Tuesday, July 28, 2009

KAJI KEIKHLASAN PAS HULUR 'TANGAN' KEPADA KERAJAAN PUSAT

NURHANANI ABDULLAH, Bandar Baru Bangi, Selangor
Utusan Online

SEBAIK sahaja membaca laporan berita mengenai kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menghulurkan tangan' kepada Kerajaan Pusat, timbul tandatanya sejauh mana pemimpin itu ikhlas berbuat demikian.

Benarkah pemimpin yang terkenal dengan pendirian menjadikan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO 'musuh ketat' benar-benar serius atau sekadar menanam tebu di tepi bibir?

Sejarah menunjukkan Mursyidul Am Pas itu tidak pernah sebulu jauh sekali bersedia untuk bekerjasama dengan BN atau Pas.

Idea kerajaan perpaduan ditolak mentah-mentah oleh pemimpin itu lantaran BN atau UMNO disimpulkan bergelumang dengan dosa dan tidak layak bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Lebih daripada itu, UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana kononnya parti itu menolak Islam.

Seolah-olah tidak ada satu pun dasar yang diperkenalkan kerajaan BN yang tonggak utamanya adalah UMNO bercirikan Islam.

Belajar daripada sejarah penolakan sebarang bentuk kerjasama Pas-UMNO oleh Nik Abdul Aziz, mendorong keyakinan bahawa kenyataan terbaru beliau pasti akan ada susulan negatif.

Dan ia terbukti benar hari ini. Di sebalik reaksi positif kalangan barisan pemimpin BN, Menteri Besar Kelantan itu menempelak UMNO. ''UMNO pergi jahanamlah''. Kata-kata sedemikian bukan sesuatu yang luar biasa keluar dari mulut pemimpin Pas itu. Ayat-ayat lebih teruk daripada itu pun pernah dilontarkan oleh Mursyidul Am Pas tanpa ada rasa bersalah jauh sekali mahu meminta maaf.

Sebab itu apabila ada 'salam Pas untuk Kerajaan Pusat', sepatutnya tidak perlu ada reaksi positif atau mengalu-alukan kenyataan yang tidak diketahui paras keikhlasannya.

Barisan pemimpin kerajaan BN sepatutnya mengambil sikap 'biarkan, tunggu dan lihat'. Perlu juga dikaji apa sebenarnya motif tersembunyi di sebalik cubaan berbaik-baik itu sedangkan selamanya pemimpin Pas itu tidak pernah mementingkan semangat kerjasama dengan UMNO atau BN.

Sebelum Nik Abdul Aziz menghulurkan salam, beliau ada menekankan tentang perbezaan ideologi politik antara Pas dan UMNO terutamanya semasa pilihan raya kecil DUN Manek Urai hanya kerana 'pilihan raya'.

Tetapi hari ini nada Nik Abdul Aziz berbeza. Kesanggupannya bekerjasama dengan kerajaan BN kerana Perlembagaan menetapkan dasar Federalisme. Di bawah dasar itu, kerajaan BN mesti membantu membangunkan kerajaan negeri Kelantan.

Ini kerana, menurut Menteri Besar Kelantan itu, dasar Federalisme meletakkan beban dan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri. Satu fakta yang tidak disentuh Nik Abdul Aziz adalah UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan BN. Paling penting pemimpin yang menerajui Kerajaan Persekutuan dari dulu sehingga kini adalah dari UMNO.

Mengapa tatkala mahu menjalin kerjasama semata-mata untuk mendapatkan ehsan kerajaan Pusat untuk membawa kemajuan kepada Kelantan, Menteri Besar itu mengetepikan fakta-fakta penting itu?

Mengapa untuk mendapat habuan berkepentingan sendiri, fakta UMNO berada dalam BN dipinggirkan? Bukankah BN itu mewakili UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain yang tidak pernah diterima oleh Pas?

Pemimpin BN perlu belajar daripada insiden seperti ini yang ulang tayangnya bukan sekali malah berkali-kali.

Kaji dulu keikhlasan Pas sebelum menyambut salam yang dihulur. Lihat dulu sama ada tangan yang menghulur itu bersih atau bersalut dengan 'agenda negatif' yang tidak perlu menunggu lama untuk disaksikan kebenarannya.

SOKONG TUN ABDULLAH SERTAI PAS

Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sudah menyatakan mahu menyertai PAS ke?

Kalau tidak jangan nak laga-lagakan orang UMNO.
Apa mainan pemimpin PAS dan akhbar Sinar Harian ini. Ada agenda ke Sinar Harian?

Daripada Sinar Harian

Penyertaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke dalam Pas amat dialu-alukan kerana pendapat bekas Perdana Menteri sering sekata dengan parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, antara pendapat yang paling jelas ialah cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sudah tidak relevan seperti yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Pas tiada masalah untuk terima Pak Lah. Jika beliau sertai kita, beliau bebas kemukakan pelbagai pendapat dan pandangan dan kita akan berbincang jika pendapat dan pandangan itu bersesuaian.

“Tetapi berlainan jika Pak Lah kekal dengan UMNO, sudah tentu beliau hanya boleh bercakap, tapi tidak boleh bertindak dan ini terbukti selepas beliau tidak miliki apa-apa jawatan dalam politik,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu pada Progr:am Pemansuha:n ISA anjuran Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, kelmarin yang menyarankan Abdullah keluar darti UMNO dan menyertai parti itu.

Mohamad berkata, walaupun sudah pencen daripada jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan menjadi tamparan hebat pada UMNO dan BN apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Pas tiada masalah untuk menerima sesiapa saja yang berminat menyertai Pas, malah katanya, terdapat beberapa tokoh dari parti UMNO dan BN itu mempamerkan minat menyertai Pas.

“Cuma, masanya belum sesuai mereka berbuat demikian dan apa yang saya tahu faktor utama tokoh berkenaan berminat sertai Pas kerana perjuangan yang ditampilkan Pas dan juga kepimpinan bersih tanpa rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas Pusat menyambut baik sekiranya Abdullah memilih Pas untuk meneruskan perjuangan politik.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Abdullah adalah pemimpin yang jujur berbanding pemimpin lain dalam UMNO.

“Sememangnya beliau layak duduk bersama di tempat yang banyak memperjuangkan Islam dan Pas parti tepat untuk beliau sertai.

Ditanya kedudukan Abdullah yang dilihat tidak memiliki sebarang kuasa kerana setiap pendapat yang diutarakan ditolak kepimpinan sekarang, Nik Muhammad Zawawi berkata: “Pak Lah mesti membuat keputusan tepat sekiranya beliau mahu perjuangan Islamnya sampai kepada rakyat.”

Sunday, July 26, 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

OLEH Dr. Mohd Ridhuan Tee,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia)

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik.

Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini?

Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem.
Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998.

Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.

Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Thursday, July 23, 2009

KEMENTERIAN DALAM NEGERI LEMBIK?

Daripada http://kijang-jantan.blogspot.com

“Pembangkang telah mengambil undang-undang dan mentafsirkan secara sendiri-sendiri tanpa memberikan peluang kepada pihak berkuasa untuk memperincikan siasatan bagi mencari sebab sebenar di sebalik kemataian mengejut itu (Teoh Beng Hock). Mereka telah melantik diri mereka sebagai polis, mahkamah, pendakwaraya dan hakim, lantas menjatuhkan hukuman kononnya SPRM yang membunuh Setiauasaha Politik ...”

Saya ingin rakan-rakan penjenguk membaca dan menilai pendapat yang ditulis oleh Eman JR ini.
Wajar, perlu atau berbaloikah jika kerajaan melaksanakan operasi berkenaan?

Ops Lalang ke 2- beranikah Hishamuddin ?

Daripada http://malaysia-hariini.com

SAMPAI bila kerajaan akan terus membenarkan , melindungi, menyayangi, menghargai, tunduk lemah, pengecut dan melihat sahaja pemimpin `sampah’ dalam pembangkang berterusan mencabar kedaulatan undang-undang Negara? Sampai bila kerajaan terutama sekali Kementerian Dalam Negeri melihat sahaja kerosakan demi kerosakan sistem perundangan Negara diperlekehkan oleh pemimpin-pemimopin yangf bersifat cauvinis dan terorist seperti yang wujud hari ini?

Kita tidak tahu sampai bila kerajaan harus memberi muka dan tunduk kepada permainan politik kotor pembangkang yang jelas segala tindakan yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini hampir mahu menyamai keadaan serta suasana yang berlaku di Thailand.

Maruah kerajaan dilihat sudah tiada apabila pakatan pembangkang yang diketuai oleh bekas banduan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas calon Timbalan Presiden PAS yang kalah Datuk Husam Musa, Lim Kit Siang dan beberapa Cina DAP sedang melakukan segala kegiatan yang boleh mencemar prinsip-prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib hanya melihat sahaja walaupun menyedari tindakan pembangkang tersebut akan memberikan kesan kepada rakyat dan Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang dirobek serta dicerca semau-maunya oleh pemimpin-pemimpin yang banyak penyakit moral ini.

Melihat kepada permainan isu bunuh diri Teoh Beng Hock yang setakat ini polis kategorikan sebagai kematian mengejut tetapi sudah dijadikan bahan politik oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan dan SPRM walaupun siasatan terhadap kes tersebut masih belum selesai.

Pembangkang telah mengambil undang-undang dan mentafsirkan secara sendiri-sendiri tanpa memberikan peluang kepada pihak berkuasa untuk memperincikan siasatan bagi mencari sebab sebenar di sebalik kemataian mengejut itu. Mereka telah melantik diri mereka sebagai polis, mahkamah, pendakwaraya dan hakim, lantas menjatuhkan hukuman kononnya SPRM yang membunuh Setiauasaha Politik yang bakal ada anak luar nikah itu.

Pembangkang berhimpun, tunjuk perasaan, cabar pihak kerajaan dan polis serta SPRM tanpa mempedulikan kepada perkara asas yang perlu diselesaikan namun mereka mengambil peluang ini untuk meracuni fikiran rakyat dan tanpa rasa bersalah telah menuding kepada SPRM kononnya yang membunuh Teoh Beng Hock ini walaupun SPRM telah menjelaskan siapa Teoh dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada sebarang siasatan polis.

Pembangkang yang cuba mengalihkan isu sebenar seperti kes liwa Anwar-Saiful, penyelewengan dana, poergeseran dalam Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk terus memanipulasi kematian Teoh dengan memberikan persepsi kepada rakyat bahawa kerajaan dan SPRM bertindak zalim sehingga SPRM dilabelkan bertanggungjawab membunuh Teoh Beng Hock.

Secara tidak langsung masalah sebenar yang sedang melanda kepimpinan mereka akan ditutup apabila isu ini mereka gembar-gemburkan.

Sikap mereka yang tidak sabar menunggu hasil siasatan polis atau pihak berkuasa lain dan terus mengambil peluang mengheret rakyat ke jalanan ataupun ke stadium seperti menunjukkan ada sesuatu yang mereka ingin selindungkan di sebalik bunuh diri Teoh ini dan bermain satu persoalan, adakah mereka ini juga terlibat dalam perancangan membunuh Teoh bagi menyembunyikan sesuatu yang mereka sahaja yang tahu dan untuk menunjukkan mereka tidak bersalah, mereka cetuskan isu ini dengan membelakangi undang-undang sepatutnya dengan menuding kepada orang lain.

Atau dengan kata lain mereka sedang cuba mengalihkan isu sebenar kerana mereka merasakan bersalah dan yang disiasat ini tahu banyak perkara yang membabitkan ekxco-exco yang disiasat SPRM ini. Dan adakah antara exco-exco ini yang terlibat dalam perancangan membunuh Teoh bagi menyelamatkan mereka kerana Teoh seperti kata SPRM adalah saksi utama dalam kes penyelewengan dana?

Kita percaya puak-puak ini sanggup untuk membunuh seorang kawan demi mempertahankan kerajaan mereka daripada terus disiasat oleh SPRM. Budaya politik Hong Kong dan Amerika Syarikat menjadi garis panduan kepada kumpulan pembangkang ini.

Sebagai contoh peristiwa 9/11, puak Amerika sendiri yang melakukannya tetapi demi memburuk Islam, mereka menuduh orang Islam yang melakukannya dan apa sangat dengan mengorbankan seorang yang bernama Teoh ini demi menyelamatkan kedudukan politik dan kerajaan mereka.

Secara mudahnya, jika Teoh dicampak daripada Tingkat 15, mayatnya akan berkecai tetapi keadaan mayat Teoh sewaktu ditemui masih berpakaian lengkap dan tidak mengalami cedera yang parah.

Rakyat yang bodoh serta kurang keupayaan untuk berfikir, yang seharusnya bersimpati dengan nasib malang Teoh menjadi keliru kerana dikelirukan oleh kumpulan pembangkang yang sedang mengkacaubilaukan Negara.

Namun sikap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri cukup mengecewakan.Tidak ada ketegasan dalam memperkuatkuasakan undang-undang demi mempertahankan kestabulan dan ketentaraman rakyat dan negara daripada puak-puak ekstrimis yang sedang merasakan kononnya merekalah selepas ini yang akan memerintah negara ini.

Hebat sangatkan kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim, Ronnie Liu, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi hingga Menteri Dalam Negeri kecut perut untuk mengambil tindakan? Lihatlah betapa kurang ajarnya Ronnie Liu yang menendang pintu bilik mayat di Hospital Universiti?

Mereka ini sudah jelas tidak menghormati undang-undang. Mereka laksanakan hukuman rimba.

Mereka menjadi gangster yang seakan diberikan lessen oleh Menteri Dalam negeri dan kenapa undang-undang ISA tidak digunakan untuk membendung kegilaan kumpulan yang kononnya merasakan merekalah pemimpin dan kerajaan pembangkang terbaik.

Kembalikanlah Ops Lalang seperti yang Tun Mahathir lakukan pada 1987 dan jika kementerian tidak bertindak, ternyatalah kerajaan hari ini sudah tiada intergriti dan harga diri. Dan kalau Hishamuddin gagal menangani hingga mengheret rakyat dan negara dalam keadaa n yang berantakan, maka sewajarnyalah beliau meletak jawatan untuik memberikan jawatan tersebut kepada seseorang yang lebih berwibawa dan berani menghunus keris.

Kata pepatah Inggeris `if you got the power, you are powerfull, if you don’t use the power, you are bloodyfool'.

Monday, July 20, 2009

KES LIWAT ANWAR: PENDAKWA RAYA FAIL RAYUAN

Sumber: Utusan Malaysia

Pendakwa raya hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar sebahagian besar dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diserahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Notis rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.45 petang ini.

Pihak pendakwaan juga dijangka memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah tersebut pada Isnin ini.

Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima notis rayuan itu melalui faksimile lewat petang ini.

Beliau juga memberitahu, Anwar telah mengarahkan supaya pihaknya memfailkan rayuan balas.
Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pihaknya menyerahkan dokumen dan barangan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas membenarkan permohonan Anwar itu.

Walaupun membenarkan sebahagian besar dokumen itu dibekalkan, hakim tersebut menolak permohonan Anwar agar dibekalkan atau dibenarkan meneliti sampel-sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan dan pada barang-barang yang diambil dari kediaman pemuda itu.

Jelas Hakim Mohamad Zabidin, sampel-sampel tersebut hanya boleh diteliti oleh pihak pembelaan setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes kerana kesemua sampel itu kini telah dibungkus dan dimeterai oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia.

Antara dokumen dan barangan yang dibenarkan dibekalkan ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA, salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan senarai saksi.

Beliau turut membenarkan salinan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu yang direkodkan oleh pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Sunday, July 19, 2009

ISU TEO SENGAJA DIPOLITIKKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teo Beng Hock, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari pakatan pembangkang berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat.

Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang di Tanjung Karang hari ini.

"Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota Barisan Nasional perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya.

Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lepas. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata oleh itu adalah penting bagi komponen-komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya.

Muhyiddin berkata selain daripada isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan terutamanya soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan pada 2012.

"Keputusan kerajaan mansuhkan PPSMI ...banyak politik yang sedang berlaku, ramai yang setuju tetapi ada yang tidak setuju. Keputusan kita adalah jelas, kita buat (keputusan) atas kajian yang dijalankan sekian lama," katanya.

Dalam kajian itu, katanya, jelas pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu tidak meningkatkan penguasaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris, katanya. -- LAGI

Oleh itu, Muhyiddin berkata beliau berharap anggota-anggota UMNO akan menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan keputusan terbaik untuk generasi muda di dalam negara tanpa mengira bangsa.

Pada majlis itu, Muhyiddin melancarkan Logo 1Malaysia UMNO Tanjong Karang yang disediakan daripada 100 kg padi dari Tanjong Karang sempena 100 hari Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga turut memotong kek yang disediakan oleh UMNO Bahagian itu sempena hari ke 100 beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

CHUA ANGGAP SERTAI PKR LANGKAH YANG BETUL

Barisan Nasional tidak memerlukan pemimpin lidah bercabang.

Kalaupun menganggap menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai langkah yang betul, Datuk Chua Jui Meng tidak wajar bersandiwara.

Umum saja semalam, kenapa takut?

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi BN yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama. Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau.

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri. Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005. Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin juga Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Ternyata Chua yang cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang tidak tamak sebenarnya melakukan sandiwara dan tidak gentlemen langsung.

Selepas menafikan dua hari lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh beliau pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam majlis itu.

Turut menyertai PKR adalah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media selepas itu, Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.

"Saya telah keluarkan manifesto pada 2005 dan 2008 dan saya membandingkannya dengan visi dan agenda Datuk Seri Anwar serta manifesto PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Saya lihat ada banyak perkara yang kami punya persamaan dan itulah yang betul-betul meyakinkan saya bahawa PKR adalah parti yang tepat untuk saya sertai.

"Saya lihat semangat dalam diri Datuk Seri Anwar. Kita berbincang tentang agendanya, bertanya soalan dan saya memberikannya manifesto saya.

"Justeru, kita faham apa yang patut saya lakukan untuk membantunya dalam agenda Malaysia," katanya.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada MCA secara rasmi memandangkan beliau telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menukar parti, Chua berkata, beliau sebelum ini berhasrat untuk melakukan reformasi dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung keputusannnya keluar parti dan menyertai PKR, Chua berkata: "Beliau sahabat saya. Beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip."

"Saya menghormatinya dan saya percaya beliau juga menghormati saya. Hubungan kami akan berterusan sebagai kawan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Chua adalah aset penting kepada PKR dan beliau akan mempelawa Chua untuk menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

"Hal itu memerlukan kelulusan biro politik parti dan seterusnya oleh Majlis Tertinggi," katanya.

Saturday, July 18, 2009

KEMELUT INTEGRASI UIGHUR - HAN
















(Utusan Malaysia)

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.

Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak.

Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.

Ramai yang menilai tindakan Beijing itu kerana cuba menarik simpati masyarakat antarabangsa. China tidak mahu dilihat sebagai pemerintah yang gagal menguruskan hal dalaman sendiri ketika negara itu sedang menuju sebagai kuasa ekonomi baru dunia.

Beijing juga sangat berhati-hati menangani konflik ini kerana bimbang ia akan dilihat sebagai krisis agama memandangkan etnik Uighur merupakan penganut Islam.

Sentimen agama sekiranya terus dimainkan boleh mendedahkan wilayah itu kepada ancaman puak pemisah dan rangkaian kumpulan militan.

Terletak bersempadan dengan negara-negara seperti Mongolia, Rusia, Kazakhtan, Kirgistan, Tjikistan, Afganistan, Pakistan dan India, ancaman puak militan itu tidak boleh dipandang mudah.

Justeru, dasar buka pintu terhadap permasalahan yang berlaku di Xinjiang antara lain diharapkan dapat memberi gambaran sebenar situasi yang berlaku kepada masyarakat dunia.

Namun dalam keterbukaan itu, China tetap menolak permintaan antarabangsa yang mahukan krisis itu dibincangkan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turki adalah antara negara yang lantang mendesak China menyelesaikan konflik itu mengikut lunas-lunas antarabangsa.

Sebagai salah sebuah negara bersempadan, rusuhan etnik di Xinjiang turut memberi kesan kepada Turki.

Sejak krisis itu meletus, ramai penduduk Uighur merentas sempadan mencari perlindungan di negara itu. Bagaimanapun, China menempelak desakan antarabangsa itu dengan mendakwa Beijing mampu mengurus isu dalaman sendiri.

Namun China dilihat agak terlewat dalam menangani kemelut etnik di Xianjiang apabila rasa tidak puas hati antara dua kaum majoriti iaitu Uighur dan Han mula diluahkan di jalanan.

Sewaktu kerajaan komunis China pimpinan Mao Zedong dibentuk pada 1949, etnik Uighur merupakan penduduk majoriti di Xinjiang iaitu sebesar kira-kira 76 peratus. Etnik Han pula hanya sekitar enam peratus dan selebihnya merupakan etnik-etnik kecil yang lain.

Bagaimanapun, dasar Go West kerajaan komunis China ketika itu telah membawa masuk penduduk Han ke wilayah berkenaan dalam jumlah yang besar.

Etnik Uighur dan Han ketika ini menempati jumlah penduduk yang seimbang di kalangan 21 juta penduduk di Xinjiang.

Meskipun etnik Uighur merupakan masyarakat pribumi, namun dasar-dasar kerajaan China lebih mengutamakan etnik Han.

Penduduk Uighur dilayan seperti masyarakat kelas kedua dan terpinggir daripada dasar-dasar pembangunan kerajaan China. Mereka juga tidak bebas menggunakan dialek daerah Turki, melaksanakan ibadah agama dan meneruskan budaya hidup sendiri.

Kerajaan China juga dibayangi ketakutan terhadap penduduk Uighur kerana dikatakan terlibat dengan kumpulan pemberontak dan menyokong gerakan pemisah.

Kerana krisis kepercayaan itu juga, China tidak mahu meletakkan kekayaan gas dan hasil bumi di Xinjiang ke tangan orang Uighur. Wilayah yang terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Beijing itu kaya dengan minyak, timah dan emas lebih-lebih lagi di lembah sungai Tarim.

Sikap prejudis terhadap penduduk Uighur itu juga menyebabkan wilayah Xinjiang dikawal ketat. Komunikasi di wilayah ini dihadkan kerana bimbang berlakunya penyebaran maklumat yang berbahaya.

Dasar ketat Beijing itu sebenarnya ada kaitan dengan kedudukan strategik Xinjiang untuk China untuk ke Timur Tengah.

Kawasan tandus dan kering yang luas di Xianjiang juga menjadi tapak bagi ujian percubaan nuklear dan latihan tentera.

Xianjiang juga merupakan wilayah pertahanan di sebelah Barat sewaktu China mengekang ancaman tentera negara Kesatuan Soviet selama kira-kira 40 tahun.

Bagaimanapun dasar yang keterlaluan itu telah menekan penduduk Uighur. Dalam masa yang sama, ia turut memuncak rasa curiga terhadap etnik Uighur di kalangan penduduk Han.

Sentimen itu tidak memerlukan sebab yang besar untuk mencetuskan rusuhan etnik yang dahsyat.

Rusuhan yang membunuh kira-kira 180 orang di Urumqi baru-baru ini misalnya, hanyalah berpunca daripada pertengkaran yang berlaku di sebuah gudang kain.

Meskipun keadaan kini kembali tenang dengan kehadiran lebih ramai anggota keselamatan, namun kejadian itu pastinya menimbulkan implikasi yang berpanjangan.

Perkara yang sama turut mendapat perhatian Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), Dr. Suffian Mansor.

Menurut Suffian, konflik di Urumqi membabitkan isu yang lebih besar iaitu soal integrasi nasional dan ekonomi.

Ia juga membabitkan soal masa depan serta pengembalian hak kepada penduduk asal yang seolah-olah dipinggirkan daripada dasar-dasar kerajaan China.

Dasar Go West kerajaan China telah menimbulkan kebimbangan di kalangan etnik Uighur mengenai nasib dan masa depan mereka serta wilayah mereka.

Isu ini tidak hanya tertumpu di Urumqi di mana tercetusnya tragedi berdarah itu, tetapi lebih besar lagi iaitu di seluruh Xinjiang itu sendiri.

Dari sudut ekonominya, penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik Han. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi.

Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran persekolahan menyebabkan mereka semakin ketinggalan.

Etnik Uighur juga terpaksa bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan. Malah, mereka berasa ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi tempat yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang.

Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan tanah untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak.

Ia banyak membabitkan tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk Uighur yang majoritinya merupakan petani dan penggembala.

Perkara inilah yang ditakuti penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah kedudukan mereka di dalam rancangan pembangunan itu.

Kerana itu juga, etnik Uighur melihat dasar Go West sebenarnya menindas mereka dan hanya menguntungkan etnik Han.

Dalam membincangkan pendekatan yang boleh diambil bagi merungkai kemelut itu, Suffian berkata, antara penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi dalam erti kata yang sebenar kepada wilayah itu.

Menurut beliau, Xinjiang pada dasarnya memang sudah diberikan status autonomi. Wilayah itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik Uighur.

Namun, status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya memandangkan masih dikawal oleh kerajaan China.

Mereka juga tidak pernah menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun beliau dipilih daripada etnik Uighur.

Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha Agung Parti Komunis China wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang etnik Han.

Dalam erti kata yang lain, status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur.

Sebaliknya dengan status autonomi yang jelas tambah Suffian, penduduk Xinjiang boleh menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah berkenaan seiring dengan wilayah China yang lain.

Dalam masa yang sama, kerajaan China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan ekonomi di Xinjiang supaya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum.

Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin oleh Beijing juga perlu diberikan kepada penduduk Uighur.

Paling utama jelas Suffian, kerajaan China perlu membuang imej pengganas dan memberi kepercayaan kepada pemimpin Uighur untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan negara itu.

''Isu di Xinjiang adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan, keadilan, pembelaan dan masa depan. Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi momokan kepada China sampai bila-bila," ujar beliau.

KEMATIAN TEOH BERMOTIFKAN POLITIK

Teoh Saksi Paling Penting Kecelakaan Exco Cina Selangor

Daripada http://empayar-malaya.blogspot.com/

Lihatlah Kerajaan BN, bersangka baik kepada ahli pembangkang dan menyifatkan kematian Teoh sebagai kematian mengejut dan membiarkan polis menyisat semua ini.

Teoh Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam.

Siapa Teoh dan mengapa semua ini berlaku kepada dirinya?

Inilah kisahnya...

Ramai yang tahu Teoh ini adalah setiausaha politik dan pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo sebelum ini pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua.

Yang penting Teo ni dah lama menyakitkan hati pemimpin DAP.

Masih ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat "celaka" berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang menuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal celaka buat bodoh saje sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.

Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni diberikan amaran oleh beberapa gangster yang di payungi oleh Ronnie Liew dan Teo pula di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?

Perlu di ingat, fail-fail kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar. Mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak. Kalau diperhatikan betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, mereka ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo.

Perlu di ingat, kesemua ADUN cina di selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka,

Jadi, ADUN-ADUN ini pasti terikat dengan perjanjian bersama dengan Ah Long dan Kongsi Gelap tadi.

Satu bala besar akan menimpa ADUN Cina selepas Teoh dipanggil oleh SPRM.

Kematian Teoh pasti ada kaitan dengan Kongsi Gelap tadi maka inilah masanya Teoh perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

Jadi Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut.

Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?

Mudah sahaja, supaya SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan itulah yang menyebabkan Ronnie Liu sekarang ini menyerang SPRM. Seterusnya menjadikan kerajaan BN sebagai defenden kedua. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat.

Puak cina celaka ini kononya bijak, namun mereka yang selama ini suka mencipta musuh telah disepak punggung mereka oleh musuh mereka tadi dan pastinya mereka tidak dapat lari dari sebuah kebenaran.

Semoga SPRM tabah menyiasat kes ciptaan Cina pembangkang ini dan semoga kebenaran disebalik kematian orang yang mampu membongkarkan ketidaktelusan ADUN Pembangkang selangor akan terungkai.

Wallahhualam.

Friday, July 17, 2009

ANTARA DUA CHUA...

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng malam semalam meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tetapi nafi akan sertai Parti Keadilan Rakyat.

Walaupun ada khabar angin mengatakan beliau akan berbuat demikian tetapi sehingga ini kekal dalam MCA.

Tidak dipastikan apakah beliau akan mengubah pendiriannya. Beliau menyerahkan tugas memimpin bahagian yang dipimpinnya sejak 1988 kepada timbalan pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Sementara Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula dipanggil untuk disiasat oleh jawatankuasa disiplin MCA berhubung video seksnya.

Beliau mengesahkan telah dipanggil untuk menghadap jawatankuasa tersebut pada 4 Ogos depan.

Dr Chua menerima surat tunjuk sebab berhubung perkara itu minggu lepas.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, kes berkenaan berlaku 20 bulan lalu. "Tetapi sekarang baru mereka hendak ambil tindakan... terpulang kepada ahli dan rakyat untuk membuat tafsiran," katanya kepada pemberita di Kulim, Kedah.

Inilah kali pertama beliau mengadakan sidang akhbar selepas menerima surat tunjuk sebab itu.

Dr Chua berjanji akan membuat pendedahan satu demi satu, secara perlahan-lahan "supaya ia menjadi lebih menarik".

Chua pula berkata, desas desus kononya beliau menyertai pembangkang bukan kali pertama. "Dalam pilihanraya umum lalu saya ditawarkan bertanding sebagai calon parti pembangkang, tetapi saya menolaknya," katanya.

Beliau kemudiannya tidak dipilih sebagai calon BN untuk kawasan Parlimen Bakri pada pilihanraya umum lalu, dan kerusi parlimen yang sebelum ini disandangnya, kemudiannya jatuh kepada parti pembangkang.

Katanya dalam pertemuan dengan anggota jawatankuasa MCA bahagian, beliau meminta mereka supaya menyokong Tee Keat yang pernah dijemputnya dua kali datang ke bahagian Bakri sebelum ini.

"Dengan ini, saya sudah melakukan yang termampu untuk menyatukan kembali anggota parti," katanya katanya sambil menegaskan perletakkan jawatan beliau itu tidak bermakna beliau akan berdiam diri selepas ini.

Dalam pemilihan MCA tahun lalu, Chua tewas kali kedua dalam cubaannya untuk merebut jawatan presiden parti selepas gagal pada kali pertama pada tahun 2005 lalu.Bagi Chua pula, beliau meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, lapor Bernama.

Bercakap mengenai masa depannya Chua berkata beliau akan meneruskan visi perjuangannya iaitu mahukan supaya kepimpinan kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan membela rakyat semua kaum dalam negara.

Beliau berkata matlamat perjuangannya yang terkandung dalam manifesto semasa bertanding untuk jawatan presiden MCA pada tahun 2005 dan 2008 lalu akan terus diperjuangkan sekalipun beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

"Saya percaya Malaysia boleh menjadi negara terkaya, lebih kaya daripada Singapura dan saya mahu kekayaan negara ini dikembalikan kepada rakyat semua kaum dalam negara," tambahnya.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA bahagian Bakri malam ini.

Katanya beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya dalam pemilihan tahun lalu, dan kini beliau hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan penyokongnya selama sejam di dewan bangunan ibu pejabat itu.

Thursday, July 16, 2009

CHUA JUI MENG AKAN SERTAI PKR?

Akan lemah dan bergolakkah MCA?

Nampak gayanya MCA perlu memperkemaskan ‘rumahnya’ selepas ini berikutan kemungkian ada pemimpinnya akan melompat ke pembangkang.

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR pada satu majlis malam ini.

Chua dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian Bakri.

Setiausaha MCA Bahagian Bakri, Kelvin Lim berkata, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian tersebut malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.

“Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Chua, 64, bekas Menteri Kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang.

Monday, July 13, 2009

AZMIN ‘PUKUL ANAK SINDIR MENANTU’

Oleh Zainal Yusof (citra _bangsa@yahoo.com)

APABILA Naib Presiden PKR, Azmin Ali mencadangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor, DAP mula terkejut. Namun Pas hanya berdiam diri tetapi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim khabarnya tidak dapat lena dibuatnya.

Sebenarnya, orang PKR semua tahu bahawa Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa adalah orang yang paling berkuasa dalam PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biasanya apabila Azmin bercakap, ia adalah suara Anwar Ibrahim. Disebabkan Anwar kini sedang sibuk untuk ‘melarikan diri’ dari pendakwaan tuduhan kes liwat terhadapnya, menyebabkan Azmin kedepan dalam hal seperti ini.

Azmin tentunya nampak kelemahan Khalid sebagai Menteri Besar. Azmin memang disebut-sebut bakal Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid tetapi Khalid menafikannya. Orang PKR tentunya tahu, Azmin lebih awal berada di dalam PKR jika dibandingkan dengan Khalid.

Namun Khalid diperlukan kerana Khalid antara jutawan yang banyak membantu Anwar dan PKR ketika Anwar dalam kesengsaraan sewaktu awal-awal dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Siapa juga yang membantu Anwar, Azmin tahu. Azmin adalah SUSK Anwar ketika Anwar menjadi Menteri dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Hubungan Azmin yang rapat dengan Anwar menyebabkan apa yang Azmin cakap biasanya ‘itulah yang Anwar setuju’.

Tidak hairanlah kalau ramai yang meninggalkan PKR kerana mereka tidak ‘dapat menerima’ Azmin sebagai orang paling berkuasa dalam PKR.

Cubalah bertanya dengan Datuk Nallakaruppan, Mohd Ezam Md Nor dan Abdul Rahman Othman. Mereka tentunya boleh menceritakan ‘siapakah Azmin’ dalam PKR. Kalau menentang cakap Azmin, ibarat menentang cakap Anwar, cerita mereka.

Jadi, ada yang mengatakan jika Azmin mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak, ia bukan satu kenyataan ‘diangin lalu’ sahaja. Desakan itu tentulah sudah dibincang terlebih dahulu dengan Anwar. Mustahil Anwar tidak tahu apa yang mahu Azmin perkatakan dan jika Anwar tidak tahu, belum pasti beliau tidak bersetuju dengan desakan itu kerana ia datangnya dari Azmin.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah tidak perlu terkejut. Jika Azmin lakukan ini, mungkin kerana Azmin mahu memberitahu Dap di Selangor, keberanian Azmin melebihi keberanian DAP di Kedah yang hanya bertindak keluar dari Pakatan Pembangkang sehanya seminggu.
Lagipun, jika DAP terasa dengan kenyataan Azmin, ia mudah diselesaikan yang mustahak mesej yang mahu Azmin sampaikan ialah kepimpinan Menteri Besar Selangor tidak bermaya, walaupun desakan merombak barisan Exco itu hanyalah dilihat sebagai ‘pukul anak sindir menantu’.

Azmin sebenarnya mendesak Khalid. Sama ada Khalid faham atau tidak, khabarnya lena Khalid kini sudah terganggu. Maklumlah, yang menegur kepimpinan ini bukan calang-calang orang.

Khalid tidak pernah gentar. Malahan, sergahan SPRM terhadapnya sudah dilawannya sampai saman-menyaman. Tetapi apabila Azmin yang menegur, Khalid sudah terbayang dia bakal ‘makan pencen’ dalam politik, serentak dengan desas-desus yang mengatakan dia bakal mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim bertanding di situ.

DAP pula beranggapan Azmin menyerang Ronnie Liu Tian Khiew yang bertanggungjawab terhadap PBT di seluruh Selangor. Apa yang Azmin bangkitkan ada hubungan kaitnya dengan perlantikan Ahli Majlis yang menimbulkan rasa tidak puashati PKR. Namun, DAP menyifatkan kesilapan PKR sendiri yang menyebabkan wakil PKR tidak dapat diisi sebagai Ahli Majlis.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula berpendapat desakan merombak barisan Exco tidak terhad kepada Exco sahaja sebaliknya menukarkan Khalid dari jawatan Menteri Besar kepada orang lain kerana Khalid dianggapnya sebagai gagal melaksanakan tugasnya mentadbir negeri.

UIGHUR TENAT DIKEKANG HAN

Oleh Hafizahril Hamid (Mingguan Malaysia)

NASIB umat Islam sering saja tertindas terutama di kawasan yang mereka menjadi minoriti. Tidak kira di ceruk rantau mana mereka berada, ada saja konflik dan penindasan yang tercetus.

Kita boleh saksikan juga perkara sebegini berlaku di negara seperti Thailand dan Filipina yang mana umat Islam merupakan minoriti.

Begitu juga nasib umat Islam di negara-negara Barat seperti Perancis. Mereka ini dilayan seperti penduduk kelas kedua kerana mereka ini merupakan pendatang dari negara bekas jajahan seperti Maghribi dan Algeria. Maka tidak hairanlah berita kejadian rusuhan pada 2005 pernah menjadi sisi gelap bagi negara itu.

Namun semua kejadian ini tidak dinilai dengan bijak dan terbuka oleh China, sebuah negara yang bakal mendominasi landskap ekonomi dan politik dunia. Jika mereka mengkaji dan menilai apa yang berlaku di Palestin, selatan Thailand malah di Perancis pastinya nasib penduduk minoriti Uighur akan lebih baik dan terjamin memandangkan mereka ini juga sebahagian dari penduduk negara itu.

Mereka ini adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.

Pada awalnya pertembungan pada Ahad lalu tercetus akibat kegagalan kerajaan mengendalikan pertikaian tersebut dengan adil hingga bertukar menjadi ganas. Maka tercetuslah pertempuran antara kaum Han dan etnik Uighur yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 156 orang terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

Tindakan ini dilihat sebagai yang paling berdarah selepas kejadian di Medan Tiananmen lebih 20 tahun lalu. China menuduh puak pemisah Islam Uighur menggunakan senjata pisau dan kayu belantan ketika mengadakan rusuhan.

Ratusan penunjuk perasaan dari kaum Han, kumpulan etnik utama di China, dengan bersenjatakan pisau pemotong daging, paip besi dan batang kayu bertindak menyerang kedai-kedai milik kaum Uighur.

"Mereka menyerang kami, kini giliran kami untuk menyerang mereka," kata seorang lelaki Han.
Sebelum itu, sekumpulan wanita Islam Uighur yang bertudung bergelut dengan anggota polis bersenjata dalam protes berasingan di ibu kota itu.

Kira-kira 200 wanita menyekat sebatang jalan sambil menjerit bahawa suami dan anak-anak mereka telah ditangkap dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh pihak berkuasa China ke atas kaum minoriti Islam itu.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, polis telah menangkap 1,434 suspek kerana disyaki terlibat dalam rusuhan tersebut.

Bagaimanapun di sebalik semua insiden ini pastinya kita tertanya-tanya kenapa peristiwa ini berlaku. Secara umumnya diskriminasi dan polarisasi kaum menjadi kata kunci kepada rusuhan ditambah pula rasa tidak puas hati akibat penindasan yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap kaum Uighur.

Wilayah Xinjiang yang mempunyai keluasan 1.6 juta kaki persegi dengan kepadatan penduduk 20 juta merupakan sebuah wilayah yang asalnya dikuasai oleh kaum Uighur. Nama wilayah Xinjiang yang bermaksud wilayah baru dalam bahasa Mandarin dianggap sebagai satu penghinaan kepada kaum Uighur. Mereka lebih suka jika nama yang membayangkan etnik mereka seperti Uyghurstan digunakan.

Wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Rusia bahagian utara serta Pakistan dan India di bahagian selatan turut menempatkan 47 etnik lain. Namun kaum Uighur yang kebanyakan bertutur dalam bahasa Turki menguasai dengan jumlah penduduk 8.3 juta.

Dari segi sejarah, wilayah ini telah banyak kali dijajah oleh China. Wilayah ini pernah muncul sebagai Turkestan Timur ketika berlakunya perang saudara namun China bertindak menyerang dan menguasai wilayah ini pada tahun 1949. Sejak itu wilayah itu diletakkan sebagai salah satu dari lima wilayah autonomi di China.

Bagaimanapun peningkatan mendadak kaum Han China di situ telah meningkatkan kemarahan kaum Uighur. Bayangkan dari hanya enam 6 peratus pada 1949 kini kaum Han telah meningkat kepada lebih 40 peratus penguasaan.

Ini jelas menunjukkan polisi yang diamalkan China bagi mengelakkan penguasaan kaum Uighur di wilayah itu selain dari mengelak sebarang kegiatan nasionalis berleluasa. Apatah lagi dengan kejayaan negara-negara bekas jajahan Rusia seperti Kazakhstan mendapat kemerdekaan pada 1990-an, China melihat usaha menempatkan kaum Han di wilayah ini sebagai satu keperluan untuk mengekang sebarang usaha-usaha berbentuk nasionalis dan kemerdekaan.

Gerakan mendapat kemerdekaan oleh puak Uighur ini telah diusahakan oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) dan Parti Islam Turkestan (TIM). Kedua-dua kumpulan telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas dan didakwa pernah menerima latihan dan dana dari Al-Qaeda.

Bagi pemimpin demokrasi Uighur yang kini tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat (AS), Rebiya Kadeer beliau menganggap apa yang berlaku sekarang sebagai tindakan luahan perasaan marah penduduk asal.

"Apa yang saya lihat di sana ialah golongan muda tidak mempunyai pekerjaan, tanpa pendidikan dan tanpa harapan.

"Mereka tahu matlamat mereka tetapi pada masa yang sama mereka tahu tidak ada harapan untuk ia dipenuhi. Saya tidak menyokong tindakan ganas sebegini tetapi kemarahan seperti ini pasti ada sebabnya," kata Rebiya yang pernah menjadi antara orang terkaya di China sebelum disumbat ke dalam penjara selama enam tahun.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku.

Mereka perlu lebih peka dengan kehendak puak Uighur ini memandangkan mereka juga sebahagian dari penduduk negara itu. Adalah jelas, yang tertindas adalah puak Uighur kerana segala hak dan kepunyaan mereka ini dirampas hanya untuk memberi ruang untuk kaum majoriti Han yang menguasai China secara keseluruhan.

Sunday, July 5, 2009

Anwar tidak boleh tutup ketentuan ALLAH

Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Pada 3 Julai lalu, Anwar dan peguambela masih meneruskan saki baki 'pertarungannya' untuk menangguhkan dan menggugurkan kes. Perbicaraan dalam perbicaraan sengaja dicipta oleh Anwar untuk mencapai maksud tersebut.

Hari ini juga mahkamah mendengar satu lagi pra perbicaraan berkenaan dengan permohonan dokumen. Hari ini juga keputusan akan dibuat, setelah kes itu sepatutnya dibicarakan pada 1 Julai lepas, terpaksa ditangguhkan kerana tiada kerjasama Anwar, katanya dia mahu ke parlimen, kerana urusan di parlimen lebih penting, maka pra-perbicaraan yang membabitkan permohonan dokumen terpaksa ditangguhkan mengikut kehendak Anwar.

Betulkah Anwar benar-benar perihatin kepada parlimen ? Kalau benar, kenapa pada masa lalu, Anwar sanggup tidak hadir ke parlimen, semata-mata untuk mengikuti sidang Amerika di Doha ? Dia beri alasan kononnya dia terlepas kapal terbang, walhal dari awal lagi Anwar sudah diketahui, bahawa persidangan Amerika di Doha, melepasi tarikh persidangan parlimen.

Tidak tahulah, keputusan berkaitan dengan 'permohonan dokumen' hari ini terpaksa ditangguhkan lagi, dengan Anwar memberi alasan lain pula. Lagipun sebelum ini, Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambela telah memberi bayangan, bahawa dia tidak dapat hadir dalam perbicaraan hari ini kerana mempunyai tugas lain yang lebih penting.

Kalau Anwar dan peguambelanya menganggap perbicaraan memohon dokumen tidak penting, kenapa mereka bersungguh-sunguh failkan petisen memohon agar kes dokumen dibicarakan pada 10 Jun lalu ?

Apabila mahkamah mengambil respon terhadap permintaan Anwar dengan menetapkan tarikh perbicaraan (asalnya 1 Julai, ditangguh kepada 3 Julai), kenapa pula, Anwar dan barisan peguamnya mengambil sikap sambil lewa, seolah-olah tidak berminat meneruskan perbicaraan ini ?

Bermacam-macam alasan diberikan Anwar, sibuk dengan urusan parlimen, sibuk dengan mesyuarat PR, juga pelbagai alasan diberikan oleh barisan peguam Anwar, sibuk dengan urusan lain yang lebih penting, belum bersedia sepenuhnya dan sebagainya yang membawa maksud mahu tangguh menangguh kes ini. Lagi lama ditangguh, lagi bagus. Kalau boleh lakukan sesuatu agar kes ini tidak dibicarakan terus, barangkali itulah yang tersemat di hati kecil Anwar!

Berlainan pula dengan pihak mangsa, Saiful Bukhari, kita tidak mendengar, dia tidak beri kerjasama. Walaupun kadang-kadang dia merungut (seperti yang diluah di blognya), kerana Anwar berusaha menangguh-nangguhkan kes, namun Saiful akur dan menuruti setiap keputusan mahkamah.

Kita juga tidak mendengar apa-apa rungutan apatah lagi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaraya, walaupun pada hakikatnya mereka juga seperti manusia lain, bosan dengan karenah Anwar yang mahu mengelak kes ini dibicarakan.

Tetapi kita sering mendengar kenyataan media yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguambelanya (terutamanya Sankara Nair) di media, khasnya Malaysiakini. Sebab itu dari awal lagi, saya membuat rumusan bahawa Anwar silap memilih ketua peguambela yang sepatutnya diberikan kepada SN Nair, bukannya kepada Sulaiman Abdullah.

Tetapi kenapakah Anwar tidak memilih SN Nair sebagai ketua? Kenapa pula pilih Sulaiman Abdullah ? Anwar pun tahu ketidakupayaan SN Nair menjadi ketua, berbanding dengan Sulaiman Abdullah, sebab itu Anwar pilih Sulaiman, tetapi semua arahan Anwar disalurkan kepada SN Nair, bukan kepada Sulaiman Abdullah, hingga terjadilah konflik peribadi.

Kenapa terjadi begitu ? Sebenarnya Anwar sendiri dalam dilema untuk memilih antara 'menyediakan hujah-hujah kebenaran fakta' dengan 'hujah-hujah persepsi politik'dalam menghadapi kes pertuduhan liwat kali ini.

Ini kerana, Anwar telah belajar, faktor kekalahan kes liwat tahun 2000, apabila Christopher Fernando,(ketua peguambela Anwar ketika itu) hanya mengikut skrip yang disediakan Anwar, iaitu tidak menjawab soalan pendakwaraya, sebaliknya menyerang pendakwaraya dengan merekacipta satu hipotesis baru, iaitu, 'teori konspirasi'

Soalan pendakwaraya ketika itu, betulkah kamu (Anwar Ibrahim) meliwat Azizan Abu Bakar pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma Darmawan (adik angkat kamu), di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur ?

Tetapi semasa diberi peluang menjawab, Anwar tidak menjawab soalan itu, sama ada betul atau tidak, sebaliknya, Anwar mencipta satu pertuduhan baru, semua ini TEORI KONSPIRASI.

Christopher Fernando, tahu jawapan Anwar itu akan menyebabkan Anwar tewas, kerana tidak menjawab soalan, tetapi Christopher juga tahu, dia dibayar oleh Anwar untuk mengikuti semua kemahuan Anwar. Menang atau kalah tidak penting kepada Christopher, tetapi yang lebih penting adalah bayarannya. Maka, Christopher,menggunakan kekuatan retoriknya, mengikut semua skrip yang disediakan oleh Anwar berhujah atas hipotesis baru Teori Konspirasi, walaupun gagal dibuktikan secara sah!

Sulaiman Abdullah yang bersama-sama team peguambela Anwar ketika itu tidak bersetuju, kaedah tidak menjawab soalan yang dicadangkan Anwar, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa, kerana dia hanyalah salah seorang peguam Anwar, ketuanya adalah Christopher Fernando.

Jadi harga yang mahal mahal diperolehi oleh Christoper adalah bayaran lumayan daripada Anwar serta dianggap hero oleh para penyokong Anwar, kerana berjaya 'menyambung lidah Anwar'. Tetapi Anwar juga turut mendapat harga paling mahal dalam kes itu, di mana dia telah tewas, dan dihukum penjara selama sembilan tahun!

Jadi berdasarkan pengajaran kes terdahulu, sekali lagi Anwar berada dalam dilema untuk memberikan hujah-hujah kebenaran yang sepatutnya disalurkan kepada Sulaiman Abdullah atau menyedia skrip politik lama,'Teori Konspirasi' yang disalurkan kepada SN Nair.

SN Nair adalah peguam kepercayaan Anwar, sebab itu dari SN Nair berambut (1998), hingga sekarang berkepala botak, SN Nair diambil menjadi peguam peribadi Anwar. Maknanya SN Nair merupakan khadam yang setia dengan Anwar, sanggup mengikuti apa sahaja skrip yang dibuat oleh Anwar, walaupun sudah diketahui skrip itu bakal membunuh majikannya sendiri.

Hari-hari terakhir sebelum barisan pendakwaraya mengemukakan bukti (sepatutnya 8 Julai ini), satu pengajaran lain juga kita dapat ketahui.

Pengajaran itu adalah Anwar adalah seorang yang suka menyalahgunakan kedudukannya untuk mencapai apa yang dikehendaki. Anwar mengarahkan barisan peguamnya, untuk berusaha mengubah keputusan mahkamah yang sebelum ini menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan. Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu dan menggunakan kekuatan wangnya telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan kes itu dengan mencipta beberapa perbicaraan kecil lain. Pada 10 Jun difailkan petisen perbicaraan kes dokumen dan pada 17 Jun pula dibuat lagi satu petisen baru iaitu memohon perbicaraan digugurkan. Inilah usaha-usaha terakhir Anwar untuk menggugurkan kes, menggunakan kekuatan kewangannya dan barisan para peguamnya.

Ini membetulkan semua tuduhan yang telah dibuat sebelum ini bahawa pada tahun 1997, Anwar Ibrahim telah 'menggunakan' kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membuat arahan kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Said Awang, ketika itu untuk mengubah surat pengakuan bersumpah yang telah dibuat oleh Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.

Tujuan Anwar 'mengarahkan' Pengarah Cawangan Khas untuk melakukan penyelewengan, mengikut kemahuannya untuk menggelakkan skandalnya dengan Shamsidar Tahrin, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar diketahui umum.

Jadi, kalau dahulu Anwar pernah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan dirinya sendiri, maka perkara sama dilakukan kini semata-mata untuk menutup skandalnya terbongkar.

Kalau dulu, Anwar bermati-matian mahu menutup kes dan tidak mahu kes itu dibicarakan, bagaimana pula dengan sekarang?

Anwar boleh tutup semua perkara untuk diketahui umum, tetapi Anwar tidak boleh tutup ketentuan ALLAH yang membukanya untuk diketahui semua orang!

Friday, July 3, 2009

LIWAT SAIFUL, ANWAR MAKIN TERTEKAN?

Sumber: Malaysia-Hariini

SANDIWARA dan putarbelit Anwar Ibrahim bermula lagi. Sekali lagi Anwar Ibrahim akan memperalatkan rakyat dan sekali lagi lagi juga rakyat yang taksub kepada Anwar Ibrahim akan ditipu dan seperti biasa sebagai orang politik Anwar akan mengambil kesempatan ini untuk memperbodohkan rakyat supaya mempercayai bahawa beliau seorang ahli politik yang bersih, tokoh yang mahu memperjuangkaqn nasib dan masa depan rakyat, tokoh yang maksum dan tidak pernah melakukan dosa kecil dan besar dan beliaulah kononnya satu-satunya tokoh pemimpin yang ada bagi menyelamatkan negara ini daripada rasuah, nepotisme dan kronisme.
Itulah kononnya dan rakyat yang buta mata hati akan terpedaya dengan helah Anwar ini.

Perbicaraan terbaru kes liwatnya seperti yang didakwa oleh bekas pembancuh tehnya Shaiful Bukhari akan bergema di mahkamah pada bila-bila masa dan Anwar sedang berusaha dengan pasukan peguambelanya untuk menggugurkan kes tersebut dan dalam usaha itu rakyat sedang diyakini oleh Anwar dan pasukan soraknya, kononnya ada usaha terancang untuk memalukan dia, ada konspirasi kononnya mahu menghalang dia menjadi Perdana Menteri, ada pihak berniat jahat dan Anwar dilihat sedang berusaha untuk membawa rakyat bersama kes ataupun tuduhan yang dia sedang hadapi ini apabila dia mula menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan beliau bersalah ataupun tidak. Anwar sedang membelakangi peranan mahkamah yang biasanya akan membuat keputusan dan mengheret rakyat untuk menentang sistem kehakiman adalah satu tindakan yang boleh mencemar semua imej institusi yang terlibat.

Anwar tidak perlu takut atau bimbang dengan kes liwat yang sedang dihadapinya ini. Kalau Anwar tidak berani bersumpah seperti yang Saiful lakukan, mahkamah adalah tempat terbaik untuk Anwar mempertahankan dirinya bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful. Anwar tidak perlu lagi berdolak dalik. Peluang untuk Anwar membersihkan diri daripada dituduh meliwat Saiful ada di depan matanya. Anwar tidak perlu mengarahkan pasukan peguambelanya untuk menangguhkan kes tersebut. Pasukan peguambelanya sekiranya yakin Anwar tidak bersalah tidak perlu ada rasa takut untuk menghadapi Saiful. Mereka ini handal dan pintar berhujah sedangkan Saiful hanya dianggap sebagai budak pembancuh the semata-mata. Jadi peluang untuk Anwar menang mungkin cerah.

Tetapi Anwar dilihat begitu tertekan dengan kes ini. Anwar mengarahkan pasukan peguambelanya menggunakan apa sahaja cara supaya mahkamah menggugurkan kes liwat tersebut. Anwar tidak berani ke mahkamah dan Anwar sedang merekayasa alasan-alasannya supaya nampak logik dan Anwar mahu menekan mahkamah supaya membuat keputusan menolak untuk membicarakan kes tersebut.

Anwar pernah berdepan dengan beberapa kes besar lain dan proses mahkamah, perbicaraan, keputusan dan juga penjara sudah terlalu biasa untuk Anwar dan kalaulah selama ini lidah Anwar cukup petah berhujah sehingga UMNO BN dan rakyat menerima kesan yang cukup hebat apa sangatlah kalau mahu dibandingkan dengan kes ini, Anwar mesti mampu menghadapinya.

Kalau laporan awal doctor itu ada kebenaranya. Maka untuk pusingan pertama Anwar telah menang. Jadi apa yang perlu dibimbangkan lagi. Heret sahaja Saiful ke mahkamah dan Anwarkan memang pakar dalam kes saman menyaman, saman fitnahlah terhadap Saiful.

Tetapi mungkin Anwar bimbang dengan sistem teknologi moden yang ada hari ini ataupun takut untuk berdepan dengan pasukan peguam Saiful bahawa zaman ini sudah ada KY Jelly, ada minyak pelincir yang boleh memudahkan proses kemasukan kemaluan ke dalam dubur hingga tidak boleh meninggalkan kesan koyakan ataupun tusukan hingga doktor pun kelabu mata. Dan kita juga kena rasional bahawa untuk mengenali seseorang itu tidak cukup dengan gambar tangan, kaki atau lengan sahaja dan dokotr yang benar-benar pakar perlu melihat keseluruhan anggota badan sebelum mengenalpasti seseorang itu benar ataupun palsu.

Rakyat yang cerdik dan tidak mudah ditipu oleh taktik licik Anwar yang penuh dengan agenda tersembunyi itu sudah mula terfikir dan tertanya-tanya, kenapa Anwar takut untuk ke mahkamah? Kenapa Anwar sedang berbelit-belit dengan alasan-alasan dangkal yang menggelikan hati? Kalau tuduhan Saiful itu palsu, kenapa ini yang Anwar bimbangkan? Anwar seharusnya percaya bahawa yang benar itu tetap benar dan kebenaran akan timbul sekiranya Anwar tidak meliwat Saiful, mahkamah akan membuat keputusan dan Allah akan membantu Anwar sekiranya benar beliau dianaiya, dikianati oleh orang yang cemburu kepada kejayaannya sebagai pemimpin pembangkang.

Anwar tidak perlu menyalak ke sani sini, dalam Negara dan luar Negara menagih simpati rakyat supaya turut sama mempertahankan dirinya daripada dibicarakan di mahkamah. Anwar yang selama ini terpekik terlolong mempertahakan system mahkamah dan pernah berterima kasih kerana mahkamah yang sama membebaskannya tetapi sedang mencerca peranah mahkamah itu. Betullah kata orang, bila keputusan itu memihak kepada beliau ataupun pembangkang, mereka akan memuji bahawa insitusi kehakiman kita bersih, ada reformasi serta transformasi tetapi jika tidak memihak, berlaku sebaliknya dan mahkamah dan kerajaan akan dicerca hingga lumat oleh pemimpin-pemimpin munafik seperti kumpulan mereka ini.