Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

Isu Banglo - Guan Eng DiTahan, DiDakwa Esok Atas Dua Pertuduhan


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu tweet mengesahkan anaknya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

SPRM  telah mengeluarkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng dipercayai berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, pada harga RM2.8 juta.

Perkara itu dinyatakan Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin melalui akan Twitter.

"Waran tangkap telah dikeluarkan dan diserahkan kepada Ketua Menteri di bangunan Komtar. Beliau akan dibawa ke SPRM HQ bila-bila masa tidak lama lagi," demikian tulis Dr Afif.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.


Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Menurut blog ini pada 25 Mei lalu menyebut bahawa SPRM ternyata sudah mempunyai bukti lengkap dan cukup kuat untuk mendakwa Guang Eng.

Maknanya, Guan Eng bukan sahaja akan didapati bersalah tetapi mungkin akan hilang statusnya sebagai wakil rakyat – di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen - jika disabitkan kesalahan.


Kehadiran atau istilah ‘serbu’ yang digunakan untuk menjelaskan tindakan kedatangan Pegawai SPRM ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pinhorn 22 Mei lalu, bukan kehadiran biasa.

Walaupun dilaporkan untuk ‘mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran’, kehadiran itu berlainan sekali dengan kehadiran biasa.

Mereka datang dengan dengan lapan pegawai SPRM menggunakan tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Guan Eng  kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dan Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau untuk membantu siasatan SPRM.

Penahanan hari ini membolehkan Lim dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," kata Dr Ariff dalam laman sosial.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 petang tadi, manakala aktivis PERKASA pula menunggu di tingkat bawah.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

Katanya, beliau membeli rumah atas dasar kerelaan kedua-dua pihak dan pemilik banglo itu yang juga adalah seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon tidak pernah menerima sebarang kontrak daripada kerajaan negeri.

Pada 6 Jun lalu, Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berkaitan kes penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada SPRM.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pemulangan kertas siasatan itu dibuat setelah pihaknya meneliti keseluruhan keterangan dan mendapati keperluan untuk beberapa tindakan yang lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa tindakan yang perlu di siasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan. 

Friday, May 6, 2016

Isu Banglo: Guan Eng, Isteri Beri Keterangan Kepada SPRM Hari Ini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di Georgetown.
.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, Guan Eng dan isteri dijangka memberi keterangan di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Guan Eng dan isteri akan dirakam percakapan di SPRM Pulau Pinang jam 9.30 pagi esok," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata sehingga kini 62 saksi telah dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.

Guan Eng
Sebelum ini beberapa pihak termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan kepada SPRM dan meminta pihak berkuasa menyiasat pembelian banglo oleh Guan Eng yang didakwa di bawah harga pasaran dan urusan jual beli tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di Georgetown.

Betty
Pembelian banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. 

Kelmarin (4 Mei), Pejabat Peguam Negara memutuskan kes terhadap dakwaan penipuan dalam kandungan akuan berkanun Phang Li Koon, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ditutup dan tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata keputusan itu dibuat beberapa hari lalu selepas pihak Peguam Negara di Putrajaya meneliti hasil siasatan yang dijalankan pihak polis negeri dan Bukit Aman.

"Pihak pendakwaan sudah memutuskan bahawa kes ini NFA ... jadi kes ini ditutup. Keputusan dibuat dua tiga hari lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Georgetown kelmarin.

Polis sebelum ini membuka siasatan terhadap Phang selepas beberapa pihak membuat laporan polis mendakwa akuan berkanun Phang mempunyai maklumat yang kurang tepat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilapor berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berkenaan dakwaan penipuan kandungan akuan berkanun itu dan pada 1 April Phang hadir ke Ibu Pejabat Polis Dearah Timur Laut untuk memberi keterangan.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Lim dengan harga RM2.8 juta itu mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Lim pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri.

Sunday, October 11, 2015

Hanya Polis Dapat Bertindak…Ajar Guan Eng & Dua ‘Anjing’ Yang Kurang Ajar


Nak cakap apa lagi selain mempertahankan Lim Guan Eng.

Semalam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan Ketua Menteri Lim Guan Eng merasuah tiga daripada pegawai penguatkuasanya untuk menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki yang melanggar peraturan memarkir kenderaan di George Town.

Dalam sidang medianya Ahli Majlis MBPP, iaitu agensi kerajaan negeri pimpinan DAP,  Ong Ah Teong berkata dakwaan itu adalah "pembohongan, fitnah jahat dan cubaan mencetuskan kebencian terhadap kerajaan negeri."

Beliau membuat kenyataan mengulas pada akaun Facebook Penang Kini yang dikendalikan pihak tidak dikenali.

Dalam posnya, penulis mendakwa Lim memberikan habuan RM200 kepada tiga penguatkuasa MBPP yang terlibat mengunci tayar sebuah kereta di George Town supaya menarik balik laporan polis terhadap dua lelaki Cina yang memaki mereka.

Tindakan mengunci tayar kereta sedang dijalankan secara meluas di Pulau Pinang kerana pemiliknya melanggar undang-undang dengan meletakkan kereta di tempat yang salah atau di luar tempat ruang letak kereta yang ada, yang kadang-kadang menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar George Town.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan terbabit berhujah bahawa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan mengunci tayar kereta kerana ia tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi.

Penang Kini menarik banyak komen dengan kebanyakannya berbau perkauman terhadap pegawai MBPP serta dua lelaki yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Ong membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan yang dikatakan "mempertikai maruah" tiga pegawai penguatkuasa Melayu berkenaan.

Kelmarin Kerajaan Pulau Pinang memberi penghargaan kepada tiga pegawai penguatkuasa MBPP yang baru-baru ini mendapat layaran kasar kerana menjalankan tugas mereka mengunci tayar kereta yang diletak di tempat yang salah di George Town.


Ketua Menteri Lim Guan Eng menyerahkan kepada mereka masing-masing RM200 di atas "keberanian dan sikap profesional" mereka ketika berdepan dengan insiden itu yang berlaku di Jalan Campbell pada 7 Oktober.

Tiga pegawai berkenaan ialah Zarina Othman, Siti Asa Abu Bakar, dan Sabrina Mohd Sabri.

Lim berkata, dalam menghadapi situasi mencabar itu, mereka tetap tenang, profesional dan berani, serta mempertahankan etika kerja mereka dalam menguatkuasakan undang-undang negara.

Mereka telah mengunci tayar kereta Myvi Perodua yang diletakkan di kaki lima di sepanjang jalan yang sibuk.

Dalam satu sidang media yang diadakan kelmarin, Ong menjelaskan bahawa pemilik kereta dan rakannya marah apabila diberitahu mereka perlu membayar RM50 untuk membuka kunci tersebut.

Kata Ong, pemilik dan rakannya bertengkar dengan pegawai berkenaan dan cuba membuka sendiri kunci tersebut tetapi tidak berjaya.


Katanya, walaupun Zarina cuba menjelaskan perkara itu kepada mereka dengan tenang, kedua-dua lelaki bertindak agak kasar dan mencampakkan wang kertas RM50 ke atas tanah, dan bukan memberi wang itu kepada pegawai itu.

Malah, katanya, pemilik dan rakannya mengugut pegawai berkenaan, dan memanggil mereka anjing.

Kata Ong kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 7 Oktober lalu dan sejam kemudian, seorang daripada pegawai terbabit membuat laporan polis berhubung tindak tanduk dua lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun pengadu menarik balik laporan berkenaan pada malamnya kerana bimbang terhadap keselamatan diri selepas diugut dua lelaki terbabit yang akan mencederakannya jika mereka terserempak lagi.

"Malah mereka memanggil penguatkuasa itu sebagai anjing," katanya.

Sehari kemudian, kata Ong, MBPP membuat sidang media mengutuk dua lelaki berkenaan dan menggesa penguatkuasa MBPP itu membuat laporan polis semula.
Penguatkuasa terbabit kemudian membuat laporan polis untuk kali kedua.

"Hanya sehari kemudian (9 Oktober) Lim menyerahkan insentif RM200 kepada tiga penguatkuasa itu kerana keberaniuan dan profesionalisme mereka menangani kes berkenaan," katanya.

Semalam polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatan berhubung dakwaan cuba menghalang pejawat awam melaksanakan tugas.

Kita berharap polis bertindak adil dan ‘mengajar dengan baik’ sesiapa juga yang membuat kecoh dan ‘kurang ajar’ seperti ini.

Laporan menyebut, dua lelaki yang didakwa bertindak biadap memaki dan mencampak duit kepada anggota penguatkuasa MBPP itu direman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP MiorFaridalatarash Wahid berkata polis akan melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan selepas menjalankan siasatan ke atas dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang ditahan semalam.

"Rakaman video itu dibuat oleh seorang daripada penguatkuasa berkenaan dan setakat ini polis telah merekodkan keterangan tiga penguatkuasa MBPP yang terlibat dalam insiden berkenaan

"Selain itu, kami juga akan panggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya di Georgetown semalam.


Beliau berkata polis percaya dapat melengkapkan kertas siasatan kes itu dalam tempoh terdekat dan seterusnya menyerahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk arahan selanjutnya.

Mior Faridaltrash berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

Saturday, January 25, 2014

Hina PM: Guan Eng Kena Bertanggungjawab


Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sepatutnya menyelesaikan isu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebagai ketua menteri, Guan Eng sepatutnya tidak meminta orang lain menyelesaikan isu itu. 

"Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua Adun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang adalah di bawah tanggungjawab Lim walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Mereka sebuah pakatan, mengapa bila Adun dari PKR yang buat perkara itu, yang lain (DAP dan Pas) tidak boleh memberi teguran. Adakah ini sebuah pakatan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di hari ini.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang dilaporkan sebagai berkata bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang harus tampil menyelesaikan isu Adun Machang Bubuk itu.

Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu.

Sunday, March 18, 2012

Penduduk di DUN ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’ Mungkin Diusir


Meskipun menghuni di kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih yang dikuasai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyamai dirinya sebagai ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’, masa depan penduduk Kampung Boundary 5 masih terumbang ambing dengan ramai yang tidur dengan tidak lena kerana bimbang akan diusir.

Rumah mereka yang didirikan atas tapak tanah empat ekar telah diperolehi oleh pemaju kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya dirobohkan untuk merintis jalan bagi pembinaan banglo tiga tingkat.

"Kami hadapi mimpi ngeri bahawa traktor akan meratakan rumah kami. Kami tiada tempat tinggal jika dihalau dan terpaksa tinggal di jalanan dan kaki lima," dakwa seorang penduduk Santok Singh.

Lima perkampungan yang dihuni ribuan penduduk menghadapi nasib yang sama dan mereka cuba bersatu untuk mendapatkan keadilan kerana masing-masing mendakwa diberikan notis pengusiran tanpa ditawrkan pakej pampasan yang sepatutnya.

"Masalah kami bermula pada tahun 2003 apabila tanah kami dijual dan dipindahkan kepada pemaju yang tamak," dakwa Santok (kiri, tengah), yang juga pengerusi persatuan penduduk Kampung Boundary 5.

"Pemaju sekarang sedang meningkatkan usaha mereka untuk mengusirkan kami untuk membangunkan tanah mereka," katanya pada sidang akhbar semalam, yang dihadiri oleh penduduk yang lain.

Lima perkampungan itu adalah Kampung Boundary 5 Air Itam (Terdiri daripada 23 rumah); Kampung Catteir, Batu Feringghi (1,000 rumah); Estet Syarifah Aloya di Jelutong (72 rumah), Kampung Mount Erskine, Jelutong (31 rumah) dan Kampung India di Tanjung Bungah (145 rumah) - semuanya membabitkan kira-kira 1,000 keluarga.

Sebelum taklimat akhbar di Air Putih, diadakan kira-kira 30 penduduk mengadakan perhimpunan di Kampung Boundary 5 bagi membantah rumah mereka dirobohkan dan menyeru pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah mereka.

Malaysiakini

Saturday, February 11, 2012

Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang Tergesa-gesa Jual Tanah Bayan Mutiara?



Umno Pulau Pinang jangan hanya ‘melalak’ tetapi membuat menyelidikan lebih rapi untuk membawa sibangsat yang menggelarkan dirinya Khalifah Umar Ab Aziz ini ke muka pengadilan.

Jangan minta dia beri penjelasan semata-mata. Penjelasan mudah untuk dibuat mengikut ‘selera’ kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tetapi jika benar penjualan tanah Bayan Mutiara boleh dipersoalkan dan mempunyai tanda-tanda mencurigakan, lebih baik buat siasatan dan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berpakatlah dengan MCA atau Gerakan untuk menjamin kes ini dapat dikemukakan dengan lebih berfakta yang mampu menggegarkan politik Pulau Mutiara itu.

UMNO Pulau Pinang jangan bergerak sendirian seolah-olah dilihat ‘Melayu lawan Cina’ sedangkan sekutu Barisan Nasional (BN) juga sepatutnya memainkan peranan untuk menentangkan kerakusan dan hipokrat DAP berkenaan.

Dilaporkan, UMNO Pulau Pinang hari ini meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan secara terbuka mengenai isu penjualan tanah seluas 41.6 hektar kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata Lim juga harus memberikan alasan kenapa tanah tebusguna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang juga pemilik tanah itu sendiri.
UMNO Pulau Pinang hairan kenapa tanah itu dijual sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" di Bayan Mutiara adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Bagi pentadbiran yang mendakwa sebagai mesra rakyat,(adalah) menghairankan tidak ada perundingan awam untuk melibatkan pihak yang berkepentingan sebelum menjual tanah milik kerajaan itu," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri juga seolah-olah terburu-buru membuat keputusan untuk menjual tanah itu tanpa membuat penilaian harga tanah untuk jangka panjang.

Jika tanah itu dimajukan secara berperingkat, beliau berkata harganya akan melambung sehingga RM10 bilion tetapi kerajaan telah membuat keputusan kurang bijak apabila menjualnya dengan harga RM1.1 bilion dan memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan untuk membayarnya secara berperingkat sehingga lima tahun.

Beliau berkata kaedah jual-beli itu menguntungkan syarikat kerana tanah itu akan dimajukan secara berperingkat dan pemaju hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri secara berperingkat juga.

"Secara mudahnya, setelah mendapat duit daripada pembeli bangunan yang dimajukannya dan nilai hartanah itu pula akan terus meningkat," katanya.

Zainal Abidin berkata harga jualan yang diberikan kerajaan itu adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga di kawasan sekitarnya termasuk di Queensbay yang bernilai lebih sekali ganda daripada harga jualan itu.

Berdasarkan kepada maklumat, beliau berkata kerajaan negeri hanya membuat penilaian harga tanah itu selepas beberapa bulan menawarkannya kepada syarikat berkenaan dan tanah itu dijual secara pegangan bebas sedangkan menurut dasar kerajaan, tanah milik kerajaan hendaklah dijual secara pajakan sahaja.

"Kini kerajaan negeri sedang mencanang dengan peruntukan RM500 juta untuk projek perumahan rakyat dan kita juga tertanya-tanya daripada manakah sumber kewangan itu diperoleh sedangkan syarikat berkenaan belum pun membuat pembayaran," katanya.Ke

Saturday, August 20, 2011

Pulau Pinang Maju - Pakatan Tidak Adil Ambil Kredit

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan kejayaan ekonomi Pulau Pinang sekarang seharusnya dikaitkan dengan pentadbirannya sehingga Mac 2008 sambil mendakwa Ketua Menteri Pakatan Rakyat Lim Guan Eng secara tidak adil menerima kredit yang seharusnya disalurkan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1990 hingga Mac 2008 itu membidas, “asas kukuh” pelbagai projek pembangunan yang disusun oleh pentadbirannya diserahkan kepada Lim, yang kemudiannya menggunakan media untuk mendakwa kejayaan adalah kerana kebolehan beliau.

“Untuk berlaku adil, kita kena atribut kerja keras oleh banyak pihak dan dipandu oleh kerajaan negeri BN di bawah kepimpinan saya ketika itu.

“Kerja keras yang kami lakukan selama 12 tahun, ketika Lim Guan Eng mengambil alih pembangunan, projek-projek itu sudah pun berada di tahap maju,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menjalankan kerja-kerja keras. Saya boleh kata, kesemuanya. Tetapi, apa sahaja yang baik bagi Pulau Pinang, kita gembira dengan perkembangan itu.

“Tetapi beliau mahu mengambil kredit berkaitan (perkara) itu, ia adalah tidak adil,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida), Pulau Pinang berada di kedudukan teratas dari segi kemasukan pelaburan dalam projek-projek pengeluaran, menarik RM12.24 bilion, lima kali ganda berbanding RM2.17 bilion pada 2009.

Perangkaan Mida juga menunjukkan Pulau Pinang berada di kedudukan kedua selepas Selangor sehingga Mei 2011, menerima RM4.49 bilion dalam bentuk projek pengeluaran yang diluluskan, selepas Selangor yang memperoleh RM4.47 bilion.

Koh yang juga Presiden Gerakan berkata, perbandingan yang dibuat antara pentadbiran Lim dan beliau adalah tidak adil kerana pelaburan dan pembangunan tidak berlaku dalam semalaman dan ia merupakan kesan “akumulatif.”

“Satu contoh perdana ialah Pulau Pinang disenaraikan sebagai kawasan Warisan Dunia ... pentadbirannya saya cuba sejak 1996.
“Kami berharap untuk mendapatkan penyenaraian pada 2006 atau 2007 (tetapi) ia sangat mencabar disebabkan permohonan penyenaraian bersama dengan Melaka. Penyenaraian Unesco diluluskan pada Julai 2008, hanya empat bulan selepas Lim Guan Eng mengambil alih,” kata Koh.

Perkara yang sama, kata Koh, terpakai dalam soal berkaitan dengan pelaburan kerana ia akan mengambil masa untuk memutuskan sama ada mahu melabur di Pulau Pinang ataupun sebaliknya dan tertakluk kepada perundingan dengan Mida.

“Sehingga kini beberapa pelaburan yang diluluskan oleh Mida atau diumumkan oleh pelabur adalah kerja yang dilakukan oleh kami selama lima tahun.

“Malah, kebanyakan pelaburan semula telah dipromosikan ketika era (Tun Lim) Chong Eu, khususnya ketika 18 tahun saya menjadi Ketua Menteri,” kata Koh lagi.
Koh juga berkata, pengumuman Lim mengenai simpanan negeri mencecah RM1 bilion tahun bukan sesuatu yang hebat.

Sebaliknya kata Koh, Lim telah gagal untuk memaklumkan bahawa ketika Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, simpanan negeri itu sudah pun mencapai RM850 juta.

Dakwa Koh, pengumuman Lim itu seolah-olah menunjukkan bahawa BN meninggalkan negeri itu dengan sifar simpanan dan ia satu andaian yang mengelirukan orang ramai.

Sejak beberapa hari lalu Koh berhadapan dengan tekanan agar melepaskan jawatan presiden Gerakan jika BN mahu merampas balik Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak boleh membuat keputusan tegas dan simbol kepimpinan BN yang telah ditolak oleh pengundi pada Mac 2008.

Wednesday, August 10, 2011

Guan Eng Perlu Jawab Tiga Soalan Berkenaan Rumah Kos Rendah

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menamakan tempat di mana perumahan kos rendah dan sederhana yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih tampuk pimpinan di negeri tersebut.

“Sekiranya benar kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah dan sederhana seperti yang didakwa, war-warkan di manakah tempat perumahan tersebut dibina dan agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab membina perumahan tersebut.”

Sebelum ini, Guan Eng menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina dan ianya menjadi persoalan yang harus dijawab.

“Sekiranya benar dia telah membina rumah kos rendah dan sederhana, di manakah ianya di bina. Itu yang menjadi persoalan saya. Apa yang saya pertikaikan ialah 3,421 buah rumah yang didakwa dibina itu. Adakah jumlah tersebut dibina oleh kerajaan negeri ataupun jumlah tersebut dicampur dengan 1,500 buah rumah yang dibina oleh kerajaan persekutuan?

“Tiga persoalan yang harus dijawab oleh Guan Eng adalah satu, adakah rumah kos rendah sederhana itu dibina oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat; dua, di manakah ianya dibina dan tiga, siapa pembelinya? Perkara inilah yang perlu Guan Eng dedahkan. Bukan hanya mengaku sudah membina tetapi tidak memaklumkan di mana ianya dibina.

“Setahu saya, tiada sebuah pun rumah yang kerajaan negeri bina. Saya tidak mahu mempersoalkan mengenai dakwaan ianya dibina oleh swasta. Apa yang saya mahu Guan Eng dedahkan adalah jumlah yang kononnya dibina oleh kerajaan negeri sejak memerintah Pulau Pinang,” ujarnya.

Menurut Zainal Abidin, Guan Eng perlu mendedahkan perkara ini sekiranya benar Kerajaan Pulau Pinang telus dan tidak menyembunyikan sebarang agenda.

“Terangkan kepada rakyat, mengenai tiga persoalan tersebut. Itu sahaja pinta saya. Apa yang saya nampak, Kerajaan Pulau Pinang hanya taksub membina rumah mewah dan menyebabkan mereka yang tidak mampu terutamanya orang Melayu berhijrah ke negeri lain.

“Ini menyebabkan orang Melayu semakin ‘pupus’ dari Pulau Pinang. Adakah ini antara agenda DAP untuk menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Pinang?,” ujarnya.

MediaUMNO

Saturday, July 30, 2011

Seluar Dalam, Coli Corak Harimau Untuk Guan Eng...

Standard Guan Eng sama dengan coli dan seluar dalam corak Harimau!

Haha... dua pakaian dalam diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Sebuah bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau adalah hadiah kepada kerajaan negeri sebagai simbol kepada kerajaan yang tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas rakyat.

Kerajaan Guan Eng menindas rakyat kerana tidak memberikan semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

Tindakan seorang peniaga barangan kulit yang dikenali sebagai Mohamed Ghani semalam cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa ‘coli dan seluar bercorak harimau’ menyebabkan kekecohan di Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di semalam.

Mohamed Ghani yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia tiba-tiba mendapat perhatian orang ramai apabila beliau yang membawa bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di Komtar semalam.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.

Friday, February 11, 2011

My Balik Pulau: GUAN ENG LUDAH MUKA SENDIRI

Risalah Mybalik Pulau yang diterbitkan oleh Persatuan Seni Pendidikan Pulau Pinang. (baca di blog Minda Intelek Melayu).

5 Feb 2011, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang menuntut permohonan maaf dari Muhammad Farid Saad, ADUN BN Betong kerana mendakwa risalah Mybalik Pulau yang didakwa oleh ADUN Betong tersebut diterbitkan oleh Kementerian Pelancongan bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang. Ternyata Guan Eng berbohong dan meludah ke muka sendiri.

Ilustrasi kartun yang dilukis oleh May Leong dalam risalah Mybalik Pulau yang menghina orang Melayu sebagai peminta sedekah dari Chetti dan Along. Amat biadap dan rasis sekali kartun ini. Risalah My Balik Pulau turut merbahaya kerana cuba memutarbelitkan sejarah. "Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu" kata Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain dalam Utusan Malaysia pada 2 Februari 2011.


Arts Ed adalah satu NGO yang menjadi Executice Committe di bawah sekretariat Socio Economic & Enviromental Research of Institute (SERI), Penang. Arts ED telah mengedarkan risalah ini kepada sekolah-sekolah di sekitar Balik Pulau sejak sebulan yang lalu. Tindakan Arts ED ini adalah untuk menanam fakta yang salah kepada penduduk Balik Pulau bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Balik Pulau.

Mengapa Arts ED dan SERI perlu menyuntik fakta salah tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau untuk merealisasikan hasrat mereka menubuhkan Universiti Nanyang di Balik Pulau. Sebelum mengusir tanah, DAP mahu usir dahulu kepercayaan yang ada dalam fikiran orang Melayu. Agenda yang dirancang oleh SERI yang mengadakan polisi penyelidikan dan pendidikan di Pulau Pinag.
Guan Eng yang bertanggugjawab penuh dengan risalah My Balik Pulau ini. SERI adalah sebuah institut yang berada di bawah naungan kerajaan DAP Pulau Pinang. Dua orang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ditempatkan sebagai Executive Director SERI (baca sini). Guan Eng secara terancang telah cuba untuk menyuntik fakta palsu kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang, khususnya generasi muda bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Pulau Pinang. Rugi orang Melayu Pulau Pinang kerana ada Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa Melayu tetapi menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Sanggup menjadi talibarut DAP bagi menjayakan usaha merampas tanah orang-orang Melayu di Balik Pulau.

Saturday, October 16, 2010

SOKONGLAH GUAN ENG HALAU PENIAGA MELAYU...

Selaras dengan kehendak ketua menteri paling celaka didalam sejarah negeri,dan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari khawarij PAS dan PKR dalam segala tindakan ultra kiasu adalah lebih elok menghalau semua peniaga melayu yang menggangu lalu lintas dan tarik lesen mereka .

Peniaga melayu Pulau Pinang dan kaum melayu secara keseluruhannya harus patuh dan tunduk kepada segala arahan maharaja ultra kiasu atau akan berdepan dengan tindakan.

Orang melayu Pulau Pinang harus memberi muka dan membiarkan peniaga cina berniaga dimana mana tempat yang mereka suka.Malahan orang melayu Pulau Pinang harus memberi galakan agar peniaga yang rata rata pengotor ini mengganggu lalu lintas.

Peniaga melayu harus melihat niat dan langkah baik kerajaan negeri membenarkan peniaga peniaga cina kecil di New Lane menutup jalan dan menggangu lalu lintas sebagai salah satu cara mereka mempertahankan hak setiap undi mereka kepada kerajaan maharaja ultra kiasu sosialis Guan Eng.

Jika pihak PBT melarang dan tidak memberi lesen kepada peniaga cina,maka orang melayu harus membuat bantahan dan desakan harus dibuat kepada pemimpin melayu juak haprak PAS dan PKR agar mengadakan tunjuk perasaan membela peniaga cina.

Tiga peniaga melayu di Lebuh Sungai Pinang 1 berhampiran dengan perumahan Pinang Court, Pinang Court 2 dan Ocean View dan 40 penjaja pasar pagi di Kampung Tanjung Tokong harus merambus.Adalah lebih elok jangan berniaga langsung kerana hak peniaga peniaga kecil cina harus diberikan keutamaan.

Roket comel kesayangan melayu Pulau Pinang.

Ini selaras dengan kehendak pemerintah ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri Pulau Pinang yang menjunjungi pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz yang amat disokong oleh Tok Guru Nik Aziz.

Mengapa peniaga melayu harus emosional dan rasis,sedangkan inilah yang orang melayu idam idamkan selama ini,kerana dizaman BN orang melayu tidak ada peluang langsung untuk dihalau,gerai diroboh dan dihalang daripada berniaga.Maka peluang ini haruslah diambil sebaik mungkin.

PRU13 orang melayu harus mengekalkan pakatan haprak agar tugas tugas menyuburkan ekonomi peniaga kecil cina dan grand design menghalau melayu dapat diteruskan tanpa diganggu gugat.

Oleh itu Pisau menyeru agar parti politik 'RASIS' seperti UMNO dan mana mana NGO jangan cuba bermain dengan api dan jangan sesekali menghalang peniaga cina berniaga dimana mana yang mereka suka.

UMNO harus menyokong tindakan Guan Eng menghalau peniaga melayu,janganlah cuba menghalang niat baik kerajaan negeri menjaga hak dan kepentingan peniaga cina.Umno jangan terlalu rasis dan harus mengambil jalan tengah menyokong kehendak melayu Pulau Pinang yang memberi sokongan penuh kepada Guan Eng.

Pisau bersetuju dan memberi sokongan penuh buat Guan Eng menghalau mana mana peniaga melayu dan hak peniaga cina harus dipertahankan.Justeru Pisau memohon 'maaf' kepada khawarij PAS dan PKR kerana sebelum ini tidak faham ,oleh itu Pisau memberi sokongan sepenuhnya tindakan Guan Eng menghalau peniaga melayu.

pisau.net

Saturday, August 7, 2010

KHALIFAH a.k.a. FATHER JOSEPH GUAN ENG KENA PENAMPAR?

Daripada myKMU.net

Pulau Pinang semakin "panas". Terbaru, "Khalifah" a.k.a "Father Joseph" Lim Guang Eng dilaporkan telah berjaya mendapat "buah tangan" dari seorang Melayu yang sudah tidak tahan sabar dengan karenah Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Dilaporkan, Ali Ahmad, seorang "mamu" jati negeri Pulau Pinang telah hilang sabar terhadap cara "kafir harbi" itu mentadbir Pulau Pinang.

Menurut cerita yang cuba disembunyikan oleh pihak DAP dan Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng telah menerima "penampar jepun" dari "mamu penang" tersebut di sebuah tempat letak kereta di Jelutong. Bagaimanapun, "Khalifah" a.k.a "Father Joseph" tersebut enggan membuat laporan polis untuk mengelakkan cerita ini menjadi "besar" dan memalukan dirinya.

Namun bagaimanapun, seorang wartawan telah ternampak insiden yang berlaku dan "pecah lobang"! Mujurlah pengawal-pengawal peribadi "Father" itu sempat menangkap Ali Ahmad. Jika tidak, dikhuatiri nasib "Khalifah PAS" itu akan menjadi sama dengan nasib JWW Birch di Pasir Salak dahulu. Begitulah cerita terkini yang tersebar luas di blog-blog politik yang masyhur.

Namun pada saya, jika dinilai dari segi undang-undang, Pakcik Ali tetap salah kerana menyerang dan mencederakan orang. Negara kita punya undang-undang yang perlu dihormati dan dipatuhi. Selaras dengan tuntutan Rukunegara yang mendokong "kedaulatan undang-undang". Mujurlah "Father" tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa. Jika tidak, sudah tentu Pakcik Ali akan berdepan dengan masalah perundangan.

Namun, dari segi moral pula, Pakcik Ali telah berjaya mendapat "kepuasan" hati yang tidak ternilai. Bukan senang hendak menampar seorang "Khalifah", bukan? Manakala "Khalifah" tersebut mungkin tidak mahu melaporkannya kerana "takut malu". Memang malu kalau seorang Ketua Menteri ditampar oleh rakyatnya sendiri! Sedangkan Ketua Kampung yang diherdik orang kampungnya pun akan rasa malu, apatah lagi seorang Ketua Menteri yang ditampar? Itu normal. Mungkin sebab itu Guan Eng enggan memanjangkan cerita ke Balai Polis.

Namun pelik, kenapa pula seorang "model Khalifah Umar Abdul Aziz" ini ditampar? Mungkin dia ada banyak buat salah, agaknya. Jika tidak, masakan pula "makan penampar jepun"? Pada saya, rakyat Malaysia memiliki perasaan sabar yang tinggi. Namun, jika "sabar" itu sudah sampai ke tahap maksimum, pastinya "geruh" akan berlaku. Perkara mustahil pun boleh berlaku. Sedangkan Sultan Melaka pun pernah menjadi mangsa amukan Hang Jebat, apatah lagi pula seorang Cina "chauvinis" dan "rasis" seperti Guan Eng? Janganlah marah Guan Eng, apalah sangat setakat "penampar". Itu cuma sedikit...

Sebenarnya, terlalu banyak dasar dan perlaksanaan Guan Eng yang "berat sebelah". Antara yang terbesar ialah insiden "kampung Buah Pala" yang menafikan rakyat India Pulau Pinang dan hal ehwal "mengusir" kaum Melayu secara "halus" dari tanah mereka sendiri. Banyak sekali agenda "Father Joseph" yang meng"anak tiri"kan kaum Melayu dan India, manakala bangsanya sendiri menikmati layanan super VVVIP. Mungkin kerana inilah dia "makan penampar"!

Apapun, Guan Eng perlu banyak belajar dengan sejarah. Dia mungkin perlu mengulangkaji pelajaran dan silibus sejarah di tingkatan 3. Guan Eng perlu mengelak diri dari menerima nasib seperti JWW Birch dan penjajah di Tanah Melayu. Paling penting, Guan Eng perlu belajar dari sejarah "Presiden"nya yang kini telah menjadi OKU. Untuk pengetahuan Guan Eng, Presidennya yang "mulut longkang" itu pernah "makan penampar" dari Allahyarham Mahaguru Kiai Arshad. Tapi rasanya sudah terlambat. Dah "makan penampar" pun si "Father Joseph" tu...

Sunday, December 6, 2009

PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.

Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).selanjutnya sini

Petikan dari artikel Datuk Hj. Che Yazid bin Hj. Che Seman menceritakan grand design yang sedang berlaku di Pulau Pinang,malah cukup banyak bukti bukti yang sedang berlaku di negeri ini.Pisau mengharapkan melayu Pulau Pinang agar bangkit dan sedar apa yang sebenarnya yang diinginkan oleh Khalifah cina melaka ini.

Salah satu contoh terdekat,Yb Malik dari PKR akan menjadi mangsa apabila kesan rezoning berlaku di kawasannya sendiri, justifikasi untuk menolak YB Malik selepas ini kerana jumlah pengundi orang melayu kurang daripada pengundi cina,maka yang layak hanya mereka yang berbangsa cina menjadi calon wakil rakyat.

Satu lagi bukti, DAP sedang menjalankan gerak kerja untuk menghapuskan kuasa orang melayu di pulau sebelum PRU13 semata mata untuk tidak rela kalah.Pemimpin Melayu Pakatan Haprak yang ada hanyalah sekadar boneka,Banyak rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sedang dirancang pembinaan disebelah tanah besar.

Pisau cadangkan kerajaan pusat seperti SPNB supaya membina banyak rumah mampu milik di sebelah pulau dan pastikan 80% adalah milik melayu dan dikenakan syarat tidak boleh dijual.Jika tidak melayu hanya tinggal nama di Pulau Pinang.

Pisau katakan kenapa kerajaan pusat harus campur tangan dalam program perumahan yang dicadangkan ini kerana Pejabat Perumahan Negeri akan ditukar kepada Syarikat Perumahan Negeri dimana pengerusinya adalah berbangsa cina.Maka selepas ini permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah dan rumah kos rendah sederhana perlu mendapatkan sokongan dari YB YB dari DAP. Implikasinya mereka akan mengawal segala permohonan,jadi melayu akhirnya tidak akan mendapat apa apa .Pegawai kerajaan tidak mampu berbuat apa apa mereka hanya mampu menurut perintah.Segala polisi dan arahan untuk Pejabat Perumahan Negeri adalah datang dari kerajaan negeri yang kita sedia maklum dibawah kawalan sepenuhnya khalifah cina melaka Lim Guan Eng.

Rayuan Pisau kepada kerajaan pusat, berilah perhatian secara serius dakwaan ini. Perkara ini benar benar berlaku.Buat rakyat Pulau Pinang,bangkitlah,Pisau mohon dengan rendah diri agar bangkit dan bantah tentang polisi ini.

Pisau kata " bangkitlah,tolak perbezaan politik,kita hampir kepada tidak ada apa apa lagi di pulau pinang"