"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan. Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi."
Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.
Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."
"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan.
"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di Kota Bharu, malam kelmarin.
Beliau turut menegaskan apa sahaja makhluk yang tidak
mengikuti jalan-jalan Allah, mereka akan menjadi zalim kerana mereka melampaui
batas.
Tambah beliau lagi, politik cara Islam ialah tetap berada
dalam jemaah dimasa senang susah dan tidak sewenang-wenangnya bertindak lari
dari rumah terutama mendapat pujukan daripada pihak lain.
Sebagaimana contoh yang diberikan oleh beliau iaitu baiah
dalam peristiwa Aqabah oleh para sahabat dari Madinah, mereka berisitiqamah
dalam baiah mereka sehingga kepada semua khulafa’ ar-rasyidin kerana keimanan
mereka.
Atas apa jua halangan, ahli-ahli serta pemimpin digesa
bersedia dan bersama-sama berisitiqamah untuk mempertahankan Islam kata beliau
sebelum mengakhiri ucapan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan IbrahimTuan Man dalam ucapannya menekankan agar orang-orang Islam tidak terpengaruh
dengan pihak yang menaja jahiliyyah bentuk baru.
Beliau menegaskan bahawa pembinaan negara melalui remaja
dan belia mestilah melalui proses Islamisasi dan bukannya hanya menukar
kerajaan semata-mata kerana cara begitu tidak akan berbeza dengan pemerintahan
yang ada sekarang.
Tuan juga banyak menyentuh berkenaan
penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan terutama
melibatkan isu 1MDB.
Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Mustafa Kamil Ayob
kemudiannya mengambil tempat bagi mewakili 200 NGO untuk berucap dalam majlis
malam ini, menegaskan bahawa kehadiran yang sebegitu ramai telah menghampakan
harapan agar PAS dihapuskan dalam persada politik negara.
Kongres Rakyat tambah beliau, akan membawa hasrat rakyat
kepada kerajaan, NGO-NGO dan kepada semua pihak yang berwajib bagi memastikan
hasrat rakyat diberi keutamaan.
Mantan Naib Presiden Keadilan Rakyat itu menegaskan akan
bersama-sama PAS dan NGO-NGO lain bagi memastikan Putrajaya akan diambialih
pada PRU ke 14 nanti.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob melahirkan keyakinan penuh bahawa kejayaan Kelantan mempertahankan kerajaan Islam sehingga 25 tahun adalah hasil sikap istiqamah ahli-ahlinya.
Kelantan telah membuktikan kepada negeri-negeri lain
bahawa ia adalah guru politik dengan cara politiknya yang agak berlainan dengan
negeri-negeri lain.
Sambil melahirkan rasa syukurnya dengan kejayaan ini,
beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ianya adalah hasil
kesinambungan daripada pemerintahan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertembungan antara manusia ini menurut Mursyidul Am PAS
Datuk Dr Haron Din pula telah berlaku
bermula dari zaman nabi Adam lagi apabila Habil dan Qabil berbalah merebut
pasangan.
Maka kata beliau, pihak yang benar-benar ikhlas dalam
menyempurnakan suruhan Allah pastilah golongan yang berisitiqamah yang akan
mendapat kemenangan dan keredhaan Allah.
Program telah ditangguhkan dengan bacaan doa oleh Presiden PAS yang begitu
sebak membacakan bait-bait akhir doa dan bacaan ikrar perjuangan oleh
Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan dan diikuti oleh hadirin.
teganukini
teganukini