, memang tidak
pernah dipertikaikan.
1 comment:
1. Saya tabit pada dr khir toyo sanggup menghapadapi hukuman penjara kerana didapati bersalah kes rasuah
2. Pada LGE beliau mesti kena terima dengan gentleman jika sekiranya ada bukti untuk didakwa kesalahan di bawah seksyen 165 kk
3. Mahkamah juga jika sabit kesalahan terhadap LGE mesti sanggupb menerimadan adil menjatuhkan hukuman setimpal.
4. Hukuman penjara adalah sebagai amaran pada ahli politik lain atau sesiapa sahaja tidak melakukan perbuatan rasuah
5. Di Malaysia amat pelik bila macik yang 'mencuri susu untuk anaknya' dihukum penjara lebih lama daripada perasuah( pencuri juga)
6. Kata P Ramlee ini senua adalah sendiwara dunia.
7. All the world's a stage" kata Shakespeare'
Akhbar Satar
Post a Comment