Showing posts with label Dadah. Show all posts
Showing posts with label Dadah. Show all posts

Saturday, June 4, 2016

Bahaya Najis Dadah...Perjuangan Membanterasnya Tanggungjawab Kita

Polis lumpuhkan tiga sindiket pengedaran dadah jenis syabu berjumlah 6.4kg yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di sekitar kawasan Selangor baru-baru ini.
Masalah dadah - sama ada pengedaran atau juga penagihan - ia merentasi sempadan.

Kerajaan tidak boleh melihat isu ini secara terpencil dan  sebaliknya dalam apa juga tindakan, pendekatannya juga perlu merentasi sempadan.

Menurut Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi HELP University, Datuk Akhbar Satar, bagi mengatasi masalah ini, negara memerlukan kakitangan atau pegawai penguatkuasa yang cukup terlatih dan berintegriti tinggi.

Selain itu mereka perlu memiliki kemahiran dan keupayaan penyiasatan dan risikan bertaraf dunia.

Memanglah maklumat yang sahih dan boleh dipercayai bukan sesuatu yang mudah untuk didapati kerana beberapa sebab.

Banyak kesalahan sukar untuk dikenal pasti pelakunya, selain tiada pihak sanggup melapor atau mendedahkannya kepada pihak berkuasa.


Memandangkan masalah ini sedang mengancam orang Melayu khususnya, perhatian sewajarnya ditumpukan kepada sindiket tempatan dan antarabangsa.

Yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan. Semua pihak bekuasa terbabit dengan penguatkuasaan perlu berganding bahu dan bertukar maklumat mengenai rantaian pengedaran dadah.

Menurut Akhbar, Agensi Ati-Dadah Kebangsaan merekodkan seramai 127,606 penagih bagi tempoh dua tahun iaitu antara 2013 dan 2015. Sesuatu yang mengejutkan apabila penagih Melayu adalah terbanyak iaitu 100,240 (78.54%) daripada keseluruhan jumlah penagih pada tempoh berkenaan.

Malah, membimbangkan, daripada jumlah itu  88,597 adalah penagih baru sementara 39,009 kembali kepada tibiat lama meteka. Mereka adalah pesalah berulang.

Ternyata dalam kegiatan pemulihan, masyarakat khususnya keluarga yang orang yang terdekat perlu menjadi penyokong serta  pekerja bagi membantu penagih ‘menerajang atau membuang’ amalan buruk berkenaan.

Majikan jangan bersikap salah tanggapan bahawa membuka peluang kepada bekas penagih yang pernah menjalani pemulihan sebagai berisiko tinggi dan berbahaya.

Jabatan Tenaga Kerja dan Pencen di United Kingdom berpendapat bekas penagih adalah kumpulan pekerja yang terbaik.

Berikutan itu pihaknya menyediakan skim baru kebajikan bagi menggalakkan bekas penagih dan pemabuk menyertai perkhidmatan mereka.

Malah syarikat Venturetech di Houston Amerika Syarikat pula menggunakan internet bagi membantu pencari kerja daripada kalangan bekas penagih untuk memberikan mereka peluang kedua menjalani kehidupan biasa.

Dengan memiliki pekerjaan dan berpendapatan tetap, mereka diharapkan tidak kembali menjadi penagih dan pengedar..

Cara ini terbaik untuk mengelakkan mangsa kembali kepada tabiat lama.

Untuk lebih lanjut baca kenyataan Datuk Akhbar Satar di bawah. Kenyataan ini turut disiarkan oleh akhbar The Star hari ini:

“The Drug Problem – this is our Fight!”



It is shocking to hear that the National Anti-Drugs Agency recorded a total of 127,606 drug addicts between 2013 and 2015. According to race, the Malays recorded the highest number with 100,240 drug addicts (78.54%) from the total cases during the period.

The ugliest part of this issue, out of the total number of cases, 88,597 were new addicts, while 39,009 returned to their habit.  This is called repeat offenders. One of the fundamental principles of criminology is that a small proportion of individuals commit a large proportion of crime. Data from Marvin Wolfgang's famous Philadelphia cohort study suggested that around 5 percent of offenders account for 40 percent of crimes.

There are two explanations for the high instance of such repeat offenders. First, impulsive individuals, with weak social attachments to others tend to get into trouble more frequently than less impulsive and more attached individuals. Secondly people exposed to more crime and disorder opportunities take advantage of such drug users.

Malaysian Aids Council (MAC) policy manager Fifa Rahman recently stated that the biggest obstacle to reducing drug dependency in Malaysia was the criminalising of users and the lack of support services to prevent relapse.

To be sure the Government had allocated a total of RM7.9mil from 2013 until last year for the rehabilitation and treatment of drug addicts.  The program has obviously not been effective.

Some have argued that jailing drug users is not the answer to drug problems. In most cases the offenders released from prisons did not cease the drug habit and became repeat offenders. In fact in the prison itself, the non or new drug addicts mix with drug addicts and pushers and the habit comes about or gets worse.  Many small timer drug users “upgrade” themselves to become drug pushers or dealers. Some even go  to the extent of joining the syndicates in the underground economy.

It is difficult to overcome addiction because of the stigma and label that society places on them. Most recovering addicts risks put off treatment due to facing social humiliation or fear of social consequences and legal restrictions.

A study conducted by Tam Cai Lian and Foo Yie Chu indidated that in Malaysia peer influence and curiosity were the contributing factors to drug abuse.

More studies should be conducted scientifically to find out the main contributing factors. It can be due to socio economic problems, demand and supply, weak enforcement, integrity issue, the border issues, lack of preventive measures, globalization and technologies enable drug trafficking syndicate to smuggled drugs into our country. If demand keeps increasing, there will be no end to the drug trafficking.

Since drug is a global problem, it involves transnational syndicates. These warlords have good contacts, networking and connections in Malaysia. According to the Royal Malaysian Police, from 2009 to 2015, the main drug rings are from Nigeria and China but sending drug mules to South American countries. The billion-ringgit industry involved some 30 syndicates from two dominant players – the Iranians and Nigerians. The Nigerians first recruited Malaysian women as drug mules, with 185 being detained between 2012 and 2015.

To address this problem, the nation needs well-trained and high integrity law enforcement officers and good procurement of intelligence capabilities. However, gathering reliable information is no easy task. Many of the offences are victimless, where none of the parties has any interest in bringing the matter to the authorities.  We need to pay more attention to the local and international syndicates and bring them to justice. All relevant law enforcement agencies should work together and exchange information on drug trafficking.

In terms of rehabilitation addicts need a greater role of society or family support and a job in order to survive and kick the habit. Employers should avoid the misconception that employing people who have been through rehab is overly risky and dangerous.

The Work and Pensions Secretary in UK stated that ex drug users can make the best workers. He has outlined new schemes dedicated to getting welfare claimants with drug and drink problems into employment.

In fact, a company in Houston Venturetech, is using the internet to advocate for the hiring of those jobseekers typically avoided by employers, ex-offenders and those in recovery from substance abuse. This is a good move to prevent repeat offenders.

We need to find some light at the end of the tunnel for this great evil in our society or we will all suffer the national consequences.  We need to wake up and fight.

Dato’ Akhbar Satar
Institute of Crime & Criminology, HELP University

Monday, May 23, 2016

80 Peratus Agensi Penguat Kuasa Sempadan Terima Rasuah?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua, kiri) melihat dari dekat pelbagai barang rampasan pada sidang media serbuan dan rampasan sebuah makmal memproses syabu berskala besar hasil pemantauan dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, di Bukit Aman. Serbuan dibuat di sekitar Shah Alam dan dan Hutan Melintang, Perak.

Oleh Akhbar Satar (akhbar.satar@gmail.com)
Penulis ialah Pengarah Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP

Sekali lagi Polis Bukit Aman baru-baru ini mencatat kejayaan besar menahan 10 lelaki selepas menyerbu lapan makmal memproses dadah jenis syabu di Shah Alam dan Hutan Melintang Perak membabitkan rampasan bernilai RM36 juta.

Siasatan mendapati suspek membawa masuk bahan utama untuk memproses dadah jenis syabu yang diseludup masuk dari India.

Ada beberapa faktor berlakunya penyeludupan dadah, seperti kelemahan penguatkuasaan, ada permintaan, sindiket jenayah terancang dan isu integriti agensi penguat kuasa.

Penyeludupan dadah adalah jenayah terancang terbesar di dunia selepas penyeludupan senjata api dan pemerdagangan manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan negara kerugian RM7 bilion setahun kerana penyeludupan.

Kelemahan agensi penguatkuasa menyebabkan negara mudah dibolosi oleh penyeludup dadah. Kebanyakan pegawai penguat kuasa bukan sahaja tidak mempunyai kepakaran untuk menjejaki sindiket dadah, bahkan juga kurang terlatih

Kedua, terdapat banyak permintaan untuk membekalkan dadah, terutama sekali golongan belia di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mereka juga dikaitkan dengan masalah sosial.

Ketiga ia membabitkan sindiket jenayah merentas sempadan. Pengedaran dadah adalah satu kegiatan dilakukan oleh sindiket tempatan yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah terancang di luar negara.

Oleh yang demikian, mereka mendapat bekalan dengan mudah dan menggunakan teknik yang sukar dikesan pihak berkuasa.

Faktor selanjutnya adalah disebabkan segelintir pegawai penguat kuasa tidak mempunyai integriti.

Cawangan Khas PDRM mengatakan 80 peratus daripada agensi penguat kuasa di sempadan menerima rasuah daripada sindiket dadah, senjata api dan penyeludupan manusia. Perbuatan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemasukan dadah secara besar-besaran bahkan juga boleh mencemarkan imej negara.

Pegawai penguat kuasa yang bertugas di lapangan terbang sewajarnya mempunyai ilmu criminal profiling dan risikan yang dapat membantu mengesan orang yang disyaki membawa masuk dadah.

Ini disebabkan modus operandi penyeludup masa kini sangat canggih dan menggunakan pelbagai teknik sukar dikesan oleh agensi penguat kuasa jika sekiranya mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran itu.

Kamera litar khas Jika dilihat di lapangan terbang New York, mereka menggunakan kamera litar khas yang boleh mengesan siapa sahaja yang diragui terbabit dalam kegiatan membawa masuk dadah.

Agensi penguat kuasa juga patut menyediakan pegawai yang berpengalaman dan berpengetahuan untuk ditempatkan di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu masuk sempadan.

Sediakan alat pengimbas berkualiti tinggi yang dapat mengesan penyeludupan dadah dengan lebih mudah. Di dalam pembelian alat imbas ini, pastikan ia mempunyai spesifikasi terbaik dan yang ditetapkan. Ia boleh mengekang pembolosan. Pastikan pegawai yang bertanggungjawab mengenai pembelian alat mesti mempunyai integriti tinggi.

Dalam menangani isu sindiket penyeludupan dadah ini, setiap anggota agensi penguat kuasa seharusnya mempunyai rangkaian sumber yang banyak.

Melalui sumber akan dapat maklumat mengenalpasti sindiket dan penyeludup dadah. Untuk mencapai maklumat ini pegawai memerlukan kebijaksanaan dan juga kemahiran yang tinggi.

Di antara kelemahan yang patut di atasi ialah kurangnya perkongsian maklumat di antara agensi penguat kuasa.

Setiap agensi bertindak bersendirian disebabkan kurangnya komunikasi dan masing-masing berlumba lumba untuk membuat tangkapan dan mendapat publisiti.

Mesin pengimbas canggih Agensi penguat kuasa di Australia melakukan profiling terhadap pesawat yang tiba dari negara berisiko tinggi. Negara pengeluar atau hab dadah akan diberi tumpuan dengan membuat pemeriksaan lebih rapi sehingga menggunakan anjing untuk menghidu dadah di dalam bagasi.

Mesin pengimbas yang mereka gunakan adalah canggih dan setiap penumpang dikehendaki menjalani pemeriksaan dalam beberapa peringkat mesin pengimbas.

Adalah wajar jika sekiranya teknik sebegini dapat dipraktikkan di negara ini supaya penyeludupan dadah dan lain-lain dapat dibendung serta juga menghalang sindiket penyeludupan memilih Malaysia sebagai destinasi mereka.

Pegawai yang bertugas di lapangan terbang dan sempadan hendaklah memberi lebih tumpuan kepada mengesan dadah yang diseludup masuk di pintu masuk ke negara ini. Mereka yang bertugas di sempadan seperti di Sungai Golok, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam juga mesti mempunyai kemahiran dan menrekrut sumber untuk mengesan sindiket dan penyeludup.

Walau dengan alat yang canggih sekalipun tanpa pegawai yang berintegriti, maka kegiatan penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan manusia akan tetap berleluasa.

Tajul asal – ‘Perlu Integriti Cegah Seludup Dadah’
Diterbitkan oleh BH Online, JUMAAT, 22 APRIL 2016

Monday, October 27, 2008

PENAGIH DADAH - CABARAN UNTUK KERAJAAN PKR

Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat – Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan pastinya menghadapi cabaran dalam menangani isu penagih dadah.

Ini kerana penagih baru di negeri-negeri berkenaan turut bertambah. Bolehkah mereka menggendalikannya?

Dan jika sukar, apakah mereka akan menuding kerajaan Pusat atau kerana mewarisinya daripada Kerajaan Barisan Nasional?

Ujian menggendalikan penagih dadah ini suatu cabaran hebat, namun sejauh ini Kelantan umpamanya, tetap gagal menyekat gejala ini.
Biarpun Kelantan dikatakan ‘kuat Islamnya’ namun pengaruh dadah terhadap belia dan golongan muda sukar ditahan.

Ramai berharap akan ada formula tertentu dari Kelantan untuk dijadikan rujukan kerana dengan dasar Islam dalam pemerintahan kerajaan selain Kota Bharu adalah ‘bandaraya Islam’ diharapkan masalah ini dapat dibendung.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor juga berdepan dengan isu ini pada ketika sebelum ini ketika menjadi pembangkang – Pas, DAP dan Keadilan – sering menuding jari mengatakan dasar dan cara mengatasi masalah ini oleh kerajaan BN lemah.

Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Arzmi Abdullah semalam berkata bilangan penagih paling ramai ialah di Pulau Pinang seramai 3,433 orang diikuti Johor (2,329) Kuala Lumpur (1,756), Kedah (1,604) dan Selangor (1,409).
Perak pula mencatat bilangan penagih seramai 1,194 orang dan Kelantan (884)
Sementara di negeri lain seperti berikut: Negeri Sembilan (826), Pahang (378), Melaka (313), Sabah (217), Sarawak (184), Perlis (147), Putrajaya (7) dan Labuan (6).

Terengganu mencatat bilangan penagih dadah yang kedua terendah selepas Labuan dengan 127 orang daripada keseluruhan 14,489 penagih yang dikesan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, penurunan bilangan penagih ini adalah kerana pelbagai kaedah digunakan dan juga kempen-kempen giat dijalankan.

Bilangan penagih dadah di Terengganu menurun sepanjang Januari lalu hasil penguatkuasaan berterusan pihak berkuasa.

"Jika tahun lalu, bilangan penagih dadah yang dikesan di negeri itu adalah yang tinggi, namun pada Januari lalu, bilangan penagih dikesan di sini telah menurun," katanya.
Katanya, seramai 1,717 penagih dikesan di seluruh negara sepanjang Januari lalu dengan Pulau Pinang kekal mencatatkan bilangan penagih tertinggi iaitu 350 orang, Selangor (221), Kuala Lumpur (217) dan Johor (203).

Tambahnya, ia diikuti Kedah seramai 150 orang, Perak (115), Kelantan (115) dan Pahang (110), Negeri Sembilan (84) Melaka (54), Sabah (45),Sarawak (10), Perlis (8) dan Labuan (5).
Yang penting di sini ialah walaupun negeri-negeri seperti Terengganu dan beberapa yang lain mencatatkan angka yang tidak tinggi namun AADK akan terus menggiatkan kempen-kempen pencegahan dadah di semua peringkat.

AADK juga turut menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan pihak swasta bagi melaksanakan program serta bengkel kesedaran membasmi penyalahgunaan dadah.
Usaha untuk mengurangkan jumlah penagih baru juga akan dijalankan menerusi langkah pencegahan serta pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah.