Sunday, June 13, 2010

BAGAIMANA WAN AZIZAH SANGGUP HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN?



Oleh Satu Hala (AIDC)
Untuk yang sudah berumah tangga pastinya faham bahawa pasangan hidup adalah antara insan yang paling mengenali diri kita. Seorang suami boleh berusaha menipu isterinya dalam pelbagai hal, namun lama kelamaan tembelangnya pasti akan pecah juga. Mungkin begitu juga sebaliknya.

Dalam rumah tangga Anwar Ibrahim, ada satu persoalan yang amat memeningkan penulis. Banyak pihak mendakwa Wan Azizah tahu perangai suaminya yang suka meliwat.

Bekas rakan baik Anwar, Nallakarupan berkata Wan Azizah adalah pelakon yang hebat dan layak diberikan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Tidak perlu fikir jauh, semua tahu Nalla bermaksud bahawa Wan Azizah mengetahui perangai pelik suaminya tetapi masih boleh berlakon di hadapan mata umum seolah-olah perkara itu adalah fitnah.
Jangan kita terpadaya dengan wajah halus Wan Azizah. Ini adalah perempuan yang kahwin lari dengan suami dia di Siam ketika masa muda dahulu.

Kalau perempuan baik-baik, takkan buat perangai macam itu. Bayangkan betapa luluhnya agaknya hati ibu bapa Wan Azizah dahulu apabila anak dara mereka kahwin lari di Siam.

Bapa Wan Azizah dikatakan tidak sudi dengan Anwar Ibrahim menjadi menantu mereka.
Jika sanggup kahwin lari tanpa restu ibu bapa, maka Wan Azizah bukanlah seorang perempuan yang terlalu baik pun...tidakkah begitu?
Kalau Wan Azizah sanggup berlakon depan satu dunia kononnya suami dia itu tidak bersalah sedangkan hakikatnya sebaliknya pun kita tidak perlu terperanjat jika sejarah lampau hidupnya itu dijadikan sandaran.

Namun, sebagai seorang wanita dan isteri dan manusia yang memiliki perasaan, bagaimana Wan Azizah boleh bertahan selama bertahun-tahun dengan hipokrasi suaminya?

Tidakkah dia bosan dan penat?

Apakah perkara yang mengekang Azizah dari meninggalkan Anwar?

Adakah nama, kuasa dan wang ringgit yang masih menambat Azizah kepada Anwar?

Adakah Wan Azizah takut malu....atau terfikir anak-anak?

Adakah cinta Wan Azizah kepada suaminya itu terlalu tinggi dan kuat sehinggakan dia sanggup menelan segala onar dan keburukkannya?

Apakah kenyataan-kenyataan yang menyakinkan oleh Saiful Bukhari Azlan di mahkamah baru-baru ini tidak meninggalkan impak ke atas jiwanya?

Disebaliknya itu, Wan Azizah masih cuba bertahan, jadi pasti ada sesuatu yang menyebabkan Wan Azizah masih bersikap demikian.

Apakah itu masih misteri...

Yang pasti, Wan Azizah memang hidup dalam kepura-puraan apabila sanggup berkongsi suami dengan beberapa lelaki lain....nyata malang hidup wanita ini.

Saturday, June 12, 2010

Istana Johor Sahkan Penarikan Balik Darjah Kebesaran Chua Jui Meng

Abdul Rahim Ramli Tunjuk Buku Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.

Jumaah Majlis Diraja Johor mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Selain itu, Jumaah turut mengesahkan penarikan balik darjah kebesaran terhadap tiga lagi yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, dan dua individu lain, Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.


Shaftdean Lutfy adalah suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar manakala Hassan seorang peguam.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik."

"Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini," kata beliau pada sidang media di Istana Besar.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.

"Baginda tidak perlu memberikan sebab kerana ia adalah kuasa Raja," katanya dan menambah Chua dianugerah Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, kedua-dua darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Abdul Rahim berkata tiga pertimbangan utama diberikan dalam penganugerahan darjah kebesaran iaitu kesetiaan, kerajinan dan perkhidmatan terpuji.

Katanya beliau telah memaklumkan tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu kepada Chua menerusi satu surat bertarikh 4 Jun dan disusuli panggilan telefon pada 8 Jun dan semalam.

Katanya, surat itu telah dihantar ke kediaman Chua di Damansara, Kuala Lumpur.

Chua, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA, sebelum ini berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran itu.

Chua turut berkata, beliau akan hanya memulangkan darjah kebesaran itu jika menerima surat rasmi.

Menurut Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor itu, panggilan telefonnya kepada Chua itu boleh dianggap sebagai satu pemberitahuan rasmi tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Sultan Johor itu.

"Chua dikhendaki memulangkan kembali darjah kebesaran Sultan Johor itu secepat mungkin," katanya.

Wednesday, June 9, 2010

TAHAP PUAS HATI RAKYAT TERHADAP NAJIB MENINGKAT 72 PERATUS

Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre yang dikeluarkan semalam.

Bancian yang dijalankan dari 6 hingga 16 Mei itu menyaksikan tahap kepuasan hati paling tinggi dicatatkan oleh kaum India iaitu 80 peratus berbanding Melayu (77 peratus) dan 58 peratus oleh kaum Cina.

Peningkatan tahap kepuasan hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau populariti Najib sejak Mac tahun lalu, iaitu hanya 44 peratus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa itu.

Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja.

Ketika kajian itu dijalankan, beberapa peristiwa dalam negara turut mempengaruhi keputusan antaranya pilihan raya kecil Sibu, kes Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis, pembatalan perhimpunan 13 Mei yang dianjurkan oleh Gertak serta pengumuman lesen perjudian bola sepak.

Kajian juga menunjukkan sebanyak 50 peratus responden yakin bahawa Najib dapat mencapai sasarannya dalam tempoh dua tahun terhadap inisiatif yang dilakukan beliau iaitu gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Sekali lagi kaum India merupakan responden tertinggi yang menyatakan keyakinan tersebut dengan 65 peratus, diikuti Melayu (60 peratus) manakala kaum Cina hanya 30 peratus sahaja yang yakin dengan sasaran Najib itu.

Untuk soalan sama ada rakyat Malaysia bersetuju atau tidak bahawa program-program yang diperkenalkan Najib akan menghadapi masalah "bagus di dalam perancangan tetapi lemah dalam pelaksanaan", hanya 58 peratus yang bersetuju.

Kajian juga mendapati sebanyak 52 peratus responden bersetuju bahawa negara kini sedang menuju ke arah yang betul kerana 21 peratus memberi sebab bahawa ekonomi negara kian pulih dan kualiti kehidupan rakyat semakin meningkat.

Bagaimanapun, sebanyak 22 peratus responden berpendapat bahawa kerajaan perlu menyelesaikan isu ekonomi seperti kenaikan kos hidup dan harga barangan, pengangguran, dan kekurangan bekalan gula.

Kajian itu mendapati majoriti rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah, iaitu 61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah dan 57 peratus tidak berpuas hati dengan usaha memerangi jenayah.

Bagaimanapun, sebanyak 63 peratus responden berpuas hati dengan kualiti pendidikan di negara ini manakala 56 peratus pula berpuas hati terhadap usaha kerajaan meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam di bandar seperti di Kuala Lumpur.

Turut ditanya oleh kajian itu ialah persepsi masyarakat terhadap kes Aminulrasyid di mana hampir seluruh rakyat Malaysia iaitu 91 peratus peka terhadap kes itu.

Bagaimanapun, hanya 25 peratus responden sahaja yang berpuas hati terhadap tindakan polis mengendalikan kes berkenaan.