Mengapa Hindraf(Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) atau (Hindu Rights Action Force) sebuah pertubuhan haram dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya sedangkan kumpulan ini telah melanggar undang-undang negara selain mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam

Mengapa Hindraf tidak diambil tindakan sedangkan kerajaan sanggup membunuh dan menyerang kumpulan Al Maunah serta menghapuskan Al-Arqam. Apakah tindakan kerajaan ini menunjukkan kerajaan 'double standard' dalam menjalankan undang-undang negara? Apakah kerajaan hanya berani mengambil tindakan kepada gerakan haram Islam sedangkan gerakan haram India/ Hindu, kerajaan letakkan di kelas yang berbeza?
Adakah kerana ia di dokong oleh sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur maka ianya kebal dari segi undang-undang malah lebih kebal daripada raja-raja Melayu. India/ Hindu ini tidak berpuashati tentang perobohan kuil-kuil yang tidak didaftarkan tumbuh macam cendawan.
Beberapa siri perobohan kuil Hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.Dengan menggunakan sentimen agama dan

Kerajaan Malaysia pula mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan. Soalnya sekarang semua pusat ibadat sama ada masjid/surau, tokong atau kuil mesti mendapat kebenaran. Walaupun agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi pembinaan masjid atau surau tidak boleh dibina sesuka hati malah turut mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pokoknya sekarang adalah pelanggaran undang-undang.
Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis seperti Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur yang berusia 100 tahun, Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak, Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya dan lain-lain. Bagi saya jikalau Masjid Negara atau Masjid Putrajaya dibina atas dasar

Dakwaan berlakunya 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Langka.
Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Inilah orang yang tidak pernah bersyukur. Patutlah negara India susah hendak menikmati keamanan kerana memang perangai keturunan turun temurun. Pemimpin-pemimpin mereka pun ramai yang mati di bunuh.

Siapakah sebenarnya di belakang HINDRAF? Ahli politikkah? Benarkah HINDRAF mendapat sokongan padu daripada seluruh masyarakat India?. Kalau Al-Maunah dan Al-Arqam boleh diambil tindakan, mengapa pertubuhan haram HINDRAF ini diberi muka berlebih-lebihan. Apakah sebenarnya yang berlaku antara HINDRAF dan kerajaan?
Maka kenyataan akhbar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali bahawa tindak tanduk biadap HINDRAF jika tidak dihentikan segera boleh membawa masalah besar kepada negara perlu disokong oleh seluruh umat Melayu Islam.
No comments:
Post a Comment