PAS Negeri Johor semalam membidas Pengerusi DAP Negeri Dr Boo Cheng Hau berhubung kenyataan yang "tidak sepatut dikeluarkan olehnya" berhubung kemungkinan bukan Islam dan bukan Melayu menyandang jawatan Menteri Besar Johor.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebagai rakan dalamPakatan Rakyat (PR), DAP perlu mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan pertelingkahan sesama mereka.
"Undang-undang Tubuh Negeri Johor adalah jelas dimana jawatan Menteri Besar adalah hanya untuk pemimpin Melayu dan Islam sahaja. Kita tidak perlu mempertikaikannya. Ia jelas," katanya di Johor Bahru.
Beliau bercadang menemui Dr Boo untuk mendapatkan penjelasan lanjutdaripadanya.
Dr Mahfodz mengulas kenyataan Dr Boo di akhbar Sin Chew Daily pada 17 April lepas yang berkata bukan Islam dan bukan Melayu di Johor boleh dilantik menjadiMenteri Besar jika mendapat persetujuan Sultan.
Semalam Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek mencabar pucuk pimpinan DAP Johor supaya tampil ke hadapan dan menjelaskan kenyataan Dr Boo itu kepada akhbarberbahasa Malaysia.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, DAP telah mengelirukan rakyat terutamanya masyarakat Cina.
Dr Mahfodz berkata, jika DAP tetap mahu meletakkan pemimpinnya sebagai Menteri Besar, parti itu perlu mencari seseorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu dari kalangan pemimpinnya.
Beliau mengakui kenyataan Dr Boo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Skudai itu telah membangkitkan kemarahan orang Melayu di Johor dan hanya meningkatkan lagi syak-wasangka masyarakat itu terhadap DAP.
"Adalah kurang baik untuk beliau (Dr Boo) mengeluarkan kenyataan sedemikian.Kalau boleh, kita (pemimpin pembangkang) perlu mengelakkan daripada mengeluarkankenyataan-kenyataan sebegitu," katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap menghormati hak Pengerusi DAP Johor itu untuk bercakap mengenai isu tersebut.
Sementara itu, Dr Boo yang dihubungi oleh Bernama hari ini mengakui bahawa Sultan dan Raja-Raja Melayu mempunyai prerogatif dalam menentukan individu mana yang layak menyandang jawatan Menteri Besar.
"Sebagaimana yang berlaku di Perak pada 2008, dimana walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak, tetapi wakil PAS iaitu Datuk Dr Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar.
Kita terima perkara itu," katanya
No comments:
Post a Comment