Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Cabaran Kepada Ustaz Harun Din

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz, yang mencabar pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan satu lagi pilihanraya kecil (PRK) di DUN Kota Siputeh, Kedah, untuk menentukan “siapa lebih kuat” di antara PAS dan UMNO/BN ketika mengulas tentang kekalahan PAS pada beberapa siri PRK baru-baru ini.

Pertamanya, pada penulis, kenyataan Harun Din ini lebih matang berbanding komen balas yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang menyalahkan pihak media atas kekalahan PAS yang bertimpa-timpa baru-baru ini.

Semua sedia maklum, Jabatan Penerangan menyediakan satu pusat media khas pada setiap PRK baru-baru ini. Pusat Media itu memberikan kemudahan serba lengkap dengan memberikan akses internet, wifi, berpuluh unit komputer, perabut, serta makan minum kepada semua wakil media.

Ironinya, pusat-pusat media tersebut di”monopoli” oleh media-media pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan tidak ketinggalan, “Haramkah” Online! Sudahlah digunakan kemudahan yang disediakan Kerajaan, di”bantai”nya pula Kerajaan tersebut! Adilkah kenyataan Nik Aziz yang menyalahkan media tersebut?

Keduanya, berbalik kepada “cabaran” Harun Din di atas, kenyataannya lebih “realistik”, meskipun kelihatan agak “angkuh” dan “perasan kuat sangat”. Kita tahu, kemenangan pada siri-siri PRK baru-baru ini bukanlah satu penanda aras kekuatan UMNO/BN. Ini adalah kerana kita sedar bahawa DUN-DUN yang dimenangi baru-baru ini adalah kubu kuat BN/UMNO dan pembangkang memang “hopeless” di situ.

Itu bukan kenyataan “riak” atau “takbur”, pucuk pimpinan PAS sendiri akur dan mengakui hakikat itu. Malah sebelum nama calon diumumkan lagi, Tuan Man Tuan Ibrahim dan Mahfuz Omar sendiri sudah menyatakan pada media bahawa PAS amat sukar untuk menang di DUN-DUN tersebut dan PAS “tiada harapan” di sana. PAS hanya menyasarkan untuk “pengurangan undi BN” sahaja.

Justeru itu, cabaran Harun Din ada juga “benar”nya. DUN Siputeh sememangnya milik UMNO/BN. Namun, menyedari bahawa Abu Hassan yang memenangi DUN tersebut hanya menang tipis pada PRU yang lalu, maka beranilah Harun Din melakukan cabaran sedemikian.

Lagipun, setelah kemelut penggantungan Abu Hassan sebagai ADUN Siputeh, beliau agak kurang aktif kerana sering kurang sihat dan ini turut menjejaskan aktiviti-aktivitinya di DUN tersebut. Mungkin Harun Din cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan Abu Hassan tersebut dan mencabar agar PRK diadakan di situ.

Pada penulis, “siapa kuat” atau “siapa lemah” bukan soalnya. Soalnya ialah “Melayu Islam” di Malaysia ini sememangnya sedang “lemah”! Melayu Islam lemah disebabkan pepecahan umat Melayu Islam, dan pepecahan umat Melayu Islam ini disebabkan oleh NIK AZIZ NIK MAT, Mursyidul Am PAS, ketua kepada Harun Din sendiri!

Nik Aziz sendiri baru-baru ini mengaku bahawa “fatwa-fatwa” songsangnya itu dikeluarkan olehnya bertujuan untuk memecah belahkan umat Melayu Islam di Malaysia. Malah dia menyamakan tindakannya itu sebagai “tahalluf siyasi” zaman moden dan memberi alasan bahawa dia mengambil contoh pepecahan umat Islam yang wujud di zaman Nabi Adam A.S dan Rasulullah S.A.W!

Kepala hotak Nik Aziz dengan alasannya itu. Apakah dia fikir pepecahan umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W itu dianjurkan oleh Baginda sendiri? Apa pula kaitannya pepecahan umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W dengan “tahalluf siyasi” yang menyebabkan pepecahan umat Melayu Islam di Malaysia? Setahu penulis, Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menganjurkan agar umat Islam bersatu di dalam satu perpaduan yang kukuh, bukannya berpecah belah sebagaimana yang dianjurkan Nik Aziz! Itu ajaran syaitan!

Sewajarnya, Harun Din wajib mentarbiyahkan Mursyidul Amnya yang penulis kira sudah nyanyuk ditelan usia tuanya. Kasihanilah Nik Aziz itu dan dia perlu di”selamat”kan dari terus mengelirukan umat Melayu Islam yang sepatutnya bersatu sejak 50 tahun yang lampau. Kerana manusia seperti Nik Azizlah maka umat Melayu Muslim di Malaysia ini “lemah”, dan Harun Din perlu akui hakikat itu.

PRK DUN Siputeh bukanlah isu yang mengukur “kuat” atau “lemah”. Perpaduan umat Melayu Islam di Malaysia adalah lebih penting berbanding cabaran Harun Din. Pada penulis, Kerajaan tidak perlu mengadakan PRK DUN Siputeh hanyalah semata-mata untuk menyahut cabaran Harun Din. Sebaliknya, jika Kerajaan adakan PRK di DUN Siputeh pun, biarlah kerana undang-undang negara yang menetapkan begitu, dan bukan kerana Harun Din.

Justeru itu, penulis memulangkan “paku buah keras” kepada Ustaz Harun Din dengan mencabar beliau untuk mengambil alih peranan Mursyidul Am PAS tersebut dan tangan Nik Aziz sebagai “jihad fi sabilillah” bagi mengelak pepecahan yang lebih serius di kalangan umat Melayu Islam sekaligus menyatukan umat Melayu Muslim ini kepada sebuah perpaduan yang digeruni oleh DAP dan PKR.

Macamana Ustaz? Berani sahut cabaran ini?

MyKMU.net (Sunday, March 13th, 2011)

Sunday, September 5, 2010

DINAR - KALAU SEKADAR 'SUKARELA', APA SANGAT ISTIMEWANYA?

Sebelum ini 'geger' satu Malaysia.

Dinar dan dirham kononnya nak dijadikan mata wang alternatif. Boleh digunakan untuk perdagangan dan bayar gaji.

Tetapi semalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, agensi kerajaan negeri Kelantan yang bertanggung jawab terhadap penjualan dinar emas dan dirham perak, menegaskan bahawa syiling berkenaan bukan satu wang sah.

Kalau sudah demikian halnya, kenapa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco kanannya, Datuk Husam Musa begitu beria-ia mengatakan ia sebagai pengganti (alternatif) kepada mata wang sedia ada?

Dalam soal seperti ini pun mahu dijadikan isu politik? Jika awal-awal mengatakan ia hanya sebagai sesuatu yang 'sukarela', keadaan menjadi lebih mudah.

Atau Nik Aziz sendiri tidak tahu dinar dan dirham ini boleh dijadikan mata wang pilihan? Atau Nik Aziz dibekalkan maklumat salah?

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade, Umar Ibrahim Vadillo berkata penggunaan dinar dan dirham Kelantan semata-mata berdasarkan sukarela.

"Tiada siapapun dipaksa menggunakan atau membeli syiling itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak media. Orang ramai membeli syiling itu secara sukarela dan kedai-kedai yang menyertai jaringan itu juga dilakukannya secara sukarela," katanya pada satu taklimat media mengenai perkembangan terbaharu dinar emas dan dirham perak di sini.

Katanya Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Kelantan Golden Trade dan agensi kerajaan yang lain juga bersetuju membenarkan warga kerja masing-masing yang mahu sebahagian gaji mereka dibayar menggunakan dinar dan dirham, diberikan syiling berkenaan atas permintaan mereka sendiri dan berasaskan sukarela.

Katanya beliau kecewa dengan sesetengah media, mengenai cara ia dilaporkan.

Media lagi yang silap?

Bagi saya yang silap ialah apabila pemimpin PAS merasakan perkara ini sebagai pencapaian yang terlalu besar untuk Kelantan selain menguji Kerajaan Pusat sama ada ia boleh digantikan ringgit.

Nawaitu sudah tidak betul. Jangan salahkan media dalam soal ini. Media tidaklah sebodoh atau bebal mengenai dinar dan dirham.

"Isu wang sah jelas tiada kena mengena dengan kami," katanya semasa ditanya sama ada beliau kecewa dengan laporan media yang menyatakan bahawa negeri itu cuba menggunakan syiling itu sebagai wang sah.

Umar berkata syarikat itu memahami sepenuhnya bahawa hanya Bank Negara Malaysia berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia dan ringgit adalah satu-satunya mata wang yang merupakan wang sah bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Umar menjelaskan bahawa pengenalan dinar emas dan dirham perak di Kelantan bukan idea baharu atau satu eksperimen tetapi ia adalah pertama kali dalam sejarah bahawa rakyat diberi pilihan untuk menggunakan syiling bagi pembayaran zakat dan perkhidmatan.

Kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas dan dirham perak bernilai RM2.0 juta bagi rakyat di negeri itu pada 12 Ogos tahun ini.

Sehingga ini, dinar emas bernilai kira-kira RM1.5 juta telah terjual. Nilai dinar emas dan dirham itu adalah berasaskan harga pasaran.

Sehingga semalam. harga satu dinar ialah kira-kira RM592 dan RM13 bagi dirham.

Umar berkata kerajaan negeri merancang menggandakan operasi modal syarikat itu daripada RM2.0 juta kepada RM4.0 juta bagi membolehkan pengeluaran lebih besar syiling itu.

Kelantan Golden Trade turut merancang menambah pengeluaran syiling itu pada kemudahan menempa kedua di Pulau Pinang bersama-sama dengan Public Gold Sdn Bhd.

Pengeluaran pertama dilakukan oleh Emirates Gold di Dubai.

http://kijang-jantan.blogspot.com/

Monday, November 23, 2009

BANJIR POLITIK KELANTAN : UTUSAN TERPERANGKAP, TOK GURU TERJERAT

MACAM-MACAM tanggapan dilemparkan kepada berita utama muka depan yang dikarang dan dikarai oleh Minggu Malaysia semalam. Ceritanya mengenai Husam bin Musa nak letak jawatan? Ada yang kata ia sepekulasi dan ada juga yang kata ia sebuah gimik murahan. Ada yang kata ia permainan Umno, dan ada yang kata berita itu hasil ditulis oleh wartawan yang tidak cukup latihan (ajar).

Apapun berita itu menggemparkan. Ia menjadi perhatian banyak pihak di seluruh pelusuk negara. Dua tiga orang rakan termasuk dua wakil rakyat Pas yang mengerjakan haji yang berada di Makkah turut menghubungi saya bertanyakan perkembangan mengenai berita berkenaan.

Kalau Mingguan bercadang untuk meningkatkan salenya semalam dengan tajuk itu, ia berjaya. Al maklumlah berita mengenai orang paling kontroversi dan Exco paling cerdik di Kelantan, Husam bin Musa. Sapa-sapa pun nak baca berita berkenaan. Saya rasalah, kalau lembu dan kambing tahu mengeja dan membaca mereka juga akan turut membacanya. Apa tidaknya, Husam adalah seorang Exco yang dilahirkan Allah bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sudah semestinya bukan saja lembu-lembu dan kambing di Kelantan, tetapi lembu-lembu di Perak, Kedah, Selangor juga akan turut teringin untuk membaca berita itu. Mereka mungkin kesal dengan apa yang berlaku sekiranya berita itu benar. Mereka juga tentu kesal kalau seorang Exco yang berpandangan jauh ke depan itu berhenti. Bagi Kelantan pula kalau Husam berhenti mungkin bulan purnama pun akan menjadi gerhana dengan tiba-tiba!

Apapun kalau berita itu yang didasarkan kepada 'sumber dalaman' itu satu rekaan dan merupakan startegi untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuannya, saya kira ia sudah mencapai maksdunya. Dalam penelitian saya berita itu merangkap dua pihak, pertama Mingguan Malaysia, dan kedua Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Sumber dalam yang memberi maklumat itu tentu bergembira apa lagi esok atau lusa akan tiba pula hari raya korban.

Mengapa saya berkata begitu, kerana disebabkan berita itu memaksa Nik Aziz bangkit membuat kenyataan menafikan apa yang dilaporkan itu. Dan paling menyeronok dan mengembirakan sumber dalaman yang memberi maklumat itu ialah apabila Nik Aziz mempertahankan Husam secukup-cukupnya.

Apa kata Nik Aziz ketika mempertahankan Husam. Ayat-ayat 'cinta' yang dileraikan samalah yang diucapkan semasa Husam pernah dilaporkan akan meletakkan jawatan pada tahun 2005 dulu. Ketika mengulas berita Husam nak letak jawatan masa itu, Nik Aziz hanya kata dia minat dan suka dengan Husam kerana banyak persamaan antara mereka berdua. Antaranya Husam suka baca buku, dia juga suka baca buku. Begitulah puji Nik Aziz kepada Husam di samping menafi dan mempertahankan Husam berhubung laporan itu.

Tetapi kali ini pujian lebih hebat dan melangit lagi. Ketika membuat kenyataan akhbar semalam, Nik Aziz kata Husam budak bijak. Berpandangan jauh ke depan. Banyak dia beri buah fikiran kepada rakyat Kelantan misalnya skim kifalah, punggut wang premium tanah dari Felcra dan sebagainya. [Barangkali Nik Aziz lupa ada lagi pojek Husam, depu, kambing jamnapari, padi organik, tv internet di Kelantan, dinar emas, dan terbaru khabarnya ternakan burung merpati].

Tegas Nik Aziz dalam sidang akhbar itu, cerita Husam nak letak jawatan tidak berlaku langsung, dan kalau pun ada, dia (Nik Aziz) tidak akan beri langsung Husam letak jawatan.

Penegasan dan pujian-pujian rahmat itu sudah cukup untuk melagakan sumber dalaman yang memberi laporan berkenaan. Pujian dan kenyataan Nik Aziz itu akan melegakan setiap mereka yang bimbang dan walang takut berlaku apa-apa ke atas Husam ekoran pergolakan yang berlaku di Kelantan sehari dua ini. Apa yang dihajati itu sudah tercapai.

Persoalannya kini siapakah sumber dalaman itu? Dia tentulah orang yang bergantung hidup dan bersimpati atau pun mendokong perjuangan Husam.

Sebagai rekod saya telah mendapat makluman siapakah yang dikatakan sumber dalaman yang disebut akhbar berkenaan. Dia ialah seorang wakil rakyat Kelantan di Kelantan. Orang inilah yang menghubungi wartawan akhbar berkenaan dan membawa cerita Husam nak letak semua jawatan. Di sini mengesahkan bahawa berita itu tidak pun bersumberkan dari tuan tubuh sendiri.

Bagi mereka yang tidak berfikiran sejalur (analitis) mudah saja memahaminya kenapa berita itu perlu disiarkan. Sebaliknya kalau berfikiran sejalur ia akan menampakkan penyiaran itu merupakan kerja jahat akhbar berkenaan yang memang terkenal dengan jahatnya. Bila cerita itu disiarkan ia hendak tak hendak memaksa Nik Aziz menjawab dan mengulasnya. Dan inilah yang ditunggu oleh orang bernama 'sumber dalaman' itu.

Nik Aziz tidak tahu menahu mengenangi peranan dan ada sumber dalaman serta strateginya. Baginya mudah saja, apa-apa yang Utusan siarkan adalah berita untuk menjahamkan Pas. Beliau lupa bahawa akhbar berkenaan ada menyebut sumber dalaman. Sumber dalaman bermakna orang-orang Pas sendiri. Jadi di sini orang yang hendak menyusahkan beliau dan menjahamkan Pas dengan berita itu ialah orang Pas sendiri. Adalah tidak adil kalau Nik Aziz hanya menyerang akhbar berkenaan dan tidak sumber dalaman yang disebut itu.

Apakah Nik Aziz perlu menyiasat sumber dalaman itu? Barangkali tidak perlu dan saya tidak pun mengira minda politik Nik Aziz akan terhimbau hingga kes itu.

Apa yang dikehendaki sumber dalaman dengan tujuan tertentu itu kini sudah pun berhasil. Tok Guru telah membuat kenyataan seperti mana diharapkan. Untuk seketika sumber itu perlu merasa lega bahawa orang yang disokongnya tidak terusik, malahan mendapat pujian. Pujian itu diharap akan mendapat markah yang tinggi untuk personaliti berkenaan.

Memerhati bagaimana mudahnya Nik Aziz terjerat dalam perangkap media ini timbul juga rasa kesian. Sepatutnya Nik Aziz bertindak macam Husam, tidak mengulas sesuatu yang tidak ada atau yang hanya menjadi ilusi. Husam ketika diminta mengulas mengenai desas desus beliau akan letak jawatan tidak menjawab dan mengelak. Apakah Husam tidak mengajar kebijaksanaan ini kepada Tok Guru?

Kenyataan Nik Aziz itu ada baiknya bagi meredakan dalam Pas. Tetapi ada sesuatu yang kurang manis dan agak berlebihan bagi saya.
Apabila Nik Aziz membesarkan sangat Husam dan seolah lupa kepada Exco lain, nampak sangat Nik Aziz tidak bersikap adil dan bijaksana. Kalaupun dia nak pertahankan Husam tidak ada masalah itu haknya, tapi bukan dengan memuji kelebihan Husam sehingga nampak memperkecilkan Exco lain. Apa bila beliau berkata, "lama dah saya nak sebut (puji} Husam tetapi takut Exco lain kecil hati," ini membawa konotasi dia hanya sayang Husam saja.

Saya yakin Exco lain itu sudah faham dengan cara dan tindakan dan khilas politik Nik Aziz. Tetapi bagi pemerhati luar yang selama ini melihat dan menanti keadilan, kebenaran akan tersinggung dengan kenyataanitu. Kesian Tok Guru sudahlah tidak dapat menunaikan haji tetapi terpaksa pula menafikan laporan palsu!

Saturday, November 14, 2009

JAWAPAN rbf KEPADA NIK AZIZ YANG SEMAKIN ANGKUH


Sampai bila orang Kelantan harus tertipu dengan air mata lakonan begini ?

Astagfirullhalazim...
Subahanalah....
Allahuakbar...

Terkejut tidak terkata saya bila membaca kenyataan Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh malaysiakini.
Beliau juga menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Subahanalah....

Nik Aziz makin sombong dan songsang nampaknya. Saya akan jawab mengikut perenggan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz di malaysiakini.

Nik Aziz@malaysiakini : Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

RBF : Kalau benar kenapa perlu takut. Teruskan seperti yang dirancang.

Nik Aziz@malaysiakini : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

RBF : Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sudah terang lagi bersuluh, orang yang menaja adalah orang yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Nik Aziz.

Nik Aziz@malaysiakini : Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

RBF : Benar. Tugas kami memusnahkan musuh politik kami, sebagaimana tugas blogger Pas dan Harakah serta pemimpin Pas memusnahkan pemimpin kerajaan Umno dan BN. Itu pun Nik Aziz tak tahu ke ? Kalau tak mahu adengan musnah memusnah berlarutan atau ingin berpelukan sepanjang masa , jom tubuh Kerajaan Perpaduan. Masihkah kau ingat ayat ini ,pergi jahanam dengan Umno.

Nik Aziz@malaysiakini : "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

RBF : Astagfirullhalazim... Nik Aziz telah menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Tidak pernah ada orang yang menghalang Nik Aziz pergi ke Mekah. Cuma orang mempertikaikan pembiayaannya. Nik Aziz memang sudah takbur berlebihan. Orang Quraisy menghalang Nabi SAW ke Mekah kerana tidak mahu ajaran Islam tersebar. Di Malaysia mana ada orang yang menghalang Islam disebarkan jika dilakukan mengikut lunas undang-undang negara dan syarak.

Sebelum ini sudah berapa kali Nik Aziz ke Mekah,adakah pernah 'Quraisy Malaysia' menghalang. Jangan bercakap bodoh dan ikut sedap mulut , kelak merana badan. Tahap riak dan sombong Nik Aziz telah sampai ke tahap maksimum. "Tidak sesekali masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walaupun sebesar zarah sifat takabur"- Hadis Bukhari dan Muslim. Saya berharap rakyat Malaysia dapat menilai sikap seorang yang menggelarkan dirinya ulamak dan tok guru.

Nik Aziz@malaysiakini : Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

RBF : Kalau tidak pelahap kenapa terima. Mungkin tak tahan dengan godaan pakej VVIP yang berharga RM 65 ribu, kerana jika nak keluarkan duit sendiri RM 65 ribu + dengan isteri RM 65 ribu = RM 130 ribu mungkin berpeluh jantan sampai ke seluar dalam. Kalau betul-betul di dada ada iman dan tahan dengan godaan minta saja orang yang memasang niat tersebut menaja orang-orang yang tidak berkemampuan untuk tunai Haji. Yang sebenarnya anda tak tahan godaan....mengaku sajalah. Nak merasa macam Raja Arab ke Mekah,serba serbi VVIP dari mula sampai akhir, mungkin tinggal di Hotel Hilton,selipar pun tidak hilang.

Nik Aziz@malaysiakini : "Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

RBF : Berani kerana benar, takut kerana salah. Dengar saja SPRM masuk siasat menantu,terus muntah berdarah.

Nik Aziz@malaysiakini : Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RBF : Jangan main anggap-anggap saja,pergi jumpa SPRM atau tulis surat kepada mereka,minta nasihat dan pandangan mereka. Itu pun tak boleh buat.MB apa ? Nak royalti boleh pergi jumpa Najib,nak ajak Najib berdebat boleh tulis surat. Yang ini tak boleh buat. Apa punya tur....

Nik Aziz@malaysiakini : Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

RBF : Dulu kata pernah ditawar rasuah berjuta-juta .“Saya pun orang hendak beri berjuta-juta tapi ingat ke neraka buat apa. Duit banyak, masuk neraka di mana cerdiknya kita.” -Nik Aziz. Sekarang dekat-dekat nak berhenti jadi MB nampaknya sudah tidak tahan godaan. Iman sudah nipis Rujuk di sini, dan juga di sini

Apa salah beritahu kepada penaja "demo nak taja ambo boleh,tapi tunggu dulu selepas ambo berhenti menjadi MB,masa la ni tak leh sebab ambo masih MB". " Kalau ambo panjang umur,Insyallah ambo terima tajaan demo pada masa tu"

Nik Aziz@malaysiakini : Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

RBF : Siasat, siasat,jangan tak siasat. Kalau boleh tubuh suruhajaya diraja sebagaimana percutian bekas Ketua Hakim negara dan VK Lingam. PAS selalu berminat dalam bab-bab penubuhan suruhanjaya siasatan diraja. Sikit-sikit minta tubuh suruhanjaya. Nah ! sekarang ambil,minta saja tubuh suruhanjaya diraja.

Nik Aziz@malaysiakini : Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

RBF : Teruskan...Syabas SPRM

Mekah adalah tanah suci,serba serbi suci dan kita pula pergi untuk menyucikan diri. Seharusnya wang yang digunakan juga suci.

Ibarat kita nak ambil air sembahyang. Untuk berwudhu kita mesti menggunakan air mustaqmal. Air mustaqmal adalah air yang bersih yang bebas dari segala kekotoran. Sebab kita nak membersihkan badan sebelum bersolat.

Kita tidak boleh berwudhu menggunakan air nescafe,milo,kopi atau teh,kerana ianya tidak bersih. Sekiranya kita tetap menggunakan air ini untuk berwudhu,badan kita akan belengah.(melekit) .Bila sudah belengah sudah tentu tidak bersih. Air ini, jangan kata kena badan kita,tumpah di atas baju kita pun sudah kotor jadinya.

Begitu juga jika kita hendak menunaikan Haji atau berkorban. Mestilah guna duit yang bersih dan suci serta bebas dari segala kekotoran,barulah Haji atau ibadat korban itu diberkati Allah. Bukannya main ikut saja sesiapa yang taja tanpa usul periksa terlebih dahulu. Ataupun suruh saja PKNS bayar dan hantar lembu kemudian kita datang bagi lembu kepada orang ramai untuk korban atas nama kita , tanpa memberitahu siapa yang bayar lembu tersebut. Tipu dunia bolehlah,di akhirat kelak tak cukup tanah.

Tadi saya sempat menonton Buletin Utama, gambar Nik Aziz selesai memberi kuliah jumaat di Kota Bahru pagi tadi. Orang ramai penuh mengelilingi Nik Aziz untuk bersalaman dengan beliau (ambil berkat). Seorang demi seorang yang bersalaman dengan beliau sambil mencium tangannya. Tetapi,tidak seorang pun diantara mereka yang bersalam itu yang Nik Aziz lihat muka mereka. Semuanya beliau tidak lihat muka. Orang salam sebelah kiri ,dia lihat depan,orang salam sebelah kanan dia lihat depan,orang salam sebelah depan pun dia tidak lihat muka oarang tersebut.

Orang yang bersalam tidak melihat muka orang yang di salamnya adalah orang yang sombong dan kurang ajar .Itulah dia Nik Aziz. Dia dah rasa diri dia hebat,dia alim,dia waruk dan dia saja yang betul. Kepada sesiapa yang kenal YB Jamalluddin Mohd Radzi (Adun Bebas ,Behrang) sila tanya beliau tentang kisah bersalam dengan Nik Aziz. Beliau ada pengalaman. Sampai sekarang pun beliau tidak menghulur tangan untuk bersalam dengan Nik Aziz.

Akhir kata, tanda kejatuhan seseorang semakin hampir,jika dia sudah bersifat takbur,riak dan sombong.

Seseorang tidak kira sewadhuk mana,selebai mana,sealim mana sekali pun jika ada tiga sifat diatas maka mereka tidak akan masuk Syurga sepertimana yang ditegaskan oleh Nabi SAW.
Daripada http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Saturday, November 7, 2009

ANWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK

1. Pengumuman Perdana Menteri berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka.

Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan “aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang”.

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui Anwar semasa Anwar Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, Anwar bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada Anwar mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya Anwar sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. Anwar kembali ‘menangguk di air keroh’ serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada Anwar dan undang-undang yang tidak jelas.

5. Anwar boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik Anwar mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah Anwar menyertai UMNO. Anwar berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita Anwar tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. ‘Ayam sakit’ Anwar di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan Anwar dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana ‘tak masuk poket dia’.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah Anwar! Bola yang dikembalikan Anwar untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung!

PAstinya ’smash’ DS Najib akan terkena muka Anwar yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena ’smash’ itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi ’smash’ itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri

Sumber: http://x-pkr.blogspot.com

Tuesday, July 28, 2009

KAJI KEIKHLASAN PAS HULUR 'TANGAN' KEPADA KERAJAAN PUSAT

NURHANANI ABDULLAH, Bandar Baru Bangi, Selangor
Utusan Online

SEBAIK sahaja membaca laporan berita mengenai kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'menghulurkan tangan' kepada Kerajaan Pusat, timbul tandatanya sejauh mana pemimpin itu ikhlas berbuat demikian.

Benarkah pemimpin yang terkenal dengan pendirian menjadikan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO 'musuh ketat' benar-benar serius atau sekadar menanam tebu di tepi bibir?

Sejarah menunjukkan Mursyidul Am Pas itu tidak pernah sebulu jauh sekali bersedia untuk bekerjasama dengan BN atau Pas.

Idea kerajaan perpaduan ditolak mentah-mentah oleh pemimpin itu lantaran BN atau UMNO disimpulkan bergelumang dengan dosa dan tidak layak bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Lebih daripada itu, UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana kononnya parti itu menolak Islam.

Seolah-olah tidak ada satu pun dasar yang diperkenalkan kerajaan BN yang tonggak utamanya adalah UMNO bercirikan Islam.

Belajar daripada sejarah penolakan sebarang bentuk kerjasama Pas-UMNO oleh Nik Abdul Aziz, mendorong keyakinan bahawa kenyataan terbaru beliau pasti akan ada susulan negatif.

Dan ia terbukti benar hari ini. Di sebalik reaksi positif kalangan barisan pemimpin BN, Menteri Besar Kelantan itu menempelak UMNO. ''UMNO pergi jahanamlah''. Kata-kata sedemikian bukan sesuatu yang luar biasa keluar dari mulut pemimpin Pas itu. Ayat-ayat lebih teruk daripada itu pun pernah dilontarkan oleh Mursyidul Am Pas tanpa ada rasa bersalah jauh sekali mahu meminta maaf.

Sebab itu apabila ada 'salam Pas untuk Kerajaan Pusat', sepatutnya tidak perlu ada reaksi positif atau mengalu-alukan kenyataan yang tidak diketahui paras keikhlasannya.

Barisan pemimpin kerajaan BN sepatutnya mengambil sikap 'biarkan, tunggu dan lihat'. Perlu juga dikaji apa sebenarnya motif tersembunyi di sebalik cubaan berbaik-baik itu sedangkan selamanya pemimpin Pas itu tidak pernah mementingkan semangat kerjasama dengan UMNO atau BN.

Sebelum Nik Abdul Aziz menghulurkan salam, beliau ada menekankan tentang perbezaan ideologi politik antara Pas dan UMNO terutamanya semasa pilihan raya kecil DUN Manek Urai hanya kerana 'pilihan raya'.

Tetapi hari ini nada Nik Abdul Aziz berbeza. Kesanggupannya bekerjasama dengan kerajaan BN kerana Perlembagaan menetapkan dasar Federalisme. Di bawah dasar itu, kerajaan BN mesti membantu membangunkan kerajaan negeri Kelantan.

Ini kerana, menurut Menteri Besar Kelantan itu, dasar Federalisme meletakkan beban dan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri. Satu fakta yang tidak disentuh Nik Abdul Aziz adalah UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan BN. Paling penting pemimpin yang menerajui Kerajaan Persekutuan dari dulu sehingga kini adalah dari UMNO.

Mengapa tatkala mahu menjalin kerjasama semata-mata untuk mendapatkan ehsan kerajaan Pusat untuk membawa kemajuan kepada Kelantan, Menteri Besar itu mengetepikan fakta-fakta penting itu?

Mengapa untuk mendapat habuan berkepentingan sendiri, fakta UMNO berada dalam BN dipinggirkan? Bukankah BN itu mewakili UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain yang tidak pernah diterima oleh Pas?

Pemimpin BN perlu belajar daripada insiden seperti ini yang ulang tayangnya bukan sekali malah berkali-kali.

Kaji dulu keikhlasan Pas sebelum menyambut salam yang dihulur. Lihat dulu sama ada tangan yang menghulur itu bersih atau bersalut dengan 'agenda negatif' yang tidak perlu menunggu lama untuk disaksikan kebenarannya.

Monday, June 29, 2009

TOLAK UMNO TERIMA DAP, TEPAT KE TIDAK TINDAKAN PAS?

Oleh Ramli Abdul Halim (Kapak Jangat)

Sama ada secara tergesa-gesa atau hasil timbang-sukat yang sangat teliti, keputusan telah pun dibuat oleh pimpinan PAS supaya dilupakan gagasan kerajaan perpaduan.

Maknanya sesiapa pun dimahukan agar jangan diungkit-ungkit lagi tentang perkara itu, PASti kerana keperluan politik, khususnya bagi keperluan parti politik PAS.

Tetapi adat mencari ilmu, apa yang tidak tahu tidak boleh dibiarkan dalam keadaan terus tidak tahu, yang meragukan tidak boleh terus dibiarkan begitu.

Sebaliknya kena ditanya, dikaji dan dicari sehingga diketemukan jawapan kepada apa yang diragukan walaupun memakan masa yang lama dan terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesulitan.

Kerana itulah kita dituntut belajar dari buaian hingga ke liang lahad bagi ilmu-ilmu berkaitan dengan hukum hakam serta amal ibadat dan pembinaan iman dan taqwa secara langsung.

Kita juga disuruh mencari ilmu walaupun hingga ke negeri Cina untuk ilmu-ilmu yang berkaitan dan yang menjadi keperluan hidup sejahtera di dunia yang kena diPAStikan pula selari dengan keperluan hidup sejahtera di akhirat.

Walaupun sudah berusia 53 tahun, mungkin kerana saya tidak berpeluang belajar hingga ke peringkat BA, apatah lagi MA, lebih-lebih lagi ke peringkat Ph D, saya masih ragu dan ingin tahu tentang apa yang saya tidak tahu dan yang saya ragu: kenapa PAS boleh menolak kerjasama dengan Umno uamg kononnya sekular tetapi boleh pula bekerjasama dengan DAP.

Saya yakin ramai di kalangan rakyat negara ini, termasuk pemimpin, ahli dan penyokong PAS juga (kecuali mereka yang banyak ilmu macam Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat) ingin tahu dan juga ragu berhubung perkara berkaitan dan perlu diberitahu atas nama tuntutan hukum hakam, bukannya menggunakan jaapan parti politik.

Ini adalah kerana walaupun Umno dianggap berparti politik dan berpolitik berpasakkan sekularisme, dalam kabinet ada menteri khas yang menjaga hal ehwal agama. Menteri yang dilantik pula tediri daripada tokoh yang ada ilmu dalam bidang keagamaan.

Jabatan dan agensi khas yang menjaga hal ehwal agama juga diwujudkan, malah siap dengan kompleks sendiri, bukannya menumpang di beranda, serambi atau kaki lima mana-mana bangunan jabatan atau agensi kerajaan yang lain bagi menunjukkan bahawa jabatan dan agensi yang menjaga hal ehwal Islam hamua pada tahap dan status asal ada sahaja.

Kerajaan Umno/BN tidak meletakkan jabatan dan agensi yang menjaga hal ehwal agama Islam pada tahap umpama melukut di tepi gantang di samping badan-badan seperti PERKIM diberi bantuan khusus untuk mengislamkan kalangan bukan Islam dan menjaga kebajikan mereka.

Di samping itu masjid dibina di mana-mana, membuktikan Umno tidak memisahkan diri dari agama, apatah lagi anti Islam. Orang Umno pun sembahyang dan mengadap ke arah kiblat yang sama dengan PAS serta membaca al-Quran dan Hadis yang serupa dengan yang dibaca oleh orang PAS.

Soal sembahyang dan segala macam amal ibadah orang Umno ditolak dan hanya sembahyang serta amal ibadat orang PAS sahaja diterima oleh Allah, bagi saya tidak ada manusia yang boleh tentukannya secara mutlak.

Kalau ada kepercaya itu, maka orang mempercayainya bagi saya tidak sempurna akidahnya, ianya dalam keadaan jahil dan menjadi tuntutan ke atas dirinya untuk belajar supaya dia ada ilmu mengenainya dan merdeka dari kejahilan.

MCA, MIC dan berbelas lagi parti-parti komponen BN yang berleaderkan Umno tidak pernah menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap apa juga usaha untuk memelihara dan mengembangkan syiar Islam.

Sedangkan DAP berulangkali menegaskan apa jua usaha untuk mengislamisasikan pemerintahan negara ini akan ditentang. Jika PAS laksanakan pemerintahan Islam, DAP akan halang. Ada pemimpin besar DAP kata, kalau mahu laksanakan pemerintahan Islam, kena langkah mayat dia dulu.

Parti Keadilan Rakyat walaupun pemimpin utamanya orang Melayu beragama Islam tetapi keanggotaannya ibarat ketulan ayam yang disembelih secara halal digaul dengan ketulan daging ayam mampus dipulas tengkuk dan dimasak dalam satu periuk.

Yang saya mahu tahu kenapa PAS yang kononnya dipimpin, dianggotai dan disokong oleh mereka yang menjalani hidup berpandukan rujukan al-Quran dan Hadis serta sentiasa menggelongsori hidup bukan sahaja atas landasan Islam tetapi jugas atas rel iman dan taqwa, boleh menolak kerjasama dengan Umno/BN tetapi memilih kerjasama dengan DAP dan PKR.

Saya masih bertanya-tanya sendiri apakah bersekongkol dengan parti yang secara terang-terang menentang penubuhan negara dan pentadbiran Islam menumbangkan Kerajaan Pulau Pinang yang berleaderkan parti bukan orang Islam tetapi tidak menentang Islam secara terbuka lebih betul dengan tuntutan Islam dan dianggap lebih berpahala kepada PAS?

Saya menjadi tambah ragu sama ada tindakan PAS menolak gagasan kerajaan perpaduan bagi menjaga hati dan perasaan DAP + PKR itu memang tepat dan patut atau pimpinan parti itu secara di luar sedar telah terbabas serta tergelincir dari landasan dan rel yang sepatutnya apabila saya membaca tejemahan sebahagian dari ayat 28 Surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lePASlah ia dari pertolongan Allah......."

Wali jamaknya adalah auliaa': bererti teman yang akrab (komponen dalam pakatan parti politik?), juga membawa maksud pemimpin, pelindung atau penolong.

Maknanya orang mu'min tidak boleh berketuakan orang kafir, tidak boleh dilindungi atau dibantu oleh orang kafir. Ertinya kalau dalam PR sama ada pada peringkat pakatan parti politik atau kerajaan yang dibentuk, orang mu'min tidak boleh berleader, berperdana-menterikan orang kafir.

Apakah PAS yakin bahawa dalam PR, parti itulah yang telah, sedang dan akan 'leader'kepada parti-parti dalam PR. Apabila impian menjadi kerajaan terealisasi nanti dengan izin-Nya, apakah pemimpin PAS boleh yakin yang tokoh dari parti itu yang akan jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan dan sebagainya di samping apakah anggota kabinet akan dimajoriti oleh tokoh PAS atau tokoh Melayu bergama Islam dari parti-parti komponen yang lain dalam PR atau pun sebaliknya?

Atau apakah langkah tolak Umno tetapi menerima DAP dan PKR itu kerana orang PAS merujuk kepada sambungan ayat 28 Surah Ali 'Imran yang bermaksud: "..........kecuali kerana(siasah) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka (orang kafir?).......".

Soalnya dalam Umno mampu untuk menjadikan umat Islam tidak kena takut kepada orang kafir, apa yang menakutkan PAS kalau tidak bekerjsama dengan DAP dan PKR sehingga boleh menolak kerjasama dengan Umno yang menyahut kerajaan perpaduan yang digagaskan pemimpin utama PAS yang kemudiannya ditolak oleh pemimpin PAS, termasuk penggagas sendiri.

Apakah tindakan PAS itu boleh terlepas dari amaran Allah pada penghujung ayat 28 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "....Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan hanya pada Allah kembali (mu)"

Saya masih mencari ayat al-Quran dan Hadis untuk mendapat tahu apa yang saya mahu tahu dan bagi mendapatkan jawapan kepada apa yang saya ragukan berhubung dengan apa yang telah, sedang dan akan PAS lakukan.

Sebagai orang atas pagar, penilaian saya terhadap PAS atau Umno tidak akan serupa dengan penilaian pemimpin, ahli dan penyokong PAS atau Umno terhadap kedua-dua parti.

Saya khuatir PAS akan termasuk dalam jumlah mereka yang menyangka mereka sedang melakukan perbuatan (boleh juga disebut berparti politik, berpolitik) ahli syurga sedangkan sebenarnya mereka sedang melakukan perbuatan ahli neraka manakala pihak lawan pula yang dianggap melakukan kerja-kerja ahli neraka, sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.

Sunday, June 21, 2009

NIK AZIZ - ADEEB TEGUR MEGAT PISAU

Berikut ialah respon panjang lebar dari seseorang yang menamakan Abeed hasil posting bertajuk KAMU TELAH SESAT WAHAI NIK AZIZ oleh Megat Pisau semalam.

Salam,
Wahai saudara yang budiman,

Sungguh terguris hati saya dengan apa yang ditulis oleh saudara itu. Apakah perkara yang terpendam dalam hati saudara itu? Mengapa hendak mencaci Nik Aziz dengan begitu rupa. Jauh apa yang saudara khabarkan itu banyak yang tidak benar. Janganlah saudara cuba untuk memanipulasi dan meracuni fikrah orang lain dengan tohmahan-tohmahan saudara itu. Bayangkan sekiranya terdapat segelintir pembaca yang membaca penulisan saudara itu tanpa menyelidik mana yang sahih dan mana yang batil. Sudah tentu rasa benci mereka membuak-buak terhadap Nik Aziz.

Silalah saudara baca keluaran terbaru Harakah keluaran BIL 1448 (19-21Jun). Salahkah Nik Aziz menerima kunjungan Lee Kuan Yew? Saya berpendapat tidak salah. Malah Perdana-perdana Menteri Malaysia sebelum ini pun ada yang bertemu dengan Menteri Mentor Singapura itu. Adakah pada masa itu, PM Malaysia sebelum ini tidak mengetahui yang Singapura itu adalah sekutu terkuat Amerika di Asia Tenggara selain Thailand. Jika hendak dibandingkan dengan Thaksin Shinawatra, Amerika lebih lagi teruk. Kenapa? Adakah PM sebelum ini tidak mengetahui yang Amerika itu telah membunuh ratusan ribu umat Islam di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan banyak lagi. Ini tidak lagi dikaitkan dengan pembunuhan oleh sekutu-sekutu Amerika seperti di Somalia, Kashmir, Bosnia, Sudan, Mindanao dan banyak lagi. Jika saudara peka, Amerika itulah THE SUPERPOWER KAFIR HARBI in the world? Tetapi Malaysia masih boleh tersenyum melihat kekejaman dilakukan oleh Amerika. Lihatlah apa peranan Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Pengerusi OIC. Saya melihat beliau hanya menggoyang kaki apabila Amerika berlaku kejam terhadap umat Islam. Setidak-tidaknya, keluarkanlah kritikan yang AMAT KERAS kepada Amerika.

Untuk pengetahuan saudara, PAS tidak mengharapkan apa-apa dari Lee Kuan Yew. PAS hanya beharap pujian oleh Lee Kuan Yew terhadap Kelantan itu adalah ikhlas. Lagipun, Lee Kuan Yew yang melawat Kelantan sendiri menafikan media-media yang mengkhabarkan berita tentang Kelantan adalah tidak benar. Beliau mengatakan yang Kota Bharu merupakan Bandar yang bersih dan ini tidak seperti dilaporkan oleh banyak media. Satu lagi, berkenaan pemerintahan PAS di Kelantan selama 18 tahun jelas terbukti tiada unsur korupsi dan ini telah dipuji oleh Lee Kuan Yew.

Berkenaan dengan snooker & billiard yang anda tulis itu, betulkah apa yang saudara khabarkan yang Nik Aziz itu sedang bermain snooker. Seseungguhnya itu tidak benar. Fitnah semata-mata. Itu sudah menjadi lumrah bagi tiap-tiap pemimpin masa kini sekiranya mengahdiri majlis pelancaran sesuatu aktiviti. Itu hanya adegan sebagi tanda perasmian sahaja. Kalaulah Nik Aziz bermain pun, saya pasti hanya pada hari itu sahaja dan itu tidak salah dan tidak bercanggah dengan syarak. Tetapi, sudah semestinya tidak. Adakah saudara mengetahui kenapa pada suatu masa dahulu Nik Aziz megharamkan permainan ini? Sebabnya pada masa itu, permainan ini terdapat banyak unsur judi,minuman keras dan pergaulan bebas. Tetapi setelah rakyat dididik dengan lembut dan gejala ini dapat dihapuskan, barulah permainan snooker ini dibolehkan semula. Kalau saudara perasan, sekarang mana ada tempat-tempat snooker di Kelantan yang menyediakan minuman keras. Ini sangat berbeza sekirnya anda pergi ke negeri-negeri lain seperti KL. Orang Islam bebas sahaja untuk minum najis syaitan itu sekiranya mengunjugi tempat snooker itu. Setakat membuat serbuan tidak berkesan sekiranya ia tidak dihapuskan. Inilah kemungkaran yang dilakukan kerajaan Malaysia sekarang. Hanya membiarkan umat Islam mengunjungi disko dan tempat pelacuran. Yang paling peliknya, rumah pelacuran itu ada yang halal & ada yang haram. Yang halal itu maksudnya ada lesen dan yang haram itu maksunya tiada lesen. Kalau di Kelantan memang diharamkan terus.

Berkenaan kerajaan campuran, itu masih dalam perbincangan semua pihak dan saya masih membuat pemerhatian dan tidak mahu membuat apa-apa andaian dan persepsi negatif kerana ia masih awal lagi untuk memberi komen. Tetapi, apa yang saya musykil, betulkah apa yang saudara dakwa bahawa non-muslim di Malaysia ini KAFIR HARBI atau hanya non-muslim dalam Pakatan Rakyat sahaja? Tidakkah mereka itu berstatus KAFIR-ZIMMI? Berbezakah KAFIR PAKATAN RAKYAT dan KAFIR BARISAN NASIONAL? Sebenarnya mereka ialah satu, iaitu kafir zimmi? Adakah saudara mengetahui apa itu kafir harbi dan kafir zimmi?
Dalam konteks syariat Islam, non-muslim terdapat dua, iaitu kafir harbi & kafir zimmi. Kafir harbi ialah orang kafir yang sedang terlibat pertempuran berdarah dengan muslimin atau berperang. Darah kafir harbi itu adalah halal untuk ditumpahkan seperti mana mereka juga mempunyai hak untuk membunuh muslimin.

Kafir Zimmi bermaksud orang kafir yang mendapatkan keamanan dari pihak muslim dan membuat taat setia kepada negara Islam bagi mendapatkan keamanan terhadap diri mereka di dalam negara Islam. Hukumnya haram bagi muslimin untuk mengganggu kafir zimmi, menyakiti, menzalimi atau mengurangi hak-haknya. Apatah lagi sampai membunuh mereka, iaitu perbuatan yang telah diharamkan secara mutlak dalam syariat Islam.
Saya bukan hendak mengajar saudara tapi itulah hakikatnya yang saya ketahui dan pelajari. Janganlah saudara menggunakan sewenang-wenangnya istilah seperti yang sedemikian kerana besar akibatnya nanti.

Berkenaan kes Perak, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara. Mufti Perak mempunyai pandangan tersendiri dan Nik Aziz mempunyai pandangan tersendiri. Untuk pengetahuan saudara, dua orang ulama ini tidak berkelahi pun. Malah, mereka mengeluarkan hujah masing-masing dalam konteks ilmiah, iaitu mengikut tahap penguasaan ilmu masing-masing.

Yang mencetuskan kegawatan ialah media perdana yang memutar belitkan berita dan ingin mensensasikan berita yang kononnya Nik Aziz ini tidak betul. Maklumlah Nik Aziz tidak suka menyaman dan tidak mahu masuk mahkamah. Jadi media-media ini mengeluarkan fakta yang berat sebelah. Alhamdulillah, baru-baru ini Nik Aziz telah membuka saman terhadap Utusan Malaysia kerana menfitnahnya. Harap-harap kemenangan ke atas Nik Aziz.

Betulkah tidak ada maksiat di Perak? Kebanyakan negeri kerajaan pimpinan Barisan Nasional boleh dikatakan banyak pusat hiburan dan maksiat. Bagaimana saudara boleh katakana sebegitu rupa. Petikan saudara:

“Kenapa kamu tidak nasihat pengikut kamu supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?”

Ini hanya provokasi media untuk menfitnah. Mereka sebenarnya bukan menentang raja, tetapi hanya bersuara untuk mendapatkan hak mereka agar Sultan membubarkan DUN. Tidakkah saudara terfikir sekiranya berbuat demikian konflik siapa yang patut memerintah Perak akan terjawab dan selesai.

Sekiranya sistem pemerintahan Barisan Nasional yang bercorak sekular yang ‘menghalalkan’ maksiat di negeri Perak dengan mengeluarkan lesen pusat-pusat maksiat, sesungguhnya walaupun mereka solat lima waktu sehari semalam, pemimpin itu tetap akan menanggung dosa kerana cuba menyesatkan rakyat ke kancah kehinaan di sisi Allah swt. Jadi pemimpin yang sebegini rupalah yang patut kita tentang habis-habisan demi menyahut syariat Islam dalam konsep amar makruf nahi mungkar. Saya percaya saudara memahami apa yang saya maksudkan lebih-lebih lagi saudara merupaka cicit TOK KHURASAN. Moga-moga Allah merahmati moyang saudara.

…Akan saya sambung lagi komen saya ni. Moga Allah merapatkan ukhuwah antara kita. Maafkan saya sekiranya terdapat kasar bahasa & mengguriskan hati saudara. Anggaplah ini sebagai perbincangan positif. Sekian…

Saturday, June 20, 2009

KAMU TELAH SESAT WAHAI NIK AZIZ

oleh Megat Pisau

Setelah sekian lama memendam rasa kurang senang atas beberapa tindakan dan perilaku orang yang digelar TOK GURU oleh para pengikut fanatiknya, maka pada hari ini, penulis sebagai cicit kepada Tok Khurasan, salah seorang guru agama kepada Nik Aziz ketika dia masih remaja, ingin menyampaikan ekspresi KEKESALAN ke atas orang yang telah menyalah-gunakan statusnya sebagai ULAMA demi kepentingan politik DEMOKRASI.
Sampai hati kamu SENYUM MESRA sambil memberi tanda BAGUS kepada salah seorang tokoh Harbi TERBESAR di Asia Tenggara ini. Tidakkah kamu tahu bahawa dia baik dengan kapitalis Thaksin Shinawatra yang sanggup menjual satelit telekomunikasi (SinCorp) negaranya sendiri kepada Temasek Holding? Dan Thaksin itu adalah provokator yang membunuh Melayu-Islam di Selatan Thailand yang secara tidak langsung merupakan saudara Kelantanmu wahai Nik Aziz?

1) Kepada rakan-rakan yang selama ini MEMUJA Nik Aziz bagaikan maksum, penulis minta maaf kerana tidak dapat lagi berselindung untuk menjaga hati kalian dalam posting kali ini yang melibatkan NIK AZIZ. Teguran keras perlu dibuat kepada seseorang yang sudah merasakan dirinya amat tinggi ilmu dan amalnya sehingga tidak sedar lagi di manakah KEPENTINGAN yang patut diutamakan sebagai Melayu-Islam di Malaysia ini.

2) Seperti penulis pernah tegur secara terbuka seorang bekas PEMIMPIN TERTINGGI dalam kerajaan yang pincang sebelum ini (cucu ulama besar juga), maka tidak ada bezanya dengan Nik Aziz ini. Sedangkan Saidina Umar R.A sebagai seorang sahabat Nabi, pejuang fisabilillah dan Khalifah kedua Dunia Islam pun meminta dirinya ditegur, inikan pula Nik Aziz seorang bangsawan Melayu dari keturunan RAJA BERSIONG (moyang Raja Jembal).

Tidak kira ASAS ILMU apa yang kamu ada wahai Nik Aziz tetapi jika banyak tindak-tanduk kamu memberi FITNAH kepada Islam itu sendiri, maka sia-sia jualah ASAS KEILMUAN kamu itu. Apabila Islam terfitnah, maka golongan yang kecewa dan keliru dengan Islam ini akan cenderung membentuk golongan LIBERAL-SEKULAR yang menjauhi retorik agama mainan PAS kamu ini. Lagi jahanamlah generasi Melayu-Islam kita di Malaysia.

Tidak salah mahu main snooker. Tetapi bayangkan jika gambar seperti ini tokohnya orang UMNO, sudah tentu dicerca tokoh itu suka berfoya-foya bermain mainan orang muda. Tapi jika "Tok Guru" yang memainkannya, maka tidak mengapa kot.

3) Kenapa Nik Aziz menentang PERPADUAN Melayu-Islam di saat-saat kita kian berpecah di bumi bertuah ini? Kenapa masih berdendam? Sedangkan dia arif bahawa dalam Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan?

Perbuatan individu-individu UMNO masa lampau tiada kaitan dengan MAJORITI orang UMNO masa kini yang mahu melihat perubahan. Tapi kenapakah Nik Aziz tidak mahu menyahut, berdamai dan mungkin berdakwah secara lebih dekat sesama Melayu-Islam dari parti UMNO?

Kenapa begitu angkuh mempertahankan PAKATAN dengan golongan MUNAFIK-HARBI yang secara terang-terangan menolak segala unsur-unsur KETUANAN MELAYU yang mendukung KEDAULATAN ISLAM di Malaysia selama ini?

4) Kenapa rela kamu menafikan nasihat dan pujuk rayu mufti Perak, Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria untuk berdamai dengan UMNO Perak demi kesejahteraan orang Melayu-Islam di Perak? Kenapa kamu ingkar hasrat Sultan Perak yang mahu melihat Melayu-Islam yang berkuasa memimpin negeri?

Kenapa kamu tidak menegur tindakan-tindakan Nizar secara terbuka yang terus hingga ke hari ini membuat kacau bilau dalam politik negeri Perak? Kenapa kamu tidak nasihat pengikut kamu supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?

Kenapa perlu kamu MESRA dan PERCAYA kepada golongan LIBERAL-SEKULAR seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim ini? Kenapa rela kamu menjadi Kadi kepada perkahwinan anak Zaid Ibrahim yang terkenal menyokong BAR COUNCIL dalam membela kes murtad Lina Joy? Kenapa berpakat dengan Anwar yang telah menghentam sistem Islam dan memuja demokrasi bebas di Amerika Syarikat?

5) Kenapa Nik Aziz dahulunya pernah menghentam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai golongan sosialis yang sama dengan komunis dalam Harakah, kemudiannya menerima pula Parti Keadilan Rakyat yang telah menyerapkan golongan "sosialis" PRM ini tadi?

Kenapa Nik Aziz tidak menegur Anwar apabila dia mahu Chin Peng Komunis itu kembali? Kenapa sering berubah pendirian wahai Nik Aziz? Kenapa tidak pernah ada walau satu pun ucapan dari kamu secara terbuka untuk mempertahankan badan bersenjata Malaysia (Melayu-Islam) yang menentang komunis suatu masa dahulu?

Lupakah kamu bahawa komunis juga telah ramai membunuh para imam dan ketua kampung yang alim? Lupakah Nik Aziz? Atau kamu sengaja melupakan segalanya demi undi popular dari kaum/agama lain?

6) Jika kamu tuduh UMNO buat jahat banyak lagi, habis itu kenapa pula kamu yang kononnya mengetuai PAS membiarkan PAS melakukan SEDIKIT jahat (salah)? Kenapa perlu banding dengan "kejahatan" UMNO? Tidak bolehkah kamu nasihat PAS supaya jangan buat jahat (salah) langsung?

Tidak bolehkah kamu menahan diri dari menggadai prinsip dan nama baik Islam yang tegas lagi jelas ini? Kamu mengaku kamu adalah NAKHODA PAS seluruh Malaysia, tetapi gaya pertuturan kamu seringkali tidak jelas dan mungkin hanya difahami oleh orang Kelantan sahaja, jika orang luar silap faham, kamu salahkan media kerajaan, tetapi pernahkah kamu JELASKAN dalam Bahasa Malaysia secara terperinci untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang Melayu luar Kelantan ini?

Dan akhirnya kamu minta orang dengar ceramah kamu secara langsung dan beli CD ceramah kamu, apakah ini suatu paksaan dalam berdakwah? Apakah ini cara berdakwah yang bijak dengan penuh sabar?

Ucapan demi Ketuanan Rakyat? Rakyat yang mana? Rakyat yang MUNAFIK-HARBI? Rakyat yang mahu kesama-rataan? Rakyat yang mengawal ekonomi? Rakyat yang mahu menghapuskan institusi Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Islam di Malaysia? Rakyat yang mahu hidup BEBAS seperti di Amerika Syarikat? Kamu fikir Ketuanan Rakyat akan memihak kepada agenda Islam sebenar?

7) Kamu mengaku Kelantan (Kota Bharu) membangun walaupun didiskriminasi oleh kerajaan pusat, tapi sedarkah siapa yang maju di Kelantan itu? Siapa yang membangun sebenarnya? SBJ bukan?

Siapa itu Syarikat Bina Jaya (SBJ)? Melayu-Islam? Adakah benar Melayu-Islam semakin berjaya dan maju di Kota Bharu? Perasankah kamu bahawa bilangan bukan Melayu-Islam semakin bertambah di Kota Bharu? Apa sudah jadi? Adakah mereka itu sekadar datang melawat atau membeli-belah sahaja?

Kenapa semakin besar rumah ibadat bukan agama Samawi di Serambi Mekah ini? Apa sudah jadi? Ada ke contoh Serambi Mekah di tempat lain dalam dunia ini yang rumah ibadat agama bukan Samawi nya semakin membesar? Tidak hairan bagi penulis jika golongan ini begitu makmur dan suka kepada PAS sehingga menyertai KELAB PENYOKONG PAS!

8) Andai kata jika suatu hari nanti Melayu-Islam di Kelantan ditimpa bencana seperti mana negara jiran kita, barulah kita insaf bahawa kita yang memegang status ULAMA ini sudah pun memberi FITNAH kepada perjuangan sebenar para mujahid kita.

Tidakkah kamu insaf wahai Nik Aziz melihat kesengsaraan saudaramu di Selatan Thailand, yang hidup tanpa institusi Sultan, yang hidup bawah golongan kuffar Harbi yang tidak beragama Samawi. Tapi saudaramu itu tidak seperti kamu, mereka tetap melaungkan Allahuakbar bersama dengan HIDUP MELAYU PATANI!

Mereka tidak tinggalkan identiti bangsa mereka sepertimana kamu menuduh KEMELAYUAN itu Assobiyyah, mereka tetap tidak tinggalkan istilah MELAYU pada perjuangan mereka, kerana mereka tahu sepertimana sesungguhnya kamu pun tahu, bahawa MELAYU yang dilaungkan itu adalah fitrah yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

9) Memang banyak lagi kekecewaan penulis yang terpendam selama ini kepada kamu wahai Nik Aziz. Kamu tidak "makan" teguran lembut dari mereka yang sebaya, apatah lagi dari insan muda seperti diri penulis ini. Ya, kita semua tidak sempurna, seperti juga penulis yang masih menimba ilmu melengkapi diri yang semakin meniti usia ini.

Tetapi beban status sebagai ULAMA adalah berat! Kamu yang sepatutnya memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada generasi muda, bukan sekadar di luar pentas politik, bukan sekadar pada poster-poster kamu yang meminta doa sambil berlinangan air mata itu, bukan modal politik seperti itu.

Tok Khurasan tidak pernah mengajar kamu ilmu untuk membuat kekeliruan dalam politik apatah lagi untuk menderhaka kepada nasihat mufti dan hasrat Sultan. Tok Khurasan sendiri pun tidak menafikan bangsa asalnya, sebab itu dia masih lagi sebut Khurasan sebagai tempat asal dan bangsanya. Bukan menafikan MELAYU seperti yang kamu selalu katakan sehingga istilah Melayu itu menjadi jijik dan diperlekehkan kerana dendam politik.

10) Walaupun KERAS segala teguran yang dibuat oleh penulis yang tidak sempurna ini, tetapi hati penulis tetap mendoakan semoga TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT akan insaf dan kembali ke jalan ULAMA yang sebenar, ulama yang tegas dengan prinsip Islam sebenar, ulama yang berlapang dada bebas dari dendam politik, ulama yang faham akan kepentingan yang patut diutamakan dalam situasi Melayu-Islam di Malaysia dan Muslim di dunia ini yang semakin tertipu dengan mainan Munafik-Harbi yang ingin melenyapkan akidah kita semua.
Semoga Allah membuka pintu hati anak murid Tok Khurasan ini untuk menggunakan ilmu agamanya memimpin Melayu-Islam di Malaysia ke arah yang benar. Jangan malukan guru-guru kamu wahai Nik Aziz!

Jika budaya dan perayaan agama kaum lain kamu boleh turuti dan meriahkannya, mengapa budaya dan tradisi kaum sendiri kamu cerca dan anggap sebagai bertentangan dengan Islam? Kenapa Burung Petalawati untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tidak lama dahulu dianggap menganggu akidah sedangkan replika itu tidak sempurna dan hanya untuk sementara kerana diperbuat dari bunga-bunga?

Kenapa berat sebelah kepada unsur kebudayaan Melayu yang tidak pun berkaitan dengan penyembahan? Demi meraih undi popular dari kaum/agama lain? Demi politik mendendami UMNO yang dikaitkan dengan Melayu itu?

"Sungguh celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka, lalu mereka katakan, "Kitab ini dari Allah", untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit. Sungguh celakalah mereka kerana tulisan tangan-tangan mereka dan sungguh celakalah mereka kerana usaha mereka." (Surah Al-Baqarah, ayat 79).

Tuesday, September 30, 2008

‘SEDEKAH SEKS’: APA PENDIRIAN ULAMA PAS, KEADILAN?

GEGER (riuh rendah) satu negara memperkatakan mengenai ‘sedekah seks”.

Namun peliknya, mana pergi ulama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Mana ulasan mereka?

Apakah perkara ini tidak penting atau kecil dan boleh dilupakan begitu sahaja?

Tidak dengar sepatah suarapun daripada mereka. Apakah apabila ‘terpercik air dari dulang ke muka sendiri’, mereka boleh buat-buat tidak tahu?

Mana ulasan dan apa pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau juga Datuk Dr Haron Din?

Atau juga, mana ulasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalunya petah mengulas mengenai perkara-perkara berhubung Islam?
Bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan baru-baru ini dilaporkan mengeluarkan kenyataannya bahawa 'seks seperti menerima sedekah' dan mendakwa dia melakukannya dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Mengejutkan ialah ulasan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Zul Hassan sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.'

Sejauh ini kita mendengar pendapat dua mufti iaitu Mufti Perak dan Mufti Perlis dan terbaru Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya menegur pelbagai pihak di negara ini agar tidak menyamakan perkataan yang berunsurkan kebaikan dengan perbuatan mungkar termasuk perkataan 'sedekah seks' bagi memastikan kemurnian beragama Islam terus terpelihara.

Beliau yang juga bekas Mufti Negeri Terengganu menyatakan dukacita sebab ada orang mempersendakan perkataan sedekah dengan perbuatan maksiat.

Beliau berpendapat, sedekah adalah amalan atau perbuatan yang amat digalakkan oleh Islam dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala daripada Allah.

''Bagaimanapun, perlakuan seks yang diharamkan adalah berdosa dan ditegah besar oleh Islam sebab ia berzina... mana boleh amalan baik disamakan dengan perkara mungkar,” tegasnya.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada 24 September lalu meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.
Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pula menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.
"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

Sejauh ini nampaknya PKR hanya berani menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah berkenaan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".
Menurut kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden PKR, kenyataan itu memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, tindakan Kerajaan Negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong.
Zul Hassan yang juga ahli PKR akan dihadap ke Jawatankuasa Disipin parti untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".
Itukah sahaja yang mampu ditangani oleh PKR?
Apa pendapat rakan Pakatan Rakyat, PAS dalam isu ini? Selama PAS, termasuk Tok Guru Nik Aziz akan terus membisu?