Tuesday, May 31, 2016

Laporan SPRM: Hubungan Azmin-Wan Azizah Mungkin Retak


Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkemungkinan besar menyebabkan parti itu berdepan ancaman perpecahan.

Perselisihan dalam parti yang menyaksikan Azmin berada di satu pihak dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pihak yang lain sudah menjadi rahsia terbuka sebelum perkembangan terbaru ini.

Rafizi memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia sekitar tengah hari semalam untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung kerajaan negeri yang didakwa berurusan dengan rasuah.

Beliau tiba diiringi Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, Anggota Parlimen Kapar G. Manivannan dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

"Saya tidak boleh dedahkan butirannya pada masa ini. Satu-satunya harapan saya ialah biarlah SPRM menjalankan siasatannya tanpa diganggu politik dan pelbagai persepsi lain. Anggaplah ini sebagai perkara biasa. Kalau ada asas, mereka (SPRM) teruskan (siasatan). Kalau ada maklumat, boleh serahkan kepada SPRM," katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat SPRM berkenaan.

Dalam mesyuarat Biro Politik PKR pada 24 Mei lepas, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Rafizi mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan rasuah kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan 'untuk mendapatkan wanita' sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk berurusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan bagi mendapatkan wanita.
Rafizi turut mengemukakan maklumat dan bukti berhubung salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta individu-individu yang didakwanya terlibat.

Dakwaan itu pertama kali muncul dalam mesej kumpulan WhatsApp ahli PKR yang kemudiannya bocor ke pengetahuan umum.

Rafizi kemudian mengesahkan bahawa dia telah menulis mesej tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei mengenai dakwaan Rafizi itu, Azmin telah mengecam dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau tidak mengemukakan bukti.

Tuduhan itu katanya merupakan sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor tidak menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan dan enggan memberikan kenyataan sebagai respons kepada langkah terbaru Rafizi yang melaporkan dakwaan rasuah kepada SPRM.

Dr Wan Azizah, orang yang dilihat sejajar dengan Rafizi telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan sebarang bukti dakwaan rasuah itu kepada SPRM.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) berkata sebarang perbalahan dalam parti itu tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.
"Nampaknya perbalahan dalaman sebahagian besarnya adalah dalam PKR. Memandangkan Amanah bertanding di Sungai Besar, kesannya adalah kecil," katanya.

Rafizi sendiri enggan mengulas lanjut lanjut mengenai aduannya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa adalah 'jarang-jarang' untuk seorang pemimpin kanan parti membuat laporan terhadap ahli parti sendiri tetapi menegaskan bahawa 'ia sepatutnya dibuat dengan cara itu'.

Sabitan Rasuah Terhadap Bekas Pengurus Besar Sime Darby Engineering Kekal


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini (31 Mei 2016) mengekalkan sabitan lima pertuduhan rasuah lebih RM180,000 terhadap bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara daripada 27 tahun kepada 10 tahun ke atas Md Zaki Othman, 54, dan membenarkan rayuan Md Zaki untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan  Md Zaki hanya perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun kerana hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Ab Karim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kecacatan dalam penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen pada 12 April 2012, oleh itu Mahkamah itu tiada sebab untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Sesyen.

"Hukuman penjara adalah sesuai untuk kes-kes rasuah bagaimanapun hukuman penjara yang terlalu panjang adalah tidak sesuai bagi kes ini kerana pendakwaan adalah sama walaupun tarikh yang berlainan," katanya yang menolak rayuan Md Zaki terhadap sabitan lima pertuduhan rasuah.

Pada 12 April 2012, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM168,000 atau 18 bulan penjara bagi pertuduhan pertama; dan pertuduhan kedua hukuman penjara lima tahun dan denda RM108,500 atau 20 bulan penjara.

Bagi pertuduhan ketiga dia dihukum penjara lima tahun dan denda RM153,000 atau 20 bulan penjara; pertuduhan keempat hukuman penjara enam tahun dan denda RM164,900 atau 24 bulan penjara; dan pertuduhan kelima hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM300,000 atau 30 bulan penjara.

Dia perlu menjalani hukuman penjara 27 tahun dan membayar denda RM894,400 selepas mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, Md Zaki didakwa menerima suapan RM33,600 bagi bayaran set perabot daripada seorang kontraktor, Abdul Salam Ahmad, di rumahnya di Jalan Austin Perdana 2/11, Taman Austin Perdana di Kuala Lumpur pada 10 pagi, 14 Disember 2007 sebagai dorongan membantu Abdul Salam mendapatkan Surat Hasrat bagi satu projek.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada empat orang anak itu didakwa menerima jam tangan jenama Rolex bernilai RM21,700, juga daripada Abdul Salam di alamat yang sama pada 9 malam 10 Mac 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung satu kontrak.

Bagi pertuduhan ketiga, Md Zaki didakwa meminta suapan berupa seutas jam tangan berjenama IWC berharga RM32,980 daripada Abdul Salam di Hour Glass Sdn Bhd, pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur, antara 1.30 tengah hari dan 4.30 petang antara 13 Mac 2009 dan 15 Mac 2009.

Pertuduhan keempat, pula Md Zaki didakwa bersetuju terima suapan berupa jam tangan berjenama Hublot berharga RM60,000 daripada orang sama pada 10 pagi antara 13 Mei 2009 dan 15 Mei 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak itu.

Bagi pertuduhan terakhir, Md Zaki didakwa meminta suapan RM33,600 daripada Abdul Salam bagi bayaran set perabot di Europe Asia Furniture Expo Sdn Bhd, Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini pada 28 November 2007.

Pendakwaan dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Md Zaki diwakili peguam Harvinderjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Bahrain Omar.

(Bernama)


Sunday, May 29, 2016

Bagaimana Orang Yang Ada Kaitan Dengan Siasatan Boleh Kata Tiada Rasuah???


"SPRM sepatutnya mengumumkan kajian...Biar kerajaan dan Dr Ahmad Zahid dilihat bertanggungjawab dan telus...yang membuat janji untuk menyiasat perlulah mengotakan janjinya agar kenyataan memerangi rasuahnya berwibawa."  

Bagaimana Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor boleh menjawab bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu banjir kilat di Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Apakah kerana dia menteri maka tugas SPRM pun di bawah seliaan beliau?

Bukankah secara automatik apabila disebut siasatan terhadap banjir kilat di Kuala Lumpur, ia melibatkan keseluruhan struktur, termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, menterinya, timbalan menterinya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak-pihak berkepentingan lain?

Bukankah ini bermakna Tengku Adnan boleh dianggap sebagai orang yang ada kaitan dengan siasatan? Apakah Menteri dan kementeriannya terkecuali?

Aneh apabila Tengku Adnan berkata pada 25 Mei lalu, SPRM tidak menemui sebarang elemen rasuah yang boleh dikaitkan dengan kejadian banjir kilat di ibu kota baru-baru ini.


Mengenai isu banjir kilat ini, Transparency InternationalMalaysia (TI-M) turut membuat ulasan bahawa banjir kilat yang menenggelamkan beberapa kawasan di ibu kota itu  membuka mata pelbagai pihak mengenai natijah daripada kepincangan aspek pelaksanaan andai benar ia terpalit dengan rasuah.

Pegangan bahawa wang berkuasa membuatkan segelintir pihak 'tutup sebelah mata' meskipun segala kekurangan seperti spesifikasi pembinaan, kualiti dan ketahanan terpampang ketika pemeriksaan akhir terbukti mengundang padah apabila ratusan rakyat terkandas dalam banjir.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai perlunya kajian hendaklah dilaksana dengan membawa pihak tidak bertanggungjawab tanpa mengenal pangkat dan darjat kerana mengambil rasuah ke muka pengadilan.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bencana Alam itu sebagai semboyan memerangi kepincangan mencatur pembangunan dek rasuah hingga menyusahkan rakyat.
 Dr Ahmad Zahid mengumumkan, kerajaan akan menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam pembangunan projek-projek di ibu negara. Ini termasuk projek mega, sehingga menyebabkan kejadian banjir kilatpada 7 dan 13 Mei lalu.

Bukan sahaja di ibu negara, Kuala Lumpur. Di Putrajaya seminggu sebelum itu, iaitu pada Sabtu 7 Mei, juga berlaku banjir kilat.

Dalam kejadian banjir kilat 12 Mei lepas, hampir 100 kenderaan ditenggelami air di Jalan Tuanku Abdul Halim (dulunya dikenali Jalan Duta) dan Jalan Bangsar.

Apakah kenyataan Tengku Adnan  itu hanya berasaskan kajian DBKL semata-mata yang mendapati banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim adalah kesan daripada kerja pembangunan di kawasan itu.

Bagi Jalan Pantai Baharu berhampiran Universiti Malaya (UM), Tengku Adnan berkata kolam pembendungan di UM didapati penuh dengan lumpur akibat kerja pembangunan di universiti itu, sekali gus tidak mampu menampung kadar air hujan yang banyak.

Persoalannya apakah SPRM tidak bebas membuat kenyataan sendiri, sebaliknya mesti menteri yang membuatnya?


Juga aneh, sehari sebelum itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J.Loga Bala Mohan berkata, SPRM telah membuat lawatan di kawasan terlibat dengan banjir kilat yang melanda ibu negara pada 12 Mei lepas.

Katanya, siasatan terperinci perlu dibuat (saya ulangi PERLU DIBUAT) sebelum sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam elemen rasuah sehingga mengakibatkan banjir kilat. (apakah ini bermaksud belum siap?)

Loga menjawab celahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai kemungkinan banjir kilat itu berlaku kerana terdapat elemen korupsi seperti yang Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul khas kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur di  Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, 24 Mei lalu.

Usul berkenaan dibawa oleh Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang antaranya menggesa DBKL  bertanggungjawab atas kemusnahan harta benda terutamanya kenderaan selain mahu langkah efektif diambil bagi menjamin keselamatan orang ramai ketika banjir kilat.

Aneh, hanya sehari Timbalan Menteri berkenaan menjawab di Dewan Rakyat yang menggambarkan siasatan sedang dijalankan, Tengku Adnan mengatakan tiada unsur rasuah pada keesokan harinya.


Kenapa SPRM sendiri tidak mengeluarkan hasil siasatan?

Apakah secepat itu kajian atau siasatan SPRM mengenai isu banjir ini?

Apakah ini caranya kajian atau siasatan yang dimahukan oleh Timbalan Perdana Menteri?

Sedangkan laporan Bernama pada 14 Mei, menyebut bahawa Timbalan Perdana Menteri berkata pihak berkuasa yang berwajib perlu menjalankan siasatan itu dan menyediakan laporan lengkap mengenainya bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Bencana Alam berkata pihak yang saling menuding jari dalam permasalahan itu juga akan diminta duduk bersama bagi mencari jalan terbaik untuk menangani isu berkenaan.

Amat nyata, Timbalan Perdana Menteri mahukan laporan lengkap dan apakah Tengku Adnan bercakap selepas laporan lengkap dibuat dan penilaian ke atasnya dilakukan secara menyeluruh?

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu,  SPRM juga mendapati tiada elemen rasuah terbabit dalam pemberian kontrak bagikerja saliran dan pembersihan sungai yang mengakibatkan banjir kilat itu.

“Perkara pertama adalah tiada sebarang eleman rasuah…kami beri kontrak kepada kontraktor berdasarkan keperluan. Jika kontraktor itu tidak mencapai piawaian, kami akan tamatkan kontrak,” katanya.

Ditanya sama ada siasatan lanjut akan dilakukan mengenai insiden banjir kilat di Kuala Lumpur, Tengku Adnan berkata: “Tak ada apa lagi yang nak disiasat.”

Kita menyanjung tinggi pendapat TI-M agar penilaian menyeluruh perlu digerakkan mencakupi setiap rantaian pembinaan iaitu daripada peringkat pemberian tender kontrak sehingga sesebuah projek menerima sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sikap pemberian tender kepada kroni perlu dihindarkan, sebaliknya syarat kelayakan untuk menerajui pembinaan wajib bersandarkan rekod kemampuan, selain berwibawa melaksanakan pembangunan tanpa wujud tindakan mengaut keuntungan lebih dengan mengabaikan mutu bahan, kata TI-M lagi.

Dengan kenyataan Tengku Adnan itu apakah kerajaan sudah  memperkemas aspek ketelusan dalam pembinaan dengan mengadakan pemeriksaan mengejut dan berkala?

Selain itu apakah penilaian projek bukan sekadar dilakukan selepas ia siap kerana ketika itu luarannya tampak cantik, tetapi sistem saliran di bawah tanah caca marba?

Kita berharap sangat SPRM sendiri mengumumkan kajian atau siasatannya agar keresahan dan kemarahan rakyat dapat diredakan. Biar kerajaan dan Dr Ahmad Zahid dilihat bertanggungjawab dan telus.

Kenyataan oleh Tengku Adnan itu bagaikan ‘melepaskan batuk ditangga’ dan banyak perkara boleh dipersoalkan.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji untuk nmenyiasat perlulah mengotakan janjinya agar kenyataan memerangi rasuahnya berwibawa!!!  

Saturday, May 28, 2016

Isu Tanah Perda: Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Di SPRM


Exco kerajaan DAP Pulau Pinang Dr Afif Bahardin pada 27 Mei lalu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Kampung Tok Keramat, Nibong Tebal dekat Butterworth.

Dr Afif berkata beliau dihubungi pihak SPRM minggu lepas untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu tanah milik Perda yang didakwa dijual di bawah harga pasaran itu.

"Kami harap kes itu dapat disiasat dengan teliti...saya yakin SPRM cukup profesional dan percaya dengan integriti SPRM untuk menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita sebelum memberi keterangan kira-kira 35 minit di pejabat SPRM.

Pada 7 April, Dr Afif mewakili kerajaan DAP Pulau Pinang membuat laporan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Perda itu dan menamakan Datuk Shabudin Yahaya selaku Pengerusi Perda merangkap Anggota Parlimen Tasek Gelugor sebagai individu yang bertanggungjawab mengakibatkan penjualan tanah milik Perda itu di bawah harga penilaian pasaran.

Pada sidang akhbar 1 April lepas, Shabudin berkata Perda menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju, membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar itu ialah RM16.6 juta.

Sementara itu sumber SPRM berkata beberapa pihak lagi termasuk pengurusan Perda akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.


"Kami harap kes itu dapat disiasat dengan teliti...saya yakin SPRM cukup profesional dan percaya dengan integriti SPRM untuk menyiasat perkara ini," tegasnya.

Dr Afif yang merupakan Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri tiba di pejabat SPRM Seberang Perai di Jalan Kampung Jawa, di Butterworth pada 10.25 pagi ditemani peguamnya Ong Chin Wen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah.

Sementara itu pada Selasa lalu (26 Mei)  SPRM  Perlis menahan 23 penjawat awam termasuk dua wanita kerana membuat tuntutan palsu sepanjang 2015, dalam operasi yang dijalankan pada 24 dan 25 Mei lepas.

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah berkata mereka yang ditahan di negeri ini terdiri daripada pelbagai agensi dan kumpulan jawatan.

"Siasatan mendapati mereka telah membeli resit dari hotel bajet di sekitar Kuala Lumpur dengan harga RM10, kemudian membuat tuntutan di pejabat masing-masing dengan harga antara RM160 dan RM220 (mengikut kadar kelayakan gred masing-masing)," katanya dalam kenyataan di Kangar.

Menurutnya, ada juga antara mereka yang membuat tuntutan palsu berkenaan secara kerap iaitu sebanyak 10 kali dalam tempoh setahun dengan jumlah tuntutan individu yang mencecah RM9,850.

Jumlah keseluruhan tuntutan bagi semua kes berkenaan ialah sebanyak RM37,180 dan SPRM percaya masih terdapat kegiatan sama yang dilakukan dalam kalangan penjawat awam lain memandangkan hanya dua hotel sahaja yang telah diperiksa setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694), katanya.

Menurut Yaacop, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat dan kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu arahan selanjutnya daripada TPR.

Susulan itu, SPRM telah menahan seorang lelaki warga Pakistan yang juga pemilik salah sebuah hotel bajet yang diperiksa dalam operasi pada 25 Mei lepas dengan bantuan anggota Cawangan Perisikan Khas Ibu Pejabat SPRM.

Pemilik hotel bajet berusia 58 tahun itu direman selama empat hari untuk membantu SPRM melengkapkan siastan berhubung kes berkenaan.

Wednesday, May 25, 2016

Guan Eng Mungkin Terima Nasib Lebih Teruk Daripada Khir Toyo?


"Penyerahan kertas siasatan (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali (Peguam Negara) adalah selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan."

Dengar khabar, dari Putrajaya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menerima nasib sama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata sudah mempunyai bukti lengkap dan cukup kuat untuk mendakwa Guang Eng.

Maknanya, Guan Eng bukan sahaja akan didapati bersalah tetapi akan hilang statusnya sebagai wakil rakyat – di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, jika disabitkan kesalahan.

Kehadiran atau istilah ‘serbu’ yang digunakan untuk menjelaskan tindakan kedatangan Pegawai SPRM ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn 22 Mei lalu, bukan kehadiran biasa.


Walaupun dilaporkan untuk ‘mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran’, kehadiran itu berlainan sekali dengan kehadiran biasa.

Mereka datang dengan dengan lapan pegawai SPRM menggunakan tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Guan Eng  kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dan Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau pada Ahad untuk membantu siasatan SPRM.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Banglo itu dibeli Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasanya boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin


Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh menjelaskan, Guan Eng turut diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi Ahad.

Selepas membantu siasatan dan selepas keterangan diambil, pasukan SPRM itu telah mengikut Guan Eng  ke rumahnya untuk sambung siasatan.

Memandangkan siasatan masih berjalan, Guan Eng tidak akan memberikan apa-apa keterangan, malah turut berada dalam kediaman Lim ialah peguam R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo.

Pada Jumaat (20 Mei), pemilik rumah banglo tersebut, Phang Li Koon hadir memberi keterangan kepada SPRM. Phang dan pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) Datuk Tang Yong Chew hadir bersama-sama peguam mereka.

KLIDC telah membeli tanah itu daripada kerajaan negeri.

Mereka tiba pada kira-kira 8.30 pagi  dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 1.30 tengah hari.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Isterinya, Betty Chew pada 6 Mei lalu turut diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo di Jalan Pinhorn itu, selain kes penjualan tanah di Tamanggis, Jalan Zainal Abidin.

Malah, dua minggu lalu, Guan Eng turut dipanggil selama dua hari berturut-turut dengan lebih 10 jam berada di SPRM negeri untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglonya itu.

Isunya ialah bila Guan Eng akan didakwa dan diseretkan ke mahkamah?

Ada mengatakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabak Bernam dan Kuala Kangsar. Kenapa selepas?

Jika dilakukan sebelum ia akan memberikan gambaran bahawa kerajaan pimpinan BN memang tidak bertolak ansur dengan rasuah.

Cuma mungkin akan timbul pertanyaan, kenapa ada kes cepat didakwa, malah ada yang terang-terang kes rasuah, ia ditangguh-tangguhkan.

Apakah ada masalah pada peringkat siasatan oleh SPRM atau ‘tersangkut’ di pejabat Peguam Negara?


Sejauh ini  SPRM telah memanggil lebih daripada 60 saksi untuk memberi keterangan, malah Guan Eng dan isteri, Betty Chew ternyata memberikan kerjasama.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, siasatan terhadap Guan Eng telah lengkap dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Penyerahan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil. Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” menurut kenyataan itu.

Rafizi Serah Bukti Rasuah ‘Wang dan Perempuan’ Kerajaan Selangor Ke SPRM


Rafizi tidak layan Azmin. Apakah akan ada ‘pertelingkahan politik’ dalam PKR Selangor selepas ini?

Kini sah sudah bukti berkaitan dakwaan’ rasuah wang dan perempuan’ dalam kerajaan Selangor bukan untuk pengetahuan parti (PKR) semata-mata.

Isu rasuah kerajaan negeri Selangor itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PKR sudah membuat keputusan itu melalui mesyuarat biro politik parti malam semalam dengan  mengarahkannaib presidennya Rafizi Ramli menyerahkan laporan mengenai rasuah itu kepada SPRM.

Walaupun Azmin tidak senang dengan keputusan yang diambil Rafizi, jelas biro politik PKR melihat isu itu sebagai sesuatu yang perlu diketengahkan.

Dengan melaporkan kepada SPRM, kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  kini berdepan dengan siasatan mengenai wujudnya perbuatan rasuah di negeri berkenaan.

Suasana ini pastinya tidak akan menggembirakan Azmin kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 12 Disember tahun lalu mengingatkan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya agar tidak menyalahgunakan kuasa sekaligus terlibat dalam kegiatan rasuah.

Titah baginda, sekiranya rasuah berlaku ia akan mendorong kepada kemerosotan ekonomi, ketidakstabilan politik dan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.

“Apabila rasuah ini dibiarkan berleluasa, maka hasil negeri akan disalahgunakan dan pendapatan negeri akan lesap … justeru rakyat tidak akan berpuas hati, negeri akan menjadi kacau bilau dan rakyat tidak dapat hidup dengan selesa dan harmoni,” titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Alam Shah.


Rafizi sebelum ini mendakwa mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat berkenaan.

Berikutan itu, suhu mesyuarat tersebut dikatakan menjadi 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu.

Rafizi berkeras  menyerahkan bukti itu walaupun Timbalan Presiden PKR, yang juga Menteri Besar Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu.

Rafizi, beru-beru ini  mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
  
Beliau turut  mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

Rafizi berkata ada 'orang bona fide' datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas Rafizi.

Kenyataan Rafizi itu dibuat selepas surat dari penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir. Ada melihat surat itu sebagai kebimbangan Anwar bahawa pengaruhnya semakin merosot.

Pada 20 Mei lalu, Azmin menganggap  dakwaan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan negeri' itu satu tuduhan jijik dan kempen fitnah terancang.

"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," tegasnya dalam satu kenyataan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono. 

Pada Azmin, dalam mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan bebas rasuah, pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat tetapi ia perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 'sekelumit bukti'.

Azmin sebagai ketua pentadbir negeri berkata semua pihak bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.

Kemarahan Azmin tidak dapat dibendung lagi apabila menyifatkan dakwaan yang menyebabkan pentadbirannya berdepan fitnah “jijik”, “jahat”, “semberono” dan terancang bagi melemahkan semangat penjawat awam negeri pastinya akan berlanjutan.

Azmin bengang kerana jelas Rafizi sudah menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak yang diaggap tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, menyerlahkan pertelingkahan puak-puak dalam PKR.

Mengenai mesyuarat semalam, Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Ismai menjelaskan: “Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Dalam kenyataannya lewat malam semalam  Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

SPRM Sudah Lawat Kawasan Banjir Kilat Di Kuala Lumpur - Loga Bala


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) telah membuat lawatan di kawasan terlibat dengan banjir kilat yang melanda ibu negara pada 12 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J.Loga Bala Mohan.

Beliau berkata siasatan terperinci perlu dibuat sebelum sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam elemen rasuah sehingga mengakibatkan banjir kilat.

"Dia (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kata mungkin ada, kemungkinan dan kita siasat, kalau dapat dibuktikan, sudah tentu kita akan ambil tindakan tetapi ini tidak bermakna telah ada korupsi berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul khas kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, semalam.

Loga menjawab celahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai kemungkinan banjir kilat itu berlaku kerana terdapat elemen korupsi seperti yang dinyatakan Ahmad Zahid.

Usul berkenaan dibawa oleh Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang antaranya menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab atas kemusnahan harta benda terutamanya kenderaan selain mahu langkah efektif diambil bagi menjamin keselamatan orang ramai ketika banjir kilat.

Menjelas lanjut, Loga berkata banjir kilat yang melanda ibu negara antara lain disebabkan hujan luar biasa yang menyebabkan paras air naik mendadak di kawasan terlibat.

"Hujan pada hari tersebut yang direkodkan oleh JPSWP (Jabatan Pengairan dan Saliran Wliayah Persekutuan adalah berjumlah 106.5 milimiter dan ia adalah luar biasa.

Kolam takungan sedia yang tidak dapat menampung hujan menyebabkan peningkatan air secara mendadak di jalan terlibat," katanya.

Beliau berkata sistem perparitan yang diselenggara oleh DBKL di kawasan terlibat banjir kilat dilaksanakan secara berjadual dan tahap pembersihan sisa pepejal juga mengikut skop tugas dan frekuensi kerja syarikat.

Katanya permohonan peruntukan tambahan telah dibuat kepada kerajaan yang antara lain bertujuan menggantikan paip armco sedia ada serta membina beberapa lagi kolam takungan.

"DBKL juga akan menaik taraf sistem koordinasi di Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS), kamera litar tertutup dan skrin dinding akan dipasang serta digabungkan talian optik dari ITIS ke Bilik Gerakan Bencana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara masa nyata bagi tujuan pemantauan," katanya.

Monday, May 23, 2016

80 Peratus Agensi Penguat Kuasa Sempadan Terima Rasuah?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua, kiri) melihat dari dekat pelbagai barang rampasan pada sidang media serbuan dan rampasan sebuah makmal memproses syabu berskala besar hasil pemantauan dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, di Bukit Aman. Serbuan dibuat di sekitar Shah Alam dan dan Hutan Melintang, Perak.

Oleh Akhbar Satar (akhbar.satar@gmail.com)
Penulis ialah Pengarah Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP

Sekali lagi Polis Bukit Aman baru-baru ini mencatat kejayaan besar menahan 10 lelaki selepas menyerbu lapan makmal memproses dadah jenis syabu di Shah Alam dan Hutan Melintang Perak membabitkan rampasan bernilai RM36 juta.

Siasatan mendapati suspek membawa masuk bahan utama untuk memproses dadah jenis syabu yang diseludup masuk dari India.

Ada beberapa faktor berlakunya penyeludupan dadah, seperti kelemahan penguatkuasaan, ada permintaan, sindiket jenayah terancang dan isu integriti agensi penguat kuasa.

Penyeludupan dadah adalah jenayah terancang terbesar di dunia selepas penyeludupan senjata api dan pemerdagangan manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan negara kerugian RM7 bilion setahun kerana penyeludupan.

Kelemahan agensi penguatkuasa menyebabkan negara mudah dibolosi oleh penyeludup dadah. Kebanyakan pegawai penguat kuasa bukan sahaja tidak mempunyai kepakaran untuk menjejaki sindiket dadah, bahkan juga kurang terlatih

Kedua, terdapat banyak permintaan untuk membekalkan dadah, terutama sekali golongan belia di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mereka juga dikaitkan dengan masalah sosial.

Ketiga ia membabitkan sindiket jenayah merentas sempadan. Pengedaran dadah adalah satu kegiatan dilakukan oleh sindiket tempatan yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah terancang di luar negara.

Oleh yang demikian, mereka mendapat bekalan dengan mudah dan menggunakan teknik yang sukar dikesan pihak berkuasa.

Faktor selanjutnya adalah disebabkan segelintir pegawai penguat kuasa tidak mempunyai integriti.

Cawangan Khas PDRM mengatakan 80 peratus daripada agensi penguat kuasa di sempadan menerima rasuah daripada sindiket dadah, senjata api dan penyeludupan manusia. Perbuatan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemasukan dadah secara besar-besaran bahkan juga boleh mencemarkan imej negara.

Pegawai penguat kuasa yang bertugas di lapangan terbang sewajarnya mempunyai ilmu criminal profiling dan risikan yang dapat membantu mengesan orang yang disyaki membawa masuk dadah.

Ini disebabkan modus operandi penyeludup masa kini sangat canggih dan menggunakan pelbagai teknik sukar dikesan oleh agensi penguat kuasa jika sekiranya mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran itu.

Kamera litar khas Jika dilihat di lapangan terbang New York, mereka menggunakan kamera litar khas yang boleh mengesan siapa sahaja yang diragui terbabit dalam kegiatan membawa masuk dadah.

Agensi penguat kuasa juga patut menyediakan pegawai yang berpengalaman dan berpengetahuan untuk ditempatkan di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu masuk sempadan.

Sediakan alat pengimbas berkualiti tinggi yang dapat mengesan penyeludupan dadah dengan lebih mudah. Di dalam pembelian alat imbas ini, pastikan ia mempunyai spesifikasi terbaik dan yang ditetapkan. Ia boleh mengekang pembolosan. Pastikan pegawai yang bertanggungjawab mengenai pembelian alat mesti mempunyai integriti tinggi.

Dalam menangani isu sindiket penyeludupan dadah ini, setiap anggota agensi penguat kuasa seharusnya mempunyai rangkaian sumber yang banyak.

Melalui sumber akan dapat maklumat mengenalpasti sindiket dan penyeludup dadah. Untuk mencapai maklumat ini pegawai memerlukan kebijaksanaan dan juga kemahiran yang tinggi.

Di antara kelemahan yang patut di atasi ialah kurangnya perkongsian maklumat di antara agensi penguat kuasa.

Setiap agensi bertindak bersendirian disebabkan kurangnya komunikasi dan masing-masing berlumba lumba untuk membuat tangkapan dan mendapat publisiti.

Mesin pengimbas canggih Agensi penguat kuasa di Australia melakukan profiling terhadap pesawat yang tiba dari negara berisiko tinggi. Negara pengeluar atau hab dadah akan diberi tumpuan dengan membuat pemeriksaan lebih rapi sehingga menggunakan anjing untuk menghidu dadah di dalam bagasi.

Mesin pengimbas yang mereka gunakan adalah canggih dan setiap penumpang dikehendaki menjalani pemeriksaan dalam beberapa peringkat mesin pengimbas.

Adalah wajar jika sekiranya teknik sebegini dapat dipraktikkan di negara ini supaya penyeludupan dadah dan lain-lain dapat dibendung serta juga menghalang sindiket penyeludupan memilih Malaysia sebagai destinasi mereka.

Pegawai yang bertugas di lapangan terbang dan sempadan hendaklah memberi lebih tumpuan kepada mengesan dadah yang diseludup masuk di pintu masuk ke negara ini. Mereka yang bertugas di sempadan seperti di Sungai Golok, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam juga mesti mempunyai kemahiran dan menrekrut sumber untuk mengesan sindiket dan penyeludup.

Walau dengan alat yang canggih sekalipun tanpa pegawai yang berintegriti, maka kegiatan penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan manusia akan tetap berleluasa.

Tajul asal – ‘Perlu Integriti Cegah Seludup Dadah’
Diterbitkan oleh BH Online, JUMAAT, 22 APRIL 2016

Kerjasama SPRM Kedah, NACC Thailand Mampu Banteras Rasuah Rentas Sempadan

Kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand diyakini mampu membanteras kegiatan rasuah rentas sempadan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata kerjasama berkenaan  itu telah diwujudkan pada Oktober tahun lepas, selepas perjanjian persefahaman dimeterai antara kedua pihak pada 2012.

Beliau berkata menerusi kerjasama itu kedua-dua pihak akan membantu bagi mengesan saksi dan individu yang dikehendaki, yang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa untuk tujuan siasatan.

"Setakat ini kita ada satu kes dengan meminta NACC di Songkhla (Selatan Thailand) bagi mengesan seorang wanita yang kini berada di Danok, Thailand bagi membantu siasatan berhubung satu kes berkaitan rasuah," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan delegasi dari NACC Thailand, di Pejabat SPRM Kedah di Alor Setar, hari ini.

Sejumlah 31 delegasi NACC menyertai lawatan itu yang diketuai Presiden NACC Wilayah Songkhla, Prof Madya Pairote Duangwiset.

Katanya perkara berkenaan dalam proses tindakan NACC, kerana SPRM tidak mempunyai kuasa untuk ke negara jiran itu bagi menangkap suspek atau saksi yang melarikan diri ke Thailand.

Mohd Fauzi berkata kerjasama seumpama itu dapat mempercepatkan proses siasatan kedua-dua pihak sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai kes rasuah rentas sempadan.

Sementara itu, beliau berkata menerusi kerjasama tersebut NACC Thailand turut mempelajari bagaimana SPRM melakukan penguatkuasaan anti rasuah di negara ini untuk dipraktikkan di negara mereka.

"Mereka mahu masyarakat di negara itu memberi kerjasama membanteras rasuah seperti yang dilakukan di negara ini. Kita juga telah cadangkan kepada mereka untuk anjurkan pelbagai aktiviti bagi membanteras rasuah," katanya.

Sunday, May 22, 2016

Students May Spend Last Days In University Learning To Steer Clear Of Graft

All students may spend their finals days in university learning to steer clear of corruption before entering the workforce.

Under a programme planned for all higher education institutions, students will be introduced to real-world scenarios they could face during their careers.

The awareness programme is among mea­sures being mooted by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in collaboration with both the Education and Higher Education ministries.

MACC director of strategic communications Abdul Samat Kasah said the introduction of anti-corruption modules for certain courses, like finance or engineering, where students are more likely to face such challenges, was also in the pipeline.

“These modules will be benchmarked against what is being done in other countries,” he told The Star.

He pointed out that certain universities including Sheffield in Britain had a compulsory professionalism in engineering subject for final year students.

The subject incorporated code of ethics, good governance and the law on bribery.
Abdul Samat said the subject included course work, examinations and one hour of class for a whole semester.

The University of Sheffield engineering graduate school also has a Professional Beha­viour and Ethical Conduct module.

Abdul Samat said the move was part of measures to curb corruption in society.

He said MACC was working with Universiti Perguruan Sultan Idris to come up with an anti-corruption teaching manual to help tea­chers drive home the message.

“The manual is almost ready and will be sent to the Education Ministry for approval,” he said.

A more subtle approach is being taken to instil a firm anti-corruption foundation among students at the primary level.

Abdul Samat said MACC, together with the Education Ministry’s textbook division, were improving textbooks to drive home the message wherever possible.

“This included the new textbooks for moral, language and religious studies,” he said.

The move has been welcomed by integrity advocates. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Paul Low said teaching students in the classroom could only go so far.

“It’s the parents who have to set an example. Teaching a generation to be intolerant of bribes has to start from the home,” he said.

Low claimed that modern parenting me­­thods were “monetising” children and making them associate success with material gains.

Transparency International Malaysia presi­dent Datuk Akhbar Satar called on the MACC to do the same in kindergartens.

He said while it remained to be seen how effective the anti-corruption modules would be in school, it would be easier to drum the message of integrity into younger children.

“They must be moulded. It’s a good move, but we will have to see what they do,” he said, citing Japan and Sweden as countries where kindergarten children were taught integrity.

Laporan PAC Negeri Pulau Pinang Dicadang Dijadikan Dokumen Tatapan Umum


Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan mencadangkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Pulau Pinang dijadikan sebagai dokumen bagi tatapan umum.

Dalam kenyataan semalamm  beliau berkata ini susulan perbincangan hangat pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang minggu lalu telah mendedahkan bahawa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri itu telah dua kali ditangguhkan.

"Ini membuktikan bahawa jawapan yang benar masih tidak lengkap," katanya.

Dalam pada itu, beliau menghargai jemputan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi beliau melihat sendiri dokumen projek tiga jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu pada 12 Mei lalu.

Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimanapun menolak jemputan tersebut kerana baginya dalam keadaan ini ia tidak memberi banyak kelebihan.

"Sedikit sahaja matlamat akan tercapai apabila kertas ini ditunjukkan kepada saya sahaja, katanya. Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menawarkan tawaran yang sama kepada yang lain terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang.

Abdul Rahman berkata antara pihak tersebut adalah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) serta pertubuhan bukan kerajaan yang bertapak di Pulau Pinang iaitu Penang Citizen Awareness Chant Group dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

"Sekurang-kurangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang dan lima ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga telah menimbulkan persoalan mengenai projek terowong ini.

"Setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka telah menerima jawapan yang memuaskan," kata Abdul Rahman.

Rapid Rise Of Cyber Criminals In Malaysia


Director, Institute of Crime and Criminology, HELP University

Cyber crime is a fast-growing and lucrative industry perpetrated by cyber criminals. In fact, there is evidence showing that the total amount lost through cyber crime may have actually exceeded losses due to conventional crimes.

Cyber crime is a term for any illegal activity that uses the Internet and a computer or other electronic devices, including mobile phones and cameras, as its primary means of committing a crime.

Cyber crime includes identity theft, hacking and computer fraud and is a complex area of criminology.

The Center for Strategic and International Studies (CSIS) in Washington D.C. reveals that the cost to the global economy from cyber crime in 2015 is likely to be more than US$400bil.

Juniper Research in Britain recently predicted that by 2019, this loss will amount to US$2.1tril, an increase of almost five times the estimated cost of breaches in 2015.

Cyber crime is also emerging as a serious economic concern in Malaysia. CSIS estimates that the cost of cyber crime in Malaysia is 0.18% of GDP or approximately RM215mil per year. Based on statistics provided by Pemandu, Malaysia lost RM179.3mil to cyber crime in 2015.

Cyber crime has surpassed drug trafficking as the most lucrative crime. More than 70% of commercial crime cases are now categorised as cyber crime, according to the Royal Malaysia Police.

According to CyberSecurity Malaysia, the number of cyber crimes in this country has increased at an average of 10,000 cases reported each year, with the highest incidence involving online scams and hacking information systems of organisations.

Other cyber crimes reported include cyber harassment, cyber bullying, denial of service, intrusion, and those that are content related.

In another report released by Telenor Group, Digi.Com Bhd stated that an Internet Scams study showed the top three scams in Malaysia are work from home fraud (30%), Internet auction scams (22%) and online dating scams (20%).

The study found that one in five people has been a victim of both Internet auction and online dating scams, and one in 10 have had their Facebook hacked.

It is not surprising that cyber criminals are attacking and focusing on Malaysia given the high usage of the Internet here.

We are now seeing a breed of cyber criminals who are bolder, harsher and more open about their activities and are looking at getting into the ranks of the world cyber crime professionals.

Cyber criminals have become more sophisticated in their modus operandi and the scale of their activities has increased considerably.

The high-tech banking system, lax student visa regulations and weakness in enforcement have made Malaysia a global hub for cyber crimes.

Another major reason for the growth of cyber crime is the way it preys on the human tendency to seek the easy way to make money or gain profit. Cyber crimes offer the pretext of making quick profits and greedy people will fall prey to it despite the extensive exposure of its dangers by the authorities and cautionary tales from cheated victims.

Usually, a potential cyber criminal activity starts with an Internet promotion or special offer. Not all such offers are false but we must do some background checking before getting into business transactions with strangers on the Internet.

The public should be more careful and not be taken in by Internet promotions hook, line and sinker. The frequent media reports on such crimes should serve as a lesson to society and deter them from being tempted by these scams.

To make matters worse, in many cases the process of dealing with the damage arising from a cyber attack can be costly, time consuming and emotionally exhausting.

The number of active Internet population in this country has now exceeded 21 million, with 18 million being active on social media. While this brings great social and economic benefits to the nation, it is also heralding the more unwelcome trend of cyber crime.

Thursday, May 19, 2016

Nazir Razak Telus, Berwibawa, Abangnya Najib Pula Bagaimana?


Sebelum ini ada cadangan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bercuti dalam tempoh tertentu supaya siasatan terhadap diri beliau dan keluarganya dapat dijalankan secara telus dalam isu berkaitan dana RM2.6 bilion dan 1Malaysia Developent Berhad (1MDB).

Dengan bercuti, Pedana Menteri akan dilihat telus dan berani untuk disiasat. Malah, pihak yang menjalankan tugas pula boleh menjalankan tugas dengan tidak teragak-agak.

Persoalannya, apakah dengan ketiadaan Najib, Malaysia akan jadi huru hara?

Najib boleh melepaskan sementara ‘kuasa’ serta mandatnya kepada sesiapa yang dirasakannya mempu mmerintah Malaysia untuk seketika.

Sudah psti mengikut adat, Timbalan Perdana Menteri akan mengambil alih sementara, tampuk kepimpinan negara.

‘Pemergian seketika’ Najib tidak akan membawa kesan buruk kepada negara kerana pembangkang akan menyambut baik keputusan itu.

Dengan kata lain, sama-samalah mereka – Barisan Nasional dan pembangkang, selain pentadbir, polis dan tentera menjaga kestabilan negara. Tiada pemimpin atau rakyat yang tidak sayangkan Malaysia.

Terbukti sudah langkah yang dibuat oleh adiknya, iaitu Datuk Seri Nazir Razak untuk bercuti selama sebulan daripada jawatannya sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd bukan sekadar mendatangkan kekuatan baru kepada dirinya tetapi juga kumpulan CIMB itu sendiri.

Laporan Bernama hari ini menyebut selepas menamatkan cuti secara sukarela selama 30 hari bagi membolehkan inkuiri bebas dijalankan terhadapnya, Nazir kini kembali menggalas tanggungjawabnya dengan lebih berwibawa.

Banyak pihak melihat tindakan Naazir itu bukan sekadar menaikkan reputasinya yang kekal utuh, tetapi turut disambut nada positif kalangan pakar ekonomi.

Mereka memujinya sebagai individu contoh serta miliki komitmen tinggi dalam aspek ketelusan serta berwibawa.

Ketua Pakar Ekonomi International Quality Investments, Shan Saeed menyifatkan keputusan Nazir mengambil cuti secara sukarela dan keputusan Lembaga Pengarah CIMB, sebagai langkah yang baik dan sewajarnya.

"Nazir adalah seorang ahli perbankan dengan kredibiliti yang kukuh di pasaran kewangan. Beliau ada kelayakan yang mantap dan dihormati ramai ahli perbankan lainnya. Malah, ulasannya juga relevan dengan pasaran manakala pemikirannya mengenai aspek global juga lazimnya tepat," kata Saeed kepada Bernama, hari ini.

Sambil menyifatkan keputusan Nazir bercuti dan menggalas semula tugasnya di kumpulan CIMB sebagai bertepatan, Shan berkata beliau sendiri sebagai seorang warga asing serta mungkin juga yang lain, pasti akan memandang tinggi terhadap sebuah institusi bank CIMB yang dikemudi individu seperti Nazir.


"Dari sudut pandang seorang warga asing, saya berpendapat yang beliau memiliki kewibawaan yang tinggi. Pasaran juga tahu bahawa beliau adalah individu yang ada nilainya. Kehadirannya semula turut menyuntik petanda positif kepada pasaran," katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, CIMB Group dan CIMB bank berkata kehadiran Nazir untuk menyambung semula tugasan dan tanggungjawabnya turut menandakan berakhirnya semakan dalaman secara terperinci oleh Lembaga Pengarah yang bermula pada 5 April lepas.

Nazir turut meneruskan semula jawatannya sebagai Pengarah CIMB Bank mulai hari ini, berikutan keputusan atau hasil semakan itu yang membuktikan bahawa beliau tidak menyalahgunakan kedudukan atau berlaku sebarang penyelewengan sumber-sumber bank itu ketika bergelar Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu.

Lembaga Pengarah CIMB juga bertindak melantik firma audit luar, Messrs Ernst & Young selain mendapatkan khidmat nasihat undang-undang secara bebas bagi membantu mereka dalam menyempurnakan lagi proses semakan berkenaan.

Nazir bercuti secara sukarela mulai 19 April lepas untuk memastikan semakan dalaman yang menyeluruh, bebas dan telus oleh lembaga pengarah membabitkan akaun peribadinya, susulan laporan oleh Wall Street Journal pada 31 Mac lepas.

Melalui catatan dalam Instagram beliau, Nazir, secara berseloroh menggambarkan dirinya sebagai "ahli perbankan yang bersara sementara serta peminat Chelsea", turut mengucapkan terima kasih kepada barisan Lembaga Pengarah CIMB Group dan CIMB Bank Bhd, firma audit luaran dan penasihat undang-undang ke atas semakan dalaman itu.

"Ia mengambil masa yang lebih lama daripada yang saya jangkakan. Biarpun sekadar menjadi pemerhati dan tidak selesa (bagi saya) tetapi ini adalah langkah yang tepat dan CIMB akan menjadi institusi yang lebih kukuh atas alasan itu - tiada siapa pun mengatasi sistem semak dan seimbang," katanya dalam catatan tersebut.

Bagi Profesor Fakulti Ekonomi Perniagaan Universiti Sunway, Dr. Yeah Kim Leng, Nazir telah mengotakan janjinya dan menunjukkan komitmen yang jelas terhadap isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan dan etika.

"Beliau yang menyambung semula tugasnya selepas siasatan bebas itu adalah dialu-alukan bukan sahaja oleh organisasi tetapi juga kalangan pengamal perbankan dan masyarakat umum yang peka terhadap isu-isu integriti," kata Yeah.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan turut menegaskan bahawa Nazir perlu meneruskan kapasitinya sebagai Pengerusi CIMB memandangkan kes beliau telah dianggap selesai susulan keputusan jawatankuasa audit luaran.

"Tiada lagi isu konflik kepentingan dan kapasiti moral baginya (Nazir) untuk meneruskan tugasnya sebelum ini," katanya.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, memuji CIMB dan Nazir kerana mengambil inisiatif untuk menjalankan semakan dalaman dan kesediaannya untuk berundur ketika siasatan dijalankan.

"Ia adalah tindakan mengalukan beliau kembali. Sudah pasti, CIMB rapat dengan hatinya, di mana beliau membina kerjaya dan beliau membina CIBM di dalam kerjayanya. Beliau sangat tahu apa yang diperlukan bank itu untuk bergerak ke depan," tambahnya.

Selain integriti, kes itu telah mencetuskan keperluan untuk Malaysia mempunyai satu sistem pembiayaan politik yang lebih jelas dan telus.

Nazri berkata, industri perbankan Malaysia perlu belajar daripada negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mengenai bagaimana mereka menguruskan pembiayaan politik.

"Kita perlu mempunyai penanda aras. Ia sudah pasti jelas yang pembiayaan politik perlu diisytiharkan kepada pihak berkuasa, tanpa mengira jumlah dana," katanya.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Perundingan Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang boleh membantu pewujudan sistem pembiayaan politik yang lebih telus.

Wan Saiful juga berkata, ketelusan dalam pembiayaan politik perlu dikaji dengan serius bagi mengelak salah faham orang ramai.

"Saya berpendapat banyak kerja perlu dilakukan mengenai pembiayaan politik. Kita memerlukan sesuatu untuk mengawal selia dan kerajaan sedang melakukannya," tambah beliau.


Dengan pujian dan penghormatan sedemikian, kenapa Najib berdegil untuk tidak melakukan seperti yang dibuat oleh adiknya?

Apakah ini menggambarkan bahawa walaupun daripada keturunan darah yang sama, Nazir jauh lebih telus dan berwibawa daripada Najib.

Dan kalau sekirnya Najib juga pada hakikatnya bersedia, apa pula faktor yang menghalangnya?