Elok sangatlah...banyak sudah yang dipersoalkan.
Kalau mahu disenaraikan memang banyak perkara yang
diperkatakan mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar.
Berikutan itu amat baik sekali ada pelan integriti untuk
PDRM. tetapi ia mestilah dipatuhi bukan untuk publisiti semata-mata.
Kita hanya boleh berharap pelan meningkatkan integriti ke arah peningkatan kapasiti dan kemampuan membanteras jenayah rasuah akan menjadi kenyataan.
Jangan jadi seperti pelan yang lalu – ada – tetapi kebanyakan
rakyat Malaysia tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam PDRM itu. jangan hanya meletakkan harapan yang tidak menjadi kenayataan.
Semalam dilancarkan Pelan Integriti PDRM 2016-2020 bagi
memastikan misi mencapai standard perkhidmatan polis bertaraf dunia dapat
dilaksanakan sebaiknya.
Khalid berkata pelan berkenaan merupakan kesinambungan
kepada Pelan Integriti PDRM yang terdahulu.
Menurutnya, penambahbaikan pelan ini bertujuan memastikan
visi dan misi PDRM direalisasikan dalam mencapai matlamat utama PDRM iaitu
memberi perkhidmatan kepolisan bertaraf dunia kepada masyarakat.
"Saya akur bahawa integriti adalah satu nilai
penting kepada sesebuah organisasi seperti PDRM yang sentiasa berhadapan dengan
pelbagai bentuk cabaran.
"Isu integriti bukan semata-mata merujuk kepada
isu-isu salah laku atau rasuah tetapi ia turut merangkumi segala amalan positif
dalam sesebuah organisasi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis
menandatangani nota kerjasama PDRM dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Institut Integriti Malaysia serta
pelancaran buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual
Pematuhan Standard PDRM di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.
Khalid berkata pelan berkenaan mengandungi enam elemen
nilai teras iaitu sifat integriti itu sendiri, bermoral, beretika, keagamaan,
kerohanian dan profesionalisme.
"Keenam-enam elemen ini adalah seiring bagi memberi
sinergi bagi meningkatkan integriti dan pematuhan standard warga kerja
PDRM," katanya.
Khalid berkata ke arah mencapai sasaran itu juga,
pihaknya turut memeterai kerjasama strategik dengan tiga agensi, iaitu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia
(IIM) dan Arkib Negara menerusi pelaksanaan pelbagai program.
"Menerusi usaha sama dengan SPRM, kami akan
berkongsi kepakaran dan maklumat dalam aspek operasi, pencegahan dan latihan
selain program meningkatkan integriti ke arah peningkatan kapasiti dan
kemampuan membanteras jenayah rasuah.
"Usaha sama dengan IIM pula membabitkan program
latihan di samping kajian penyelidikan meliputi kajian keberkesanan untuk
melihat hasil program atau aktiviti yang dilaksanakan. Kajian pembangunan juga
akan dilakukan dalam membantu meningkatkan integriti dan produktiviti warga
pasukan," katanya.
No comments:
Post a Comment