Memperdagangkan senjata api boleh dikenakan hukuman mati.
Itu hukuman namun perbuatan anggota Jabatan SukaRELAwan
Malaysia (RELA) menjual senjata api yang dicuri milik RELA sungguh memalukan.
Laba yang didapati tidaklah sebesar mana tetapi bahaya yang menanti, termasuk kehilangan nyawa dan harta, tidak boleh dikira dengan wang ringgit.
Siapa anggota RELA dan untuk apa ia ditubuhkan? Bukankah rakyat yang setia untuk pertahankan negara daripada jenayah?
Bagaimana jika senjata api itu jatuh ke tangan mereka
yang tidak bertanggungjawab hasil perbuatan kakitangan RELA yang memang tidak
bertanggungjawab?
Diliporkan, 26 senapang patah milik Jabatan SukaRELAwan
Malaysia (RELA) Selama, Perak yang hilang dari stor RELA Wilayah Utara Bukit
Selambau, Sungai Petani dijual antara RM1,000 hingga RM3,000 setiap laras.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata hasil
siasatan polis juga mendapati aktiviti penjualan senjata api yang didalangi
seorang pegawai RELA dari Selama, Perak itu melibatkan kenalan pegawai terlibat
daripada kalangan anggota RELA sendiri dan orang awam.
“Ia jual antara RM1,000 hingga RM3,000 (dan ia) sangat
murah tetapi hukuman dia sangat berat.
Ini perlu pihak media perjelaskan kepada
semua yang penjualan dan pemilikan senjata api tanpa lesen hukumannya berat,” katanya
kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah
di Alor Setar semalam.
.
Asri berkata pihaknya kini menjalankan siasatan mengikut
Seksyen 7(2) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memperdagangkan
senjata api yang sabit kesalahan adalah hukuman mati mandatori atau penjara
seumur hidup dan tidak kurang 6 kali sebatan.
“Kita juga menyiasat 13 suspek lagi di bawah Seksyen 8
Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat (PLB) 1971 kerana memiliki senjata api
tanpa lesen yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6
kali serta seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru yang boleh
dihukum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Asri berkata setakat ini polis masih lagi memburu suspek
dan mengesan 12 laras senapang patah yang masih hilang.
“Kita sudah pun kenal pasti mereka ini di sekitar Perak
dan kita seru mereka tampil dan menyerahkan senjata api tanpa lesen ini di
balai polis berdekatan,” katanya.
Menurutnya, setakat ini 14 senapang patah milik RELA
berjaya di rampas daripada 14 suspek berusia 29 hingga 56 tahun.
“Jika mengikut pecahan tangkapan, kita menahan 6 orang di
sekitar Taiping, 6 lagi di sekitar Selama, 2 orang di sekitar Kerian, seorang
di Gerik (Perak) manakala 2 suspek di Kuala Muda, Kedah.
“Kita juga merampas 300 butir peluru tabur jenis 12 bolt.
Siasatan polis kini menjurus apa tujuan senjata api itu dimiliki sama ada
berkait unsur militan atau tidak,” katanya.
Beliau berkata sehingga kini kesemua suspek masih direman
untuk siasatan lanjut dan akan dituduh di mahkamah di daerah suspek ditangkap.
No comments:
Post a Comment