Showing posts with label Banglo. Show all posts
Showing posts with label Banglo. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

Isu Banglo - Guan Eng DiTahan, DiDakwa Esok Atas Dua Pertuduhan


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu tweet mengesahkan anaknya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

SPRM  telah mengeluarkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng dipercayai berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, pada harga RM2.8 juta.

Perkara itu dinyatakan Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin melalui akan Twitter.

"Waran tangkap telah dikeluarkan dan diserahkan kepada Ketua Menteri di bangunan Komtar. Beliau akan dibawa ke SPRM HQ bila-bila masa tidak lama lagi," demikian tulis Dr Afif.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.


Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Menurut blog ini pada 25 Mei lalu menyebut bahawa SPRM ternyata sudah mempunyai bukti lengkap dan cukup kuat untuk mendakwa Guang Eng.

Maknanya, Guan Eng bukan sahaja akan didapati bersalah tetapi mungkin akan hilang statusnya sebagai wakil rakyat – di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen - jika disabitkan kesalahan.


Kehadiran atau istilah ‘serbu’ yang digunakan untuk menjelaskan tindakan kedatangan Pegawai SPRM ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn 22 Mei lalu, bukan kehadiran biasa.

Walaupun dilaporkan untuk ‘mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran’, kehadiran itu berlainan sekali dengan kehadiran biasa.

Mereka datang dengan dengan lapan pegawai SPRM menggunakan tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Guan Eng  kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dan Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau untuk membantu siasatan SPRM.

Penahanan hari ini membolehkan Lim dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," kata Dr Ariff dalam laman sosial.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 petang tadi, manakala aktivis PERKASA pula menunggu di tingkat bawah.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

Katanya, beliau membeli rumah atas dasar kerelaan kedua-dua pihak dan pemilik banglo itu yang juga adalah seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon tidak pernah menerima sebarang kontrak daripada kerajaan negeri.

Pada 6 Jun lalu, Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berkaitan kes penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada SPRM.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pemulangan kertas siasatan itu dibuat setelah pihaknya meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati keperluan untuk beberapa tindakan yang lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa tindakan yang perlu di siasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan. 

Saturday, June 4, 2016

Apa Status Kes Banglo Guan Eng, Wahai Apandi?


Portal pro-Umno mempersoalkan perkembangan kes yang membabitkan pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran.

MyKMU dalam catatan menyatakan telah lebih sebulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya perkembangan kes ini?

"Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes ini belum ada apa-apa lagi," katanya.

Sedangkan dalam masa yang sama, ada banyak lagi kes lain yang bakal menyusul dengan semuanya membabitkan intergriti dan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.


"Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat, sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya,"

"Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum tentu buat lagi," dakwa MyKMU, sambil menambah kemungkinan lebih banyak kes rasuah melibatkan parti-parti Pakatan Harapan yang lain.

Sementara itu, dalam jawapannya kepada dakwaan itu,
Pejabat Peguam Negara menafikan sebaran kelewatan dalam pengurusan kes pembelian banglo Lim Guan Eng seperti yang didakwa oleh portal berkenaan.


Menurut sumber, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah pembelian banglo bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hanya diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 26 Mei 2016.

Berikutan itu portal berkenaan memohon maaf atas dakwaan yang tidak tepat mengenai kelewatan tersebut!!!

Baca di sini posting asal mykmu.net:

Banglo Diskaun: Lama Betul Nak Dakwa Agaknya Ya..


25 Mei yang lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan kes banglo diskaun membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya perkembangan kes ini?  Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes ini belum ada apa-apa lagi.

Sedangkan dalam masa yang sama, ada bersusun-susun kes lain yang bakal menyusul selepas ini, semuanya membabitkan intergriti dan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat, sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya.

Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum tentu buat lagi!!

Itu baru cakap pasal dakwaan rasuah dan penyelewengan membabitkan orang DAP, belum sebut tentang rasuah, penyelewengan dan perempuan membabitkan orang PKR lagi.  Pendek kata, tahun ini meriah dengan dakwaan penyelewengan, rasuah, wang dan perempuan membabitkan orang-orang Pakatan saja.

Nasib baik kepala besar Pakatan dah ke dalam, kalau tidak, tambah satu lagi gamaknya – jantan!!

Ke nak tunggu semua sekali selesai baru nak dakwa sekaligus?  Masuk akal tapi itu sudah pasti akan memakan masa yang panjang dan boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri kerana telah diwar-warkan bahawa yang terlibat akan diminta bercuti dari jawatannya jiks kes ini dibawa ke Mahkamah.

Ramai sangat nak tengok betul ke tak betul cakap tu (bercuti kalau kes didakwa di Mahkamah)?  Hebohnya dah berbulan-bulan dah.

Begitupun, rakyat menerima apa jua keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara dalam hal ini.  Intergriti beliau dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti ini dengan adil dan bijaksana, memang tidak pernah dipertikaikan.

Wednesday, May 25, 2016

Guan Eng Mungkin Terima Nasib Lebih Teruk Daripada Khir Toyo?


"Penyerahan kertas siasatan (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali (Peguam Negara) adalah selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan."

Dengar khabar, dari Putrajaya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menerima nasib sama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata sudah mempunyai bukti lengkap dan cukup kuat untuk mendakwa Guang Eng.

Maknanya, Guan Eng bukan sahaja akan didapati bersalah tetapi akan hilang statusnya sebagai wakil rakyat – di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, jika disabitkan kesalahan.

Kehadiran atau istilah ‘serbu’ yang digunakan untuk menjelaskan tindakan kedatangan Pegawai SPRM ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn 22 Mei lalu, bukan kehadiran biasa.


Walaupun dilaporkan untuk ‘mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran’, kehadiran itu berlainan sekali dengan kehadiran biasa.

Mereka datang dengan dengan lapan pegawai SPRM menggunakan tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Guan Eng  kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dan Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau pada Ahad untuk membantu siasatan SPRM.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Banglo itu dibeli Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasanya boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin


Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh menjelaskan, Guan Eng turut diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi Ahad.

Selepas membantu siasatan dan selepas keterangan diambil, pasukan SPRM itu telah mengikut Guan Eng  ke rumahnya untuk sambung siasatan.

Memandangkan siasatan masih berjalan, Guan Eng tidak akan memberikan apa-apa keterangan, malah turut berada dalam kediaman Lim ialah peguam R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo.

Pada Jumaat (20 Mei), pemilik rumah banglo tersebut, Phang Li Koon hadir memberi keterangan kepada SPRM. Phang dan pemilik KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) Datuk Tang Yong Chew hadir bersama-sama peguam mereka.

KLIDC telah membeli tanah itu daripada kerajaan negeri.

Mereka tiba pada kira-kira 8.30 pagi  dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 1.30 tengah hari.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Isterinya, Betty Chew pada 6 Mei lalu turut diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo di Jalan Pinhorn itu, selain kes penjualan tanah di Tamanggis, Jalan Zainal Abidin.

Malah, dua minggu lalu, Guan Eng turut dipanggil selama dua hari berturut-turut dengan lebih 10 jam berada di SPRM negeri untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglonya itu.

Isunya ialah bila Guan Eng akan didakwa dan diseretkan ke mahkamah?

Ada mengatakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabak Bernam dan Kuala Kangsar. Kenapa selepas?

Jika dilakukan sebelum ia akan memberikan gambaran bahawa kerajaan pimpinan BN memang tidak bertolak ansur dengan rasuah.

Cuma mungkin akan timbul pertanyaan, kenapa ada kes cepat didakwa, malah ada yang terang-terang kes rasuah, ia ditangguh-tangguhkan.

Apakah ada masalah pada peringkat siasatan oleh SPRM atau ‘tersangkut’ di pejabat Peguam Negara?


Sejauh ini  SPRM telah memanggil lebih daripada 60 saksi untuk memberi keterangan, malah Guan Eng dan isteri, Betty Chew ternyata memberikan kerjasama.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, siasatan terhadap Guan Eng telah lengkap dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Penyerahan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil. Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” menurut kenyataan itu.

Tuesday, May 10, 2016

Isu Banglo, Taman Manggis Hangatkan Sidang DUN Pulau Pinang


Pembelian banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan penjualan tanah Taman Manggis dijangka dibangkitkan oleh anggota pembangkang dan penyokong kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, yang bermula hari ini (Selasa).

Walaupun usul pindaan Perlembagaan Undang-undang Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal ditolak, persidangan dewan kali ini dijangka tetap hangat dengan dua isu yang kini ‘membelenggu’ ketua menteri, selain isu tambakan laut

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Cheu mengemukakan notis usul pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri itu kepada Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang pada 31 Mac lepas dan beliau dimaklumkan usul itu ditolak melalui surat bertarikh 3 Mei.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-13 akan bermula pada 10 Mei dan disambung pada 13 Mei hingga 19Mei ini.

Law dalam surat memaklumkan usul itu ditolak dengan alasan usul yang dicadang dengan merujuk kepada peraturan 31, 54, 86, 93 dan 109E Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang untuk meminda Fasal (9) Perkara 7 Perlembagaan negeri adalah tidak tepat.

Lim Guan Eng
Bagaimanapun dua isu yang mempunyai kaitan dengan ketua menteri iaitu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta oleh Lim di Jalan Pinhorn, di George Town,  dijangka tetap akan dibangkitkan oleh anggota-anggota dewan.

Sehubungan itu, Law berharap semua anggota DUN, sama ada daripada pihak kerajaan negeri mahupun pembangkang dapat berhujah dalam suasana yang profesional.

“Semua anggota dewan perlu ikut peraturan Mesyuarat supaya perjalanan sidang dewan lancar, kurangkan emosi demi kesihatan sendiri dan berhujahlah dengan profesional dan rasional,” katanya.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas bahawa ia dibeli pada harga di bawah nilai pasaran.


Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah termasuk tanah Taman Manggis di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pada 1 Mei lalu, pada setiap sesi sidang DUN sebelum ini, kerajaan negeri diterajui DAP itu sering membangkitkan mengenai ketelusan, kecekapan serta akauntabiliti dalam tadbir urus negeri.

"Tetapi isu yang timbul kebelakangan ini menampakkan apa yang mereka ceritakan dalam DUN sebelum ini adalah satu sandiwara atau wayang semata-mata.

"Pada sidang dewan kali ini mereka (kerajaan negeri) akan hadapi kesukaran untuk melindungi pembohongan yang mereka hidangkan kepada rakyat Pulau Pinang sejak bertahun-tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Malaysia peringkat negeri di sini, Ahad.

Beliau berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) juga telah bersiap sedia dengan fakta serta ulasan tentang pelbagai isu untuk dibahaskan nanti.

"Kita sudah buat pelbagai sesi taklimat, carian fakta dan mengkaji beberapa perkara secara mendalam dengan pertolongan pelbagai pihak, agensi serta pertubuhan yang memberi input supaya kita siap sedia dalam DUN," katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga harus bersedia dengan jawapan yang berlandaskan fakta kerana rakyat sudah lama menunggu penjelasan daripada mereka berhubung pelbagai isu.

Selain itu katanya, ancaman terhadap alam sekitar seperti cadangan tambakan laut, penggondolan bukit dan perkara berkaitan sosioekonomi akan turut dibangkitkan terutama mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) Muhammad Farid Saad lega apabila usul beliau berhubung projek tambakan laut di selatan pulau negeri ini diterima oleh dewan.

“Satu-satunya usul yang diterima untuk dibahaskan kali ini, saya berasa lega kerana dapat membawa harapan besar rakyat ini,” katanya.

Wakil Rakyat BN itu berkata projek tambakan laut untuk mewujudkan tiga pulau buatan manusia itu terus mendapat bantahan dan mencetuskan keresahan penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berharap usul berkenaan dapat dibahas dengan bijak dan mengambil kira semua aspek terutama melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Dalam pada itu ketua pembangkang DUN yang juga wakil rakyat Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi Bernama, mengambil sikap ‘kunci mulut’ dan tidak mahu mendedahkan apakah antara perkara yang bakal dibawa anggota dewan daripada pihak pembangkang.

“Saya tak mahu keterujaan itu hilang, tunggulah sehingga hari persidangan bermula, nanti anda semua tahulah apakan yang akan kami bangkitkan,” kata Jahara.

Friday, May 6, 2016

Isu Banglo: Guan Eng, Isteri Beri Keterangan Kepada SPRM Hari Ini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di Georgetown.
.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, Guan Eng dan isteri dijangka memberi keterangan di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Guan Eng dan isteri akan dirakam percakapan di SPRM Pulau Pinang jam 9.30 pagi esok," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata sehingga kini 62 saksi telah dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.

Guan Eng
Sebelum ini beberapa pihak termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan kepada SPRM dan meminta pihak berkuasa menyiasat pembelian banglo oleh Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran dan urusan jual beli tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di Georgetown.

Betty
Pembelian banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. 

Kelmarin (4 Mei), Pejabat Peguam Negara memutuskan kes terhadap dakwaan penipuan dalam kandungan akuan berkanun Phang Li Koon, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ditutup dan tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata keputusan itu dibuat beberapa hari lalu selepas pihak Peguam Negara di Putrajaya meneliti hasil siasatan yang dijalankan pihak polis negeri dan Bukit Aman.

"Pihak pendakwaan sudah memutuskan bahawa kes ini NFA ... jadi kes ini ditutup. Keputusan dibuat dua tiga hari lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Georgetown kelmarin.

Polis sebelum ini membuka siasatan terhadap Phang selepas beberapa pihak membuat laporan polis mendakwa akuan berkanun Phang mempunyai maklumat yang kurang tepat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilapor berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berkenaan dakwaan penipuan kandungan akuan berkanun itu dan pada 1 April Phang hadir ke Ibu Pejabat Polis Dearah Timur Laut untuk memberi keterangan.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Lim dengan harga RM2.8 juta itu mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Lim pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri.