Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Monday, October 29, 2018

BERSATU TIDAK AKAN JADI PARTI MELAYU/BUMIPUTERA LUAR BANDAR....


Apa hala tuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar?

Ia ditubuhkan pada 7 November 1959 yang dikenali dengan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Ia kemudian dibubarkan pada Disember 1976 tetapi diwujudkan semula pada 18 Julai 1983 oleh Perdana Menteri ke-4, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Pada Oktober 1990,  KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB.

Turut dimasukkan ke dalam KPLB ialah Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Mulai April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri 

Ia ditubuhkan untuk menjaga kepentingan penduduk luar bandar yang majoriti orang Melayu dan Bumiputera.

Dengan kata lain, tidak timbul soal-soal seperti meletakkan ‘merit’ dengan memilih ‘orang hebat’ menggendalikan agensi-agensi di bawahnya dengan orang professional.
Kita perlu merujuk balik kepada falsafah dan  tujuan sebenar KPLB. Ia untuk membangunkan rakyat di luar bandar yang mengikut rekod amat taat menyokong kerajaan.

Di zaman Barisan Nasional, KPLB sangat penting dan kerana itu menterinya adalah mereka yang disifatkan memahami isu dan kepentingan penduduk luar bandar.

Antara fungsi KPLB ialah meningkatkan pendapatan penduduk desa, mewujudkan desa berkualiti, mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan, mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran serta mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu.

Selain itu KPLB juga berperanan meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa, mencapaii liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur dan turut penting berseuaian dengan era terkini, memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat teknologi maklumat dan komunikasi.

Namun selepas enam bulan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah, rakyat luar bandar tidak tahu apakah mereka mempunyai masa depan atau sebaliknya.


Malah, selepas setahun Pengerusi BERSATU mengatakan parti itu wajar menggantikan UMNO, harapan itu tidak akan pernah tertunai sekiranya MENTERI yang ada sekarang menerajui KPLB.

Harapkan pemimpin UMNO lompat ke BERSATU untuk BERSATU gantikan UMNO?

Ia tidak akan kekal dan relevan untuk menang pilihan raya. Mereka melompat mungkin untuk kepentingan diri, berkehendakkan disanjung masyarakat seperti ketika berada dalam UMNO dan sesetengahnya berkehendakkan pelantikan.

Tetapi yang benar-benar dapat menjamin perkembangan BERSATU dan kemungkinan pilihan raya ialah rakyat yang menyokong parti itu.

Dalam konteks ini, pembangunan luar bandar hendaklah dirancang melalui strategi ‘dari bawah ke atas, bukan sebaliknya’.

Menteri, Ketua Setiausaha kementerian atau pegawai tinggi kementerian boleh merancang dan mengumumkan sesuatu dasar dan projek tetapi apakah ia benar-benar berkesan untuk rakyat?

Menteri KPLB mestilah seseorang yang terbuka dan mendengar keluhan luar bandar, bukan sebaliknya. Rakyat tidak akan tunduk atau hormat kepada menteri yang hanya merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

Perlu diingat, yang tinggal di luar bandar, khususnya di Pantai Timur, Utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah mereka yang terdiri daripada nelayan, petani, peneroka, pengusaha kecil-kecilan, guru serta kakitangan kerajaan yang rata-ratanya sekitar B40 (pendapatan di bawah RM4,000 senulan) dan ramai yang masih miskin dan berkategori miskin tegar.

Mereka mungkin boleh berharap kepada Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan beberapa yang lain – namun ia tidak sepenting KPLB.

KPLB mempunyai agensi penting untuk luar bandar daripada RISDA, FELCRA, MARA, serta agensi lain seperti KEMAS, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang kini dikenali dengan MPKK dan banyak lagi.

Namun sejauh ini, jika diminta penduduk luar bandar ditanya atau dibuat pungutan suara, apakah mereka percaya dengan semua agensi itu dapat membantu mereka?
Jawapannya tidak.

Ironinya selepas enam bulan, jika dilihat kepada Info Korporat di http://www.rurallink.gov.my, biodata menteri pun tidak kelihatan di situ. Apakah ini suatu kelemahan dan tidak wujud kecekapan di kementerian ini?

Persoalannya apakah Menteri KPLB sekarang prihatin kepada fungsi dan manfaat yang dapat dikecapi oleh masyarakat luar bandar?

Jika gagal, sokongan dan cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jadikan BERSATU sebagai penggati UMNO akan juga gagal.

Jika gagal, ke mana arah BERSATU?

Thursday, September 2, 2010

KARIER POLITIK HISHAMUDDIN WAJAR DIKORBANKAN!

Ini bukan isu Julius Ceasar dengan Rom. Kita tak sayang Hishamuddin seperti orang Greek sayangkan Ceasar. Kes Hishamuddin dengan Melayu dan Islam berlainan. Tidak ada kata-kata : "Aku sayangkan Ceasar, Tetapi Lebih Sayangkan Rom". Kita langsung memang tidak sayangkan Hishamuddin.

Karier politiknya patut 'dikorbankan'.

Apalah yang boleh diharapkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein lagi. Dia hanya mampu menghunus keris dan kemudian meminta maaf. Itu sahaja.

Yang nyata, Hishamuddin bagaikan tidak mampu mengawal perbuatan bukan Melayu dan bukan Islam menghina orang Melayu dan Islam.

Malah apabila Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dihina pun, Hishamuddin gagal memainkan peranan.

Apakah orang seperti ini kita mahu harapkan menjadi pemimpin UMNO yang cemerlang? Cukuplah setakat ini.

Hishamuddin patut dihukum. Ada rakan blogger mencadangkan rombakan Kabinet sebagai jalan keluar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membuktikan kepada rakyat bahawa dia benar-benar "mean business" dalam pentadbirannya.

Dengan kedudukan rakyat sudah muak dengan sikap menteri yang gagal melaksanakan tugasnya Hishamuddin akan selamat melalui cara itu.

Mengharapkan Najib mengambil tindakan terhadapnya? Jauh sekali. Dia sepupu dan ketika ini Hishamuddin adalah Naib Presiden UMNO.

Satu cara sahaja iaitu mengalahkan beliau daripada jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang kerana dia bukan sahaja gagal berfungsi sebagai Menteri tetapi juga sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang tidak selesai-selesai dengan kemelut mereka.

Hishamuddin dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Said dengan harapan akan menyelesaikan masalah dalaman UMNO. Sebaliknya dia gagal menyelesaikan masalah bukan kata Terengganu, bahagian UMNO Setiu pun tidak ke mana-mana.

Malah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimalukan di Setiu gara-gara kegagalan Hishamuddin menyelesaikan kemelut politik bahagian berkenaan.

Amat jelas di kalangan blogger, ramai yang sudah tidak menaruh harapan lagi kepada Hishamuddin.

Ada memanggilnya ‘lembik” dan ada menggelarnya Kerismudin. Tak kisahlah dengan apa gelaran sekali ini.

Ternyata sudah terang lagi bersuluh, sikap acuh tidak acuh Hishamuddin sebagai menteri Keselamatan Dalam Negeri memalukan orang Melayu, UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tak perlu mengulas panjang tetapi bacalah apa yang ditulis oleh blogger berikut:

Blogger Keris Putera, (Namewee Sah Lepas?? What Happen Kerishmuddin?)

Blogger Medan Info Kita (Menteri KDN Tidak Lagi Digeruni Rakyat Malaysia).

Blogger OhSedapnya (Meng Chee - Kami Sidah Jemu Dengan Celoteh Hisham)

Blogger Perak Bangkit (Tahan Namawee Bawah ISA).

Blogger Jeffry Damien, (Apeee?..Namewee??...HARKKK PTUIHH!!!)

Portal My KMU, (Namewee Patut Dilucut Kewarganegaraan)

Blogger Warisan, (Kelembikan Hishamuddin Memalukan PM)

Blogger Gerakan Anti PKR, (Tiba Masanya Hishamuddin Lakukan Harakiri Politik.)

Blogger Pilihan Anda, (Melayan Kerenah Budak 3 Suku)

Blogger Teganu Kini (Hishamuddin, Pengerusi Perhubungan Yang Lemah?)

Amat mengecewakan kerana dalam isu terbaru, anak Cina Johor, NameWee (Wee Meng Chee), Menteri Besar PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menegur dan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kerana mengulangi perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Namewee pernah meggubah sebuah lagu yang berjudul “Negarakuku” yang mengakibatkan budak Cina ini menerima kutukan dan amaran dari pelbagai pihak, terutamanya Melayu UMNO.

Namun, setelah Namewee meminta maaf di atas kesilapan pertamanya itu, maka di atas sifat bangsa Melayu yang suka bertolak ansur, maka Namewee "dilepas”kan. Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati atas insiden ini dan mempersoalkan patriotisma di dalam diri budak Cina ini.

Namun, Namewee tidak belajar dari kesilapan pertamanya itu. Budak Cina ini sekali lagi mengulangi kebiadapannya dengan menghina pelbagai agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan bangsa Melayu melalui klip videonya yang jelas menghina Melayu.

Dalam lirik lagunya itu, Namewee tanpa rasa bersalah menyuruh bangsa Melayu tinggal di dalam hutan dan hidup seperti kaum Sakai. Sudahlah dia menghina Melayu, kemudian dia mempersendakan kaum Sakai yang merupakan salah satu bumiputera di Malaysia.

Apakah dengan menghina bangsa bumiputera dan mencipta isu perkauman seperti ini menunjukkan bahawa Namewee adalah seorang “anti-racist”?

Namun Hishamuddin nampaknya main lengah-lengah dan takut dengan bantahan orang Cina. Orang Melayu ingat tak marah ke?

Betul kata Menteri Besar Kedah itu. Tindakan tegas perlu sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kemakmuran negara selama ini.

Komen Azizan itu jelas memperlihatkan kelembikan menteri UMNO dalam menangani isu-isu keselamatan. Benar juga kata seorang blogger - "Mungkin Naib Presiden UMNO ini sesuai menjaga ayam atau harga ayam daripada menjaga keselamatan negara."

Thursday, August 19, 2010

APABILA MELAYU ENGGAN BERSATU

Oleh ZULKIFLEE BAKAR (Utusan Malaysia)

APA lagi orang Melayu hendak katakan apabila MCA semakin lantang membuat tuntutan untuk meraih keuntungan politik daripada kalangan kaum Cina?

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat apabila DAP hari demi hari semakin menunjukkan taringnya untuk menjadikan mereka juara kepada kaum Cina?

Apa yang boleh orang Melayu lakukan dalam menangani telatah itu? Apakah sekadar melahirkan kekesalan dan memberikan peringatan supaya hak orang Melayu jangan disentuh dan hak bumiputera jangan dicabuli.

Bagaimana pula dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa sudah ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam dihakis.

Penulis percaya kelantangan puak-puak yang ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam itu tidak akan terhenti di sini sahaja. Banyak lagi yang bakal mereka lakukan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Semua itu mereka lakukan demi mencari kuasa politik dan mahu memastikan sokongan kaum tertentu menyebelahi mereka.

Tetapi apa yang orang Melayu boleh lakukan? Akui sahaja tiada apa-apa yang boleh dibuat kerana orang Melayu masih berpecah belah.

Ketika MCA dengan terbuka menyatakan tidak keberatan untuk senada dengan musuh politik Barisan Nasional (BN) iaitu DAP bagi memperjuangkan nasib kaum Cina, parti-parti yang mewakili orang Melayu terus berbalah.

Ia jelas apabila Pas yang terang-terang sebuah parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu dan Islam tidak mahu senada dengan UMNO.

Bagi sesetengah pemimpin Pas seolah-olah satu dosa kalau mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh UMNO hatta demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam sekalipun.
Justeru apa sahaja yang UMNO perjuangkan dengan memikirkan situasi di mana parti-parti lain makin bersatu untuk kepentingan kaum mereka, ia akan dinafikan oleh Pas.

Malahan di Pulau Pinang, contohnya, ada pemimpin Pas tetap menganggap apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang dilihat menindas orang Melayu dan bumiputera adalah betul.
Begitu juga di Selangor, apabila ada pemimpin Melayu PKR dan Pas bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Phua agar diskaun kepada bumiputera dalam pembelian hartanah di negeri itu dihapuskan.

Semua gelagat ini bukan sahaja 'menggembirakan' MCA dan DAP malah memberikan mereka semangat untuk terus membuat tuntutan dan melakukan tindakan kerana mereka memahami bahawa orang Melayu yang berada di dalam Pas sama sekali tidak akan senada dengan UMNO.

Adalah sesuatu yang malang, apabila ketika UMNO terus bermati-matian mempertahankan orang Melayu dan bumiputera tidak dicabuli, pemimpin-pemimpin Melayu lain di dalam Pas dan PKR hanya mendiamkan diri.

Lebih mengecewakan, ada antara mereka akan tergamak menganggap UMNO rasis sedangkan apabila MCA dan DAP membuat tuntutan untuk kaum Cina, mereka berhujah ia demi keadilan.
Segalanya kerana kelompok-kelompok tersebut hanya memikirkan kepentingan politik. Mereka ingin meraih sokongan daripada kaum lain demi survival politik dan merebut kekuasaan.

Justeru dalam soal ini, orang Melayu perlu segera sedar bahawa selagi mereka tidak sekata dan senada dalam mempertahankan hak mereka, maka selagi itulah sedikit demi sedikit ia akan dicabuli dan dihakis.
Orang Melayu terutamanya di dalam Pas dan PKR perlu segera sedar bahawa sudah wujud keberanian luar biasa di kalangan kaum lain untuk membuat tuntutan berlebihan.

Mereka perlu faham bahawa telah ada kecenderungan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru yang bakal menyaksikan kedudukan orang Melayu sudah tiada apa-apa keistimewaan di bumi bernama Tanah Melayu ini.

Malahan mereka juga perlu mengerti bahawa sekadar amaran sahaja ia tidak akan melunturkan semangat sesetengah pemimpin di dalam MCA dan DAP untuk terus bermain dengan api.
Apa yang boleh memberikan amaran berbisa kepada parti-parti berkenaan supaya tidak melampau di dalam membuat tuntutan ialah penyatuan di kalangan orang Melayu.

Mereka amat bimbang kalau UMNO dan Pas bersatu, seia sekata, senada sehaluan!

Mengulas perkara ini seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis seandainya orang Melayu terus berpecah maka tidak mustahil mereka (tanpa mengira UMNO atau Pas) akan kehilangan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Ia kerana kuasa 30 peratus pengundi bukan Melayu di dalam sesebuah kawasan pilihan raya boleh menjadi penentu.

''Kalaulah mereka secara padu memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan undi orang Melayu berpecah maka tidak mustahil, semua kerusi orang Melayu akan hilang,'' katanya ketika berbual-bual dengan penulis.

Mungkin sekali lagi, orang Melayu masih belum nampak bahaya yang menanti. Walaupun satu demi satu bukti dan sikap sebenarnya sudah ditunjukkan oleh kaum-kaum lain.

Tetapi kata mereka, semua itu hanya gertakan atau mainan politik BN dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang Melayu.

Jika tanggapan semua ini berterusan maka tidak mustahil, orang Melayu akan terus diperkotak-katikkan dan kaum bukan Melayu termasuklah sahabat karib UMNO sendiri akan sanggup mengamalkan perbuatan yang dilihat tikam dari belakang.

Oleh itu, orang Melayu terutamanya di dalam PKR dan Pas perlu sedar bahawa sebarang kesepakatan kononnya atas dasar hormati menghormati yang dikatakan oleh rakan parti bukan Melayu mereka hanya retorik dan mainan lidah politik semata-mata.

Apabila tiba masanya dengan melihat kuasa politik Melayu semakin melemah maka tidak mustahil mereka akan bersatu dan meninggalkan parti-parti Melayu sendirian.
Mereka tahu berupaya berbuat demikian kerana memahami bahawa Pas dan pemimpin Melayu dalam PKR melihat UMNO ibarat 'musuh kamu yang paling nyata.'

Oleh itu ketika mereka semakin memperkukuhkan ikatan memperjuangkan nasib kaum mereka tanpa mengira perbezaan politik, orang Melayu pula terus kekal dengan sikap berpecah-belah dan tidak mahu bersatu.

Percayalah, jika situasi ini berterusan, semua orang Melayu hanya menjadi penonton kepada kehilangan kuasa politik dalam pilihan raya akan datang.

Janganlah anggap ini sesuatu yang mustahil kerana sebelum pilihan raya umum 2008 siapa sangka BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, Perak hampir diperintah oleh seorang Menteri Besar daripada DAP (jika Perlembagaan tubuh negeri membenarkan) dan Selangor akan jatuh ke tangan pembangkang.

Oleh itu belajarlah daripada sejarah wahai orang Melayu supaya kita tidak menjadi bak kata orang 'berputih mata tiada berguna, berputih tulang sudah tidak bererti."

Tuesday, May 11, 2010

WAHAI ORANG CINA, APA LAGI YANG KORANG MAHU?


Oleh Zaini Hassan



SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malays terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu ‘pulun’ semua sekali pengaruh Cina di negara ini.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.

Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.

Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.

Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.

Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah.

Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.

Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.

Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?

Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat – mereka bersatu.

Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.

Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.’

Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ”mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat.”

Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada ‘rakyat’ Hulu Selangor.

Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk ‘rakyat’ itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.

Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.

Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ”MCA kena vokal”? Saya pun tak tau?

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.

Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.

Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.’

Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.
Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.

Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.

Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

1.Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010).

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?

Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.

Sunday, March 21, 2010

PERKASA, IBRAHIM DAN KEDUDUKAN MELAYU

Oleh Awang Selamat (Utusan Malaysia)

Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.

Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak.

Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.

Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.

Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Perkasa. Kelantangannya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka perlembagaan negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu.

Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan.

Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu. Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.

Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?

Ketika ramai tunduk tidak yakin, siapakah yang tanpa gentar dan secara konsisten mempertahankan kepentingan Melayu sewaktu diasak pelbagai pihak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, jika bukan Perkasa.

Siapakah yang menjunjung martabat Islam daripada penghinaan banyak penjuru jika bukan Perkasa, beberapa NGO Islam serta Melayu yang lain.

Siapakah yang menjadi perisai mempertahankan perlembagaan daripada dicabar dan ditulis semula, kalau bukan NGO seperti Perkasa. Ternyata Perkasa di bawah kepimpinan Ibrahim mencetuskan keyakinan baru di kalangan orang Melayu.

Janganlah lupa jasa Perkasa. Usahlah terjebak dengan muslihat pihak yang mahu menggugat pertubuhan itu atas motif yang sebenarnya mudah difahami.

Sesungguhnya Awang amat bersyukur dan berterima kasih kerana Perkasa dan beberapa NGO Melayu lain telah membantu menyelamatkan tunjang politik Melayu di negara ini daripada runtuh hasil satu konspirasi besar kesan pilihan raya umum lalu, yang hampir mencapai kemuncaknya.

Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.

Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Perkasa, Awang yang sekadar insan kerdil, membatalkan acara lain yang telah Awang beri komitmen lebih awal, semata-mata untuk hadir pada majlis Perkasa nanti biar sekalipun berdiri di luar dewan.

Kalau Mahathir sanggup pulang awal dari misi lawatan ke luar negara hanya untuk bersama-sama Perkasa, mengapa tidak kita.

Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu.

Awang bukan jenis itu.

Tuesday, March 9, 2010

SIN CHEW JIT POH TUNJUK SIFAT CAUVANIS CINA YANG KETARA?


Mula-mula Timbalan Editor SCJT menghina 76 NGO Melayu yang dipanggil Majlis Perundingan Melayu kerana mahu berbincang mengenai Model ekonomi Baru pada Sabtu lalu.

Berdasarkan fakta yang mereka putarbelit, mereka mengejek MPM sebagai mengigau dan khayal. Baca tulisan blog Darah Tuah sini.

Kini mereka menyarankan dengan terbuka agar 7 NGO Cina menjatuhkan kerajaan jika tuntutan mereka supaya Sijil Gabongan Sekolah Cina (UEC) diiktiraf tidak dipenuhi kerajaan.

Akibat dari tuntutan ini, kerajaan sedang mengkaji untuk menerima sijil tersebut kerana takutkan kalah.

Tetapi adakah ini caranya kita membina sebuah negara? Dengan melayan setiap tuntutan kumpulan berkepentingan yang akhirnya tidak menyatukan negara dan menjadikan Malaysia satu nation state yang padu.

Baca Hang Tuah juga tentang perkara ini dan pautan kepada taktik Cia cauvanis mahu menguasai tanahair tumpah darah.

Hakikatnya, Kritikan Timbalan Editor SCJP terhadap usaha 76 NGO Melayu untuk menubuhkan MPM sebenarnya, tidaklah begitu dahsyat dan menggerunkan jika dibandingkan dengan saranan NYSP pada 13 Jun 2009.

Akhbar berkenaan pada tarikh itu menyarakan supaya 7 NGO Cina menumbangkan kerajaan jika enggan memenuhi permintaan mereka supaya Sijil Gabongan Sekolah Cina (UEC) diiktiraf.

Saranan tersebut adalah ekoran pandangan Menteri Pelajaran bahawa sijil berkenaan tidak menepati Akta Pendidikan Negara dan sylibus yang diajar. Maka sebab itu pihak kerajaan tidak mengiktiraf sijil-sijil tersebut.

HANYA kerana sebab tersebut kerajaan mestilah ditumbangkan. Ratusan / ribuan permintaan mereka yang telah dipenuhi sejak semasa hendak merdeka hingga sekarang nampaknya langsung tidak meredakan kerakusan sikap kiasu golongan ini. Bacalah sendiri terjemahannya di bawah.

Sebenarnya sikap tersebut adalah selari dengan 3 strategi RJP kaum Cina untuk berkuasa di Negara ini.

Mengikut berita terkini, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mengiktiraf Sijil tersebut.

Satu soalan yang wajar ditanya ialah adakah kaum Cina akan kembali berduyun-duyun menyokong BN dalam PRU Ke-13 nanti, sekiranya pengiktirafan itu diberikan? Jika ya, siapakah yang boleh memberikan jaminan itu? Atau mereka kekal dengan sikap tak menyokong BN, sepertimana yang dilaporkan oleh Merdeka Centre? Jika demikian, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran?

Lantas terpulanglah kepada para pembaca mentafsirkan ancaman berkenaan, perubahan pendirian kerajaan ini dan implikasi / impak pengiktirafan itu, jika sesungguhnya ianya diberikan nanti.

Satu reaksi yang mesti dielakkan ialah menyalahkan / memarahi mereka / menyekat permintaan mereka. Mereka berhak meminta dan mendesak serta mengancam.

Jika tak mahu kerajaan mengubah pendiriannya, apa patut dibuat?

Terjemahan artikel Nanyang Siangpao tersebut :-

Nanyang Siangpao

Per: peranan NGO cina

Ruangan: kawasan editorial ms A13
Tarikh: 13hb Jun, 2009 (Sabtu)
Tajuk:
Jangan berhenti selagi tidak mencapai matlamat

TPM Tan Sri Mahyudin semasa berjumpa dengan NGO pendidikan memberitahu bahawa sijil gabongan sekolah cina tidak menepati akta pendidikan Negara dan sylibus yang diajar, sebab itu pihak kerajaan tidak mengiktiraf sijil-sijil tersebut.

Selain dari itu sekolah-sekolah menengah cina terpaksa memilih jalan berdikari, dan dengan itu pihak kerajaan tidak dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah menengah cina.

Saya menganggap pihak kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak menghulurkan bantuan kewangan pada sekolah-sekolah menengah cina sudah diduga, tetapi Menteri pelajaran dalam masa yang singkat selepas memegang jawatan terus berjumpa dengan 7 persatuan NGO cina menunjukkan pihak kerajaan ingin mendengar suara masyarakat cina tentang perjalanan sekolah-sekolah cina.

Perjumpaan kali ini tidak menunjukan sebarang langkah perubahan yang berkesan, kita tak perlu kecewa, jika seluruh masyarakat cina di seluruh Negara tidak kira kumpulan kecil atau kumpulan besar bersatu tumpukan kekuatan pertahankan dan memohon kepada pihak kerajaan, saya percaya satu hari nanti akan tercapai cita-cita tersebut. Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.

Ini adalah teori sejak zaman dahulu lagi.
Dato Sri Najib seorang pemimpin yang sangat berkuasa dan berwibawa, berani mambuat keputusan, ada sikap seperti ayahnya, tidak takut dengan ancaman, berani dan berpandangan jauh. Berani lakukan sesuatu yang orang lain tidak mampu lakukan.

Beliau berjanji tidak akan menutup sekolah-sekolah rendah cina, pihak kerajaan bukan sahaja tidak menutup sekolah rendah cina malah terus membantu sekolah-sekolah rendah cina.
Beliau berkata, pihak kerajaan mahu kementerian pendidikan mengambil berat tentang menggalakkan murid-murid menguasai pelabagai bahasa, dan pastikan kepada murid-murid yang ingin belajar bahasa Mandarin diberi peluang.

Saya setuju salain bahasa Inggeri, bahasa Mandarin juga salah satu bahasa yang penting.
Beliau menjadi menteri pelajaran pada tahun 1995 hingga 1999, semasa menjawat menteri pelajaran beliau telah mengubah akta pendidikan, menjamin kewujudan sekolah-sekolah cina dan beliau telah memberi sumbangan yang besar terhadap sekolah-sekolah cina.

Mengikut akta pendidikan 1961 perenggan (2) menteri pendidikan berkuasa pada bila-bila masa mengubah status sekolah-sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsan Cina atau sekolah jenis kebangsaan Tamil. Pada masa itu Najib sebagai menteri pelajaran menerima cadangasn MCA supaya menghapuskan perenggan tersebut yang mana ia telah menyelamatkan keadan di mana sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak mengalami ditutup.

Saya kaitkan sejarah akta pendidikan yang telah diubah oleh perdana menteri sekarang yang pada semasa beliau menjadi menteri pelajaran selama 5 tahun. Beliau yang bersikap terbuka dan bijak, beliau lebih banyak memahami pandidikan sekolah cina.


Saya cadang 7 NGO cina yang mewakil masyarakat cina, berjuang bertertusan supaya sijil gabungan sekolah-sekolah cina diiktiraf oleh kerajaan, saya berharap juga MCA, parti Gerakan dan Pakatan Rakyat melalui perbincangan dalaman mendapat kata sepakat selesaikan masalah ini, bermakna selagi belum mencapai matlamat selagi itu kita terus perjuangkan.

ORANG MELAYU PULAU PINANG SEMAKIN TERPINGGIR

Oleh Kamal Ahmad (Berita Harian)

MELAYU tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang berikutan kenaikan harga rumah dan percukaian hartanah. Di mana mereka tinggal sekarang? Kebanyakan dalam rumah kecil dan sesak seperti Tanjung Tokong dan Rifle Range.

Mereka turut menghuni rumah pangsa satu bilik, di atas tanah wakaf, tanah terbiar, ‘tanah tumpang’ atau tanah Tol kerajaan. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian.

Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

“Orang Melayu yang tinggal di kawasan miskin dan sesak dalam bandar ini akan melahirkan fenomena dinamakan kemiskinan bandar yang kesannya antara lain gejala sosial. Mereka juga berada pada kedudukan paling bawah dalam rantaian nilai.

“Kalau kerajaan negeri menyedari masalah Melayu terpinggir di Pulau Pinang maka perlu dan tiba masanya untuk mereka duduk bersama mencari satu pelan tindakan baru untuk menyelesaikan keadaan sekarang ini. Kita lihat tidak ada (tindakan kerajaan),” kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM), Rizal Faris Mohideen Kadir.

Beliau berkata, pelan tindakan baru untuk Pulau Pinang bukan semata-mata bagi kepentingan Melayu malah mencakupi soal isu pelancongan, mengekalkan status Tapak Warisan Dunia dan soal pembangunan.

“Bila permasalahan Melayu seperti isu meroboh gerai, merampas barang perniagaan dan tindakan menyaman tidak selesai, ini seolah-olah organisasi Melayu tidur dan tak buat kerja pada hal kami menjuarai isu ini sejak hari pertama lagi.

“Akhirnya, kami bersama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpakat serta nekad bahawa sudah cukup kita berunding, beri teguran dan nasihat. Kini tiba masanya orang Melayu menunjukkan kemarahan kepada kerajaan negeri.

“Berapa lama kita nak duduk dan lihat. Takkan sehingga lenyap orang Melayu (di Pulau Pinang), baru kita nak ambil tindakan,” katanya merujuk kepada tindakan orang Melayu mengadakan perhimpunan di Bangunan Komtar, baru-baru ini.

Rizal turut mendakwa Lim Guan Eng melakukan penghantaran delegasi termasuk perdagangan ke Singapura bagi memperhebatkan perhubungan Pulau Pinang dengan republik itu.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, berkata kerajaan negeri juga difahamkan hendak menggubal undang-undang baru berhubung notis meroboh gerai haram tidak lagi memerlukan tempoh 30 hingga 50 hari tetapi dilakukan dalam masa 24 jam tanpa perlu sebarang notis.

“Juga difahamkan, kerajaan negeri hendak ‘menghalalkan’ peniaga Batu Feringgi yang merangkumi 99 peratus Cina. Kenapa ada sikap sebegini?” katanya.

“Saya nampak matlamat kerajaan negeri mudah saja. Melayu (di Pulau Pinang) hendak dijadikan seperti di Singapura. Lee Kuan Yew dan Lim Guan Eng umpama mentor dan protege. Kehadiran Kuan Yew dulu memang inilah matlamatnya untuk ajar Guan Eng bagaimana untuk sisihkan Melayu Pulau Pinang dan seolah-olah kami hidup bergantung kepada dia.

“Kita bukan bermusuh dengan penduduk Cina dan India yang ada tetapi masalahnya ialah Guan Eng. Itu adalah fokus masalah kita,” kata anak jati Kampung Melayu Tanjung Tokong itu.

Beliau mengimbas kembali janji pemimpin parti pembangkang dalam kempen pilihan raya umum 2008 lalu, bahawa perkampungan Melayu di Tanjung Tokong akan dijadikan tanah warisan.

Tetapi selepas mengambil alih kerajaan negeri, mereka mendakwa tiada kuasa dan kawasan itu adalah tanah Kerajaan Persekutuan.

“Bagi saya, ini satu pembohongan dan penipuan yang sejelas-jelasnya kepada orang Melayu di Tanjung Tokong yang memberi kepercayaan kepada mereka, kononnya mengundi mereka adalah demi mempertahankan tanah berkenaan. Hari ini, orang Melayu di Tanjung Tokong masih lagi berhempas pulas dan berjuang untuk mempertahankan tanah itu,” katanya.

Perkampungan yang dihuni 3,000 penduduk itu adalah tanah Tol yang sudah dibatalkan hak milik oleh kerajaan negeri. Dengan mencadangkan statusnya ditukar kepada kampung warisan maka kampung itu akan dikekalkan.

“Kalau berani, kami cabar kerajaan negeri untuk datang dan robohkan perkampungan kita. Lihatlah apa tindakan kita. Jadi kami kini umpama tinggal di perkampungan setinggan sebab tidak tahu tanah itu hak milik siapa. Dia nak halau kami bila-bila masa saja boleh,” katanya.

Beliau difahamkan kawasan itu hendak dimajukan dengan pangsapuri mewah yang mencecah RM1 juta seunit dan penduduknya yang 100 peratus Melayu akan dipindahkan ke lokasi lain.
“Bagaimana orang Melayu di kampung itu yang kerja kilang dengan gaji RM1,000 sebulan nak beli rumah itu? Semua ini bertujuan menghalau orang Melayu dari pulau ini dan pulau ini hanya boleh diduduki orang yang berpendapatan tinggi,” katanya.

Sebaliknya, kerajaan negeri menjemput penduduk Singapura dan Hong Kong datang mendiami Pulau Pinang sebagai rumah kedua mereka.

Jais turut mendedahkan dasar komuniti perniagaan dan sektor swasta Cina di negeri itu yang mewajibkan syarat menguasai bahasa Mandarin untuk calon yang mahu mencari pekerjaan.

“Perkara itu adalah mustahil bagi orang Melayu. Ini benda yang tak masuk akal dan kita sedar bahawa inilah agenda dia sebenarnya dan ke mana arah dia nak bawa Pulau Pinang ini memang cukup jelas bagi kita,” katanya.

Tuesday, September 1, 2009

MALAPETAKA YANG KITA SEMUA INGIN ELAKKAN

ANALISIS OLEH ROZAID A. RAHMAN (mStar)

APA yang sedang berlaku sekarang di Seksyen 23 Shah Alam jika tidak ditangani dengan baik dan sempurna boleh membawa kepada malapetaka yang kita semua tidak ingini. Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, nampaknya orang-ramai masih tidak mahu belajar daripada peristiwa masa lalu dan bagaimana api kebencian mudah disemarakkan atas nama kaum dan agama.

Sementara kita memahami sensitiviti masyarakat Islam yang mendiami Seksyen 23 Shah Alam akan kegelisahan mereka tentang rancangan untuk membina sebuah kuil Hindu di kawasan mereka, kita juga pada masa yang sama tidak boleh membenarkan emosi dan perasaan kebencian menguasai diri sehingga mencetuskan situasi dan keadaan yang tidak terkawal di negara ini.

Dalam konteks ini, adalah baik pandangan dan suara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) diberi perhatian oleh kita semua demi perpaduan dan masa depan negara ini.

ABIM dalam kenyataan akhbarnya telah menasihati masyarakat Islam di negara ini supaya berhemah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam apa juga persoalan, terutama yang membabitkan isu-isu agama.

Ini bagi memastikan supaya segala tindak-tanduk di dalam berbantah tidak menyumbang kepada terpudarnya imej agama Islam yang amat menekankan rukun hidup yang aman dan harmoni di antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Dalam hubungan ini, kata ABIM, sebarang tindakan yang boleh ditanggap dan ditafsirkan sebagai boleh menghina simbol-simbol kesucian agama lain hendaklah dijauhi. Ini kerana, ia boleh mengundang reaksi yang buruk terhadap keharmonian beragama dan menajamkan lagi sikap prejudis di antara penganut agama.

Malah ABIM telah menekankan bahawa prinsip akhlak dan adab Islam di dalam menangani pertikaian berkaitan persoalan melibatkan agama hendaklah dihayati oleh masyarakat Islam di negara ini berdasarkan Firman Allah di dalam surah al-An’am, ayat 108 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas kerana tiada pengetahuan (mengenai Allah). Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahu mereka kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.

Sebagai sebuah organisasi gerakan belia Islam yang besar dan utama di negara ini, ABIM telah menyatakan rasa sedih mereka dan memandang berat tindakan Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 Shah Alam yang membawa kepala lembu yang telah disembelih semasa majlis bantahan yang diadakan di hadapan bangunan SUK Selangor selepas sembahyang Jumaat baru-baru ini.

Pada pandangan ABIM, tindakan seumpama itu boleh ditanggap dan disalahtafsir oleh penganut agama Hindu sebagai satu tindakan menghina agama mereka oleh masyarakat Islam.

ABIM juga menasihati umat Islam supaya merujuk kepada ahli agama yang arif di dalam membuat apa juga bentuk tindakan yang secara langsung membabitkan agama lain. Ini bagi memastikan kesucian agama Islam dan kehormatan umah sentiasa terpelihara.

Jadi jalan penyelesaian kepada perkara ini menurut pandangan ramai pihak termasuklah ABIM ialah supaya umat Islam di Shah Alam dan Kerajaan Negeri Selangor mempercepatkan perbincangan berhubung dengan isu ini supaya ia tidak berlarutan dan boleh mengundang salah faham yang berterusan.

Adalah lebih murni dan baik amalan dan budaya dialog diamalkan sehingga ke tahap tertinggi di dalam menangani isu-isu seperti ini kerana ia boleh mengelak daripada emosi dijadikan alat untuk memercikkan api kebencian dan kemarahan.

Malah lebih banyak yang boleh dicapai di meja rundingan secara adil, saksama dan penuh kewarasan daripada ’menyemarakkan api’ di tepi jalanan. Ini terbukti apabila Mahyuddin Manaf yang mengetuai jemaah yang memprotes di hadapan pejabat SUK Selangor berkata, membawa kepala lembu ke tempat protes tidak terdapat di dalam agenda mereka. Malah beliau mengakui, ia adalah perbuatan individu yang tidak puashati dengan isu tersebut.

Ini adalah bukti yang amat nyata bahawa protes jalanan tidak dapat mengawal perasaan dan emosi para pesertanya dan perlakuan-perlakuan yang ditunjukkan berbanding dengan meja rundingan yang mana segala-galanya boleh dibicarakan secara teratur dan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, kita akan mengetahui apakah ia perbuatan yang mendapat restu atau tindak tanduk di luar meja rundingan.

Inilah bezanya duduk berunding dengan memprotes di jalanan.

Sepertimana ABIM, ramai yang percaya dan yakin masih terdapat ruang untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam suasana yang lebih kondusif dan bukannya dalam situasi tegang yang dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama. Inilah perkara terakhir yang kita perlukan buat masa ini.

Apatah lagi insiden Jumaat lalu telah memberi modal kepada agensi-agensi berita luar negara untuk melaporkan kejadian itu dalam nada yang sangat negatif malah dikaitkan pula dengan kegagalan negara mencapai keharmonian di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52.

Mereka pantas mengaitkan apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam itu dengan insiden 13 Mei 1969.

Ya, Islam adalah agama persekutuan dan oleh kerana Islam adalah agama rasmi negara lah maka kepentingan umat Islam perlu diambil kira oleh pihak berkuasa khususnya pihak berkuasa tempatan di dalam membuat perancangan tentang kedudukan rumah ibadat sesuatu agama agar peristiwa sepertimana yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam tidak berlaku lagi.

Pada masa yang sama, hak penganut agama lain untuk mempraktikkan amalan mereka juga perlulah dipelihara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Ingatlah, api yang telah membakar tangan tidak meninggalkan apa-apa melainkan kesakitan dan kecacatan semata-mata.

Sunday, August 23, 2009

HINA ISLAM PAK SAMAD TAK KISAH…ASALKAN JANGAN BAHASA MELAYU

Kesian, semakin lanjut usia, Datuk A Samad Said semakin ‘sesat’. Hairannya pemimpin PAS apabila Pak Samad cakap bahasa dia orang sokong. Bahasa Melayu boleh, bangsa Melayu asobiyah.

Antara Bahasa Melayu dan Islam, lebih teruk menghina Islam. Tidakkah Pak Samad malu berkerjasama dengan mereka yang menghina Islam?

Daripada Exception 2008

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini. Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin. Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme "pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu. Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.

Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).
Curi-curi ajar BM Malam ini,

A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan).
"Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017. "Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri.

Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," kata Pak Samad lagi.
Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI "menjadi semakin tidak jelas". Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang "tidak tuntas dan berdikit-dikit".

"Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.
"Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit," kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan. "GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu," katanya kepada Malaysiakini.

Jejas pelajar Melayu
"GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam." Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai "bagaimana liciknya penipuan" yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.

Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu.
"Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar."

Aduhai Pak Samad, kenapalah Pak Samad masih belum faham jugak... Nak mansuhkan PPSMI bukan semudah yang disangka. Kena melalui peringkat-peringkat agar pelajar tidak mengalami kejutan. Malah memudahkan silibus baru pengajaran dalam Bahasa Melayu nanti dikeluarkan dengan banyak.
Tapi Pak Samad seolah-olah tidak kisah berkerjasama dengan pihak yang jelas menghina Islam.

Bagi Pak Samad, tak kisah jika mereka nak hina Islam. Asalkan tak hina Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan Pak Samad. Bahasa Melayu takkan pupus sampai bila-bila. Itulah bahasa seharian kami berbicara bersama teman-teman, ibu-bapa dan masyarakat.

Sunday, July 26, 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

OLEH Dr. Mohd Ridhuan Tee,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia)

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik.

Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini?

Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem.
Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998.

Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.

Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Friday, November 7, 2008

KELUAR KELANTAN BOLEH TINGGAL DI AUSTRALIA

Riuh rendah pasal Zaid Ibrahim. Geger dibuatnya.

Ada mengatakan beliau tidak wajar tinggal di Kelantan lagi. Jadi ke mana?

Beliau tidak hairan kerana ada rumah di Kuala Lumpur dan di Australia.

Zaid banyak duit, dia tidak hairan!

Menurut Berita Harian, selain meminta maaf kepada seluruh umat Melayu, kalangan pakar dan pejuang Melayu mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan konsep ketuanan Melayu gagal di negara ini diberi pendidikan politik.

Selain itu, mereka juga menggesa Zaid keluar dari Kelantan dan Malaysia yang ditadbir raja-raja Melayu seiring konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata semua pihak mesti menerima dan mengakui hak ketuanan Melayu yang termaktub dalam sejarah negara sejak dulu lagi.

Tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bukan saja menolak hakikat sejarah tetapi juga boleh menimbulkan masalah di kalangan masyarakat majmuk di negara ini, katanya.
Katanya, bekas pemimpin Umno itu mesti sedar bahawa beliau tidak boleh menyentuh dan menyinggung perasaan orang Melayu kerana ia akan menimbulkan masalah lain.

“Oleh itu, adalah wajar beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengakui apa yang dinyatakan sebelum ini melukai dan menyentuh perasaan orang Melayu kerana itu adalah yang terbaik kerana hakikat sejarah tidak sepatutnya dipertikaikan sesiapa pun,” katanya.

Zaid dalam ucapannya pada persidangan LawAsia di Kuala Lumpur minggu lalu, berkata konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Ketua Umum, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, berkata kenyataan Zaid menunjukkan beliau seorang yang bukan saja tidak berjiwa Melayu tetapi sanggup menghina bangsanya sendiri, dan keadaan itu adalah lebih jahat daripada tindakan penjajah.

“Kami mengutuk keras kenyataannya itu dan akan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Zaid itu sebagai keterlaluan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican, berkata menyatakan ketuanan Melayu sebagai konsep yang gagal adalah juga penafian kepada sumbangan institusi kesultanan dan politik Melayu selama ini.

“Entah kenapa pandangan sedemikian seperti ‘dengungan’ pandangan liberal parti pembangkang yang terdesak mempamerkan wajah ’sama rata’ hingga sanggup mengorbankan kepentingan bangsa,” katanya.

Pejuang Bahasa Melayu, Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata kenyataan Zaid menunjukkan kejahilannya terhadap perjuangan bangsanya sendiri.

Justeru, katanya, Umno perlu memberi pemimpin seperti Zaid pendidikan politik supaya faham sejarah dan fakta sebenar kerana perkara yang berhubung kait dengan hak istimewa dan konsep ketuanan Melayu sudah digariskan dalam perlembagaan Persekutuan.