Monday, October 13, 2008

BAHAYA POLITIK WANG DI PERINGKAT PEMUDA

Apa bentuk politik UMNO di mana depan jika rasuah politik berleluasa di kalangan pemuda?

Apa nak jadi dengan Pemuda UMNO?

Ada penulis blog mula geger bagaimana orang yang tidak popular boleh mendapat pencalonan tinggi?

MSO melalui Tinta Merahnya bertanya: “Apakah Mukhriz Main Duit?”
Menurut beliau Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, jauh ke hadapan meninggalkan tiga calon lain untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Sehingga jam 8:30 malam 12 Oktober 2008 (semalam), Mukhriz mendapat 39 pencalonan.
Ini melayakkan ahli Parlimen Jerlun itu bertanding jawatan utama sayap kanan Umno itu.

Pencabar terdekatnya Khairy Jamaluddin mendapat 20 pencalonan dan masih belum layak untuk bertanding jawatan ketua Pemuda. Khairy memerlukan sembilan pencalonan lagi.

Manakala bekas MB Selangor Mohamad Khir Toyo pula mendapat sembilan pencalonan, dan Zahidi Zainul Abidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya sendiri.

MSO berhujah, pencalonan untuk Mukhriz diluar jangkaan dan ramalan sebelum ini. Ini kerana pemerhati berpendapat Mukhriz tidak berdaya untuk mengatasi Khairy Jamaluddin yang dikira calon favourite dan seakan sudah diberi laluan oleh Hishamuddin Hussein selepas Ketua Pemuda itu melompat ke jawatan Naib Presiden.
Khairy sebenarnya yang dikaitkan dengan politik wang.

Ada pihak tertentu membayangkan Khary tidak menghadapi masalah untuk mendapat pencalonan lumayan kerana beliau diatakan telah 'membeli' ketua-ketua pemuda Umno dengan berbagai projek rundingan terus.

Kata MSO: “Ada maklumat liar mengatakan lebih 50 ketua pemuda dikatakan menjadi anak peliharaan Khairy yang mendapat berbagai kemudahan dan tawaran projek. Setiap ketua pemuda dikatakan mendapat projek bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta. Sekiranya tuduhan itu benar sudah pasti Khairy akan mendapat pencalonan mudah.”

Sebaliknya apa yang berlaku kini Khairy nampaknya terkial-kial untuk mencukupkan pencalonan bagi beliau melayakkan diri. Kenyataan ini menolak dakwaan berkenaan.

Tanya MSO: “Apakah dakwaan asal itu kini sudah terbalik? Di mana ada calon lain yang telah menggunakan wang membeli perwakilan dengan janji projek dan kontrek? Mereka menghulurkan wang berkali ganda berbanding Khairy? Ini tida musathil kerana disebabkan terlalu marah dan kecewa dengan Khairy mungkin ada para dermawan yang membantu calon tertentu. Umno memang terkenal dengan rasuah dan politik wang dalam pemilihan pemimpinnya.”

MSO mendakwa, campur tangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh diketepikan. Ini kerana ketika pilihan raya umum lalu ada seorang calon mengakui menerima wang sebanyak RM1 juta daripada DR Mahathir.

Kalau kepada orang lain Mahathir boleh menghulurkan sebanyak itu kenapa tidak untuk anaknya sendiri?

Sementara itu Harakahdaily semalam turut melaporkan bahawa pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno semakin panas dengan dakwaan wujudnya politik wang yang begitu berleluasa sehingga melibatkan jumlah yang sangat besar.

Beberapa blogger Umno mendakwa sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan bagi mendapatkan pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Machang sahaja di mana setiap perwakilan yang hendak dibeli undi mereka didakwa diberikan RM500.

Pemuda Umno bahagian tersebut mencalonkan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno di mana Khairy mendapat 96 undi manakala Exco Pemuda Umno, datuk Mukhriz Mahathir mendapat 78 undi.
Diulangi, berslogankan"Berani Berubah!", Ahli Parlimen Jerlun itu telah pun layak untuk bertanding.

Kita lihatlah nanti apa nasib yang akan menimpa Pemuda UMNO jika wang dijadikan umpan untuk pertaruhan.

No comments: