Thursday, July 29, 2010

ADUN DAP CUBA MASUK DUN MELAKA WALAUPUN DIGANTUNG

Lihatlah kesombongan DAP.

Mereka tidak menghiraukan peraturan apa pun.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tetap muncul pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, di Melaka, walaupun beliau digantung selama sehari.

Beliau yang tiba empat ahli pembangkang lain termasuk ketuanya, Goh Leong San, untuk masuk ke dewan persidangan terpaksa dihalang anggota polis yang berkawal dipintu utama.
Keadaan itu menyebabkan berlaku sedikit kekecohan susulan pertikaman lidah antara semua ADUN terbabit dengan anggota polis hingga menyebabkan Setiausaha DUN, Mariam Ilyas, terpaksa campur tangan untuk menyelesaikannya.

Berikutan itu, persidangan yang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi terpaksa ditangguhkan sehingga beberapa minit bagi membolehkan masalah itu diselesaikan.

Sejurus persidangan bermula, Datuk Yaakub Md Amin (BN-Sungai Udang), bangun mengemukakan usul tergempar supaya Khoo digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan dan disokong 23 daripada 28 ahli dewan.

Keputusan berkenaan menyebabkan Goh (DAP-Kesidang) bangun membantah usul berkenaan.

Namun Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad memaklumkan keputusan itu sudah dikemukakan dan disokong oleh majoriti ahli dewan.

Goh bersama tiga wakil DAP lain iaitu, Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) bertindak keluar dewan.