Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Monday, November 23, 2009

BANJIR POLITIK KELANTAN : UTUSAN TERPERANGKAP, TOK GURU TERJERAT

MACAM-MACAM tanggapan dilemparkan kepada berita utama muka depan yang dikarang dan dikarai oleh Minggu Malaysia semalam. Ceritanya mengenai Husam bin Musa nak letak jawatan? Ada yang kata ia sepekulasi dan ada juga yang kata ia sebuah gimik murahan. Ada yang kata ia permainan Umno, dan ada yang kata berita itu hasil ditulis oleh wartawan yang tidak cukup latihan (ajar).

Apapun berita itu menggemparkan. Ia menjadi perhatian banyak pihak di seluruh pelusuk negara. Dua tiga orang rakan termasuk dua wakil rakyat Pas yang mengerjakan haji yang berada di Makkah turut menghubungi saya bertanyakan perkembangan mengenai berita berkenaan.

Kalau Mingguan bercadang untuk meningkatkan salenya semalam dengan tajuk itu, ia berjaya. Al maklumlah berita mengenai orang paling kontroversi dan Exco paling cerdik di Kelantan, Husam bin Musa. Sapa-sapa pun nak baca berita berkenaan. Saya rasalah, kalau lembu dan kambing tahu mengeja dan membaca mereka juga akan turut membacanya. Apa tidaknya, Husam adalah seorang Exco yang dilahirkan Allah bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

Sudah semestinya bukan saja lembu-lembu dan kambing di Kelantan, tetapi lembu-lembu di Perak, Kedah, Selangor juga akan turut teringin untuk membaca berita itu. Mereka mungkin kesal dengan apa yang berlaku sekiranya berita itu benar. Mereka juga tentu kesal kalau seorang Exco yang berpandangan jauh ke depan itu berhenti. Bagi Kelantan pula kalau Husam berhenti mungkin bulan purnama pun akan menjadi gerhana dengan tiba-tiba!

Apapun kalau berita itu yang didasarkan kepada 'sumber dalaman' itu satu rekaan dan merupakan startegi untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuannya, saya kira ia sudah mencapai maksdunya. Dalam penelitian saya berita itu merangkap dua pihak, pertama Mingguan Malaysia, dan kedua Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Sumber dalam yang memberi maklumat itu tentu bergembira apa lagi esok atau lusa akan tiba pula hari raya korban.

Mengapa saya berkata begitu, kerana disebabkan berita itu memaksa Nik Aziz bangkit membuat kenyataan menafikan apa yang dilaporkan itu. Dan paling menyeronok dan mengembirakan sumber dalaman yang memberi maklumat itu ialah apabila Nik Aziz mempertahankan Husam secukup-cukupnya.

Apa kata Nik Aziz ketika mempertahankan Husam. Ayat-ayat 'cinta' yang dileraikan samalah yang diucapkan semasa Husam pernah dilaporkan akan meletakkan jawatan pada tahun 2005 dulu. Ketika mengulas berita Husam nak letak jawatan masa itu, Nik Aziz hanya kata dia minat dan suka dengan Husam kerana banyak persamaan antara mereka berdua. Antaranya Husam suka baca buku, dia juga suka baca buku. Begitulah puji Nik Aziz kepada Husam di samping menafi dan mempertahankan Husam berhubung laporan itu.

Tetapi kali ini pujian lebih hebat dan melangit lagi. Ketika membuat kenyataan akhbar semalam, Nik Aziz kata Husam budak bijak. Berpandangan jauh ke depan. Banyak dia beri buah fikiran kepada rakyat Kelantan misalnya skim kifalah, punggut wang premium tanah dari Felcra dan sebagainya. [Barangkali Nik Aziz lupa ada lagi pojek Husam, depu, kambing jamnapari, padi organik, tv internet di Kelantan, dinar emas, dan terbaru khabarnya ternakan burung merpati].

Tegas Nik Aziz dalam sidang akhbar itu, cerita Husam nak letak jawatan tidak berlaku langsung, dan kalau pun ada, dia (Nik Aziz) tidak akan beri langsung Husam letak jawatan.

Penegasan dan pujian-pujian rahmat itu sudah cukup untuk melagakan sumber dalaman yang memberi laporan berkenaan. Pujian dan kenyataan Nik Aziz itu akan melegakan setiap mereka yang bimbang dan walang takut berlaku apa-apa ke atas Husam ekoran pergolakan yang berlaku di Kelantan sehari dua ini. Apa yang dihajati itu sudah tercapai.

Persoalannya kini siapakah sumber dalaman itu? Dia tentulah orang yang bergantung hidup dan bersimpati atau pun mendokong perjuangan Husam.

Sebagai rekod saya telah mendapat makluman siapakah yang dikatakan sumber dalaman yang disebut akhbar berkenaan. Dia ialah seorang wakil rakyat Kelantan di Kelantan. Orang inilah yang menghubungi wartawan akhbar berkenaan dan membawa cerita Husam nak letak semua jawatan. Di sini mengesahkan bahawa berita itu tidak pun bersumberkan dari tuan tubuh sendiri.

Bagi mereka yang tidak berfikiran sejalur (analitis) mudah saja memahaminya kenapa berita itu perlu disiarkan. Sebaliknya kalau berfikiran sejalur ia akan menampakkan penyiaran itu merupakan kerja jahat akhbar berkenaan yang memang terkenal dengan jahatnya. Bila cerita itu disiarkan ia hendak tak hendak memaksa Nik Aziz menjawab dan mengulasnya. Dan inilah yang ditunggu oleh orang bernama 'sumber dalaman' itu.

Nik Aziz tidak tahu menahu mengenangi peranan dan ada sumber dalaman serta strateginya. Baginya mudah saja, apa-apa yang Utusan siarkan adalah berita untuk menjahamkan Pas. Beliau lupa bahawa akhbar berkenaan ada menyebut sumber dalaman. Sumber dalaman bermakna orang-orang Pas sendiri. Jadi di sini orang yang hendak menyusahkan beliau dan menjahamkan Pas dengan berita itu ialah orang Pas sendiri. Adalah tidak adil kalau Nik Aziz hanya menyerang akhbar berkenaan dan tidak sumber dalaman yang disebut itu.

Apakah Nik Aziz perlu menyiasat sumber dalaman itu? Barangkali tidak perlu dan saya tidak pun mengira minda politik Nik Aziz akan terhimbau hingga kes itu.

Apa yang dikehendaki sumber dalaman dengan tujuan tertentu itu kini sudah pun berhasil. Tok Guru telah membuat kenyataan seperti mana diharapkan. Untuk seketika sumber itu perlu merasa lega bahawa orang yang disokongnya tidak terusik, malahan mendapat pujian. Pujian itu diharap akan mendapat markah yang tinggi untuk personaliti berkenaan.

Memerhati bagaimana mudahnya Nik Aziz terjerat dalam perangkap media ini timbul juga rasa kesian. Sepatutnya Nik Aziz bertindak macam Husam, tidak mengulas sesuatu yang tidak ada atau yang hanya menjadi ilusi. Husam ketika diminta mengulas mengenai desas desus beliau akan letak jawatan tidak menjawab dan mengelak. Apakah Husam tidak mengajar kebijaksanaan ini kepada Tok Guru?

Kenyataan Nik Aziz itu ada baiknya bagi meredakan dalam Pas. Tetapi ada sesuatu yang kurang manis dan agak berlebihan bagi saya.
Apabila Nik Aziz membesarkan sangat Husam dan seolah lupa kepada Exco lain, nampak sangat Nik Aziz tidak bersikap adil dan bijaksana. Kalaupun dia nak pertahankan Husam tidak ada masalah itu haknya, tapi bukan dengan memuji kelebihan Husam sehingga nampak memperkecilkan Exco lain. Apa bila beliau berkata, "lama dah saya nak sebut (puji} Husam tetapi takut Exco lain kecil hati," ini membawa konotasi dia hanya sayang Husam saja.

Saya yakin Exco lain itu sudah faham dengan cara dan tindakan dan khilas politik Nik Aziz. Tetapi bagi pemerhati luar yang selama ini melihat dan menanti keadilan, kebenaran akan tersinggung dengan kenyataanitu. Kesian Tok Guru sudahlah tidak dapat menunaikan haji tetapi terpaksa pula menafikan laporan palsu!

Saturday, November 7, 2009

ANWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK

1. Pengumuman Perdana Menteri berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka.

Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan “aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang”.

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui Anwar semasa Anwar Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, Anwar bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada Anwar mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya Anwar sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. Anwar kembali ‘menangguk di air keroh’ serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada Anwar dan undang-undang yang tidak jelas.

5. Anwar boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik Anwar mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah Anwar menyertai UMNO. Anwar berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita Anwar tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. ‘Ayam sakit’ Anwar di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan Anwar dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana ‘tak masuk poket dia’.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah Anwar! Bola yang dikembalikan Anwar untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung!

PAstinya ’smash’ DS Najib akan terkena muka Anwar yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena ’smash’ itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi ’smash’ itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri

Sumber: http://x-pkr.blogspot.com

Monday, December 29, 2008

MEMAHAMI SERANGAN ANAI-ANAI ERDOGAN II

Oleh AIDC

Istilah "Erdogan" diperkenalkan oleh blog anti-husam (antihusam.blogspot.com) yang dibina pada akhir Julai 2008. Ketika itu Husam Musa dan Anwar Ibrahim berada di Dubai. Klik di sini dan di sini

Husam Musa sendiri menafikan wujudnya "kumpulan Erdogan", sepertimana yang didakwa oleh blog itu malah turut menafikan pertemuannya di Dubai adalah dirancang bersama Anwar.

"Saya mempunyai aturcara peribadi saya sendiri, tidak ada kena-mengena dengan lawatan Anwar. Saya tidak tahu beliau (Anwar) berada di sana (Emiriyah Arab Bersatu)," katanya. Tambahnya, beliau secara kebetulan bertemu penasihat PKR dalam satu majlis yang dirancang untuknya oleh sekumpulan warga Malaysia di negara Teluk itu. "Saya berucap terlebih dahulu, dan beliau (Anwar) sampai semasa saya sedang berucap. Kemudian selepas habis ucapan, kami pulang ke hotel masing-masing. Keesokan pagi, saya berlepas ke Syria," jelasnya, sambil menambah beliau ke sana hanya separuh hari. "Jadi tidak ada masa untuk kami berbincang. Tiada perbincangan sama sekali."

Baca kenyataan lengkap Husam klik di sini

Deklarasi Dubai

Tetapi blog anti-husam mendedahkan sebaliknya. Tulis blog itu, "Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti."

Tulisnya lagi, "Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai"
Membaca lengkap deklarasi Dubai, klik di sini

Erdogan mula gigit kepimpinan ulama

Blog anti-husam menamakan beberapa orang tokoh PAS yang dikatakan termasuk dalam kumpulan Erdogan. Mereka adalah; Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Syed Azman, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub, Mujahid Yusuf, Dr. Lo'Lo', Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dan lain-lain.

Blog itu turut mendedahkan satu insiden yang kurang ajar berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Kejadian itu berlaku, ketika Timbalan Mursyidul Am, YBhg. Dato' Dr. Haron Din memberikan ucapan penggulungannya berkaitan dengan keputusan majlis syura ulama tentang muzakarah/muqabalah, Dr. Hatta Ramli secara menyindir berkata : "Hah..masukla UMNO kalau macam tu"

Seterusnya penulis mendedahkan lebih lanjut.."Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa.

Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran"
"Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari"

Penulis turut mendedahkan bahawa kumpulan Erdogan ini bukan setakat mula berani mengkritik kepimpinan ulama tetapi dalam masa sama berusaha membawa PAS menjadi Islam liberal, misalnya bersekongkol dengan konsert artis tunjuk bontot. Dalam konsert artis tunjuk bontot itu, Dr Hatta Ramli yang menjadi ketua, manakala Anwar menjadi pemidato utama. Kepimpinan tertinggi PAS tidak hadir, walaupun sebelum ini Dr Hatta sendiri memberi jaminan bahawa Timbalan Presiden PAS akan hadir berpidato bersama-sama dengan ketua de facto PKR.

Membaca lanjut artikel di atas, klik di sini

Erdogan gigit Presiden PAS

Seterusnya blog itu mendedahkan bahasa panggilan kurang ajar Khalid Samad "beraku dan engkau " kepada Presiden PAS.

Tulisnya, "Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan "aku engkau"

Dalam kes perbalahan antara wakil DAP, Chong Eng dan wakil PKR Zulkifli Nordin mengenai forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad pula menyebelahi wakil DAP.

Tulisnya, "Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan "Islam Moderate". Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disiplin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH! klik di sini


Khalid dikatakan berterusan merendahkan martabat dan kedudukan Tuan Guru Presiden. Khalid turut memperlekehkan soal solat istikharah sedangkan itu merupakan satu ciri kealiman pemimpin gerakan Islam.

Kata penulis jika "Khalid tak pernah buat istikharah jangan pula pertikaikan istikharah Tuan Guru. Apabila orang alim atau para wali beristikharah dan membuat keputusan, Allah bersama mereka dan Allah lah yang memberikan mereka petunjuk. Pemimpin Jamaah Islam bukan membuat keputusan berdasarkan akal dan strategi orang-orang macam Khalid semata-mata. Kalau dah Tuan Guru beristikharah dan Allah telah tunjukkan kepadanya betapa relevannya Surah Al-Anfal tersebut sebagai hujjah dan dalil terhadap isu muzakarah dengan UMNO - apa lagi yang Khalid dan geng "Erdogan" yang lain mahukan??? " klik di sini

Khalid juga memperlekehkan PAS Terengganu. Kata penulis, satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Penulis persoalkan, "Apakah tujuan serangan ini sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia". Klik di sini

Usaha menjatuhkan Presiden PAS

Seterusnya penulis membuat hipotesis bahawa perkara utama yang menjadi hala tuju kem Erdogan adalah menumbangkan Presiden PAS. Turut disebut nama Dr. Zulkifli Ahmad ( dikenali Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) yang pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat di antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan (Erdogan).
Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar

Penulis mempersoalkan "Apa maksud ramalan Dr Zul ini...hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu di sebalik kelembutan watak Abu Iman ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan"

Seterusnya penulis menyenaraikan sembilan strategi yang digunakan oleh kumpulan Erdogan untuk menjatuhkan Presiden, iaitu; Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden, menggunakan pengaruh Mursyidul Am, merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi yang dilabel PAS Terengganu, menggunakan kaedah “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan perancangan membawa PAS masuk UMNO, menggunakan blogger 'upahan', menggunakan harakah dan harakahdaily, membeli sokongan negeri dan kawasan dan memujuk Presiden melepaskan jawatan. Klik di sini

Instrumen parti diguna untuk agenda peribadi

Intrumen paling penting PAS adalah Harakah dan Harakahdaily. Namun di sana juga salah seorang team Erdogan yang paling senior yang menjadi pegawalnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Kamaruddin Jaafar (Dato KJ), kawan paling setia Anwar Ibrahim.

Kata penulis, Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama kumpulan Erdogannya. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Satu lagi instrumen parti adalah akhbar SIASAH. Pada zahirnya kepunyaan penulis buku politik terkenal, Mohd Sayuti Omar(MS0), tetapi pada hakikatnya digerakkan oleh Zulkifli Sulong, bekas ketua pengarah Harakah yang dikatakan pro Erdogan.

Walaupun pada pada zahirnya ditulis MSO adalah Ketua Pengarang, tetapi Ramli Abd Halim mendedahkan dalam blognya (melikapakjagak) bahawa nama MSO hanya digunakan dan beliau dibayar secara bulanan sebanyak RM6000 oleh team Erdogan. Ramli mendedahkan maklumat itu sebagai justifikasi alasannya menarik balik permit Wasilah yang hanya dibayar RM1000 sebulan. Ekoran pendedahan itu, beliau mendapat surat saman dari team Erdogan dan blognya dihack. Klik di sini

Projek 16 September mengundang padah

Projek 16 September yang dilaungkan Anwar disambut dengan penuh semangat oleh Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad. Di sini bermula keretakan dan di sinilah watak-watak Erdogan semakin menampakkan wajahnya.

Penulis blog anti-Husam juga menghentikan operasinya dengan posting terakhir bertajuk, "Sah Anwar Menipu" pada 2 Oktober 2008, sebagai tembakan peluru terakhirnya, setelah kegagalan Anwar Ibrahim mengotakan janjinya menukar kerajaan pada 16 September.


Penulis memulakan ayat dengan, "Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.."

Seterusnya penulis menambah, "Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala' dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah....hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di "tapi" kan." klik di sini

PAS bermukim di Langkawi

Akhbar Siasah yang memulakan kempen agar PAS mengambil langkah drastik untuk mencantumkan kembali perpecahan PAS ekoran kegagalan projek 16 September. Satu retreat kepimpinan PAS telah diadakan di Langkawi pada 7 hingga 9 November. Klik di sini

Malaysiakini melaporkan krisis kepimpinan Selangor mula didedahkan dalam retreat Lankawi itu. Dikatakan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya.

Dikatakan hasil daripada resolusi itu, PAS memulakan era baru dengan mempergiatkan semula program tarbiyah sebagai kunci kekuatan PAS itu. Klik di sini

Strategi memperkasakan tarbiyah ini pernah disebut oleh Mustafa Ali pada tahun 1982, ketika itu menjawat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mustafa Ali berkata demikian apabila melihat gerakan Islam terbelah dua, ekoran kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Selepas retreat Langkawi itu juga maka bermulalah pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungip, yang dikatakan oleh pengalisis politik sebagai isyarat awal daripada kepimpinan PAS, membersihkan semua 'tangan-tangan hitam' dari luar yang sedang mengawal PAS..klik di sini

Perancangan Anwar bermula di Munich

Anwar Ibrahim sendiri pernah berkata kepada wartawan Barat di Munich pada 2004, bahawa beliau tidak berminat menyertai UMNO atau PAS tetapi lebih berminat untuk meletakkan 'tangan-tangannya' di kedua-dua parti itu agar menjadi lebih liberal dan demokratik. Lihat video di bawah ini untuk memahami modus operandi Anwar ke dalam PAS dan UMNO.

Barangkali kata-katanya benar, kerana sehingga kini beliau hanya menjadi ketua de factor PKR walaupun pada hakikatnya beliau layak menjadi Presiden PKR. Malah Anwar pernah diramalkan menjadi Presiden PAS pada tahun 70-an dan menjadi Presiden UMNO pada tahun 1998, tetapi kedua-dua andaian itu tidak menjadi kenyataan hingga kini.

AIDC
23 Disember

Artikel lain berkaitan :

1. Memahami serangan anai-anai Erdogan

Tuesday, October 28, 2008

USAHA MENJATUHKAN PRESIDEN PAS

Kini sudah geger mengatakan Datuk Husam Musa bersama dengan team Erdogannya mahu mengguling Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi AWang pada Muktamar PAS tahun hadapan. Husam menggunakan pelbagai ‘senjatanya’ bagi tujuan itu.

Ikuti apa yang ditulis oleh seseorang melalui blog antihusam.blogspot.com pada 21 Oktober 2008.

Ikuti tulisan tersebut:

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun hadapan. Muktamar PAS tahun depan dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan .

Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. (kalau saya ada mood mungkin saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang siapa sebenarnya Abu Iman ini.... apa latar belakangnya....apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu hadapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya).

Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.

Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang.

Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau.

Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas, Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden?

Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka.

Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri.

Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti.

Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka.

Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.

Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.

Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir.

Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya???

Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah.

Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO.

Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya.

Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau.

Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah.

Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya.

Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.
Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.

8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau.

Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.