Tuesday, February 7, 2012

Orang Indon Mulai Marah Anwar Membela Yahudi



Terbukti sudah Anwar Ibrahim bukan boleh dijadikan pemimpin Islam yang diharapkan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.

Dia bercakap demi kepentingan diri dan nafsunya. Dia mahu menjadi Perdana Menteri.

Dia menghalalkan cara, walaupun mengguris hati orang Islam dengan kenyataannya.
Anwar tidak berhati-hati dalam kata-katanya. Dia mementingkan orang yang menyokongnya.

Dengan kata lain walaupun terpaksa celupar atau merendahkan perjuangan suci orang Islam, Anwar tidak kisah.

Bukan sahaja orang Islam di Malaysia terkedu dengan kenyataannya menyokong Yahudi tetapi orang Indonesia juga semakin sedar siapa ‘musang berbulu ayam’ sebenarnya.

Orang Indonesia terang-terangan mengatakan Anwar sudah mengguris hati orang Islam di negara itu.

Ini bermakna Indonesia – negara yang menjadi pusat Anwar menghentam Malaysia – kini bukan lagi selamat untuknya.

Semalam, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan semalam.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.

Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.

''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.

Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.

''Saya berharap Anwar akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada media kerana tindakan boleh menyebabkan simpati rakyat kepada beliau boleh berubah sebaliknya,'' katanya.