Dua pemuda Cina yang biadap ini sepatutnya dikenakan tindakan tegas kerana mengganggu tugas penjawat awam,
Mereka berani kerana mungkin beranggapan berada di negara lain, bukan di Malaysia.
Kita mahu tenguk apa tindakan terhadap mereka ini.
Semalam, ahli-ahli
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggesa pihak berkuasa menyiasat segera
perbuatan biadab dua pemuda Cina terhadap anggota penguat kuasa mereka yang
sedang melakukan tugas dalam kejadian di Lebuh Campbell di Pulau Pinang, kira-kira
pukul 11 pagi itu.
Sambil
melahirkan rasa kesal, wakil mereka, Mohd. Yusoff Mohd. Noh berkata, tindakan
kurang ajar dua pemuda berkenaan yang membaling wang kompaun serta mencaci
penguat kuasa wanita MBPP itu dengan perkataan `anjing’ jelas merupakan
perbuatan tidak bertamadun.
Menurutnya,
perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai cubaan mengganggu penjawat awam
menjalankan tugas dengan baik serta memalukan anggota penguat kuasa di tempat
awam.
Malah,
jelas beliau, tindakan pemuda berkenaan yang cuba membuka sendiri kapit roda
atas kesalahan meletakkan kereta di laluan pejalan kaki juga merupakan satu
kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Sepatutnya
jika mana-mana pihak yang disaman tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan,
mereka boleh membuat aduan terus kepada MBPP.
“Bukannya
berkelakuan biadab dengan mencaci anggota penguat kuasa dan menghina mereka dengan
mencampakkan wang kompaun seperti dilakukan pemuda berkenaan,” katanya kepada
pemberita seperti di siarkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau
mengulas mengenai kejadian tiga penguat kuasa MBPP yang diherdik dengan
perkataan kesat oleh dua pemuda Cina kerana tidak berpuas hati selepas
kenderaan mereka dikunci kerana kesalahan meletakkan kereta di laluan pejalan
kaki.
Dalam
rakaman kejadian itu yang tersebar di Internet hari ini, kedua-dua pemuda
berkenaan dalam keadaan marah pada awalnya cuba membuka sendiri tayar yang
dikunci anggota penguat kuasa MBPP berkenaan.
Bagaimanapun,
mereka akhirnya mengalah apabila salah seorang daripada mereka membayar
kompaun kesalahan tersebut tetapi dengan mencampakkan wang ke lantai sebelum
dikutip penguat kuasa MBPP wanita berkenaan.
Video
berdurasi dua minit itu mengundang rasa marah dan kurang senang orang ramai
yang menyifatkan tindakan pemuda berkenaan sebagai melampau dan menghina
penjawat awam.
Malah,
majoriti mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua
pemuda berkenaan sebagai pengajaran kepada pihak lain supaya tidak
sewenang-wenangnya memperlekehkan penjawat awam.
Sementara
itu, Mohd. Yusoff melahirkan rasa bangga dengan sikap tenang ketiga-tiga
anggota penguat kuasa MBPP berkenaan dalam berdepan situasi tersebut.
Dalam
masa sama, beliau menggesa orang ramai memahami serta menghormati bidang tugas
penguat kuasa MBPP yang perlu bertindak ke atas kesalahan pemandu yang jelas
menyusahkan pihak lain.
Dalam
perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior
Faridalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung
kejadian tersebut daripada salah seorang penguat kuasa MBPP berkenaan semalam.
Sehubungan
itu, menurut beliau, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian
tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat
awam menjalankan tugas.
No comments:
Post a Comment