Kata Samy Vellu beberapa ketika dahulu, “hujan saja turun, lain semua naik!”
Apa yang naik? Dia bukan mencarut tetapi itulah hakikatnya dengan harga barang ketika ini.
Kadang-kadang malu dan malas nak ulas apa Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cakap.
Pada 15 Oktober lalu dia melahirkan rasa kesal dengan para peniaga kerana masih tidak menurunkan harga barangan walaupun kerajaan sudah menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali.
Perdana Menteri berkata, sepatutnya para peniaga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi setelah kenaikan harga barangan sebelum ini dikaitkan dengan harga minyak.
Tetapi oleh kerana ia ada kena mengena dengan diri, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia, kena ulas juga.
Saya terbaca apa kata Mesin Taip Buruk (http://mesintaipburuk.blogspot.com) yang menurutnya:
“Itulah dulu masa nak naikkan harga minyak tak fikir dua tiga kali, gelojoh dan macam tak sabar-sabar. Dah lah tu, naik pulak langsung sampai 80 sen. Dah la mula-mula kata nak naikkan September, alih2 lepas dua hari cakap macam tuh tup-tup harga minyak naik. Tak fikir/kaji ke trend kenaikan harga minyak tu. Ini tidak main sedap cakap & bertindak saja.
Puak2 penasihat pun sama, dah tau orang tua nih tak berapa nak cerdik, kenapalah tak bagi nasihat betul2. Ini tidak main ikut dia saja. Sekarang siapa yang tanggung susah? Rakyat jugak. Kenapa pulak marahkan peniaga tak turunkan harga? Eh.. siapa nak turun kalau dah naik. Macam sesetengah pemimpin kita gak, dah duduk atas tak ada hati nak turun.
Sanggup nak jadi pemimpin sampai dah nak mampus. Tak fikirlah orang kat bawah ni dah meluat dengan mereka. Berbalik pada harga barang, aku pernah tanya peniaga kenapa harga masih tinggi sedangkan minyak dah turun harga. Mudah mereka cakap... ala minyak turun berapa sen sangat? See... Betul gak cakap dia. Kalau Pak Lah dulu naikkan sikit2 harga minyak, tak de lah rakyat menderita sangat. Ini dah lah naikkan harga mengejut, tinggi pulak tuh.
Macam lah negara tak ada duit sangat kena tanggung subsidi minyak. Dah la tuh duit subsidi minyak diberikan dalam bentuk lain... bagi cash rebet RM650 cukai jalan. Sehari boleh habis... Begitu juga bagi cash kat orang2 miskin, ibu tunggal dan OKU. Habis yang sihat walafiat tetapi hari2 guna kereta, motor macam mana? Inilah pemikiran pemimpin yang otaknya hanya boleh berfikir sejengkal saja. Ish... malas dah aku nak mengumpat pasal orang tua nih.
Nanti dia susah nak mati. Maklum, bukan aku sorang saja yang mengata tapi aku rasa ramai lagi di luar sana. Kesian dia... Jadi Pak Lah, janganlah salahkan peniaga yang tak turun harga barang tetapi salahkan diri sendiri sebab buat keputusan terburu2. Lebih baik Pak Lah mintak maaf saja kepada rakyat Malaysia sebab 5 tahun perintah negara, 5 tahun rakyat menderita!
Jadi, bila baca berita hari ini geger memperkatakan bahawa ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini, ada semacam rasa lega.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin. Dalam pada itu, penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.
Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan. Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah.
Tapi ingatkan kenyataan Pak Lah yang b**** dan b****** itu, aku rasa macam harga barangan sukar untuk turun.
Tidak tahu pada siapa nak cakap. Pada Shahril? Hmmmm dulu cakap banyak dan macam-macam bila jadi Menteri, apa dibuatnya tidak tahu.
Bukan nak puji, masa Shafie Afdal jadi Menteri, dia ada turun padang dan sanggup ‘berperang’ dengan peniaga. Masa Shahril? Harap ke rambut putihnya sahajalah....
Apapun bersyukur jika benar Minyak Turun Lagi. Taklah bising sangat yang seorang lagi tu! Siapa? Tau-taulah dan dialah paling bijak dan berkebolehan tapi tidak ada kuasa kerana dia hanya pandai berbicara!
No comments:
Post a Comment