Harap-harap banyak lagi kes seperti ini dapat didedahkan.
Cakap-cakap mengenai rasuah, penyelewengan dan pengubahan
wang haram di kalangan anggota polis khususnya
yang berpangkat tinggi banyak didengar, namun tiada tangkapan atau pendakwaan
dilakukan.
Bagaimanapun kes seorang
pegawai kanan polis hari ini yang mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru atas tujuh pertuduhan
berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM2.07 juta pastinya, menarik minat orang ramai.
Harapan ialah tiada kes ;bapa borek, anak rintik’.
Kehidupan mewah luar biasa di kalangan pegawai tinggi polis sudah pasti
menimbulkan syak wasangka dan dibimbangi akan mempengaruhi orang di bawahnya.
Lebih buruk jika ada yang bersekongkol dalam satu
jabatan.
Kejadian dikatakan dilakukan oleh tertuduh dari September
2014 hingga 28 Dis 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful,
Jalan Tun Razak di Johor Bahru serta dua
bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.
Bagi lima pertuduhan, Mohd Ismail didakwa menggunakan
wang hasil aktiviti haram masing-masing sebanyak RM10,143.37; RM40,000;
RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000 untuk membeli dan menambah pelaburan
dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang
didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.
Tertuduh DSP Mohd Ismail Syed Merah, 53, yang bertugas di
Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, memohon dibicarakan
selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nazir.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Sept 2014
hingga 28 Dis 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful,
Jalan Tun Razak di sini serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan
Rahmat dekat Batu Pahat.
Bagi lima pertuduhan, Mohd Ismail didakwa menggunakan
wang hasil aktiviti haram masing-masing sebanyak RM10,143.37; RM40,000;
RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000 untuk membeli dan menambah pelaburan
dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang
didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.
Dua pertuduhan pula berkaitan melakukan pengubahan wang
haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee,
58, di dua bank tersebut.
Mohd Ismail didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta
Pencegahan Jenayah Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah
Seksyen 4(1) akta sama iaitu penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda
maksimum lima kali ganda daripada jumlah atau hasil daripada aktiviti haram
atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan atau RM5
juta, yang mana lebih tinggi.
Hakim Mohd Fauzi Mohd Nazir membenarkan tertuduh diikat
jamin RM100,000 dan menetapkan 23 Jan sebutan semula kes serta namanya turut
disenaraihitamkan daripada keluar negara oleh Jabatan Imigresen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khazrin Haffiz Khalil manakala
tertuduh diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.