Perintah reman itu
dikeluarkan Majistret A.Akhiruddin Acho selepas membenarkan permohonan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman kedua-dua suspek
tersebut.
Selain itu, mahkamah sama
mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga pegawai dan seorang
pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas dakwaan bersubahat bersama Tan
Sri berkenaan.
Terdahulu, keenam-enam
suspek terbabit tiba di mahkamah di Putrajaya pada pukul 9.30 pagi.
Semalam, Tan Sri berkenaan ditahan SPRM di kediamannya di Johor pada pukul 10.30 pagi semalam manakala anaknya ditahan di pejabatnya pada pukul 11 malam.
Semalam, Tan Sri berkenaan ditahan SPRM di kediamannya di Johor pada pukul 10.30 pagi semalam manakala anaknya ditahan di pejabatnya pada pukul 11 malam.
Tiga pegawai dan seorang bekas pesara JPS itu pula
ditahan berasingan di Johor, Melaka dan Seremban.
Difahamkan, tuntutan palsu itu dilakukan di bawah
kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian JPS.
Suspek dipercayai mengemukakan invois pembayaran
berjumlah hampir RM13 juta bagi membekalkan 358 unit geotube.
Hakikatnya, hanya 89 unit yang dibekalkan bernilai
kira-kira RM4 juta dan akibatnya, kerajaan kerugian hampir RM9 juta.
Kelmarin media melaporkan seorang individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan
berhubung tuntutan palsu pembekalan geotube Sungai Melaka, Melaka.
Suspek berusia 48 tahun difahamkan sudah berhenti bekerja
dengan syarikat itu pada 2014 namun berkemungkinan terlibat dalam salah laku
itu pada 2012.
Semalam juga, sehari selepas SPRM menahan seorang “Tan Sri” berkenaan di Johor
kerana disyaki terbabit kes penipuan, anak lelaki suspek pula turut ditahan.
Lelaki berusia 31 tahun yang ditahan berhubung kes itu,
dibawa ke mahkamah bersama bapanya di Putrajaya jam 9 pagi semlam untuk direman.
Lelaki itu ditangkap di Johor Bahru dan siasatan awal
menunjukkan dia turut terlibat dalam kes penipuan itu.
No comments:
Post a Comment