Saturday, February 11, 2012

Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang Tergesa-gesa Jual Tanah Bayan Mutiara?



Umno Pulau Pinang jangan hanya ‘melalak’ tetapi membuat menyelidikan lebih rapi untuk membawa sibangsat yang menggelarkan dirinya Khalifah Umar Ab Aziz ini ke muka pengadilan.

Jangan minta dia beri penjelasan semata-mata. Penjelasan mudah untuk dibuat mengikut ‘selera’ kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tetapi jika benar penjualan tanah Bayan Mutiara boleh dipersoalkan dan mempunyai tanda-tanda mencurigakan, lebih baik buat siasatan dan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berpakatlah dengan MCA atau Gerakan untuk menjamin kes ini dapat dikemukakan dengan lebih berfakta yang mampu menggegarkan politik Pulau Mutiara itu.

UMNO Pulau Pinang jangan bergerak sendirian seolah-olah dilihat ‘Melayu lawan Cina’ sedangkan sekutu Barisan Nasional (BN) juga sepatutnya memainkan peranan untuk menentangkan kerakusan dan hipokrat DAP berkenaan.

Dilaporkan, UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata Lim juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang juga pemilik tanah itu sendiri.
UMNO Pulau Pinang hairan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat,(adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang.

Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.

Beliau berkata kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.

"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat," katanya.

Zainal Abidin berkata harga jualan yang diberikan kerajaan itu adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga di kawasan sekitarnya termasuk di Queensbay yang bernilai lebih sekali ganda daripada harga jualan itu.

Berdasarkan kepada maklumat, beliau berkata kerajaan negeri hanya membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual secara pajakan sahaja.

"Kini kerajaan negeri sedang mencanang dengan peruntukan RM500 juta untuk projek perumahan rakyat dan kita juga tertanya-tanya daripada manakah sumber kewangan itu diperoleh sedangkan syarikat berkenaan belum pun membuat pembayaran," katanya.Ke

2 comments:

.. said...

Salam tuan blog.

Saya sedang kumpulkan semua blogger BN dalam satu blog khas untuk rujukan semua. Laman tuan telah disenaraikan. Sila beri pandangan tuan.

Bagi mana-mana tuan blog yang belum dihubungi, harap ziarah dan jika tidak tersenarai harap tinggalkan alamat url anda dalam ruangan "comment" untuk disenaraikan dalam daftar Pejuang Siber ini, terima kasih

Wau Janak said...

siap pemilik syarikat swasta itu?
skrg kjaan ngeri pkatan sedang berlumba2 mnjual harta dan pusaka ngeri milik rakyat utk mdpat tunai. bukan utk kebajikn rakyat, tp utk perbelanjaan parti mrk dlm pru akan dtg. semuanya sedang giat merompak.