Kesian, semakin lanjut usia, Datuk A Samad Said semakin ‘sesat’. Hairannya pemimpin PAS apabila Pak Samad cakap bahasa dia orang sokong. Bahasa Melayu boleh, bangsa Melayu asobiyah.
Antara Bahasa Melayu dan Islam, lebih teruk menghina Islam. Tidakkah Pak Samad malu berkerjasama dengan mereka yang menghina Islam?
Daripada Exception 2008
Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.
"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.
"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini. Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin. Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme "pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu. Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.
Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.
Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).
Curi-curi ajar BM Malam ini,
A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan). "Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017. "Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri.
Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," kata Pak Samad lagi. Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI "menjadi semakin tidak jelas". Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang "tidak tuntas dan berdikit-dikit".
"Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung. "Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit," kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan. "GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu," katanya kepada Malaysiakini.
Jejas pelajar Melayu "GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam." Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai "bagaimana liciknya penipuan" yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.
Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu. "Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.
"Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar."
Aduhai Pak Samad, kenapalah Pak Samad masih belum faham jugak... Nak mansuhkan PPSMI bukan semudah yang disangka. Kena melalui peringkat-peringkat agar pelajar tidak mengalami kejutan. Malah memudahkan silibus baru pengajaran dalam Bahasa Melayu nanti dikeluarkan dengan banyak. Tapi Pak Samad seolah-olah tidak kisah berkerjasama dengan pihak yang jelas menghina Islam.
Bagi Pak Samad, tak kisah jika mereka nak hina Islam. Asalkan tak hina Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan Pak Samad. Bahasa Melayu takkan pupus sampai bila-bila. Itulah bahasa seharian kami berbicara bersama teman-teman, ibu-bapa dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment