Friday, April 22, 2016
Salam Pembaca
Blog ini mulai 22 April 2016 akan hanya membicarakan isu-isu salah laku, rasuah dan penyelewengan dalam masyarakat setempat dan antarabangsa. SELAMAT MEMBACA.
Wednesday, November 25, 2015
ADUN DAP Sokong Usul UMNO Letak Jawatan Dalam Parti…
Hari ini
parti pemerintah negeri itu, DAP dikejutkan dengan perletakan jawatan sebagai setiausaha
organisasi DAP Pulau Pinang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung
Bungah, Pulau Pinang Teh Yee Cheu.
Letak
jawatan secara sukarela atau dipaksa?
DAP Pulau
Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng, dikritik kerana tidak membenarkan ADUN
mereka membuat undi berdasarkan pandangan peribadi dan kepentingan rakyat.
Dia
berbuat demikian selepas menyokong usul
yang dibawa Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Teh sebelum
ini memohon maaf kerana mengundi menyokong usul itu pada sidang media selepas
persidangan DUN.
Dalam
surat peletakan jawatannya, Teh memaklumkan dia memutuskan untuk meletak
jawatan ekoran sokongan beliau kepada usul UMNO tentang penambakan laut dalam
sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 20 November lalu.
Teh juga
berkata beliau bersedia menerima tindakan disiplin partinya.
Usul yang
disokong Teh asalnya dibawa Adun BN, Muhamad Farid Saad yang meminta kerajaan
negeri membuat pendengaran awam terhadap projek penambakan laut.
Farid juga
menuntut projek baharu penambakan laut digantung sehingga kajian lanjut
dijalankan bagi memastikan tiada kesan buruk ke atas alam sekitar disebabkan
projek tersebut, serta membatalkan projek yang membawa kesan negatif kepada
alam sekitar.
Usul ini
ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti. Hanya 10 Adun menyokongnya –
9 daripada BN dan seorang daripada DAP, manakala 23 dari Pakatan Harapan
menentangnya.
Namun 5 ADUN
daripada PKR tidak mengundi, tindakan yang menyebabkan kontroversi dalam
kerajaan negeri dan menjejaskan hubungan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.
Lima Adun
PKR yang tidak mengundi adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng
(Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr
Norlela Ariffin (Penanti).
Pengarah
Komunikasi PKR Fahmi Fadzil semalam menjelaskan, partinya berpuas hati dengan
penjelasan 5 ADUN tersebut.
Fahmi
berkata, undi berdasarkan pandangan peribadi adalah biasa dalam dunia demokrasi
dan sepatutnya digalakkan.
Pengerusi
DAP negeri, Chow Kon Yeow juga mempertikaikan kenapa mereka tidak membahaskan
usul itu jika mereka mahu menyampaikan pandangan mereka.
Semalam Timbalan
Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menuntut Teh memohon maaf dan
mengatakan ia boleh dijadikan faktor rayuan dalam hukuman terhadapnya.
Beliau
bagaimanapun berkata, Pulau Pinang membenarkan ADUN memberikan pandangan mereka
dan tidak akan menghalang mereka daripada memberikan pendapat, namun berbeza
apabila mengundi dalam hal pentadbiran.
"Apabila
datang pengundian dalam isu pentadbiran, mereka patut bersama kerajaan
negeri," katanya.
Peletakan
jawatan Teh daripada jawatan itu berkuatkuasa 23 November.
Semalam,
Lim berkata lima ADUN PKR yang berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil
rakyat BN dalam isu tebus guna tanah pada persidangan DUN Jumaat lepas tetap
kekal sebagai ADUN kerajaan Pakatan Harapan.
Beliau
berkata walaupun tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan terjejasnya
keyakinan kerajaan negeri terhadap lima ADUN berkenaan dan seorang wakil rakyat
DAP Teh Yee Cheu yang menyokong usul itu, namun tugas mereka sebagai ADUN
Pakatan Harapan berjalan seperti biasa bersama dengan peruntukan kerajaan di kawasan
masing-masing.
"Kerajaan negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan semalam.
"Kerajaan negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan semalam.
"Jika gagal melaksanakannya, ia bererti tebus guna tanah tidak boleh dilakukan. Kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah lari daripada tanggungjawab untuk mengadakan rundingan awam atau pertemuan dewan orang ramai. Jadi memang tidak ada isu berbangkit dalam hal ini," katanya.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata tindakan menyokong atau mengambil sikap berkecuali terhadap usul yang dibentangkan itu akan menyebabkan kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang boleh membawa kepada bankrap.
"Walaupun BN telah meluluskan 3,241 ekar (1311.59 hektar) tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar (301.895 hektar) telah ditebus guna. Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang oleh E&O, boleh menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.
"Dengan itu, mengapa perlu kerajaan negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya?," katanya.
Friday, November 20, 2015
Salleh Man Kini Duduk Dalam Dua Alam, Enggan Tinggalkan Kerajaan DAP
Wakil rakyat tunggal PAS dalam dewan perundangan Pulau Pinang menegaskan beliau masih sebahagian pentadbiran negeri walaupun setiausaha agung parti itu mengisytiharkan ia kini di pihak pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir DatukMohd Salleh Man berkata, beliau baru sahaja membaca berita mengenai kenyataan
setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan apabila pemberita menyerbu beliau
di DUN Pulau Pinang bertanyakan hal itu.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas,
DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan PAS (satu) untuk menubuhkan
kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata, Takiyuddin hanya mengumumkan parti itu
kini pembangkang di Pulau Pinang tetapi tidak berkata apa-apa tentang wakil
rakyatnya.
"Beliau
tidak kata wakil rakyat pun sama. Beliau hanya menyebut parti. Ia tak
sama," kata Salleh.
Ditekan pemberita untuk mendapatkan menjelaskan, beliau
berkata, "Bagaimana pula dengan keadaan di Selangor?"
PAS tetap sebahagian daripada pentadbiran Selangor,
bersama PKR dan DAP, walaupun dengan terkuburnya Pakatan Rakyat selepas PAS
memutuskan hubungan dengan DAP terdahulu tahun ini.
Tiada seorang pun daripada exco negeri PAS di Selangor
meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, tidak seperti Pulau Pinang, kerajaan
Selangor pimpinan PKR tidak mengumumkan ia sebuah kerajaan Pakatan Harapan.
Takiyuddin hari ini berkata, PAS kini sebuah parti pembangkang di Pulau Pinang selepas
kira-kira 300 ahlinya yang memegang pelbagai jawatan di Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri itu dipecat baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid
Hasnon berkata, kerajaan negeri menghantar surat penamatan kepada mereka kerana
pentadbiran memerlukan orang yang boleh bekerjasama dan menyokong kerajaan negeri
serta dasar-dasarnya.
Salleh menegaskan beliau masih anggota kerajaan Pakatan
Harapan Pulau Pinang, satu kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Lim Guan Eng
sendiri selepas Salleh mengesahkan sokongannya kepada pentadbiran DAP.
Mohd Salleh yang juga ADUN kawasan Permatang Pasir berkata kemenangan beliau pada pilihan raya umum lepas adalah atas sokongan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini kerajaan Pakatan Harapan.
"Atas mana-mana nama kerajaan itu bukan masalah bagi saya, tapi saya sokong kerajaan negeri kerana dulu kemenangan saya atas tiket semangat Pakatan Rakyat," katanya.
Takiyuddin membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata PAS negeri menerima keputusan PAS pusat bahawa parti itu kini pembangkang di negeri ini.
"Kami bersetuju dan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat.Seperti mana kita ketahui PAS memang tidak bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi," katanya.
Terdahulu dalam kenyataan akhbarnya Mohd Yusni berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berbohong berhubung isu pemecatan 300 anggota JKKK daripada kalangan anggota PAS di negeri ini kerana ramai daripada mereka yang tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri.
"Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah pihak kerajaan negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS," katanya.
Mohd Yusni turut mempersoalkan mengapa hanya 300 JKKK dimaklumkan sebagai dipecat sedangkan mengikut rekod sebenar menunjukkan 1,083 anggota PAS negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung pemecatan 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin Parti Amanah Negara tidak relevan lagi kepada Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.
Semalam Mohd Rashid dilapor berkata anggota JKKK PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas telah dipecat dan bukannya meletak jawatan seperti yang diumumkan PAS kawasan tersebut.
PAS Kepala Batas sebaliknya pada Selasa lepas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam JKKK bagi kawasan itu.
Sementara itu Mohd Rashid pada sidang akhbar di bangunan DUN hari ini berkata pihaknya menggesa PAS negeri berhenti daripada mempolitikkan isu berkenaan.
"PAS negeri harus sedar bahawa mereka bukan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan, sekali gus tidak layak menjawat apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Mohd Rashid turut menyatakan kerajaan negeri menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada anggota PAS yang dikenal pasti tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya bukan memecat mereka seperti yang dilapor akhbar semalam.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman ketika dihubungi berkata tindakan PAS pusat untuk mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang adalah lanjutan daripada krisis parti itu dengan DAP.
Beliau berkata sekiranya pergaduhan itu tidak berlaku, PAS tidak akan berbuat demikian dan Pakatan akan lebih kukuh berbanding sekarang.
"Saya berasa tindakan PAS pusat itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada PKR dan Pakatan secara keseluruhan kerana ini hanya melibatkan seorang ADUN," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata Mohd Salleh tidak perlu meletak jawatan untuk menyertai pembangkang kerana PAS tidak lagi dalam Pakatan Harapan.
"Salleh Man bagaikan duduk dalam dua alam di laut dan di darat kerana parti beliau tidak duduk dalam Pakatan Harapan tetapi dia pegang jawatan yang memerlukan dia laksanakan dasar Pakatan," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





