Sunday, September 5, 2010

DINAR - KALAU SEKADAR 'SUKARELA', APA SANGAT ISTIMEWANYA?

Sebelum ini 'geger' satu Malaysia.

Dinar dan dirham kononnya nak dijadikan mata wang alternatif. Boleh digunakan untuk perdagangan dan bayar gaji.

Tetapi semalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, agensi kerajaan negeri Kelantan yang bertanggung jawab terhadap penjualan dinar emas dan dirham perak, menegaskan bahawa syiling berkenaan bukan satu wang sah.

Kalau sudah demikian halnya, kenapa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco kanannya, Datuk Husam Musa begitu beria-ia mengatakan ia sebagai pengganti (alternatif) kepada mata wang sedia ada?

Dalam soal seperti ini pun mahu dijadikan isu politik? Jika awal-awal mengatakan ia hanya sebagai sesuatu yang 'sukarela', keadaan menjadi lebih mudah.

Atau Nik Aziz sendiri tidak tahu dinar dan dirham ini boleh dijadikan mata wang pilihan? Atau Nik Aziz dibekalkan maklumat salah?

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade, Umar Ibrahim Vadillo berkata penggunaan dinar dan dirham Kelantan semata-mata berdasarkan sukarela.

"Tiada siapapun dipaksa menggunakan atau membeli syiling itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak media. Orang ramai membeli syiling itu secara sukarela dan kedai-kedai yang menyertai jaringan itu juga dilakukannya secara sukarela," katanya pada satu taklimat media mengenai perkembangan terbaharu dinar emas dan dirham perak di sini.

Katanya Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Kelantan Golden Trade dan agensi kerajaan yang lain juga bersetuju membenarkan warga kerja masing-masing yang mahu sebahagian gaji mereka dibayar menggunakan dinar dan dirham, diberikan syiling berkenaan atas permintaan mereka sendiri dan berasaskan sukarela.

Katanya beliau kecewa dengan sesetengah media, mengenai cara ia dilaporkan.

Media lagi yang silap?

Bagi saya yang silap ialah apabila pemimpin PAS merasakan perkara ini sebagai pencapaian yang terlalu besar untuk Kelantan selain menguji Kerajaan Pusat sama ada ia boleh digantikan ringgit.

Nawaitu sudah tidak betul. Jangan salahkan media dalam soal ini. Media tidaklah sebodoh atau bebal mengenai dinar dan dirham.

"Isu wang sah jelas tiada kena mengena dengan kami," katanya semasa ditanya sama ada beliau kecewa dengan laporan media yang menyatakan bahawa negeri itu cuba menggunakan syiling itu sebagai wang sah.

Umar berkata syarikat itu memahami sepenuhnya bahawa hanya Bank Negara Malaysia berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia dan ringgit adalah satu-satunya mata wang yang merupakan wang sah bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Umar menjelaskan bahawa pengenalan dinar emas dan dirham perak di Kelantan bukan idea baharu atau satu eksperimen tetapi ia adalah pertama kali dalam sejarah bahawa rakyat diberi pilihan untuk menggunakan syiling bagi pembayaran zakat dan perkhidmatan.

Kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas dan dirham perak bernilai RM2.0 juta bagi rakyat di negeri itu pada 12 Ogos tahun ini.

Sehingga ini, dinar emas bernilai kira-kira RM1.5 juta telah terjual. Nilai dinar emas dan dirham itu adalah berasaskan harga pasaran.

Sehingga semalam. harga satu dinar ialah kira-kira RM592 dan RM13 bagi dirham.

Umar berkata kerajaan negeri merancang menggandakan operasi modal syarikat itu daripada RM2.0 juta kepada RM4.0 juta bagi membolehkan pengeluaran lebih besar syiling itu.

Kelantan Golden Trade turut merancang menambah pengeluaran syiling itu pada kemudahan menempa kedua di Pulau Pinang bersama-sama dengan Public Gold Sdn Bhd.

Pengeluaran pertama dilakukan oleh Emirates Gold di Dubai.

http://kijang-jantan.blogspot.com/

Thursday, September 2, 2010

KARIER POLITIK HISHAMUDDIN WAJAR DIKORBANKAN!

Ini bukan isu Julius Ceasar dengan Rom. Kita tak sayang Hishamuddin seperti orang Greek sayangkan Ceasar. Kes Hishamuddin dengan Melayu dan Islam berlainan. Tidak ada kata-kata : "Aku sayangkan Ceasar, Tetapi Lebih Sayangkan Rom". Kita langsung memang tidak sayangkan Hishamuddin.

Karier politiknya patut 'dikorbankan'.

Apalah yang boleh diharapkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Hussein lagi. Dia hanya mampu menghunus keris dan kemudian meminta maaf. Itu sahaja.

Yang nyata, Hishamuddin bagaikan tidak mampu mengawal perbuatan bukan Melayu dan bukan Islam menghina orang Melayu dan Islam.

Malah apabila Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dihina pun, Hishamuddin gagal memainkan peranan.

Apakah orang seperti ini kita mahu harapkan menjadi pemimpin UMNO yang cemerlang? Cukuplah setakat ini.

Hishamuddin patut dihukum. Ada rakan blogger mencadangkan rombakan Kabinet sebagai jalan keluar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membuktikan kepada rakyat bahawa dia benar-benar "mean business" dalam pentadbirannya.

Dengan kedudukan rakyat sudah muak dengan sikap menteri yang gagal melaksanakan tugasnya Hishamuddin akan selamat melalui cara itu.

Mengharapkan Najib mengambil tindakan terhadapnya? Jauh sekali. Dia sepupu dan ketika ini Hishamuddin adalah Naib Presiden UMNO.

Satu cara sahaja iaitu mengalahkan beliau daripada jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang kerana dia bukan sahaja gagal berfungsi sebagai Menteri tetapi juga sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang tidak selesai-selesai dengan kemelut mereka.

Hishamuddin dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Said dengan harapan akan menyelesaikan masalah dalaman UMNO. Sebaliknya dia gagal menyelesaikan masalah bukan kata Terengganu, bahagian UMNO Setiu pun tidak ke mana-mana.

Malah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimalukan di Setiu gara-gara kegagalan Hishamuddin menyelesaikan kemelut politik bahagian berkenaan.

Amat jelas di kalangan blogger, ramai yang sudah tidak menaruh harapan lagi kepada Hishamuddin.

Ada memanggilnya ‘lembik” dan ada menggelarnya Kerismudin. Tak kisahlah dengan apa gelaran sekali ini.

Ternyata sudah terang lagi bersuluh, sikap acuh tidak acuh Hishamuddin sebagai menteri Keselamatan Dalam Negeri memalukan orang Melayu, UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tak perlu mengulas panjang tetapi bacalah apa yang ditulis oleh blogger berikut:

Blogger Keris Putera, (Namewee Sah Lepas?? What Happen Kerishmuddin?)

Blogger Medan Info Kita (Menteri KDN Tidak Lagi Digeruni Rakyat Malaysia).

Blogger OhSedapnya (Meng Chee - Kami Sidah Jemu Dengan Celoteh Hisham)

Blogger Perak Bangkit (Tahan Namawee Bawah ISA).

Blogger Jeffry Damien, (Apeee?..Namewee??...HARKKK PTUIHH!!!)

Portal My KMU, (Namewee Patut Dilucut Kewarganegaraan)

Blogger Warisan, (Kelembikan Hishamuddin Memalukan PM)

Blogger Gerakan Anti PKR, (Tiba Masanya Hishamuddin Lakukan Harakiri Politik.)

Blogger Pilihan Anda, (Melayan Kerenah Budak 3 Suku)

Blogger Teganu Kini (Hishamuddin, Pengerusi Perhubungan Yang Lemah?)

Amat mengecewakan kerana dalam isu terbaru, anak Cina Johor, NameWee (Wee Meng Chee), Menteri Besar PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menegur dan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kerana mengulangi perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Namewee pernah meggubah sebuah lagu yang berjudul “Negarakuku” yang mengakibatkan budak Cina ini menerima kutukan dan amaran dari pelbagai pihak, terutamanya Melayu UMNO.

Namun, setelah Namewee meminta maaf di atas kesilapan pertamanya itu, maka di atas sifat bangsa Melayu yang suka bertolak ansur, maka Namewee "dilepas”kan. Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati atas insiden ini dan mempersoalkan patriotisma di dalam diri budak Cina ini.

Namun, Namewee tidak belajar dari kesilapan pertamanya itu. Budak Cina ini sekali lagi mengulangi kebiadapannya dengan menghina pelbagai agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan bangsa Melayu melalui klip videonya yang jelas menghina Melayu.

Dalam lirik lagunya itu, Namewee tanpa rasa bersalah menyuruh bangsa Melayu tinggal di dalam hutan dan hidup seperti kaum Sakai. Sudahlah dia menghina Melayu, kemudian dia mempersendakan kaum Sakai yang merupakan salah satu bumiputera di Malaysia.

Apakah dengan menghina bangsa bumiputera dan mencipta isu perkauman seperti ini menunjukkan bahawa Namewee adalah seorang “anti-racist”?

Namun Hishamuddin nampaknya main lengah-lengah dan takut dengan bantahan orang Cina. Orang Melayu ingat tak marah ke?

Betul kata Menteri Besar Kedah itu. Tindakan tegas perlu sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kemakmuran negara selama ini.

Komen Azizan itu jelas memperlihatkan kelembikan menteri UMNO dalam menangani isu-isu keselamatan. Benar juga kata seorang blogger - "Mungkin Naib Presiden UMNO ini sesuai menjaga ayam atau harga ayam daripada menjaga keselamatan negara."

Monday, August 23, 2010

PENZINA KEMPEN ANTI ZINA DI SELANGOR?

Niat mungkin baik tapi yang berkempen untuk anti Zina tu siapa?

Kesian kat Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali dari PAS.

Tak ada ke yang lain selain Eli wONG yang seks (bukan seksi)tu?

Dia dah mengaku berZina. Lainlah kalau dah benar-benar insaf atau menjadikan pengajaran daripada kesnya.

Ini tidak, dia bagaikan bangga dapat ‘main’ dengan laki orang. Dan Halimah bagaikan buta hati dan perut pergi ajak dipenZina itu menjadi ikon kempennya.

Kelak nanti kempen anti Zina jadi kempen ajak Zina!

Betul juga kata The Unspinners tu, jangan cuba buat lawak di bulan Ramadan dengan memperkenalkan Kempen Anti Zina di negeri Selangor.

Baca apa kata The Unspinners :

Bagi saya, kempen Anti Zina tu tak salah dan amat baik. Cuma jika ianya diadakan di negeri Selangor, ianya amat kurang sesuai kerana Selangor telah mempunyai “IKON ZINA” mereka sendiri iaitu Eli Wong.

Tambahan pula, parti Halimah Ali inilah juga yang sanggup menangis bersama-sama dengan “ratu bogel” Eli Wong sewaktu gambar bogelnya tersebar ke seluruh negara.

Jadi, layakkah Halimah Ali dari parti yang menyokong dan bersimpati kepada penzina dan pengamal seks bebas seperti Eli Wong menganjurkan kempen Anti Zina di Selangor? Ini barulah dinamakan “bagai ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”.

Kononnya Halimah Ali mahu mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi dengan Kempen Anti Zina ini.

Tetapi bagaimana hendak menasihatkan remaja jika Halimah Ali sendiri bersekongkol dengan Eli Wong?

Apa yang saya nampak, walaupun kempen tersebut kelihatan bertujuan baik, namun Halimah Ali langsung tak layak untuk bercakap mengenainya.

Ibarat pencuri yang cuba menasihatkan orang lain supaya jangan mencuri, begitulah yang cuba dilakukan oleh wakil wanita PAS ini.

Wah! memang luarbiasa la Islam cap PAS ni kan? Yang mereka mendewakan adalah seorang peliwat, tak cukup dengan itu, pengamal sex bebas pun ada, yang paling best sekali ialah mereka ni semua pemimpin atasan beb!

Yang aku pelik PAS dok maki hamun UMNO kata rasuah la, tak ikut Islam la, tapi masa yang sama dok menyokong manusia yang melakukan antar 7 dosa besar, yalah siap ada bukti pun si muslimah musibat boleh peluk dan menangis bersama!

Inikah yang muslimah nak ajar anak-anak Melayu Islam? Takpe, korang berzina la, kalau kantoi nanti, muslimah PAS akan datang dan menangis bersama, lagipun ini kira PRIVACY, salah orang yang tangkap gambar! Bukan salah orang yang dok 'buat kerja'

Hebat kan Muslimah PAS.......